Isnin, 22 November 2010

BERSAMA SIANG DAN MALAM






Barang siapa mahukan
lebihkan terang dari siang
maka  diletakkan Allah swt itu,
terlebih utama daripada segalanya.

Bersuci  dan  Beribadat,
Siang itu jadi lebih terang
beramal dengan amal ibadat,
bersama dengan kehadiran  ikhlas.

Malam  tidak digelapkan,
dengan kerja keji maksiat
bangun bertahajud nilai dosa,
nangislah sehingga keluar air mata.

Bangun awal pagi berkat,
baca quran solat berjumaah
bila rasa matahari naik segalah
solat istiqarah atau solat dhuha pula.

Semoga siang jadi terang,
rezeki nekmat Allah sediakan
khas untuk kehidupan sesaorang
tetapi kenapa engkau hitamkan pula
dengan dosa menjadikannya titik hitam?.


Oleh: Nurimanja,
Catatan pagi hari Isnin,
bila kekeringan ilham  22/11/2010.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI KE 2 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
______________________________________________________________________


Semasa Pak Ngah Arif diserang angin ahmar dahulu, Ustaz Kamal datang melawatnya, dia menangis semacam itu juga. Sayu sungguh hati Ustaz Kamal melihatnya.

"Berastaffar banyak-banyak Pak Ngah, kena bersabarlah... Ini mungkin ujian Allah.."
Pujuk Ustaz kamal.

“Apa yang membuat Pak Ngah tak tahan ni Mal, seksa sungguh rasanya hidup ini Mal........." Pak Ngah Arif menangis lagi. Beberapa titik air mata menitis jatuh ke ribanya, wajahnya kelihatan sayu,

Ustaz Kamal segera menghulur tangannya, Pak Ngah Arif teraba-raba menyambut, kemudian memicit dan menggenggamnya dengan erat dan kuat. Rupanya mata Pak Ngah Arif sudah rabun, tidak lagi boleh melihat dengan baik.

Tangan Ustaz Kamal dibawanya ke dadanya, tangan Ustaz Kamal masih lagi digenggamnya erat-erat, kemudian Pak Ngah Arif menangis lagi.

"Mal.... Bila kau balik?" Tanya Pak Ngah Arif, sayu sekali bunyi suaranya.
"Baru sehari dua Pak Ngah...." jawab Usataz Kamal,

"Ohh, Mal .... Kalau aku mati, tak jumpalah kita nampaknya, kau pula balik lima tahun sekali." kata Pak Ngah Arif seperti sebak dadanya, kemudian Pak Ngah Arif menangis lagi.

Ustaz Kamal masih membiarkan Pak Ngah Arif memegang dan mengenggam erat jari tangannya begitu lama panas dan berpeluh..

"Bersabarlah Pak Ngah, bersabar sajalah ...." Pujuk Ustaz Kamal sambil menebuk-nebuk bahu Pak Ngah Arif dengan tapak tangan kirinya. Pak Ngah Arif melepaskan tangan ustaz Kamal pelahan-lahan, matanya pejam celek, pejam celek beberapa kali, seolah-olah dia sedang mengingatkan sesuatu.

"Kau masih mengajar di Serawak?"
"Ya, Pak Ngah,"
"Mengajar Agama?"
"Ya, Pak Ngah,"
"Mengajar orang tua atau budak?"
"Dua-dua Pak Ngah, siang di sekolah, malam bersama jumaah di surau,"
"Baguslah tu..".

Hati Ustaz Kamal berasa lapang bila Pak Ngah Arif berhenti menangis. Bila keadaan nampak tenang Ustaz Kamal mula membuka pertanyaan bagi menenangkan hati Pak Ngah Arif.

"Kemana perginya Mak Ngah Siah?"
"Mak Ngah kau .... Hem, aku sakit begini, Betina dia cari laki lainlah......Betina Mal, Betina...." Bentak Pak Ngah Arif.

"Astaffirullahhalazimm!" Pekek hati Ustaz Kamal, Pak Ngah Arif ini agaknya tidak siuman lagi

"Tetapi siapa yang sediakan makan minum Pak ngah ini?" tanya ustaz Kamal lagi.

"Mak Ngah kau laa, lepas dia sediakan makan minum aku ini tadi, Hemmm, hilanglah dia, kemana dia nak pergi, suka hati dialah, orang boleh berjalan. malam nanti barulah dia balik."

Wah! nampaknya urat sarap otak Pak Ngah pun sakit juga, telahan Ustaz kamal.

"Dia pergi kemana Pak Ngah?"
"Kemana lagi, di rumah Mat Teberau, bekas kekasihnya dulu, aku tahu, Mat Teberau dah pujuk dia ..." Kata Pak Ngah geram.

Ustaz Kamal senyum, dalam hatinya berkata; Pak Ngah Arif ini memang sudah tidak siuman lagi nampaknya. Cemburu tak tentu pasal.

BERSAMBUNG .........

PENYAIR AGUNG berkata...

NOMBOR(penyair agung)

Aku duduk di penjuru pintu
Melihat gelagat manusia
Seorang demi seorang aku perhatikan
Ada bermacam-macam karenah
kamu yang tidak bersepatu
Kamu yang bersama ros merah jambu
kamu yang sedang melihat aku
Kamu yang terkebil biji mata
Kamu yang tercegat disitu
Kamu yang sedang gelisah
Kamu yang sedang makan gula-gula
Kamu yang sedang berkira-kira
Kamu yang sedang berbual kosong
Kamu yang mengira syiling
Kamu yang terdiam sepi
Semua mereka terpaku
Di dalam bilik itu
Tapi sudahkah mereka tahu
apa yang kamu mahu?
apa yang mereka perlu
apa tidak cukup cepatkah waktu?
Tiba-tiba dengar suara memanggil
siapa memegang nombor satu dua satu
Empat orang di kiriku
melihat sekeliling sesama mereka
Aku pun terpaku seketika
Tiba-tiba perawan tua
disebelah berkata
“nombor encik satu dua satu”
Aku tersipu tersinguk malu
kerana asyik melihat
sekeliling rupanya
nombor aku sendiri pun aku terlupa


PENYAIR AGUNG
ketika bersama isteri di lembaga tabung haji

Putera Damien berkata...

AWAN DAN AIR HUJAN

Awan berwarna biru,
di hujung langit,
sedang menanti hiba,
dengan teriakan kita.
Sebentar lagi selepas berbunyi,
berdentum, berbaki,
ia akan turun mencari.

Air hujan,warna merah,
makin parah,dengan darah.
Kepala kita dipenggal,
jangan rasa sesal gelak kan,
lupa Tuhan hidup mu akan aman.


Putera Damien
kuala lumpur
11pagi

Syeikh Al Habib berkata...

CERITA PASAL BULAN

Dulu bintang di langit
nampak tinggi.
Sekarang makin rendah
untuk cari.
Dulu bulan di awang nampak kecil.
Sekarang makin besar untuk dipencil
Bintang-bintang gugur ke tanah,
habis pecah terkena pokok berduri.
Bulan yang tergantung indah,
putus talinya terhempas ke bumi.
Kita sebenarnya masih ada waktu
untuk hakikatnya bersama.
punya jiwa untuk terima semua.
masih ada rasa
untuk nilaikan dan fahami
Kita sebenarnya kita,
perlu melambai
di langit senja meniti muda.


Syeikh AL Habib
percubaan sajak simbolik dari sy hasil bantuan rakan untuk menyusun ayat

Qalam Mutiara berkata...

NOMBOR sajak daripada Penyair Agung merakamkan kerenah atau gelagak manusia di kaunter LTH sehingga terlupa nombor giliriannya sendiri telah dipanggil.Walaupun lucu (saya ingin menambah) Sembolik atau bidalan juga dapat dipunggut disini, Begitu jugalah dengan kehidupan kita seharian, jika kita asyek dan memerhatikan kehidupan orang, kita lupa pada kenyataan. Dikhuateri, bila kita kurang beramal dan mengenang hari kematian. Bila dijemput malaikat maut , pastilah rasa terharu dan termanggu. Kerana mati itu bagai orang dikejut tidur, lalu terputus mimpi-mimpi indah dan ngerinya, Semoga kita semua tidak begitu. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak AWAN DAN AIR HUJAN nukilan Putera Damien KL pengucapannya menceritakan kedudukan sesaorang: dengan perjuangan gila yang belum selesai dan berkemungkinan akan selesai atau pun jatuh terkulai. (berbau politik sikit) dahulu kau gah dengan jualan terberang. Kini kau dengar banyak pekekkan suara-suara sumbang, kau pasti menanti hiba. Bila keadaan kemarahan mula menjelma. Jika tersilap perhitungan mungkin hujan darah juga boleh berlaku , mengapa perlu dikesal jika selama ini anda sebagai ketua yang telah mengajar segala tingkah laku untuk menipu . kini tunggu akan kembali ke muka dan batang hidung sendiri.Bolehkah anda bahagia dengan gelak ketawa, bila tembelang banyak pecah lubang, bila Tuhan sudah murka? Harap semoga kesedaran ini mula dirasakan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

CERITA PASAL BULAN nukilan sajak daripada Syeikh AL Habib dengan rakan Member masjidnya. Pengucapannya menceritakan tentang bulan yang kian sepi melihat kawan sekongkolnya banyak melakukan kemungkaran dan menyalahi peradapan nilai hidup dan kemanusia . Mereka sedang menghitung adakah mereka dikira berdosa dan bersubahat sama? Jika memburukkan negara dan mempermainkan agama, jika perkara itu batal mengapa mesti di sahkan? Tanparan lebih hebat jika Allah telah menurunkan musibah di atas segala tingkahlaku dan pendustaan. Hentikanlah ciri-ciri munafik tulen ini. Kembalilah kejalan kebenaran, jika tidak hanya tunggu sajalah hari-hari kejatuhan. Semoga keinsafan dapat menjelma. Amin.

Tanpa Nama berkata...

gfhfghfg

Tanpa Nama berkata...

fgngfngf

Tanpa Nama berkata...

trhthertertf

Seri suri berkata...

kena angin ahmar rupanya pak ngah arif ni...

Atuk berkata...

bahaya klu x di rawat cepat kena angin ahmar ni...

Ustaz Majusi berkata...

huh! x baik bersangka buruk kpd isteri....

Sarah berkata...

kenapa jauh sgt ustaz kamal tu mengajar?

Haji Atang berkata...

serawak??? kenapa pegi kt sana? kan kat sana pendalaman?

Abang berkata...

org serawak berpusu-pusu nk dtg bandar ustaz kamal plak pegi kat serawak?

Ustaz Muda berkata...

bahaya cemburu x bertempat ni...

Orang Lama berkata...

mak ngah pun xptut jgk kena la jaga laki ni pergi merata2 plak?

Geletek Siang berkata...

sian pak ngah rasa terabai,,,

Jalil Janggut berkata...

pak ngah arif ni selidik dulu ke atau dia main tuduh jer?

Ustaz Sahzan berkata...

sambil menyelam minum air ustaz kamal ni pnya kerja...

Ezad Emir berkata...

wah! pndai jgk ustaz kamal ni dua keja dia buat?

Inspektor Halim berkata...

btol ke mak ngah dgn laki lain?

Seksyen 18 berkata...

lama2 nanti takut pak ngah sembelih bini dia...

Nurul Husna berkata...

x baik la tuduh bini dia mcm tu...

Ambuyak berkata...

klu bini dia x buat berdosa la pak ngah arif ni...

Faezawatie berkata...

pak ngah arif ni dah gila agaknya...

Ibnu Siddiq berkata...

msti pak ngah arif ni muda2 jahat ni sbb selalunya bila muda jahat bila dh tua di timpa mcm2.......

Penjejak Badai berkata...

sdih plak bila pak ngah arif kata nnti mati x jmpa?

Mat Glmaor berkata...

ustaz kamal je yg perihatin org kmpung lain mana?

Pak Kassim berkata...

ustaz kamal ni x sedekah ke spuluh dua kat pak ngah ni?

Ustaz Rahman berkata...

sian pak ngah arif ni msti dia akan mati merana ni...

Ustaz Zulkainaan berkata...

bini dia pun x ptut jgk dh thu laki sakit jaga la...

Seruling Kelana berkata...

sdih plak aku mengenang nasib pak ngah arif ni....

Salam berkata...

anak2 dia pun tinggalkan dia ker?

Qalam Musoffa berkata...

kenapa x tinggal rumah org tua??? tinggal kat sana dia lebih terjga...

Syakila Adnan berkata...

pak ngah ni bela hantu raya kot? sbb tu org kmpung pulaukan dia..

Ku Farah berkata...

anak2 dia xde ke?? sian pak ngah ni...

Puteri Salju berkata...

apalah nasib pak ngah ni nanti...

Ayu Manja berkata...

harap2 cerpen ni bukan sad ending....

Sofia Ofilia berkata...

cerpen kali ni mmg menghibakan...

Mozaire berkata...

sajak siang dn malam ni ingatkan sajak lama rupanya sajak bru lagi...

Richard Sirosa berkata...

sajak nasihat plak? menarik...

Datuk Hasbi berkata...

indah sungguh bait2 dlm sajak ni...

Bumi Hijau berkata...

sajak malam dn siang??? best2

Bintang Kejora berkata...

sayu je hati baca sajak ni...

Badrolshah berkata...

sajak bru rupanya ingatkan sajak lama...

Puteri Bunian berkata...

wah! sajak ketuhanan plak kali ni...

Jupri Halim berkata...

sajak kali ni amat menarik.

nurimanja berkata...

Cerpen ini memang benar berlaku, ustaz kamal orang pahan mengajar
sama di serawak dulu.

Dalam cerpen ini, sememangnya saya
ada bersama, tetapi sebagai pemerhati
saja.

Cerpen inilah merupakan cerpen terpantas saya tulis di antara lepas solat waktu maghrib menunggu masuk ke waktu issak siap diperoses.

Tetapi sekarang kurang mampu lagi, kecuali sajak mudah dan rengkas.