Isnin, 29 November 2010

ZIARAH PERKAMPUNGAN ARUAH



gambar hiasan zombe kpg pisang


Tetiba saja aku pun berada
di dalam sebuah bus express laju
bersama dua abang ipar dan anak saudara
sebenarnya mereka telah lama menjadi aruah.

Pemandunya abang ipar satu
pembantu pemandu abang ipar dua
konduk anak saudara duduk belakang sekali.

Waktu memandu mereka tidur!
anak saudara minta aku mengambil alih
aku jadi bengung kerana tidak biasa bawa bus
dia kata senang saja macam membawa kereta juga.

Dalam kelamkabut aku ambilalih,
hamper terjun ke dalam gaung dan melanggar lori
akhirnya sampai juga dikampung penghuninya aruah,
aku jadi panik, semuanya aku kenali mereka sudah mati.

Dalam kekalutan rasa kesedihan!
aku ingin derma wang bantu kemiskinan
sebelum aku balik dan keluar dari kampung itu
aku mencari kereta dan jalan keluar tidak berjumpa

Aku  risau dan bertambah gelisah,
entah bagaimana aku dapat meluluskan diri
dari perkampungan aruah orang yang lama pergi
bila tersedar, aku lihat jam tepat pukul tiga setengah pagi.

Esok aku termanggu dan terharu,
memikirkan mimpi roh yang ngeri dan misteri
terasa bagai balik dari ziarah perkampungan aruah
jikalau aku tidak pulang, mungkin aku pun sekali padam
dan mungkin yang pergi itu roh dan jiwaku sahaja agaknya.



Oleh: Nurimanja,
Catatan mimpi ngeri dan misteri,
pada jumaat yang lalu  28/11/2010.








50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI KE 5: BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
_________________________________________________________________________________________________________


"Kau dulu pun ayang atang, may kau samah dengah idun, may ta au siang malam, sigah laus, bek nau kawan menyanyi may ta au tempat. kau may hal kawan luk nyanyi, bek nau pidan nu an buah di halaman lebuk kenawan majis kawan apan,"

Terjemahannya;
(Aku dulu pun muda juga, tapi tak lah macam anak muda sekarang, terpekek melolong, tak kira siang atau malam, menyanyi di sepanjang jalan, kalau nak menyanyi saja tak kisah, ini tidak, kalau ada buah tanaman orang di halaman rumah habis dikebasnya,) Gerutu hati Nek Abang Junaidi lagi.

Marah Nek Abang Junaidi itu memang ada benarnya, dia mahu melihat anak muda di kampungnya, tahu sadikit tentang hal agama, hukum hakam, halal dan haram jangan mengambil harta atau tanaman orang sebarangan, semacam negeri tidak diperentah.

Dia juga kesal dengan sikap anak muda di kampungnya yang pemalas hendak berusaha, tulang empat kerat ada, tanah kebun harta pusaka terbiar begitu saja ditumbuhi rumput dan lalang. Mereka cuma mahu berlagak sahaja, tetapi punca hasil pendapatan tidak ada,

Malah di satu majlis kenduri khawin, Nek abang junaidi pernah mengemukakan pendapatnya itu, dikalangan member lamanya dulu; "Kau nuing, didak anak lai lau eh mebay adap, may ta au age hormat kanawan lakai, may ta au age adap sopan , agamah, bek naulah gaya idup idun mebay arah age.., jangai atang."

Terjemahannya;
(aku lihat anak muda sekarang ini biadap, tak tahu menghormati orang tua, tak tahu adap sopan, agama, sebab itulah hidup mereka tak tentu arah lagi... nakal sungguh,) Gerutu Nek Abang Junaidi, sambil memusing-musing rokok daun nipah dengan tambakau lambak dengan jari- jemarinya, asap daun nipah itu dihembusnya, terasa puas dia melepaskan pendapatnya.

(Ada satu lagi yang paling menyedihkan, bila suara azan di laungkan di masjid atau di surau, bagai nak tercabut anak tekak tuk bilal haram mereka nak dengar, buat tak kisah saja.) lagi gerutu Nek Abang Junaidi, orang-orang kampung yang sebaya usia dengannya mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju. Nek Abang Junaidi senyum lagi terasa puas.

Segala ingatan yang menyanyat hati itu datang berlegar-legar di hati Sapani . Air mata sayu dan sedih berlenangan di kelopak matanya tanpa disedari telah membasahi pipinya.

BERSAMBUNG...

Ezad Emir berkata...

LIMA BELAS HARI BERLALU

lima belas hari berlalu
separuh purnama sejak
dari hari istimewa itu
istimewahanya hari ulangtahun
saban tahun biasa-biasa cuma
tanpa ucapan kata-kata indah
tiada kek atau lilin untuk ku tiup
apatah hadiah mengenang aku
lalu aku sedar sendiri
siapalah diri meminta yang itu ini
sedang diri bagai gelandangan
sekilas pandangan tak terkesan
lalu ku pujuk-pujuk jiwa
bukanku hampa malah jauh kecewa
kerana tahun depan mungkin ada
jika tidak pun tahun seterusnya
namun dari siapa tak ku harap
sekadar berangan berdoa sendiri
di sunyi menghitung detik mendatang
andai jalan ku masih panjang
wahai tuhan berkatilah dunia ini,
biarlah aku bagai dilupakan,
ku harap Kau mengingatiku"


Ezad Emir
Kuala Lumpur
1pagi

Srikandi Juwita berkata...

MALAM BERDARAH MERAH

kukira malam itu malam bertuah
hujan masih bersyair indah
aku di kamar sendirian
resah menunggu utusan
dari pipit kesayangan
terbangkan aku khabar riang
sepertiga malam aku sendirian
di kamar menunggu pipit sayang
pipitku lalu datang
pipitku berdarah!
simpang siur peluru Hitler
3 bidik 2 tepat
katanya memercikkan merah
kata pipit wahai teman,
setan kau tewas lagi
jadi apa perlu aku muram
andai yang rebah itu setan jua
pipitku lalu pulang.
malam itu bukan malam bertuah
tapi malam berdarah.merah.


Srikandi Juwita
penang
2ptg

Satria Juragan berkata...

ni sajak atuk sy kirim utk qalam ulas....


SYUKUR AKU MASIH BERNYAWA

Basah petang masih belum kering
bilik kecil seakan tak mampu hidup
sejuk rasa menikam tulang-temulang
dalam selimut selesa melingkar lena
semut berkawad di atas dinding.
Hujan petang sudah berhenti
namun pelangi kunanti masih tersipu
bergulung sebalik awan hitam tinggi
mengharap panggilan daripadaku.
Jendela bilik sengaja kubiar tutup
lalu aku sendirian berbaring lesu
menyalakan curut menyedut asap
merasa sisa-sisa bosan bertamu
menjenguk kembali gerbang silam
kemudian tersengih senyum sendiri.
Rupanya aku masih bernyawa.


Pak Ngah But
hari ke-4 di hospital

Ustaz Rahman berkata...

sokong nek junaidi ni kata bdk2 mmg xde adap zaman skrg ni!

Ustaz Zulkainaan berkata...

berbeza bdk2 zaman skrg dgn dulu...

Pak Awang berkata...

bdk2 dulu dgn skrg mmg beza langit dan bumi

Haji Atang berkata...

mmg zaman skrg susah nk jmpa bdk2 yg berbudi bahasa...

Jalil Janggut berkata...

ni smua salah mak bapak yg x ambik peduli hal anak2... sian nek junaidi

Pak Kassim berkata...

nek abang junaidi ni meninggal sbb makan hati ker?

Salam berkata...

nek junaidi ni dh thu smua org kmpung x ska bkn nk pindah...

Ustaz Sahzan berkata...

sepatutnya nek junaidi ni pindah kalau rasa tempat tu dh x sesuai...

PENYAIR AGUNG berkata...

NEK JUNAIDI NI MSTI BYK MKN HATI NI TP SALAH DIA JUGAK KENAPA X PINDAH? DUIT BANYAK RUGI SAJA...

Datin Maimun berkata...

nek junaidi ni rasanya meninggal sbb makan hati org kmpung kata dia mcm2....

Saizul Maizav berkata...

rasa mcm tgk cerita zombie kmpung pisang plak?

Budak Surau berkata...

jalil hamid ada sekali x dalam mimpi en nuri? hehehhe

Zainal Arifin berkata...

kenapa semua jadi zzombie plak?

Jalal Rafzee berkata...

mcm main game plak bila baca mimpi en nuri?

Ustaz Nasarudin berkata...

mimpi yg menyeramkan plak?

Ustaz Majusi berkata...

rasanya roh dtg melawat kot?

Jeffry berkata...

en nuri kena tindih ke masa tu?? selalunya gambaran yg pelik2 smua keja syaitan

Pak Bostamam berkata...

bila en nuri bangun bulu roma naik x? klu bulu roma naik mngkin roh dtg ziarah....

Mat Noh berkata...

sy kerap jgk mimpi org mati ni sbb nk buat mcm mana dh keja saya pun penggali kubur....

Sarah berkata...

roh dtg melawat tu....

Orang Lama berkata...

sy pun pnh mimpi 2 org arwah anak sy esoknya sy solat hadiah kpd mereka...

Kembara Budiman berkata...

seram plak baca mimpi en nuri...

Pangeran Indera berkata...

mcm mana plak roh tu boleh jd zombie?

Emily Bayans berkata...

zombie tu ada menjerit otak x? hehe

Mei Ling berkata...

msti sebelum en nuri tidur en nuri tgk cerita zombie ni...

Jessica Liew berkata...

msti terbawak2 en nuri tgk dlm tv ke dalam mimpi....

Kembara Budiman berkata...

roh ke setan? pening jgk..

Brader Joe berkata...

eh! mengerikan baca mimpi en nuri ni...

Bob Kuli berkata...

ni msti en nuri x bsuh kaki sebelum tidur ni....

Datuk Hasbi berkata...

roh tu bercakap x? klu bercakap seta klu diam tu roh btol kot?

Mata Langit berkata...

naik bulu roma baca mimpi en nuri....

Irham Kesuma berkata...

rang muda ni bnda apa plak?

Raja Muda berkata...

sajak politik ke rang muda ni?

Ali Conan berkata...

sedih plak baca sajak rang muda ni...

Tok Mahat berkata...

btol tu skrg keja semua serah kpd rang muda...

Datuk Borhan berkata...

rang muda byk tenaga boleh la jika nk dibandingkan dgn rang tua...

Nuri Ketitel berkata...

x boleh jgk beri tugas kat rang muda sbb rang muda pemalas...

Syeikh Al Habib berkata...

rang muda ni susah nk percya sikit la berbanding rang tua...

Zain Issac berkata...

rang ni mksudnya orang ke??

Puteri Aisyah berkata...

rang muda? sajak pasal apa ni? mcm sajak nasihat jer...

Nabil Quldi berkata...

seram baca sajak en nuri tp sy pun pnh jgk mimpi zombie ni....

Jengking Perak berkata...

mimpi zombie ni apa maknanya???? ada x dalam ramalan mimpi?

Jupri Halim berkata...

zombie? mcm dalam filem plak?

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bertajuk LIMA BELAS HARI BERLALU nukilan rasa dari sdra Ezad Emir dapat mencuit hati khalayak bila menatapinya. Penceritaan dalam ucapannya, agak tersentuh juga, bila diri kini dilupakan, tidak seperti waktu bersama isteri dahulu,tiap tahun ada hari ulang tahun mengingati, hari jadi atau ulang tahun perkhawinan, kini tiada lagi ucapan, hadiah atau kek sepotong, terasa hampa bukan kecewa atau jauh hati, terasa diri bagai geladangan yang merempat tiada nilainya. Sesekali teringat mungkin ada kesilapan yang semacam sukar dimaafkan. Kini si penulis penuh harap kepada yang maha kuasa, jika panjang umur ada jodoh, tahun berikutnya mungkin dapat kembali suasana kemesraan itu, jika tidak hanya pada Allah swt sahaja untuk meyerahkan diri.kerana cinta pada tuhan yang abadi, Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Srikandi Juwita dengan sajaknya MALAM BERDARAH MERAH; Pengucapannya menarik: Bagai sedang menanti sesuati berita yang mencemaskan. agak rasa sadikit kekeliruan pada watak pipit ( haiwan atau orang suruhan). Terasa bagai ada persengketaan diantara dua belah pihak, selalunya peperangan ini Dimenangi oleh orang suruhan (pipit) tetapi kali ini , walaupun pipit menang, namun dia pulang dalam keadaan luka parah dan berdarah, menjadikan si penulis menterjemahkan kepada tiada tuah , tetapi mengangapnya Malam Berdarah Merah. Apa yang direbut apa yang dipersengketakan tidak pula dinyatakan disini, barang kali perang urat sarap hasad dengki yang berpanjangan. Namun yang menang atau kalau, diri melebalkan keduanya bagai syitan juga. Tiada cirri-ciri berserah kepada tuhan, Cuma sekadar menang kalah terserah.Agar persengketaan ini tidak berpanjangan. Amin. (Cuma sekadar andain saja.).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Pak Ngah But bertajuk: SYUKUR AKU MASIH BERNYAWA. Mungkin dari berkat doa para sahabat CR dan kaum keluarga dan mungkin tuhan masih sayang pada pak ngah but. Dalam kekalutan dan pergelutan andara hidup dan mati, pak ngat but masih didatangi ilham dan dapat mencipta sajak lagi, (apabila tekanan darah naik) angkara daging lembu korban. Setahu saya en nuri hamper puluhan tahun tak berani mendekati atau menekmati daging lembu yang segar baru dipotong. Kerana dua orang orang tersayangnya pergi gara makan daging lembu dan kambing.(mungkin sabab musabab agaknya) Bersyukurlah pak ngah but kerana hidung masih boleh menyedut udara. Bibir masih boleh tersenyum melihat kembali dunia nyata. Amin!