Selasa, 30 November 2010

KAWAN BILA KAU TIADA



-buat sahabatku anj-


Kawan!
bila kawan merajuk
akulah yang cuba memujuk,
bila kawan banyak bergurau
akulah orang mulai rasa risau.
kekadang ada yang tersasul
nampak seorang dua mulai sugul,
mana tahu jika kita tersasar bahasa
hati kawan-kawan menjadi gusar dan luka.


Kawan!
bila ada rakan-kawan
rasa kemesraan tiada rawan
hati pun rasa senang,
tetapi,bila kawanku tiada
hati sedih bertambah kacau pula
tiada teman lagi untuk  bicara
jiwa pun jadi kosong dan  lara
hilangnya  rasa suasana gurau gelak ketawa.


Oleh: Guest Door,
Kutulis diketika sunyi,
Hujung November 2010.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

___________________________________

CERPEN SIRI AKHIR ; BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982

-----------------------------------

"Tidak ada siapa pun dapat menduga Nek Abang Junaidi akan meninggal dunia di sana, niatnya baik perginya bersama selesai ibadat haji. Tidak sempat dia mengayakan pakaian haji di kampung Emas Tempawan tempat kelahirannya, malah tidak sempat orang-orang kampung memanggilnya haji bahil,sesungguhnya Allah itu amat pengasih dan penyayang dan amat maha mengetahui." Bisik hati kecil Sapani sendirian.

Sapani terasa sayu dan sebak hatinya, pelahan-lahan dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam saku seluarnya, kemudian menekap kemuka, pelahan-lahan dia mengesat air mata di kedua kelopak matanya itu. Sesekali mengalih pandangan untuk menyembunyikan lamunannya yang telah jauh itu, agar tidak diketahui orang lain yang berada dalam bot itu.

Sapani segera ke ruang belakang botnya, dicapainya gayung dan menceduk air dari dalam tong dram untuk membasuh mukanya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa begitu sayu, bila mengenangkan Nek Abang Junaidi. Baru hari ini dia dapat merasakan dan menilai akan hati budi dan bicara Nek Abang Junaidi yang penuh rahsia.

Tiba-tiba bahu Sapani ditepuk orang dari belakang, "Hai Jeragan ! Apa lagi yang ditunggu? sudah pukul satu, bila lagi bot nak bertolak?" Sergah salah seorang penumpang yang pernah dikenali. Sapani tersedar dari lamunan yang menyanyat hati, "Ya.. kita, ..kita boleh.. bertolak sekarang.."kata Sapani terhenti di situ.

"Apa yang kau ingat ini Sapani?" Celah seorang lagi, bila melihat teragak agak menjawab soalan kawannya dan matanya pula Nampak berair dan wajahnya pula muram sahaja. "Saya.. saya terkenangkan Nek Abang Junaidi tadi." jawab Sapani berterus terang.

"Ohh, Begitu, sudah ajal dan suratannya begitu Sapani, dia nak meninggal di tanah suci, lepas kerja haji pula tu, memang bersihlah seperti bayi baru lahir, tiada dosanya dengan Allah, amin," kata kawan yang menegurnya tadi "Ya , kita yang hidup ini belum tentu lagi cara kematiannya, minta-minta biarlah baik," Sampuk Haji Situm pula yang duduk di bangku belakang bot penambang itu.

Kemudian, mecelah pula seorang kawan sekampungnya, "kau ingatkan Nek Abang Junaidi ke, atau kau ingatkan kedua anak daranya?" orang lain turut ketawa dan mengulum senyum. Sapani menjadi seba salah, lalu dipaksa juga dirinya untuk senyum, Beberapa orang yang mengenali Sapani dan keluarga nek Abang Junaidi dari kampung yang saa turut bergelam ( ketawa) terbahak-bahak.

"Saya mengenangkannya bukan apa, kalau dulu orang kampung sering mengejeknya macam haji bahil, tahi hidung masin, tangkai jering,dan berbagai lagi, sekarang Nek Abang Junaidi, sudah pergi dan tak akan kembali lagi, dan tidak ada siapa yang boleh mengumpat celanya lagi," Kata Sapani dengan panjang lebar, seperti ingin membela nasib aruah Nek Abang Junaidi yang perginya tanpa umpat cela lagi...



S E L E S A I

Guest door berkata...

INFO AGAMA


Amalan bacaan surah tertentu. ANJ ambil dari ziarah blog!

Ayat Al Kursi (pendindingan pagi petang)
Surah al khafi (jauh dari kemiskinan)
Surah Thaahaa (kecerdasan otak:25-28)
Surah An Nuur (disegani)
Surah Maryam (kejayaan dunia akhirat)
Surah Yusuf (murah rezeki)
Surah Al Hud (kekuatan dan hebat-aura anda)

Ustaz Nasarudin berkata...

IKAN PAUS

aku keluarkan jantung
biar ritma meluah rasa
isi darah menjadi nadi pena
melimpahi kanvas mencatit kata
apa kau rela candatkan perasaan aku
lambung ke udara ke tanah semula
kumpulkan permata air mata
ciptakan kalung daripdanya
pasti cukup untuk ikan paus
kurungkan saja dalam tempayan
tanam jasad tak berjiwa
jauh 7 kaki ke dasar
kerana tiada gula kapas dari awan
hanya melihat merah darah
jadi kegembiraan maka khabarkan
pada ikan paus dan anak mereka
permata berdarah sudah tercipta
kau masih untaikan kalung


Ustaz Nasarudin
Kuala Lumpur
11malam

Puteri Aisyah berkata...

PECAH SUDAH

warna hitam itu tiada merenggang
senantiasa ia mengekang
pada segenap ruang
walaupun embun menyiram
setiap lekuk sumpahan
menenggelam segala rekahan
memudar garis palitan
namun tiada lain setelah surut
pada putih telah hilang
hati pecah ditampal-tampal
selama ni ku harap
tangan kamu mebelai
telah kau jatuhkan
berderailah semula
siapa mahu mengutip setiap cebis?
dapat aku lihat darah dari luk
mengkolamkan jari kaki
lalu aku kuis biarlah,
aku sendiri tidak rela menyimpan
cebis-cebis yang dipandang sampah.
dan satu hari nanti jika kau jumpa
satu nyawa berkelubung aura hitam
tiada rasa maka yakinlah
yakinlah itu aku.


Puteri Aisyah
9pagi
Melaka

Haji Khali berkata...

MAKCIK TUA DI KAKI LIMA

makcik tua di kaki lima
wajah nampak sayu
apa agaknya di fikiran
rindukan anak agaknya
dua karung besar
aneka kerepek terlihat
tak laku agaknya
kasihan aku melihat
tiba-tiba telefonnya berderit
wah jenama terkini
wajah bertukar ceria
muncul pula mercedes putih
mata belalang makcik tua tersengih
terus masuk kereta
tinggallah aku terpinga...

Haji Khali
ketika di kaki lima di kauala lumpur

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Nasarudin bersama sajaknya yang bertajuk: IKAN PAUS. Pemgucapannya rasa semacam marah pada si ikan pauh,kalau dicincang lumat pun, memang begitulah gayanya. kerana acap kali cuba memperbodohkan ikan lain, bersama kuncu-kuncunya yang taksub menyokong dan sangup melakukan apa saja, demi satu agenda gila kuasa untuk mencabar lauatan. Betapa kemarah dan kegelisahan , geram dan dendam diatas kelecikkan ikan paun , mahu rasanya disumbat dalam tempayan dan dibenam dalam tanah atau ke dasar lautan , kini sudah sadikit yang merestuinya, eloklah dikhabarkan, kepada ikan paus dan anak cucunya bahawa ikan paus sedang menempat diri untuk dikalung ratai permata berdarah yang sudah pun diciptanya. Semoga ikan pauh sedar duduk keadaanya. Amin (Cuma andaian saja)

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Puteri Aisyah bertajuk: PECAH SUDAH. Penceritaan sajak agak samar dan sukar ditangkap, walaupun pun, ada sedutan jiwa-jiwa. Pengucapannya terasa ada sadikit kekecewaan pada yang diharap, setelah kemesraan diberi, kini dia cuba menjauhkan diri, terasa hati bagai pecah atau jatuhberkecai, untuk diserahkan kepada Orang lain , siapakah yang mahu, kekecewaan dan kehampaan itu kini, terpaksa di telan dan dibawa bersama, kini jika sesiapa terjumpa seoarang yang bagai nak gila dan sasau, yakinlah, itu adalah aku.( si penulis) Nampak semcam tenat bila harapan dipersiakan. Semoga cari lain sebagai ganti. Amin (Cuma andaian)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;
Sajak ciptaan Haji Khali bertajuk: MAKCIK TUA DI KAKI LIMA. Pengucapannya
Menceritakan keadaan masa terkini; Gelagat manusia dengan lakonan sandiwaranya.
Kekadang penjual kuih dan pisang goreng lebih lumayan pendapatan dari seorang penjawat awam di pejabat kerajaan. Di pulau Pinang pun ada , tetapi kita tidak tahu sama ada mereka bekerja atau hak mereka sendiri, selalunya mereka ini berkelumpuk
Berlagak sebagai peminta sedekah bila hari raya di perkuburan,Ada yang datang ke rumah menjual berbagai dagangan, selalunya dari Negara jiran Thailand. Harap biarlah mereka benar-benar susah mencari rezeki.. Amin.

Tanpa Nama berkata...

fhdfjudf

Tanpa Nama berkata...

fhjjh

Badrolshah berkata...

la... hbis dah cerita nek junaidi ni???

Mei Ling berkata...

kenapa dorg pggl sapani jeragan?????

Ustaz Sahzan berkata...

la..rupanya flashback sapani rupanya...

Ali Conan berkata...

sian sapani ni sian jgk nek abang junaidi...

Pangeran Indera berkata...

nek abang junaidi ni umor brapa? kenapa pggl dia nek????

Jessica Liew berkata...

nek abang tu nama dia dalam I.C ke?? atau paggilan org kepada dia??

Atuk berkata...

la.. mengelamun rupanya sapani ni selamat bot dia x ternggelam....

Nabil Quldi berkata...

patutlah tjuk dia tiada umpat cela??? brulah paham....

Haji Khali berkata...

nek abang junaidi ni meninggal mmg misteri sbb apa? kapal terbang trhempas ke?? atau meninggal dalam masjid?

Budak Rap berkata...

sian nek junaidi ni mati kt mekah msuk surga la dia..

Seri Suri berkata...

untung dia mati kat mekah dosa smua terhapus....

Pak Bostamam berkata...

nek abang junaidi ni sah masuk surga sbb mati di mekah org plak kutuk dia? yg org kmpung plak xthu la dosa mengumpat byk...

Abang berkata...

misteri jgk kematian nek junaidi ni atau sy terlepas pandang????

Ustaz Muda berkata...

msti aku baca terlangkau ni sbb aku x jmpa pun dia meninggal sbb apa?

Saizul Maizav berkata...

cerpen ni mcm cerpen perginya kepala penghuni rumah putih plak?

Mona berkata...

apalah org kmpung ni sampai dia dh meninggal pun dorg kutuk lagi...

Mat Noh berkata...

nek junaidi jenayah dia dikebumikan di mekah jgk ker?

Seri Suri berkata...

anak isteri nek abang junaidi mcm mana plak?

Ustaz Majusi berkata...

padan muka org kmpung meninggal nek abang junaidi bru dorg nk menyesal sbb slalu kutuk dia...

Pak Awang berkata...

nek abang junaidi ni dalam cerpen ni umor brapa?

Jeffry berkata...

info agama dari guest door ni menarik jgk ni....

Nuri Ketitel berkata...

boleh di amalkan info yg guest door bagi ni...

Mr Casanova berkata...

guest door ni pndai jgk bab2 agama aku ingat dia thu melawak jer? hehe

Jupri Halim berkata...

langsung aku xphm apa yg guest door tulis ni...

Ravi Ramachandran berkata...

apa banda guest door tulis tu???

Karim Kramjit Singh berkata...

boleh terangkan apa bnda mksud anda guest door?

Rossa Long berkata...

alamak! agak susah apa yg guest door tulis ni...

Qulbai Khaisai berkata...

blog mana plak ANj ambik ni harap2 x kena marah lagi...

Orang Lama berkata...

ANJ yg pnya info tp kenapa guest door yg terbit?

Guest berkata...

utk di amalkan ke guest door bagi ni????

Karim Ghani berkata...

eh! kenapa sajak guest door plak yg en nuri terbit ni?????

Jalal Rafzee berkata...

eh! guest door mencerobohi sajak en nuri ke?? sbb sepatutnya sajak en nuri kenapa sajak guest door plak????

Zainal Arifin berkata...

guest door letak sajak ni dia minta kebenaran en nuri x?

Abul Hassan berkata...

eh! sajak utk ANJ pun ada?

Kembara Budiman berkata...

untung anak nuri jantan siap ada sajak guest door buat utk dia...

Sarah berkata...

kenapa sajak utk ANJ plak kali ni?? kenapa dgn ANJ?

Hambali Maliki berkata...

sdih plak baca sajak ANJ?? kenapa dgn ANJ ni????

Sufian Al Zahri berkata...

ANj nk berhenti keje ke? sajak mcm sedih jer?

Sulaiman Embong berkata...

mcm sajak perpisahan je ANJ ni?? kena buang keje ke?

nurimanja berkata...

Jawapan.

-ANJ balik kampung kerja sendiri dia kerim salam,lama dah nak henti

-GD jaga sekarang dia berhak utuk letak sajak siapa dia suka.

-info agama; Surah cerita dalam al Quran kalau diamalkan banyak hikmahnya. kongsi bersama Ilmu Tuhan tak boleh kedekut

-Nek bererti nenek : Nama sebenar Abang Junaidi. org serawak selalu guna Abang-lelaki dan Dayang
utk perempuan bagi keluarga tertentu sahaja macam di sini juga ( Shayed - Syarifah)

-Sudah lakai (tua) umurnya hampir 70an tetapi bersemangat, adik dia nek jet, penjual balak (pisang)
menjaga dengan mengandar pisang
pusing keliling kampung umur 60an

-Sapani nama sebenar x tahu, kerja bawa bot penumpang,dia pakar dalam hal sungai dan laut, bila berlaku air pasang surut . dan tahu juga mengendalikan bot, dan kerosakan enjin, . dipanggil juragan.

-Dalam bot Tunas Rajang berbagai cerita boleh tulis, mana iban, melanau, cina, melayu serawak, buai baby bergantungan, beras, gula, tin roti, ayam itek, semua
mereka sumbat. kalau karam semua mati, sebab itulah saya suka duduk atas bumbung. janji nak terjun dulum kalau berlaku sesuatu.