Jumaat, 26 November 2010

IBUBAPA PATUT DIPULIHKAN





Kesilapan anak muda kini,
kesalahan ibubapanya sendiri
contoh: lihat cerita anakku sazali
ibubapa memberi kebebasan melampau
menjadikan anaknya berani mendurhaka.

Di sini ada banyak penilaian,
kesilapan anak-muda dini hari
rokok, gam, dadah, lepah dan rempet
ibubapa patut dipanggil diberi pemulihan
agar rasa malu tidak dibebani anak-anaknya.

Pemerentah senang tangani,
jika dikenakan pemulihan ibubapa
takut malu, jaga anak dengan sempurna
jika anak ditangkap ibubapa patut dihukum,
barulah ada kesedaran meruah pun terjaga
negara pun aman, bila hukuman pun saksama.

Oleh: Nurimanja,
melihat belia kini melampau
kesalahan ibubapa mendidiknya. 2010.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

___________________________________

CERPEN SIRI KE 6 (AKHIR) : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
______________________________________________________________________


KETIKA Ustaz Kamal keluar dari halaman rumah itu, dia bersua dengan Mak Ngah Siah yang sedang memasuki pintu pagar, di tangannya terbinbit sebuah raga rotan, di dalamnya berisi barang-barang berbungkus dengan kertas surat khabar lama..

"Assalamualaikum Mak Ngah Siah ?"
"Waalaikummussalam.... Hai Kamal , bila balik?" tanya Mak Ngah Siah.
"Sudah dua tiga hari, Emm Mak Ngah ni dari mana?"
"Kedai tadi cari barang sikit,"
"Patut tak ada tadi di rumah,"
"Sudah kau tengok Pak Ngah?"
"Sudah, lama juga Kamal berbual dengan Pak Ngah tadi, kasihan Pak Ngah Arif, tidak berkurangan penyakitnya," kata Ustaz Kamal.

"Buat kebelakangan ini, dia cakap pun banyak yang tak betul Kamal, aku ini setiap hari dia cemburu saja, kononnya nak cari jantan lainlah, jumpa kekasih lamalah, Mat Teberau, katanya," kata Mak Ngah Siah, agak kecewa hatinya.

Ustaz Kamal tersenyum mendengar kata-kata Mak Ngah Siah itu,

"Bersabarlah Mak Ngah Siah, mungkin inilah ujian dan cabaran hidup, Allah hendak menilai keimanan kita, banyaklah bersabar,"

"Itulah Mal.... Kalau Mak Ngah tak sabar , dah lama Pak Ngah kau tinggal seorang diri, cemburunya berhatu,,," runggut Mak Ngah Siah.

"Bersabarlah Mak Ngah, mengucap dan berastaffar banyak-banyak... "

"Kau nak kemana dengan parang menebas ni?" tanya Mak Ngah Siah, seperti mengubah perbualannya untuk menyembunyikan rasa penderitaan dirinya.

"Cadang nak menebas rumput di tanah dusun aruah ayah di kaki bukit itu, waktu melintas tadi dengar suara Pak Ngah Sarif duduk memekek, singgah sekejap.."
"Ohh.. Begitu.."

"Minta maaflah Mak Ngah Siah,minta diri dulu ..."
"Baiklah Kamal ,"

Ustaz Kamal berlalu dari situ dalam hatinya masih terasa sayu dan sedeh mengenangkan nasib malang yang menimpa keluarga Pak Ngah Arif itu.

"Apakah ini satu penyeksaan atau pembalasan kepada Pak Ngah Arif semasa muda-muda dahulu? Kerana sikap angkuh dan sumbung dengan orang-orang kampungnya.

Atau satu pembalasan ke atas Pak Ngah Arif yang dahulu selalu memaki hamun serta menyepak menendang Mak Ngah Siah isterinya seperti bola." Bisik hati kecil Ustaz Kamal sendirian.

Ustaz kamal menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda kesal dengan sikap Pak Ngah Arif sewaktu mudanya dahulu, tetapi terasa simpati pula bila mengenangkan dia tidak boleh berjalan bagai satu penyeksaan yang diterimanya.

"Astaffarullah hal azimmm..."
Ustaz Kamal melafaskan kata-kata itu beberapa kali, tanda zuhudnya kepada Aallah swt yang telah menjadikan sesuatu itu dengan kuderat dan iradatNya.

S E L E S A I .

ANJ berkata...

3 RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU (Dari blog ziarah)


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

sambung esok.

gelora maya berkata...

MALAM CELAKA

malam celaka berlalulah segera
bawa pergi kemelutku
bawa pergi bersamamu malam
sumpah celaka si durjana itu
memberi perit di hati ini
memberi sesak di nyawa ini
bibir ku tak bisa tersenyum
suara ku tidak mahu menyanyi
sumpahkan dia sumpahkan dia
duhai tuhan sekalian alam
datangkan lah sinar
tatkala bulan berubah hitam
tika bintang tidak lagi bersinar
datangkan lah wahai tuhan
ketenangan di iringi sabar
kerana aku ini masih belum upaya
tidak mencelakakan mereka..


gelora maya
Kedah
1pagi

Imtiyaz berkata...

SALAM ORANG DISANA

apa sudah hilangkah rindumu...
hingga tak sempat tinggal pesanan
tak ingin lagi bersama disitu...
atau tak ingin difikirkan....
dia sentisa mencari..
bayangan dan kata-kata indah...
dia sentiasa menanti...
gurauan serta luahan madah...

seolah-olah hanya
dia seorangberdiri...
sedangkan orang itu
diam jauh berlari...
mungkin ini hanya bisikan naluri...
tapi dapat kurasakan
diri ini makin sepi...
jika ini satu langkah
orang itu menjauhi...
dia terima rendah hati...
siapa lah dia terus disisi...

dia akan terus menanti...
dia akan terus mencari...
makna cinta dan hati...
makna perkahwinan dalam duniawi...
walaupun tiada keyakinan diri.....
dia yakin ia pasti dimiliki...


Imtiyaz
11malam
Kuala Lumpur

Orang Lama berkata...

SEMUDAH SEHARI

Jika aku punya sehari cuma
Aku mahu dipelukmu tanpa bicara
Biar degupan jantung kita seirama
Untuk kali terakhirnya sebelum aku
lelapkan mata selamanya
Aku mahu berikan senyuman bahagia
Agar tenang aku pergi ke sana.
Kau hanya perlukan percaya.
Itu buat aku mati dalam senyuman.
Itu cukup buat bekalan
hidup sepanjang zaman.
Tapi bukan mudah pada kau.
Aku bukan mencabar kau
Tapi tak mudah bagi aku menyerahkan
Perkara yang semudahnya.
Takkan pernah mudah.


Orang Lama
Kuala Kangsar
3ptg

Qalam Mutiara berkata...

MALAM CELAKA: nukilan sajak daripada Gelora Maya kali ini bersama rasa al marahnya pada sesuatu kejadian yang telah melibatkan dirinya. Perselesehan dan persengketaan ini nampaknya berat. Mungkin politik atau keluargaan atau sahabat. terasa bibie pun engan senyum.apa tah lagi untuk bersuara, kerana kemarahan yang amat sangat terlalu sukar dibendung. Di satu malam yang penuh celaka dan sukar pula untuk dilupakan.Kini sekadar mengharap jika Allah mengalihkan keadaan dan semoga dengan ini dapat memulihkan keadaan yang buntu dan mengcengkam hati. dan hanya doa dan usaha dengan kesabaran dapat mengatasi segala keadaan jika kita benar Allah akan bersama. Insyaallah. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Imtiyaz bertajuk: SALAM ORANG DISANA. Pengucapannya bagai kecewa dengan perpisahan yang tiada khabar berita. Perginya tiada meninggal pesan. Ada rasa sedih buat orang kedua, (dia) menanti, dan merindui ditempat selalu bertemu.terasa diri semakin sepi , menyedari dirinya mungkin orang tidak sudi,namun hati si dia tetap juga terus menanti, jika takdirnya tidak bersama kekasihnya. Diharap mungkin ada orang lain yang mengantikan tempat cinta dihatinya.Begitulah keyakinan si dia di sini. Semoga Dipertemukan kekasih yang lain oleh Allah swt.

Qalam Mutiara berkata...

Hasil nukilan Orang lama yang lama tak nampak di blog CR ini Datang dengan tajuk: SEMUDAH SEHARI. Pengucapan Orang lama bagai meminta kepada saseorang atau mungkin bekas isteri anak keluarga yang pernah disayanginya dahulu. Buat sekitika ataupun sehari cukup sudah memadai bersamanya untuk melepaskan rindu yang dulu-lulu sewaktu mungkin muda dahulu, buat kali terakhir, sebelum dia dijemput pergi, bersama senyuman yang terakhir, sebagai bekalan azimat padanya. Agar dapat mengukir senyum sepanjang zaman.Begitulah harapan rindu (jiwa seorang tua) Orang Lama yang cukup mengharap pada si dia (jika masih hidup ) datanglah sebelum dia melelapkan matanya buat selamanya. Semoga harapannya dapat dikabulkan. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Imtiyaz bertajuk: SALAM ORANG DISANA. Pengucapannya bagai kecewa dengan perpisahan yang tiada khabar berita. Perginya tiada meninggal pesan. Ada rasa sedih buat orang kedua, (dia) menanti, dan merindui ditempat selalu bertemu.terasa diri semakin sepi , menyedari dirinya mungkin orang tidak sudi,namun hati si dia tetap juga terus menanti, jika takdirnya tidak bersama kekasihnya. Diharap mungkin ada orang lain yang mengantikan tempat cinta dihatinya.Begitulah keyakinan si dia di sini. Semoga Dipertemukan kekasih yang lain oleh Allah swt. Amin. (Imtiyaz menceritakan diri orang lain, tapi pada bait yang lain memasukkan aku) Tapi dapat kurasakan, dan Diri ini mangkin sepi? Ini bagai penulis pun terlibat bersama. Bagai cinta tiga segi Cuma andaian. Semuga sukses! Amin

Ali Conan berkata...

patutlah x hbis lagi cerpen ni sbb dia blum jmpa mak ngah lagi...

Ustaz Nasarudin berkata...

mak ngah bru balik sedangkan suami dia terlantar sakit???

Budak Rap berkata...

mak ngah ni pegi kedai ke melencong tmpat lain ni? hehe

Ustaz Sahzan berkata...

mak ngah pegi kedai rupanya x baik pak ngah sangka lain...

Tanpa Wajah berkata...

ingatkan watak mak ngah xde rupanya akhir sekali...

Raja Muda berkata...

ingatkan ada 2 watak je rupanya ada org ketiga?

Mat Noh berkata...

cemburu buta rupanya pak ngah ni...

Harimau Berantai berkata...

susah jgk nak percaya kata mak ngah ke pak ngah???

Pak Awang berkata...

inilah pembalasan ke atas pak ngah masa muda2 dulu...

Ustaz Zamree berkata...

kena baca kedua2 belah pihak bru thu siapa btol siapa salah...

Malik Wariya berkata...

pak ngah ni mcm dh nyanyuk jer...

Zuraifah' berkata...

silap2 boleh jd gila pak ngah ni...

Taib berkata...

mak ngah baik je pak ngah ni megelamun agaknya...

PENYAIR AGUNG berkata...

BETOL KATA MAK NGAH KALAU IKUT LOGIK KALAU MAK NGAH NI DGN MAT TEBERAU MSTI DIA MINTA CERAI..

Saizul Maizav berkata...

cerita ni cerita btol ker???

Nuri Jaguh berkata...

esok cerpen apa plak en nuri?

Seri Suri berkata...

cerita hantu xde ke en nuri???

Zainal Arifin berkata...

cerpen kali ni menarik jgk ada byk suspen...

Jalal Rafzee berkata...

cerpen kali ni byk cerita pasal flash back...

Qulbai Khaisai berkata...

en nuri skrg cerpen byk berkisar tentang flash back jer...

Karim Ghani berkata...

eh! cerpen ni hbis mcm tu je ker?

Hamba Allah berkata...

pak ngah ni hidup lagi ke skrg en nuri?

Salam berkata...

cerpen kali ni mcm mana pak ngah dia meninggal ke???

Comel berkata...

cerpen yg menarik jgk...

Man Pendek berkata...

x sabar plak nak baca cerpen yg seterusnya

Penyajak Istana berkata...

esok cerpen bru ke cerpen lama jgk en nuri?

Emily Bayans berkata...

cerpen fantasi macam harry potter ada x en nuri???

Diana Sanubari berkata...

esok cerpen lama lagi ke en nuri?

Tengku Anita berkata...

cerpen lama2 ni kdg2 best jgk baca balik...

Ussop Nayan berkata...

cerpen penyeksaan ni lagi best dari 2 alam....

Sudin Ramlee berkata...

cerpen kali ni mmg berkesan mmg menginsafkan...

Abang berkata...

cerita ni berlaku kat negeri mana en nuri????

Nabil Quldi berkata...

thn bila pnya cerita ni???

Budak Surau berkata...

mmg kali ni cerpen agak mengancam jgk...

Maisarah An Nisa berkata...

cerpen apa plak lps ni?? x sabar plak nk thu...

Capricorn berkata...

cerpen kali ni tajuk mula2 ingat dh thu cerita dia tp jangkaan meleset sbb sy pikir cerita lain...

Shahrul Romandy berkata...

penjaga blog dtg jgk saja nk tumapng toi hehehe

Jupri Halim berkata...

agaknya mcm mana lah nasib pak ngah dalam cerpen ni kalau cerpen ni kisah benar,...

Panglima Ketot berkata...

kebanyakan cerpen en nuri ni semua kisah benar ker????

Qalam Mutiara berkata...

Qalam Mutiara Ulas sikit


Pak Ngah Arif ini dah tenak,cemburu kuat, otak dia pun dah rosak, akibat serangan angin ahmarnya. Dia sebenarnya tidak belajar pun di sekolah agama, dia khayal sendiri. Sebab itulah ustaz Kamal geleng kepala, lagi pun ayah uztaz kamal pun tak pernah cerita pasal pak ngah arif bersekolah samanya...

Cerpen ini berlaku di felda lembah belut, Pahang. harap ustaz kamal
atau kawan-kawang di pahang dapat
mengikutinya. harapan en nuri.

Tanpa Nama berkata...

"anak nuri jantan: kau masih x lepas anak anjing lagi ? Kasihat!!! "(sesungguhnya ko ni manusia yg tak bertamadun... masuk blog org mengata org mcm ni.. jgn mengaku diri pendidik sblm kau dpt didik diri sendiri)