Selasa, 2 November 2010

JANGAN PILIH WAKIL YANG MUNGKIR




-buat pengundi di galas dan batu sapi -

Ingat!  Rakyat perlulah  matang berfikir
Pilihlah wakil rakyat yang tidak mungkir
Bukan YB yang  gemar buat promokasi
Tetapi satu janji  tidak pernah ditepati,
Repomasi kini cuma satu cerita telah basi
kebanyakkan janji kosong tidak ditepati
Hiduplah  Galas dan Hiduplah Batu Sapi
Galas jangan sampai patah pengandarnya
Batu Sapi jangan pula terus menjadi sepi
Kawasan ini jangan dibiarkan  jadi retoris
Buat mereka pengundi  ada di atas pagar
Keluar!  mengundi  Jangan takut dan gentar 
Pastikan pengkianat jangan diberi  kuasa
Bantúlah  calun demi kebenaran sejagat
Pilih calun mesra  wakil berjiwa  rakyat
Bukan  janji palsu apa satu pun tidak buat
Sudah cukup puluhan tahun diberi kuasa
Rakyat terinanya  hidup pula menderita.
Kami mahu  janji ditepati ,kata mesti dikota.
Jangan pandai tabur janji manis di bibir saja.

Oleh: Nurimanja,
Sedeh melihat  pengundi membabi buta ,
Cuba celeklah mata , bukalah minda ,
Nilai semula siapa wakil rakyat kita?
Buat  4hb, November 2010.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI 10.

LATAR:

Karya-karya yang konvensional mesti mempunyai latar: Ia itu mempunyai latarbelakang kepada crita kita.
Lata rada dua jenis.

1.Latar tempat.
2.Latar masa
A. Latar Tempat:

Biasanya boleh dimana saja, biasanya atau biasa imanginasi dalam hati Boleh juga; Contoh dalam negeri atau luar negara, dalam kampung bandar atau dimana saja.

B. Latar Masa:

Boleh berlaku dimana saja, tahun, Bulan, minggu, hari, masa , saat, minit.
Lahir, agama, umur. Bgitu juga alam semula jadi: contoh; siang,malampagi , subuh, bayangan
Alam emula jadi, latar berubah.

BAHASA;

Sepatutnya kreatif dan informatif dan konveritif atau imaginatif.

GAYA BAHASA:

-Stylestika – Teknik menulis
Setiap orang ada gaya dan cara tersendiri pada pengunaan tempat , ayat, dan kepintaran cara penceritaannya. Dapat menarik minat pembaca untuk menikuti penceritaannya sehingga selesai.

BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

Waktu Maghrib; (sambungan semala)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

nurimanja berkata...

SIRI (3)
BETULKAH PENGHUNI MAKHLUK ORANG BUNIAN INI ADA ALAM DUNIA INI?


Kebetulan rumah yang dia pergi itu rumah seorang prempuan tua yang ada seorang anak dara berumur juga. Pak cin Sani mencritakan Segala yang berlaku. Mereka anak beranak nampak semacam bersimpati dan membenarkan Pakcik Sani inggal di rumah mereka. Sebenarnya umur Pakcik sani semasa itu maih lagi muda belia dua puluh dua tahun (panggilan Pakcik Sani pangkat saja kerana dia lebih tua dari saya)untuk mengelak dari dipandang serung Pakcik Sani di khawinkan dengan anak dara tua perempuan tua itu.

Hiduplah Pakcik Sani dngan isterinya yang dia langsung tidak menduga, Malah kehidupan sehari-hari seprgi kehidupan di sebuah kampung orang Melayu tradisi, tetapi dia tidak mempunyai anak, dia berkebun bersama isterinya, Apa yang terasa aneh Pakcik Sani langsung tidak mengingati Mak angkatnya atau getah yang ditebangnya dahulu.

Pada satu hari dia pergi ke kebut seorang diri, isterinya ada berpesan, “kalau abang pergi kekebun jangan masuk sempadan sebelah sana. Nanti abang sesat sukar balik ke sini kembali. Pakcik Sani memang ada perasan di sebelah sana yang di maksukan oleh isterinya itu. Sempadan hutan tebal dan belukar. Buat apa pergi ke sana. Ular , biawak atau harimau juga babi hutan pasti ada dalam hutan itu.

Sewaktu tengah hari dia bercadang untuk makan tengah hari dengan bekalan yang disediakan oleh isterinya dalam daun gtah, berupa nasi bungkus. Sewaktu dia pergi mncari air untuk basuh tangan kerana perigi asal dalam kebunnya itu air agak kering dan keruh. Pakcik Sin hampir dengan hutan sempadan yang tebal itu. Dia letak bekalnya dan cuba mendapatkan air di tebing hutan tebal itu ada peparitan kecil bertakungair nampak jernih..

Sewaktu Pakcik Sani cuba menceduk air dengan tempurung kelapa, dia bagai tersedar dari lamunan , bila dia bangun dari parit itu dia ternampak kembali sesuatu. bukankah ini kapak aku buat menebang pokok getah? “Eh aku selama ini ada dimana? Tetiba dia berada semula ditepi pokok getah tua di tepi busut besar itut.

Dia mencari bekal yang diediakan oleh isterinya pagi tadi, tidak ada puas dia mncari ditepi dan sekelilingnya, apa yang dia jumpa hanya daun getah gering berbentuk bebola di dalamnya pnuh dngan cacing yang berpintal-pintal antara satu sam yang lain, cukup menjijikan. Pakcik Sani Segera mengambil kapaknya dan begegas pulang ke rumah dalam keadaan yang cemas dan teraba-raba.

S E L E S A I.

Suara Misteri berkata...

NYAWA HUJUNG SAAT

bila tahu nyawa sendiri
tinggal hujung saat
Mula hati rasa ingin menjauh
Mencari segala macam cara
Buat kamu membenci diri ini
Biar kamu tinggal aku
Biar kamu benci aku
Biar kamu lupa aku
agar mudah kamu cari pengganti
Tanpa meratapi pemergian diriku ini
Dan mahu aku nama
Kau aku bawa dalam hati ini
baru tenang aku pergi


Suara Misteri
Kedah
11m1m

Jalil Janggut berkata...

BALADA LAGU KITA

Balada lagu jiwa aku ucapkan
semalam mungkin kau lupa.
Tapi hakikinya jelas aku
pancarkan dari mulut-mulut pendita.
Kucing yang bulunya kelabu
di hujan merah masih ada meratah,
jiwa kita makin parah dengan darah,
darah membuak rasa cuma diarah.
Zat yang dahulu kau kucup
dari paras rasa cinta manusia,
masih belum aku pinggirkan
jiwanya dari samudera.
Sememangnya secintanya Shajahan
tidak terukir Taj Mahal indah.
Cuma aku perlu menadah doa
agar kita terus berserah.
Hari ini aku berjanji
Esok lusa aku tepati.


Jalil Janggut
ketika makan roti canai di gerai salam

Tan Sri Yunus berkata...

BUKAN BULAN YANG KITA CARI

kita asyik cuba mengecapi
bulan yang jauh tinggi
hingga jatuh berdarah kaki
lantas kita berdiri lagi
terus berlari tak henti
konon dapat mencapai langit tinggi
terlalu banyak bermimpi
hingga kita terlupa hujan matahari
yang selalu mendampingi
mereka datang dan pergi
kita tak perlu berlari
jadi jangan tunggu bulan tak pasti.



Tan Sri Yunus
sajak sy bersama rakan yang lain

Qalam Mutiara berkata...

NYAWA HUJUNG SAAT sajak dari sdra Suara Misteri menceritakan akan satu saat yang kian cemas dan tenat, bila terasa orang bagai tidak lagi mahu menghormati dan
menilai akan diri kita yang becakap tetapi tidak serupa bikin, bercakap banyak putar dari belit, bercakap sekadar dengar boleh percaya jangan sekali. Menghimpun keluarga atau keroni unuk memimpin negara, melakukan apa saja demi untuk merebut kuasa,kini terasa saat kejatuhan, bila ramai yang keluar dan meninggalkan, malah sesama sendiri pun mula tidak sehaluan. Inilah agenda membuat pengikut jelak dan kecewa.lalu eluklah mengundur diri dari terus dimaki dan dicaci. Supaya pohon berhenti.

Qalam Mutiara berkata...

BELADA LAGU KITA sajak dari Sdra. Jalil Jangut. Terasa penucapannya bagai Ada satu perasaan yang krang senang dihatinya. Mungkin jua menilai hati seorang Kawan yang dulu mungkin bersama dan bermesra, kini nampak telah pun beraleh pandangan, mungkin berselesh pendapat atau pegangan.Namun dalam hati maseh Juga mengharap dan beroa agar apa yang dikata tetap ditepati. Cuma andaian saja.Semoga tidak begitu. Atau keadaan kembali sedia kala.Amin!

Qalam Mutiara berkata...

Tan Sri Yunus sajaknya bertajk: BUKAN BULAN YANG KITA CARI. Pengucapannya bersahaja , bagai mahu mengingatkan pemujaan yang keterlaluan sudah menjadi panatik. Sehingga melupakan kuasa Allah yang maha kuasa, begtu juga berdoa untuk tujuan bagi menjatuhkan saudara sesama Islam, demi mengekalkan kekuasaan, bukan digalakan dan disuruh oleh Islam jangan gunakan agama sengaja untuk kepeningan dunia. Sebenar telah pun diulang bicara bulansebenarnya tidak bercayaha, sekadar mengharap patulan cahaya dari mentari yang terkena ke bumi lalu bulan pun menekmati bersama.kalau mentari dan bumi tiada, bulan akan gelap selamanya. Terima kasih Tan Sri Yunus!

Suara Bebas berkata...

SANDAKAN: Jentera Barisan Nasional (BN) mengesan taktik terbaru pihak tidak bertanggungjawab yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau perkauman bagi menjejaskan peluang kemenangan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis ini. Kandungan SMS dalam bahasa Inggeris itu yang turut diterima pihak media di sini, antara lain berbunyi: “Kita tidak memerlukan orang Cina dan India untuk menang pilihan raya”, yang kononnya dihantar atas nama seorang pemimpin UMNO. Bagaimanapun, kempen memburukkan pemimpin BN dan UMNO itu cepat ditangkis Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dengan menyifatkannya sebagai satu pembohongan serta tidak menggambarkan realiti sebenar yang diamalkan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini

ULASAN: SUARA BEBAS
PERKARA beginilah yang berlaku 2008 (Pembangkang Menang) SMS palsu dan fitnah. Bolehkah kita hidup jadi YB makan gaji dari duit dengan kemenangan menabur fitnah?
Sepanjang hayat dan menjadi darah daging. Api neraka sedia mengidamkannya. Nauzubillah!

Kembara Budiman berkata...

semoga jentera BN di pilihanraya kali ni!!!

Pak Bostamam berkata...

takut jgk pilihanraya kali ni harap BN menang... amin...

Sulaiman Embong berkata...

pilihan raya kali ni 50/50 jgk la sbb najib x beri bonus takut pengundi lari...

Pak Ngah But berkata...

masa nak mengundi ni la sepatutnya najib bagi bonus....

Jengking Perak berkata...

BN semoga menang dia dua tempat tu!! aku boleh mengundi dh skrg ni...

Tok Mahat berkata...

najib silap x beri bonus masa bajet ari tu tp harap2 menang undi nnt..

Haji Atang berkata...

semoga pengundi lebih bijak menilai...

Seri Suri berkata...

pak cik sani umur 22??? bini bunian dia umur brapa plak?

Taib berkata...

eh! kwin plak dgn janda tu sani ni? heheh

Guest berkata...

kalau aku xnk kwin la sbb janda tua la... hehhehe

Tanpa Wajah berkata...

klu janda tua cantik ok jgk yg sani ni kwin ni cantik x?

Pak Kassim berkata...

en nuri umur brapa masa ni kenapa panggil dia pakcik wlpn umur dia 22???

Pak Awang berkata...

la... muda lagi sani ni ingatkan 50an td?

Tengku Anita berkata...

org bunian tu pukau sani ke??

Ku Dania berkata...

org bunian tu pukau sani sampai lupa mak dia ke?

Jiman berkata...

sani ni lari agaknya dari bini tua dia tu...

Jalil Janggut berkata...

eh! dia masih buta ke dah nampak akhir sekali ni?

Panglima Ketot berkata...

eh! pakcik sani ni nampak semula ker?

Petualang Tiga berkata...

sani balik mcm tu je ke? jmpa balik ke bini tua dia tu?

Badrolshah berkata...

hbis bini bunian dia x cari dia balik ke?

Sharifah berkata...

bini bunian dia? dia jmpa balik x akhir sekali?

Lagenda Pulau berkata...

kesian bini bunian dia msti sedih sani dah kembali ke dunia asal...

Ustaz Rahman berkata...

sani terus balik ke? kenapa dia x pergi balik kat isteri dia tu?

Ustaz Sahzan berkata...

sani jd buta semula ke en nuri? sbb teraba2 je?

Sarah berkata...

berapa lama dia hilang tu?? setahun ker?

Putera Damien berkata...

baik dia tinggal di alam bunian sbb alam manusia dia buta balik...

Angker 13 berkata...

huh! selama ni yg dia makan tu semua ulat ke?? eeee...

Nasruq Haqq berkata...

xkn hbis mcm tu je en nuri? xde sambung lagi ke?

Jeffry berkata...

sy dulu pnh jgk ke kmpung bunian tp sy ikut petua atuk sy dorg tegur jgn jgn jwb klu x? mmg xboleh balik la klu dpat balik pun mngkin nasib saja la..

Ustaz Majusi berkata...

cerita pasal sani ni sy pun bersahabat jgk dgn org bunian utk tujuan berubat....

Ustaz Nasarudin berkata...

seram jgk baca pasal bunian ni.....

Julia berkata...

misteri kisah bunian kali ni? sani mcm mana plak?

Ibrahim Lee berkata...

bunian tu mmg wujud rupanya ingatkan dongeng dulu2 jer....

Zuraifah berkata...

eh! hbis mcm tu je? sani kembali balik ke rumah ke?

Ustaz Zukainaan berkata...

yg dia ke alam bunian selama ni dia mimpi ke btol?????

Harimau Berantai berkata...

sani masa ke alam manusia dia nampak ke buta????

Ustazah janariah berkata...

sani x dapat ke barang dari alam bunian? mcm batu ke?

Satria Juragan berkata...

sani msti jadi bomoh bila balik dari alam bunian ni...

Mona berkata...

bini dia kat alam bunian tinggal mcm tu saja ke???

Razak Abu berkata...

sambung la lagi cerita bunian ni best cerita ni....