Jumaat, 12 November 2010

AKU DAN KAU DAN PULAU



Dulu kita pernah berbicara,
tentang sesuatu yang berbeza
waktu aku dan kau bersama
mendaki kepuncak gunung cita

Hari ini tiada lagi berbicara,
atau gurau senda kita bersama
wajakku dan wajahmu sepi
cuma terpisah dari laluan hati

Sahabatku yang dikasehi,
bila aku dan kau berada di pulau
perpisahan cuma halangan jarak
mengapa dibawa perbezaan pendapat.

Betapa Mutiara dan Langkawi,
riak ombak dan desir anginnya sama
mengapa sepi dan menyepikan
Ini membuatkan kita jarang berjumpa.


Oleh: Nurimanja.
Di asrama lelaki al Mashoor,
Sajak lagenda  22hb.February, 1974.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

Sambungan cerpin bersiri ; siri ke 2 bertajuk ; PAK TEH BERBINI TUJUH. Oleh; Nurimanja,
______________________________________________________________________

Tetapi Pak Teh cuma tersenyum saja bila mendengar kata-kata itu, Pak Teh sadikit pun tidak marah ataupun berasa kecil hati, malah dengan rasa tenang Pak Teh berkata, " sudah tak ada jodoh lagi, kami terpaksalah berpisah," itulah jawaban Pak teh yang pandai putar belit, seperti mana dia pandai mengelak tumbukan dan tendangan anak muridnya. sewaktu di gelanggang.

Dengan Sumiah Pak Teh khawin terlalu muda, jumpa saja Pak Haji Dollah, sebut saja pasal niat dan hajat, tentang Pak Teh hendak melamar Sumiah, Pak Haji Dollah terus setuju. Begitulah rezeki Pak Teh begitu murah mendapat tawaranbuka gelagang silat di sekitar kampung, malah bini-bininya juga kian bertambah, selepas kawin, cerai pula.

Gelangang di kampung Hulu, Pak Teh suruh Samad anak Midah dari isteriyang pertamanya yang mengurus serta mengajar budak-budak baru, tentang mengenal ilmu silat pulut dan ilmu silat cekak itu. Bdegitulah rentak dan tari nya Pak Teh sepanjang usianya, dimana saja Pak Teh membuka gelanggang bersilat, di situlah Pak Teh akan meresek mencari anak dara tua yang terlajak usia untuk dijadikan isterinya.

Selepas waktu issa gentang pun dipalu oleh samat, kemudian dikuti pula dengan tempek surak oleh Samat di tengah gelanggang mengajar anak buah Pak Teh menghayun langkah kaki mengikut irama gendang. Bila orang ramai asyik di gelanggang, Pak Teh pelahan-lahan menyelinapkan dirinya masuk ke dalam rumah.

Di waktu begitulah Pak Teh memainkan peranannya, mengeletek tubuh Sumiah dengan misai yang melintang di pipinya. Pak Teh tidak menunjukkan kegelojohannya kerana pengelaman telah banyak mengajar menawan setiap perawan tua yang berada di bawah dadanya, mereka akan meronda-ronda dan mengeliat kerana kegelian bila terkena misai yang melintang di pipi Pak Teh. kekek-kekek kecil bermula, Pak Teh tersenyum puas.

Di kepala PaK Teh dia terasa sebagai seorang pewira menawan sebuah negara, di hatinya cuba menghitung dan ingin menambah isterinya yang ke tujuh pula, setiap calun mestilah perawan tua yang tinggal kawansan pendalaman yang mudah dipengaruhipenduduknya, itulah pesanan dan rahsia wajahnya tidak dimakan tua oleh gurunya.

Begitu juga dengan nasib Sumiah, setelah dia melahirkan anak pertama, surat cerai pun datang menyusulinya, berbagai macam helah dan alasan yang Pak Teh lakukan cuma untuk melepaskan isterinya yang mula berkembang kasih sayang itu.

Pak Teh menghitung kesemua isterinya, anak dan cucunya, semuanya sama banyak dengan lima belas biji durian yang ada di hadapannya.Pak teh menyesat peluh masin yang mengalir ke dahi dan tengkoknya, Ahh! Tak ada orang pun yang sudi membelinya, keluh hati Pak Teh terasa hampa. Tiba-tiba muncul Jusof anak Munah isterinya yang kedua dahulu, bersama dua orang anaknya. "Hai, Tuk! jual durian, bagilah kami seorang sebiji?", kata cucunya yang sulung baru darjah enam.

BERSAMBUNG.

gelora maya berkata...

JANGAN BIMBANG

jangan bimbang
kerana aku akan kembali
mengutip daun-daun kering
berselerak ditiup angin musim
hidup aku disini aku juga disini
kerana itu aku akan tatap kembali
jika tiba-tiba aku hilang
kemudian tidak kembali lagi
pasti ada mengutip tulang kering
berselerakan disitu
aku tidak mampu kembali lagi
namun hidupku disini
dan matiku pun disini
bawalah aku kembali
jika tiba-tiba aku hilang
jangan ada sesiapa menangisi
jika tiba-tiba aku pergi
dan tak kembali lagi

Gelora Maya
Asrama UiTM
khamis

Nurse Lisa berkata...

AKU INGIN

aku ingin menjerit
sekuat hati sedih pedih
sakit hati ini siapakah tahu?
dengarlah ratap dan tangis
kerana apa dan untuk siapa?
aku ingin melukai hatiku sendiri
inginku koyakkan jantungku
biar darah membuak-buak
biar sesekali engkaupun tahu
bahawa aku pun tidak tertahan
menanggung rindu kerana untuk siapa
aku ingin menjerit
supaya malam tak sunyi sepi
supaya engkau juga tahu
aku masih lagi bersuara
supaya engkau juga tahu
memang aku ingin menjerit

Nurse Lisa
di kaunter pertanyaan di hospital pari buntar

Datuk Hasbi berkata...

TIADA KEDENGARAN SUARA ANAK KECIL

Kedengaran suara anak kecil
dari jauh hilang tumpuanku
buat seketika semua masalahku tiada
gelak tawanya itu
membuat semua terdiam
seolah kelam bunyi tiada
bertepuk-tepuk teriak
melalak memekak suatu bahasa
tak difahami manusia
kemudian anak kecil itu membesar
janggal dengan dunia
serba kejam tiada lagi dia
bertepuk teriak
melalak memekak Di mana
dunia kau berbentuk segi tiga
mata bujur terpaku di bucu kepala


Datuk hasbi
di dalam kereta dalam perjalan ke tempat kerja

Qalam Mutiara berkata...

Gelora Maya agak lama mengilang kini timbul dengan sajaknya JANGAN BIMBANG.Mungkin menceritakan akan kesayuan hatinya masih megenang kawan-kawan seperjuangan yang dulu bersama. Tetapi arus perjalanan telah mmungkinkan keadaan akan berubah dan berpisah membawa huluan masing-masing, walaupun sesekali hati ini kembali seperti crita lama. Namun terpulang kepada keadaan. Jika ada umur si penulis bercadang ingin berjumpa lagi. Jika sebaliknya jangan ditanya lagi kemana dia pergi. Atau terus menghilangkan diri. Inilah perjalanan iup kita bertemu dan berpisah Cuma tuhan yang menentukannya. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Nurse Lisa uah tamat pengajian dan latihan kini bertugas di hospital Bandar parit buntar,
dulu pecan kecil tempat en nuri bermain atau untuk pergi mencatri barang keperluan harian.Sajak anda bertajuk: AKU INGIN: Pengucapan sajak bagai ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati rasanya. Bukan marah pada tugasan , tetapi pada rasa kegeresanganhati seorang perawan yang mungkin diprmainkan oleh orang yang disayang, mungkin keana elama ini membisu seribu bahasa, menjadikan kesunyian melengkari hati, lalu benak pun kian sepi, mahu marah, sakit hati. Sesekali terpikir juga untuk apa hati mahu marah, jika selama ini bertepuk Cuma sebelah tangan. Luahkan perasaan yang menanti akan dapat menilai prasaan. Jika tidak, anda sendiri mati meragan.Supaya tidak begitu.

Qalam Mutiara berkata...

Agak sukar menangkap maksud sajak Datuk Hasbi, sama ada tulis ini lompat atau baitnya telah lari tidak ikut susunan sebenar. Sajak bertajuk TIADA KEDENGARAN ANAK KECIL. Tapi Dlam permulaan ayat Kedengaran suara anak kecil? Aneh juga. Lebih keliru bila ada tiap baris Ada orang pertama (pencerita) baris kedua semua (orang ketiga), kemudian orang ke dua (dia) pula.agak sadikit mengelirukan. (Cuma andaian) Barangkali mungkin kisah buang bayi yang ceritanya berluasa di hari ini. Setelah tiada siapa mengambilnya, besarlah dia dirumah kebajikan tanpa mengetahui siapa Ibu bapaknya melainkan rumah kebajikan .(itulah dunianya) besaudara dalam kelumpuk manusia yang dirasai diri masing-masing bagai terbuang. Sesekali resah hati memikirkan dan mengenangkan siapa aku sebenarnya?. Kesal marah pada siapa? Pastinya maseh tersimpul satu pertanyaan di kepala bila sudah dewasa.. Cuma sekadar andaian.

Qalam Mutiara berkata...

Agak sukar menangkap maksud sajak Datuk Hasbi, sama ada tulis ini lompat atau baitnya telah lari tidak ikut susunan sebenar. Sajak bertajuk TIADA KEDENGARAN ANAK KECIL. Tapi Dlam permulaan ayat Kedengaran suara anak kecil? Aneh juga. Lebih keliru bila ada tiap baris Ada orang pertama (pencerita) baris kedua semua (orang ketiga), kemudian orang ke dua (dia) pula.agak sadikit mengelirukan. (Cuma andaian) Barangkali mungkin kisah buang bayi yang ceritanya berluasa di hari ini. Setelah tiada siapa mengambilnya, besarlah dia dirumah kebajikan tanpa mengetahui siapa Ibu bapaknya melainkan rumah kebajikan .(itulah dunianya) besaudara dalam kelumpuk manusia yang dirasai diri masing-masing bagai terbuang. Sesekali resah hati memikirkan dan mengenangkan siapa aku sebenarnya?. Kesal marah pada siapa? Pastinya maseh tersimpul satu pertanyaan di kepala bila sudah dewasa.. Ada dua andaian satu lagi kisah di bumi plastine. Harap maklum. Amin.

Tanpa Nama berkata...

ghjgfjghj

Tanpa Nama berkata...

hdfhfghgfjghjgf

Datuk Hasbi berkata...

sajak sy terlintas nak buat bila sy bru balik dari rumah kebajikan bila melihat anak2 muda di sana byk termenung pikir mcm2 sdih sy tgk anak2 yg di lahirkan di letak di rumah kebajikan...

Emily Bayans berkata...

sajak pasal apa plak ni?

Nuri Jaguh berkata...

ada dan pulau??? sajak jiwa2 ke ni?

Pak Kassim berkata...

sajak en nuri dgn kekasih lama ke aku dan pulau ni??? haha

Saizul Maizav berkata...

sajak ni en nuri tujukan kepada kwn en nuri ke kekasih en nuri??

Malik Wariya berkata...

sajak susah nak tangkap la mksudnya...

Mozaire berkata...

sajak jiwa2 masa en nuri muda2 dulu ke?

Golok Buta berkata...

sajak aku dan pulau?? pasal apa plak ni?

Kembara Budiman berkata...

sajak simbolik ke sajak ni?

dam catur berkata...

alamak! x berapa phm la sajak en nuri kali ni.....

Nasruq Haqq berkata...

org guru silat kwin byk ke?? mcm mana en nuri thu ni? sbb sy pun kwin dua jgk tp alhamduliah kedua isteri sy terima satu sama lain.... hehehhee

Madah Pujangga berkata...

eh! semua tmpt dia mengajar silat anak dara jd bini dia!

Muhamad Rabbi berkata...

pak teh ni x padan dgn tua kwin pnya byk!

Ibnu Siddiq berkata...

pak teh pakai ilmu penunduk wanita apa???

Johnson Iqbal berkata...

pak teh ni pakai susuk ke? sampai kwin 7....

Seri Suri berkata...

pak teh msti x smart orgnya sbb org x smart mmg kwin byk....

Saidatina Ayubi berkata...

pak teh ni msti pakai ilmu ni...

Ustaz Sahzan berkata...

pak teh ni umur brapa dalam cerpen ni????

Haji Atang berkata...

pak teh ni msti kuat minum tongkat ali ni sbb boleh kwin sampai 7? hehe

Adi Cana berkata...

pak teh ni ada bela hantu raya ke?

Dang Anum berkata...

ksian pak teeh kwin pnya byk tp 1 pun x kekal...

Atuk berkata...

pak teh ni dulu masa muda keja apa?

Orang Lama berkata...

pak teh ni msti penghulu kmpung sbb selalunya penghulu mmg kwin byk....

Ustaz Majusi berkata...

pak teh ni kwin byk kesian anak2 dia nnt merempat....

Brader Joe berkata...

aku rasa pak teh ni dh gila kot? smua anak dara dia ambik buat bini...

Badrolshah berkata...

pak teh ni kwin byk yg kesian anak2 dia la hidup xde bapa...

Pangeran Indera berkata...

pak teh ni ada duit ke nak tanggung anak2 dia nnt???

Teksi Manaf berkata...

pak teh ni pengamal ilmu hitam jgk ke?

Abul Hassan berkata...

baik xpayah niaga pak teh ni asyik bagi percuma jer...

Pak Bostamam berkata...

sepatutnya yg niaga lain yg sedekah lain klu dia x asingkan jd mcm tu la...

Sarah berkata...

nmpknya pak teh xdpt duit tp dpt pahala sedekah jer....

Diana Sanubari berkata...

semua mcm nak pekena pak teh jer...

Salleh Muhamadon berkata...

pak teh ni lurus sgt la kalau aku yg niaga lain yg sedekah lain....

Ustazah Janariah berkata...

baik xpyh niaga klu mcm tu pak teh oi...

Raja Zaki berkata...

kesian pak teh lama2 x niaga la dia nnt....

Tengku Anita berkata...

berdasarkan kisah benar ke pak teh ni?

Malik Wariya berkata...

pak teh ni ada lagi x skrg?

Puteri Bunga berkata...

pak teh ni msti anak org kaya ni klu x mcm mana dia boleh kwin byk...

Ai Kutubudin berkata...

pak teh mengajar silat pun boleh kwin byk??? gaji dia berapa?

Jalal Rafzee berkata...

jalal kdg2 nk tergelak pun ada bca cerita pak teh ni....