Ahad, 21 November 2010

HUJAN




Hujan,
dari sudut kajian sains
mungkin mengatakan
Penyerapan haba dimuka laut
Angin membawanya menjadi awan
Di tempat sejuk dilepaskannya menjadi hujan

Hujan,
dari keterangan Al Quran 
terlebeh dahulu menerangkan
rezeki yang turun dari langit
bagi menyuburkan segala kehidupan,
kerana orang tua, bayi kecil, serangga merata.

Oleh; Nurimanja,
Sewaktu hujan turun,
SK Tebuk Pancur,
Bukit Merah akhir tahun 2000.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA KE 12. SIRI PERTAMA : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
______________________________________________________________________


Hamper lima tahun Ustaz Kamal tidak pernah melalui jalan kampung Hujung Bukit, cuma hari ini dia melentasinya kerana ingin melihat tanah dusun aruah ayahnya di kaki bukit.

Sayu hatinya melihat pokok durian, rambutan, duku , manggis dan langsat bekas tangan tanaman aruah ayahnya dahulu.

Kemudian ustaz Kamal melemparkan pandangannya ke arah sebuah rumah papan beratap zin yang telah tua dan buruk dimamah usia itu.

"Haiii! Seksanya hidup aku ini , hai seksanya......" Ustaz kamal terdengar keluhan suara itu, kuat sekali bunyinya, hai kesihan keluh Ustaz Kamal dalam hati.

Ustaz Kamal tahu, sejak tiga tahun dulu, Pak Ngah Arif sakit, dia sakit kena angin ahmar, lumpuh dari pinggang hengga ke bawah dua belah kakinya.
"Haii! Kalau dah jadi begini siapa pun tak suka datang, siapa pun tak mahu lihat, Ya Allah, matikanlah aku ini, lebih baik daripada menanggung penyeksaan begini......" Ustaz Kamal kian cemas mendengar pekekkan Pak Ngah Arif itu, dia mengalik perjalanannya menuju ke rumah Pak Ngah Arif.

"Astaffirullahhalazimmmm!.......Kenapa Pak Ngah Arif ni? .... Tak siuman lagi ke?: Bisik hati kecil Ustaz Kamal sendirian. Pelahan-lahan Ustaz Kamal menghayung langkah menuju ke halaman rumah Pak Ngah Arif itu, hampir di depan tangga,
"Assalamualaikum!" Ustaz kamal memberi salam.
"Waalaikumsalam," jawap Pak Ngah Arif dari rumah.

Ustaz Kamal berdiri di depan pintu, kemudian mengetuk-ngetuk daun pintu.
"Siapa tuu?"
"Saya.. Kamal!"
"Masuklah, pintu tidak berkunci.."
Ustaz kamal menolak daun pintu, lalu menghampiri Pak Ngah Arif.
"Oh Kamal ....... Emmm...Kamal! Kau tengoklah pak ngah ni seksanya hidup......emmmm....emmm" Pak Ngah Arif menangis.

Ustaz Kamal menjadi serba salah. Dia tahu sangat sikap Pak Ngah Arif ini, sejak kena penyakit lumpuh ini, dia sering menangis, bercupak air matanya habis, lebih-lebih lagi melihat Ustaz Kamal.

BERSAMBUNG ....

Geletek Pagi berkata...

3.Hujan lebat diramal landa Pantai Timur
KUALA LUMPUR 19 Nov. – Keadaan cuaca yang lembap dijangka berterusan di bahagian utara Semenanjung sepanjang bulan ini dan Disember, manakala negeri- negeri di sebelah Pantai Timur dijangka mengalami dua hingga tiga kejadian hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir. (petekan akhbar UM)

Kalau hujan musim pengatin baru khawin elok jugalah. Cepat sikit dapat zuriat, tapi
Kalau hujan sampai banjir lari tinggal sehelai sepinggang, eloklah henti dulu. GP.

Tanpa Nama berkata...

shshsdhdshsew

Tanpa Nama berkata...

sdhsdherhrgdffvgdgvcxvsdvdsf

Jalal Rafzee berkata...

MELUPAKANMU

Setelah sekian lama
Masih ku tak berdaya
Melupakanmu hilang
Separuh hatiku
Kusangka kuketemu cinta sejati
Namun kau yang meluluhkan hati
Cinta sejati hanya mimpi
Sementara ibarat embun pagi
Langkahku tidak akan terhenti
Cinta ini kubiarkan mati
Rindu ini kubiarkan sepi
Akan kulupakanmu suatu masa nanti


Amalina Syuhairah
Kuala Lumpur
8malam

Jalal Rafzee berkata...

CURANG DAN CERAI

bunga mawar dipetik jelita
luka jarinya si puteri jawa
andai benar indahnya cinta
mengapa ramai mengukir kecewa
kenanga mekar didalam jeriji
ditempa halus tangan si tua
andai benar setianya janji
mengapa suami beristeri dua
burung camar terbang melayang
jatuh terhempas didalam jurang
andai benar kukuhnya sayang
mengapa isteri berlaku curang
jala ditebar menjerat kelisa
pukat ditunda menjerat gelama
andai benar hangatnya rasa
mengapa hilang selepas bersama
dara ingkar menjadi simpanan
air mata asyik berderai
andai benar indahnya perkahwinan
mengapa ramai curang bercerai berai


Hasaratul Amirah
Kuala Lumpur
3ptg

Qalam Mutiara berkata...

(BACR) Sajak daripada Amalina Syuhairah bertajuk: MELUPAKANMU. Sajak jiwa-jiwa sikit. Betapa bila kita mengharapkan sesuatu (cinta) tetapi apa yang kita dapat adalah hampa dan kecewa, tentulah hati jadi marah, kerana hati telah menyerahkan segala perasaan . Bila rasa kecewa mula melanda memang terasa kasih bagai embun dihujung rumpun, tunggu saja sinar panas mentari turun , dia akan hilang nanti. Begitulah pengucapan sajak rasa hampa dan kecewa si penulis untuk melupakan ke kasihnya. Semoga cari yang baru buat penganti. Amin

Qalam Mutiara berkata...

(BACR) Sajak daripada Hasaratul Amirah bertajuk: CURANG DAN CERAI sajaknya berbentuk pantun berirama pembayang dan maksud.Pengucapannya rasa bagai ingin bertanya mengapa bila sudah bercinta dan berkasih sayang dan berjanji sehidup dan semati, tetapi maseh juga ada kisah kecurangan dan perceraian bila sudah berkhawin. (sajak jiwa-jiwa) Penulis mempersoalkan sikap kedua belah pihak lelaki dan wanita? Pada dasarnya kurang pendidikan keagamaan , sesiapa yang memelih bukan pada harta dan kurang pada kecantekkan, keturunan yang baik-baik, meletakan seratus peratus pada pemelihan pendidikan agama Insyahallah akan selamat. Amin.

Tanpa Nama berkata...

teryryrdgftewrewres

Tanpa Nama berkata...

uytutyretert6e46e

Kamal berkata...

wah! cerita pasal sy plak kali ni? cuma sy xde ustaz jer...

Pak Awang berkata...

sapa plak pak ngah arif ni???

Ustaz Zamre berkata...

mngkin pak ngah arif jd mcm tu sbb tekanan....

Faisal Syafie berkata...

pak ngah arif ni ada bau2 bacang ke dgn ustaz kamal?

Comel berkata...

sian pak ngah arif ni....

Tengku Anita berkata...

pak ngah arif ni sama dgn pak ngah but sama sdg sakit....

Putera Damien berkata...

kenapa sampai 5thn dia x balik?

Golok Buta berkata...

ustaz kamal ni cikgu ke? sampai 5 thn x balik?

Man Pendek berkata...

msti ustaz kamal bergaduh dgn family dia tu yg sampai 5thn bwak diri...

Malik wariya berkata...

ustaz kamal ni org mana? jawa ker

Nurse Lisa berkata...

bhaya pintu x kunci klu pencuri masuk?

Tok Mahat berkata...

pak ngah arif ni keje apa?

Ustaz Sahzan berkata...

rasanya ni msti cerpen kenangan lagi ni.....

Teksi Manaf berkata...

ustaz kamal ni x balik rumah terus pegi kat pak ngah arif???

Datuk Borhan berkata...

pak ngah arif ni bapak sedara ustaz kamal ker?

Iman Ali berkata...

bgus btol ustaz kamal ni dia lawat org sakit dulu sblm balik rumah....

Lagenda Pulau berkata...

eh! sapa plak pak ngah arif ni? misteri....

Syeikh AL Habib berkata...

cerpen ni mcm ana pnh baca saja....

Ultra Rahman berkata...

cerita kali ni psal apa plak?

Budak Rap berkata...

pak ngah arif ni adik pak ngah bur ker? hehehehhe

Madah Pujangga berkata...

wah! hujan pun ada 2 sudut?

gelora maya berkata...

wah! hujan pun en nuri kaji....

Puteri Bunian berkata...

ada 2 sudut plak hujan ni? quran dan sains?

Ambuyak berkata...

apa2pun hujan tu rahmat....

Hambali Maliki berkata...

btol tu klu xde hujan susah jgk nk hidup....

Guest berkata...

klu kt taiping paling kerap hujan... hehe

Mozaire berkata...

hujan oh hujan... kt tmpt aku ni bila nk hujan panas ni....

Aziz Moktar berkata...

hujan ni rahmat selalunya org kata...

Ustaz Nasarudin berkata...

klu ada hujan susah jgk nnt banjir xde hujan pun susah jgk nnt kemarau...

Atuk berkata...

bila baca sajak hujan teringat lagu sudirman....

Orang Lama berkata...

apa2pun hujan di malaysia ni mmg sekata... alhamdulilah...

Putera Damien berkata...

syukur malaysia kerap hujan klu jd kat padang pasir tu langsung xde hujan....

Hantu Gigi berkata...

penyeksaan?? dia kena buatan org ker?

Zuraifah berkata...

sajak kali ni mmg indah pasal hujan plak?

Abang berkata...

syukur malaysia selalu turun hujan....

Nabil Quldi berkata...

penyeksaan ni psal apa plak??/

Ustaz Muda berkata...

mcm2 cerpen ada semua berdasarkan kisah en nuri ker?

Geletek Malam berkata...

byk jgk cerpen yg lama dtg balik....

Sulaiman Embong berkata...

cerpen kali ni berkisar tentang kenangan jgk ker?

Maisarah An Nisa berkata...

tiba2 kat tmpt sy hujan bila baca sajak hujan ni? misteri btol...