Rabu, 10 November 2010

BILA DUNIA TIADA MANUSIA




Hari ini dunia pun sakit
dengan ledakan gunung berapi
dengan kebakaran yang dahsat
dengan kemarau yang panjang
dengan banjir besaryang melanda
dengar ribut dan taufan menyerang
dengan kepanasan global yang melampau
dengan kecairan kutup utara yang menyeksa.

Bagaimana keadaan dunia?
jikatiada manusia untuk menjaga.
siapa yang akan mengawal alam ini
jika manusia semua telah ditakdir mati
apa akan jadi jika dunia tiada manusia
adakah lebih dahsat lagi malapetaka
atau semuanya menjadi sepi dan mati
atau pun semuanya menyesal kerana
segala-galanya tiada keindahan lagi .....


Oleh: Nurimanja,
dalam fery seberang
9hb Noverber, pencen keluar. 2010






50 ulasan:

nurimanja berkata...

SEBUAH BERTAJUK: SEBUAH MEMPI DI PETANGHARI. sambungan siri ke 3 cerpen
SMDPH.
_____________________________________________________________________

Pertanyaan itu datang dari gelora perasaan hatinya sendiri. Muperat tidak dapat menjawab.dirinya terasa bagai dihina oleh perasaanya sendiri, namun dalam hati Muperat tetap yakin dengan cita-cita yang membara ingin meneruskan perniagaan.

kini Muperat telah dapat membuka sebuah kedai runcit di kampungnya, hasil dari bantuan pinjaman bank amanah rakyat. Setiap hari Muperat begitu sebuk sekali melayan pelangannya yang datang membeli barang keperluan harian untuk orang kampung.

Hasil dari keuntungan jualan barang dari kedai runcitnya, kini Muperat telah membeli sebuah lori pengankutan untuk membawa barang-barang dari kampung ke bandar dan membeli barangan bandar bawa pulang ke kampung.kedainya kini penuh diisi dengan berbagai barang keperluan, mengalahkan sabuah mini market.

Dalam masa sesingkat saja Muperat telah menjadi perniaga yang berjaya, namanya juga dikenali di kampung juga di Bandar oleh tauke-tauke pemborong. Muperat juga telah mencari beberapa orang pembantu untuk melancarkan perniagaanya yang kian pesat maju, serta bersaing dengan bangsa asing.

Kini Muperat bercadang untuk mencari seorang isteri, kalau boleh biarlah berbangsa asing, saolah-olah dia bagai tidak percaya lagi dengan cinta moyet daripada bangsa sendiri, ketika dia bersama Julia, gadis pujaannya dulu. kononnya mereka bercadang
untuk sehidup dan semati.

Akhirnya Muperat telah jatuh hati dengan seorang gadis Tionghua yang berkulit putih kuning langsat . Bapaknya adalah tauke Muperat dalam soalan jual beli dan borong memborong. Hasil dari kemesraan mereka, bapak gadis itu telah pun merelakan anak gadisnya menjadi isteri Muperat.

Dari hasil usaha keuntungan berlipat kali ganda perniagaannya itu, serta bantuan daripada bapak mertuanya, kini Muperat telah pun membuka sebuah kedai menjual perabut dengan nama SERISURI ENTERPRISE, sempena nama isterinya. di salah sebuah bandar kecil yang tidak jauh dari perkampumgannya.

Kini Muperat telah menjadi seorang usahawan yang berjaya, kawan dan rakan juga memanggilnya dengan nama tauke besar, perniagaan di dua buah kedainya juga sudah bertambah. saban hari ada saja pelangan yang datang dan membeli alat perabut dikedainya daripada individu, pejabat, sekolah dan restron dan juga orang kenamaan, dengan harga tawaran yang berpatutan.

BERSAMBUNG........

ANJ berkata...

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Anwar, Azmin mesti berundur
Oleh Faiza Zainudin, Suzianah Jiffar dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/11/10

MUSTAFFA Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin
supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam. Setiausaha Perhubungan PKR Sabah turut sahkan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Selepas membuat kejutan dengan meletak semua jawatannya dan menarik diri
daripada bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelmarin, Datuk Zaid Ibrahim
semalam secara terbuka pula menggesa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya,
Mohamed Azmin Ali, berundur kerana kedua-duanya didakwa menjadi punca segala masalah dalam parti itu.

(Petekan akhbar BH-semoga depa pun baca sajak en nuri DAHAGI MELAWN NAFSU.)

Cikgu Zuki berkata...

TERANG WAKTU

Terang pagi ini dibawah kemilau
titik-titik embun kelmarin,
di atas hijau daun,
mekar bunga dan berkas2 dahan,
dalam dingin awal januari,
dalam lelah musim berganti,
dalam sabar putaran waktu,
dalam kenangan masa-masa yang dulu,
Ah! pantas amat ia berlalu
tapi aku mengapa masih disini?
mengapa masih begitu?
Seutas kata serangkap nada
kata resah jiwa ini
dalam getar cerita-cerita lama
nada yang pasti alunannya
dan dalam bisik sayu malam ini
terungkaplah irama
katakanlah!katakanlah!
bahawa rinduku hanya pada mu
hanya untuk mu moga kau begitu


Cikgu Zuki
Penang
1pagi

Haji Atang berkata...

KELIP-KELIP

lama sudah dinanti kelip-kelip
akhirnya tumbuh sayap ditunggu
dapat dikejar cahaya purnama
dapat ditinggal busut di rimba
kelip-kelip terbang sepenuh tenaga
bersulam semangat diharap
dapat merangkul nikmat
pungguk itu telah lama tahu
purnama hanya untuk dirindu
dinasihati pada sang kelip-kelip
janganlah dikejar harapan palsu
kelip-kelip terbang tanpa peduli
tetap diikut runtunan hati
entah mengapa sayap mulai lenguh
purnama dikejar makin menjauh
kepenatan membuatnya keliru
pada pantulan purnama di tasik biru
terus menjunam ke arah tasik
di mata hanya terbayang asyik
kelip-kelip tenggelam lemas
tetap direnung purnama yang tinggi
barulah kini kelilp-kelip fahami
mengapa pungguk terus menanti
jadi kelip-kelip mengikuti pungguk
sampaikan bulan jatuh ke tanah


Haji Atang
Pahang
11malam

Petualang Tiga berkata...

EMBUN YANG HILANG

aku tutup mata sekadar bersembunyi,
dari sebuah cerita.
sebuah rendang sejuk,
di tengah padang lalang,
di atas bukit hijau,
meditasi bersahabat dengan sunyi.
tanpa guntur kilau guruh bersilau
tanpa basah titis hujan bertimpaan,
tanpa siapa-siapa sedar kewujudan
liar sepasang mata masih ada,
mencari jalan dipersimpangan.
bila buka mata mimpi segera pupus.
Sendirian aku mendakap malam
Dalam dingin mimpi bertemu bulan
Aku telah bertemu kamu
Walau apa pun kiasku
Hatimu teguh di bintang itu
Yang selamanya milik dia
Secerah kerdip senyum nya
Kamu berdua memang sepadan
Aku ini yang tak tahu malu
Lalu jadilah aku hanya embun
Yang menanti datang pagi
Untuk hilang dan abadi


Petualang Tiga
UiTM
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Cikgu Zaki ini masih bujang agaknya dengan sajak jiwa merontanya betajuk: TERANG WAKTU. Sesekali terasa hari-hari belalu sepeti biasa, bagai tidak ada suatu apa. Ini cerita cikgu Zaki mungkin masih muda, kerana lepas tugas cuti dua hari selepas itu tugas kembali. Bagai melayani cerita yang sama, memanglah membosankan, lebih lagi tinggal jauh dari keluarga ayah ibu atau kampung halaman. Tetapi itu tugas! Jika ada si buah hati kekasih atau pun tunang, kurang sadikit kebosanan. bolehlah juga berbicara atau pun cuba meluahkan rasa rindu di kalbu. (Cuma andaian saja) Semoga keadaan kembali menceriakan Amin..

Qalam Mutiara berkata...

Pak Haji Atang pembela masyarakat orang asli di Galas Gua Musang. Sajaknya yang bertajuk: KELIP-KLIP. Pengucapannya bagai sini tajam buat manusia yang menjadikan dirinya Kelip-kelip. Nampak indah dan bersinar tetapi masih di pingger hutan dan melayani janji kosong oleh sang purnama sebagaimana pungguk yang tertipu. Kini jelas dan ternyata keklip juga jangan mudah dipermain dan diperbodokan. Bila Galas tidak patah , kalau tidak ternyata kelip-kelip terus gelabah menerima tamparan hidup dalam kesusahan. Sadikit ada berbaun politikus , Syabas! Tuan Haji Atang. Amin semoga cahaya mata hari melempah ruah ditempat anda. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

EMBUN YANG HILANG sajak daripada Petualang Tiga (geng pang8)seorang ahli lama dalam blog CR ini. Pengucapan sajaknya terasa bagai menceritakan kesesiaannya melibat diri dalam kemelut kegilaan memburu dan membantu kuasa yang agak gila. Kini ternyata sia-sia. Kini semuanya si penulis menganggapnya sebagai mimpi biasa saja. Malah sedia menyatakan dirinya bagaikan embun yang akan hilang bila datang sinar cahaya sang mentari pagi.semoga keadaan kembali ceria dan sejahtera.Amin. sadikit semacam ada rasa berbau politikus (Cuma andaian saja). Syabas! Petualang Tiga ada kemampuan kini.

Tanpa Nama berkata...

hdfhfdghdfbxc

Tanpa Nama berkata...

gfngfncwerewr

Muhamad Rabbi berkata...

meniaga pun ok apa? sbb 10 dari 1 rezeki adalah meniaga

Sarah berkata...

apa salahnya muperat nak berniaga pun?

Nas Hayah berkata...

wah! muperat buka bisnes plak?

Ungku Zubir berkata...

kejab je muperat dah kaya! pelik jgk...

Emily Bayans berkata...

cerita ni pening jgk la semalam miskin kali ni siap buka bisnes lagi...

Salleh Muhamadon berkata...

eh! sekajab je muperat jadi kaya????

Tetamu Malam berkata...

muperat kaya ni msti main saham ni...

Hamba Allah berkata...

aku rasa muperat buka bisnes MLM la... hehe

Julia berkata...

eh! nama sy pun ada jgk dalam cerita ni ke? x perasan plak? hehe

Taib berkata...

ahli nama muperat xde ke kt blog ni?

Seri Suri berkata...

alamak! muperat kwin dgn aku plak! ingatkan dgn julia? hahaa

Bulp Omen berkata...

muperat x jd ke kwin dgn julia?

Atan Yahoo berkata...

julia mna? kenapa muperat kwin dgn seri suri?

Pak Bostamam berkata...

dh pening plak cerita muperat jd kena baca dari mula la nmpknya...

Puteri Salju berkata...

mcm mana muperat boleh kwin dgn org cina plak?

Tanpa Wajah berkata...

mcm mana dgn julia kalau muperat kwin dgn org cina plak?

Saizul Maizav berkata...

agak2 org phm x cerita muperat ni sbb kena baca byk kali bru phm....

Teksi Manaf berkata...

muperat ni xde keje? mcm mana boleh jd kaya?

Capricorn berkata...

muperat msuk skim cepat kaya ke sbb jd kaya?

Abul Hassan berkata...

klu x salah muperat nnt jtuh ktil akhir sekali? hehhee

Haji Khali berkata...

mcm mana sekejab je muperat boleh jd kaya?

Jiman berkata...

muperat menang loteri ke boleh jd kaya?

Ustaz Majusi berkata...

dalam masa beberapa hari saja muperat dh jd ushawan?? dia buat mcm mana?

Ustaz Sahzan berkata...

kuat juga angan2 muperat ni sampai jd kaya raya....

Tok Mahat berkata...

muperat ni pakai toyol agaknya terus jd kaya...

Pak Kassim berkata...

kena bca dari mula cerita ni sbb tiba2 muperat boleh jd kaya plak?

Faezawatie berkata...

sy ada tertinggal baca ke sbb xthu plak mcm mana tiba2 muperat jd kaya?

Raja Muda berkata...

muperat ni keturunan raja ke? wlpn x belajar tinggi2 boleh jd kaya...

Cikgu Zuki berkata...

pelik btol cerita muperat ni....

Angker 13 berkata...

muperat ni keje apa mula2 sampai jd kaya raya?

Mozaire berkata...

jika dunia takda manusia mcm mana agaknya?

Hadi Hamzah berkata...

rasanya dunia pun akan mati klu manusia xde....

Pedang Kesatria berkata...

dunia hidup kerana manusia xde manusia xde la dunia kot?

Budak Rap berkata...

best jgk klu dunia xde manusia? hehhe

Jalil Janggut berkata...

klu dunia xde manusia? huru hara la jawabnya....

Ambuyak berkata...

klu dunia xde manusia haiwan ada lagi... hehe

Nurse Lisa berkata...

bila dunia xde manusia agaknya musnahlah semua...

Putera Damien berkata...

eh! dunia xde manusia? mcm cerita kat dicovery channel plak?

Supain Sipaun berkata...

dunia xde manusia? senyap sunyi la...

Adi Cana berkata...

dunia xde manusia? mcm manalah agak2....