Rabu, 24 November 2010

BILA JANJI TIDAK DITEPATI




Kini akar umbi
telah pun mengerti,
ramai ketua gila kuasa
apa kerja yang mereka buat
rakyat sudah mula naik meluat.

Bila semua janji
tidak dapat ditepati,
ingat kedudukan kerusi
empuk  lembut akan hanyut,
tunggu saja hari  PRU ke 13 nanti.

Dahulu kita ajar
akar umbi demontrasi,
sekat pengundi tidur dijalan
menjerit repormasi demi keadilan,
konon kerajaan zalim melaku kejam.

Kini  lihat bukti
repormasi makan diri,
penyokong mula membantah
bukan lagi bersorak di jala raya,
di  depan bangunan pejabat mereka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan tv melaporkan
dua tiga hari lalu November,2010.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 4 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
______________________________________________________________________

Aruah ayah dan mak memang tidak mahu masuk campur dalam hal rumah tangga keluarga Pak Ngah Arif, kerana kalau tersilap memberi nasihat nanti mereka pula jadi sasaran, itulah sikap Pak Ngah Arif sememangnya susah ayah hendak faham .Pernah satu hari ayah ada mengeluh kepada ustaz kamal.

"Susah hendak berkira dengan Pak Ngah Arif kau ni Mal, aku dengar orang kampung bising, jikalau ada ayam, itil, kambing, lembu dan kerbau masuk saja ke kawasan tanah dia, jangan harap lagi dapat lepas, tetapi bila binatang peliharaannya tidak mengapa pula, masuk merosak tanaman orang, inilah yang susah," kemudian ayah menggeleng-gelengkan kepala.

"Biarlah dia buat begitu, dia fikir hidup ini nak menongkat lagit,"jelas mak pula, "abang tengok sajalah, kalau bercakap ikut sedap hati dia sahaja,macam hidup ini tak ada hari kiamat," tambah mak lagi, agak kesal dengan sikap pak Ngah Arif.

Pada masa itu: Pak Ngah Arif seorang yang kaya raya di dalam kampung itu, hasil peninggalan harta aruah ayahnya, dia juga amat dikenali oleh orang ramai dan orang besar di kalangan pegawai kerajaan kerana suka belamja makan di kedai kopi, malah apa saja kata-kata Pak Ngah Arif boleh dipercayai dan diterima pihak atasan. dia juga ada sadikit pendidikan, boleh membaca jawi dan rumi.

Bila Pegawai Daerah bersetuju melantek Pak Ngah Arif menjadi ketua kampung, belang dan taring Pak Ngah Arif kian bertambah terserlah, keangkuhannya kian menjadi-jadi, kawan-kawan Pak Ngah Arif semuanya pegawai=pengawai kerajaan, kadangkala terdapat juga seorang dua bergelar YB dan menteri.

Hari itu memang takdir tuhan hendak tunjuk; Tengah solat jumaat, Pak Ngah Arif jatuh tersepok macam ayam kena sembeleh, Masa itu Pak Ngah Arif baru sedar tentang kebesaran Allah, bila dia terasa sebahagian angotanya dari sekerat pinggang hingga ke dua belah kakinya menjadi lemah, hingga tidak terdaya lagi hendak berdiri. Mukanya menjadi pucat, lidahnya menjadi kelu seketika, selesai saja solat jumaat, para jumaah segera mengusung Pak Ngah Arif ke rumah sakit.

Berbulan-bulan Pak Ngah Arif tinggal di rumah sakit, wang ringgitnya telah banyak yang habis dibelanjakan, harapan penyakitnya untuk sembuh amat tipis, anak-anaknya yang berempat itu juga jarang pula mengunjunginya, akhir dia meminta kebenaran daripada doktor yang mengubatinya untuk pulang ke rumahnya saja.

Hari ini bila Pak Ngah Arif hendak kencing atau buang air besar, dia mengesut ke lubang dengan mengunakan kedua belah tapak tangannya, jika ada Mak Ngah Siah dia yang akan teruk mengangkat dan membawanya ke lubang, kemudian dengan rela Mak Ngah Siah membasuhnya.

"Engkau dulu tamat empat senawi Mal?"
"Tamat Pak Ngah,"
"Aku dulu, tak sempat tamat, orang tua nak bagi aku kawin cepat sangat," Pak Ngah Arif ketawa berderai. kemudian Pak Ngah Arif menyambung kembali "Ayah kau dulu, kawan baik aku, kami sama belajar di sekolah agama rakyat kaki bukit tu," Pak Ngah Arif terdiam sebentar, kemudian dia tersenyum dan sambung kembali.

"Ayah kau pasal bab usulludin nomber wahid, aku ini, kalau feraid dan usul fekah itu, bolehlah...."kata Pak Ngah Arif menceritakan sesuatu kepada Ustaz kamal.

Ustaz Kamal tersentak dari lamunannya.Tanpa disedari dia telah melayani pertanyaan Pak Ngah Arif yang tidak menentu dimana tajuk persoalannya.

" Ayah kau dulu penakut, kalau ada orang nak tumbuk dia, pasal mengorat pelajar perempuan, akulah orang yang akan melawannya, ha haha...Balik nanti dia belanja aku, ha ha ha....Kami memang kawan baik dulu..." Pak Ngah Arif terus ketawa, macam ada sesuatu yang cukup mengelikan hatinya.

BERSAMBUNG....

Hamzah - Al - Fansuri berkata...

PERKOSAAN VISUAL
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !

Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda



Jejak Jari:
1. Badan ku seksi. Ada ke orang nak tengok? hehe
2. Memang tidak bermoral memasang cermin dua arah ni kat tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
3. Harap info ini boleh dikongsikan bersama
4. Sekarang ni semua tidak selamat. Walaupun dalam bilik pun, orang boleh letak CCTV. kan

dam catur berkata...

MENADAH AIR HUJAN

Air hujan menitik
dari hujung atap rumah,
aku tadah dingin rebut
terjamah aku ludah.
Subuh ini tak lagi lari,
Jadi aku kembali.
Di dalam petir kilat,
cergas aku tak penat,
embun semalam aku hembus
biar berkabus yang ada
tinggal sejemput tanah basah,
nyanyian cengkerik di dalam rumah.
kau baja hati dengan kasih cumbu,
kau siram jiwa dengan pujuk rayu,
harapan diam tak berteman,
siang tertunggu-tunggu,
malam berdondang-sayang,
mimpiku hilang,kau pun terbang


Dam Catur
terengganu
1pagi

Panglima Ketot berkata...

KENANGAN DISEKOLAH RENDAH DULU

Aku masih ingat saat itu,
Saat kau ingin sesuatu
Untuk ketatkan kain longgarmu
Sebelum persembahan tari Hari Guru.
Kau hampiri aku dan mohon
Untuk pinjam tali pinggang ku
Tapi tersimpan dalam beg masa itu.

Tanpa ragu,ku hulur ia padamu
Kerna niatku,cuma untuk membantu.
Selesai tarian mu kau tanya aku,
Jika dipulangkan esok hari.
Namun esok tali pinggang aku perlu.
Aku cuma ada yang itu.

Kau lalu gegas ke tandas, bersalin
Sambil aku di luar, menunggu.
Hari itu kau pulang tali pinggang
Sambil menawar ku memilih satu
Apa yang ada dalam kotak Donuts.
Aku menolak sopan pemberianmu
Dan tersenyum tersipu malu...


Panglima Ketot
kenangan masa di sekolah rendah dahulu

Ustazah Janariah berkata...

TAK BOLEH TIDUR

Aku tak boleh tidur
kelam kabut dunia
sampai masa ada pelita
membakar dirinya
pergi kau katakan padaku
biar aku matisendiri
terlalu tua untuk kau peduli
mampuskau jerit padaku
hanya pondok usang
rumahmu lampu kecil
cahayamu pendosa dunia
tak mampu tidur lagi
Kau ku lihat bibir
tersenyum luas sempurna semuanya
bukan lagi janji kau tunggukan
Aku sentiasa mengingin
selalu mahu terkadang mengidam
apa yang kau ada
bertuah punya Aku
tak mungkin akan ada
mimpi itu aku manusia kecil hati


Ustazah Janariah
11malam
kuala lumpur

Qalam Mutiara berkata...

Dam Catur dengan sajaknya bertajuk: MENADAH AIR HUJAN. Terasa cerita lama atau kenangan waktu dulu bagai dalam mimpi. Bagai seorang perantau yang pulang ke kampung sendiri.Dalam kesusahan pahit getel, digagahi membawa sadikit nafas cergas, kerana rindu pada kampung halaman (cerita orang atau si penulis) melihat kampung atau tanah yang telah tinggal sadikit, dulu ada ketenangan, suara cengkerik, ada kasih sayang dan kemesraan daripada kawan-kawan, kini semuanya telah membawa haluan sendiri, bagai mimpi yang terkejut jaga, lalu hilang dan semuanya telah terbang. (Cuma andaian saja) Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Panglima Ketot bertajuk KENANGAN, rengkasnya sebaik mungkin bagi tajuk. Pengucapannya menceritakan kenangan lama sewaktu dibangku sekolah dahulu, kerna menolong kawan, memijamkankan tali pinggang, untuk persembahan hari guru, Sewaktu memulangnya di hadiahkan pula sesuatu dalam kotak donuts, tetapi anda menolaknya. Mungkin malu. (sajak ini kalu dapat diolak dengan baik mungkin lebih berkesan tidak terlalu berprosa). Usaha lagi Panglima Ketot.sajak memory lama agaknya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Ustazah Janariah dengan tajuk ; TAK BOLEH TIDUR. Pengucapannya bagai terganggu dari tidur bila memikirkan sesuatu yang agak merisaukan hati dan diri sendiri, terasa bagai mimpi yang datang menyupah seranah pada diri, terasa bagai mahu mati sahaja. Dengan ejekan kata nesta dan dosa.Sesuatu yang diharapkan bagai di permainkan sahaja tidak ada tindak balas, malah lebih bersahaja, bagai mimpi yang telah terkejut jaga. Lalu mengisapi diri, aku manusia sekecil ini yang sering disakiti hati.. Semoga kembali sadar mencari realiti (kebenaran) Amin.

Tanpa Nama berkata...

htrhthtrh

Tanpa Nama berkata...

rthrthtrhtrh

Mozaire berkata...

hamzah ni sapa plak?? xpnh tgk pun?

Saizul Maizav berkata...

hamzah ni bkn suami kak mardiah ke?? mcm mana dia pun msuk blog en nuri? xku x promosi pun kt dia...

Budak Rap berkata...

cerita pasal perkosa plak hamzah ni? hahaha

Angker 13 berkata...

huh! bahaya jgk cermin dua sisi ni...

Seri Suri berkata...

lps ni kena berhati2 dgn cermin dua sisi...

Inspekstor Halim berkata...

cermin dua sisi??? kat balai polis mmg ada....

Sudin Ramlee berkata...

CCTV skrg ada di mana2 jd berhati2 la..

Kembara Budiman berkata...

cermin dua arah??? ni pertama kali aku bru dgr...

Geletek Malam berkata...

selalunya bila polis nak soal siasat penjenayah mmg ada cermin dua sisi ni...

Abul Hassan berkata...

cermin kat flat aku pun ada jugak dua arah... hehe

Dang Anum berkata...

letak kuku kt cermin?? xberapa paham la...

Emily Bayans berkata...

mcm mana boleh thu dgn letak kuku jer?

Puteri Aisyah berkata...

apa fungsi kuku kpd cermin dua muka tu?

Tengku Anita berkata...

bila baca cerita hamzah ni rasa takut nk tgjk cermin plak?

Ustazah Hamidah berkata...

mmg bahaya cermin dua arah tu....

Guest berkata...

rasanya kalau kt balai polis je yg ada cermin tu...

dam catur berkata...

aku pnh jgk masuk balai polis utk soal siasat mmg ada cermin tp aku xthu plak tu cermin dua arah...

Putera Damien berkata...

cermin dua arah tu boelh tempah ker?

Nabil Quldi berkata...

cermin dua sisi?? mcm cermin ajaib jer...

Golok Buta berkata...

cermin dua sisi tu kalis perluru ker?

Ustaz Majusi berkata...

patutlah semua org benci pak ngah sbb dia ikut kira dia jer...

Mr Casanova berkata...

kalau masuk tanah dia pak ngah tu buat apa?? msti dia sembelih ni...

Qalam Musoffa berkata...

pak ngah ni org buat salah kat dia x boleh dia buat salah boleh plak?

Olie Pajutdy berkata...

susah btol kalau nak berkira-kira dgn pak ngah ni...

Ustaz Rahman berkata...

binatang perliharaan org kmpung pun xleh masuk tanah pak nagah? tu teruk sgt dh...

Malik Wariya berkata...

kurang ajar jgk pak ngah ni masa muda2...

Sudin Ramlee berkata...

patut pak ngah sombong sbb dia kaya pd org lain...

Brader Joe berkata...

pak ngah anak org kaya rupanya mcm mana dia boleh jtuh miskin...

Lelangit Biru berkata...

tuhan nak tunjuk kat pak ngah sekuat-kuat dia pun boleh jtuh,...

Usop Nayan berkata...

pak ngah ketua kampung??? ingatkan pak ngah halim td...

Bob Kuli berkata...

hahaha ayah ustaz kamal penakut ke?

Jalil Janggut berkata...

la..rupanya ayah ustaz kamal kawan baik pak ngah...

Satria Juragan berkata...

pak ngah arif ni baik dgn ayah ustaz kamal ingatkan dia jahat...

Danial berkata...

dia kawan baik ayah ustaz kamal ke???? tp kenapa dia asyik marah kamal masa kecik2 dulu...

Harimau Berantai berkata...

sian duit hbis sbb berubat jer...

Comel berkata...

apa pnya nasib pak ngah tu...

Ustaz Zulkainaan berkata...

mcm mana boleh jtuh?? setan tolak agaknya...

Ustaz Sahzan berkata...

ustaz kamal ni dah kwin ke blum dalam cerita ni xnmpk pun anak bini dia?

Ustaz Nasarudin berkata...

ustaz kamal ni umor brapa dalam cerita ni?

Sarah berkata...

dia dtg sorg je ke ustaz kamal ni? tak bawak ke anak dgn isteri sekali?