Khamis, 4 November 2010

LIDAH PUN BOLEH TERGELINCER





Apabila lidah kita tergelincer
Malaikat rahmat pun melarikan diri
Kerana terlalu banyak mencaci dan mengeji
 Mencritakan tentang  perkara yang dusta
Yang pasti boleh terperangkap di api neraka


Jagalah lidah jangan tergelincer
Daripada terjatuh dilembah kehinaan
Jangan cuba menempah kegelinceran lidah
Kerana pengucapan kita akan dicatat malaikat
Pastikan ucapan kita tidak tergelencer lidah.



Oleh: Nurimanja,
Terlalu banyak dengar ceramah,
Sehingga diri menjadi takut dan lesu.
November 2010, 9 malam. Galas jangan patah.





50 ulasan:

ANJ berkata...

Sambungan siri 2

(saya pencerita bukan en nuri)

2. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yang menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Bersambung esok.

nurimanja berkata...

SIRI (12)

AKHIR SEKALI PROSES:

Dalam penulisan cerpen kita msti ada dua proses : satu proses dalaman kedua proses luaran.

1.POSES DALAMAN:

Cetusan mula ilham datang bagai dapat melihat
Berulang-ulang dan dapat melekat di hati kita
Terasa ada gerakan cuba mnlis bahan yang terkumpul
Kemudian dia cuba pula merangka isi pengalaman
Akhir sekali disusun mana satu dahulu dan mana pula hendak dikemdiankan.

2.PROSES LUARAN:

Persedian
Mengumpul bahan
Menjaring dan memilih bahan
Merancang plot crita
Merangka dalam kurungan
Mula mood atau proses menulis
Menyremak kembali (Yang ini saya paling malas)
Kelahiran sebuah karya kreatif yang dinamakan cerpen.

UNTUK DIHATAR

Sebuah cerpen yang baik guna gaya persembahan (aksi -showing) bukan gaya perkhabaran.(cakap-telling)

Kemudian pilihlah ke akhbar atau majalah mana yang sesuai. Amin



S E L E S A I . SUSUNAN OLEH : NURIMANJA. –Buat tiga orang anak muridku yang gagal ikut bengkel jadi penulis satu hari sudah lari- CATATAN INI TAHUN 1982.

Suara Bebas berkata...

Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

GUA MUSANG 31 Okt. - Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan ini biarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.

Pada masa yang sama, beliau mencabar kerajaan negeri menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat di kawasan itu.
"Saya ingin tanya apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, mereka (Pas) juga kerajaan, sudah 20 tahun perintah apa mereka buat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
(Sedutan akbar UM dibenci PAS)

Pak Bostamam berkata...

RASA YANG TERTIPU

Rasa tak pernah tipu
Perasaan selalu jujur
Kalau itu yang aku rasa
Aku tulis Aku luah
Kenapa malu nak menangis?
Kenapa segan nak mengaku dosa?
Tapi beria-ia meluah cinta
Kau aku kita sama
Mungkin banyak dosa dari pahala
kau Ada cinta atau nafsu beraja?
Syurga, neraka kau pilih yang mana?
Kalau syurga kenapa himpun dosa?
Kalau takut neraka
kenapa sinis pada pahala?
Kau mengadap kiblat kau angkat doa
Kau ingat ini suka-suka?
Jangan cakap kau sedar
Tapi tak tau apa yang tak kena.
Antara nikmat dan dosa
Antara cinta dan nafsu
Aku keliru Atas dasar apa
aku harus menilai
Perasaan itu datang dan pergi
Sujud dan tafakur silih berganti
Lantai dunia sepi keagungan Illahi
bukti Saat segala taubat terhenti


Pak Bostamam
Kedah
11malam

Muhamad Rabbi berkata...

KITA SEMUA SAHABAT

Engkau bagai semalam bersamaku
Mengisi kekosongan waktu
Warnai duniaku Masih terbayang
Perjalan kita bersama
Mengharungi suka duka kehidupan
Jatuh bangun sepanjang perjalanan
Masa terhenti air mata menitis
Tak akan berulang lagi semua ini
Walau sekuat mana aku menangis
Kini kau disana jalan yang berbeza
ku percaya kita pasti tak lupa
pada apa yang telah kita bina
akan aku hargai kehadiran di sisi
kau hadiahkanku permata
persahabatan yang kekal selamanya


Muhamad Rabbi
UIA
1pagi

Bob Kuli berkata...

HANDPHONE BARU

Aku ni bodoh agaknya,
tak tahu nak pilih handphone mana,
antara sony ericsson atau nokia.
dalam banyak model aku nampak dia
tapi handphone itu lari dari aku,
aku boleh rasa itu.
nak beli dia tak nak jual,
nak pinjam dia tak bagi,
nak renung pun anggap
bagaikan aku ini sudah mati.
bila sesuatu itu di tafsirkan
memang mengarut pada awalnya,
tapi hakikatnya nyata
penghujung cerita
tapi tak mengapa akanku
cari handphone itu
ia akan tetap menjadi milik ku
walau ku terpaksa
berkeras kepadanya!

Bob Kuli
ketika di kedai handphone

Qalam Mutiara berkata...

RASA YANG TERTIPU Sajak berbau politik juga kali ini oleh orang lama dan penuh berpengelaman oleh Pak Bostaman membicarakan tentang eorang yang masih berbangga dengan kerja yang dilakukannya, malah tetap enggan mengaku diri salah atau tidak betul, malah akan mahu terus bermengah dengan sikap penduhakaannya dan sikap kekejiannya, malah bagai idak takut dengan dosa atau kemurkaan IIlahi. Bagaimanakah untuk menilai syurga atau neraka. Kerana mengisi hawa nafsu dengan kemabukkan ingin berkuasa, Dan siapa kau, mereka, aku akan perkena, demi cita-cita yang membara di hatinya, tiada siapa boleh menghalang, biarpun pecah tembelang. Demi mencapaicita-cita berjuang untuk berkuasa. Malaikan Allah sahaja yang mampu memberhentikanNya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sdra Muhamad Rabbi dengan sajak perpisahan bertajuk: KITA SEMUA SAHABAT Begitulah kehiupan kita setiap ada pertemuan biasanya akanlah prpisahan diantara sahabat dalam berbagai perjuangan atau pengajian mengikut bidang masing-masing. Kekdang sudah menjadi ketetapan yan ditentukan Allah ila tamat pengajian, pastilah berlaku Majlis perpisahan , ada yang terus pengajian , ada yang bekrja, ada yang ke luar negara dan bebagai lagi. Namun sesekali peristiwa persahabatan yang akhtab agak sukar pula dilupakan, kenangan sudah pastilah sering bermain dalam lipatan hati. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Sdra Bob Kuli dan Brader Joe ini mereka menulis apa yang berlaku ke atas diri mereka.
Oleh sebab itu, setiap sajak mereka ada sejarah, bila betahun nanti,pasti mereka akan boleh
Kembali becerita kepada siapa saja kenapa sajak-sajak itu lahir, dimana ,kenapa, bila, semua akan mejadi memory.Itulahdinamakan sajak catatan pendek yang telah diluahkan oleh hati dengan peasaan secara penyusunan ayat dan kata-kata yang turun berbentuk puitis dan seni.Berbeza orang bukan berjiwa seni dan biasa, mereka akan biar begitu saja di dalam memory tidak membuat catatan, tetapi bila ada sesuatu keadaan yang ada persamaan mereka secara sepontan akan keluar cerita Itu dari memory hati atau kepala otak mereka, lalu berboraklah mereka di mana sajak kususnya di kedai kopi atau kantin waktu rehat tempat mereka bekerja. Begitulah apa yang dicatat oleh Bob Kuli dalam sajaknya di kedai Handphone.mungkin ada sadikit ketegangan.

Ummu Akilah berkata...

oh ingatkan en nuri yg pegi ke israel td?

Richard Sirosa berkata...

wah! byk jgk cerita pasal yahudi kat sini..

Kembara Budiman berkata...

yahudi dgn israel tu sama ke lain???

Geletek Malam berkata...

masa bini aku mengandung dulu aku xbeli plak buku mathematik? hehe

Salina berkata...

huh! mengandung pun boleh buat matematik ke?

Ustazah Janariah berkata...

eh! boleh latih otak bayi ke kalau buat matematik masa mengandung???

Mr Casanova berkata...

israel tipu ape? sbb mcm x logik je nak buat matematik masa mengandung...

Mona berkata...

huh! boleh ambik iktibar dari israel pnya cerita ni...

Dang Anum berkata...

huh! byk jgk israel buat kita x buat...

Emily Bayans berkata...

btol ke kalau buat matematik otak bayi pun cergas jgk?

Zuraifah berkata...

nmpk mcm x logik je tp ape2pun nk try la bila sy mengandung nnt... insyaallah....

Ustazah Hamidah berkata...

alamak! nk minyak ikan pun dorg mkn!

Atan Yahoo berkata...

wah! byk dah didedahkan kat sini x bahaya ker?

Saizul Maizav berkata...

selalunya israel ape yg dorg buat sulit mcm mana boleh dpt cerita pasal ni?

Nuri Jaguh berkata...

nnt nak kena beritahu bini aku la pasal israel ni...

Pak Kassim berkata...

org mlyu x jaga pemakanan sbb tu anak lahir jd x tentu arah....

Seri Suri berkata...

makanan pun ada jgk pantang larang? ingatkan org mengandung boleh bedal je semua....

Angker 13 berkata...

ape kena mengena matematik dgn bayi dalam kandungan?

Muhamad Rabbi berkata...

byk dah rahsia israel dah terbongkar! hhehehe

Brader Joe berkata...

ni rahsia sulit israel en nuri bongkar plak? x bahaya ke ni?

Ustaz Sahzan berkata...

semua masyarakat israel amal mcm ni ke sebahagian je???

Comel berkata...

patutlah org israel pandai2....

Malik Wariya berkata...

lidah tergelincir??? sajak apa ni?

Zain Isaac berkata...

sajak pasal lidah ni pasal pertengkaran ke?

Badrolshah berkata...

sajak lidah ni mcm maksud peribahasa "sedangkan lidah lagi tergigit ke?"

Pak Awang berkata...

sajak lidah ni pasal org suka mengumpat ke?

Petualang Tiga berkata...

menarik sajak lidah ni berkatalah benar walauppun pahit....

Spider Leman berkata...

sajak pasal lidah pun ada jgk....

Adi Cana berkata...

sajak kretif lain dari yg lain pasal lidah.....

Salleh Muhamadon berkata...

lidah umpama mata pedang... hehe menarik sajak ni...

Ustaz Majusi berkata...

sajak lidah ni mcm ada simbolik sikit....

Ustaz Rahman berkata...

sambung lagi pasal israel ni menarik jgk ikut...

Mozaire berkata...

cerita pasal israel ni ANJ ke yg punya aku ingatkan en nuri...

Hadi Hamzah berkata...

eh! bkn en nuri ke yg pnya cerita israel ni? kenapa ANJ plak ambik alih?

Jalil Janggut berkata...

byk jgk pasal israel kami dh thu....

Pak Ngah But berkata...

ceritalah lagi pasal israel ni ANJ...

Ibrahim Le berkata...

trima kasih ANJ kerana berkongsi cerita pasal yahudi ni....

Umar Haslam berkata...

bangsa israel ni cerdik jgk rupanya....

Nabil Quldi berkata...

kalau buat dokumentari pasal israel ni best jgk ni....

Sarah berkata...

cerita pasal israel ni best ikut baca... sambung lagi x sabar nk baca lagi...

nurimanja berkata...

Maaf cerita asal dari Niazurul Syazwan Saarani
Salam..it is just about my super ordinary life in present and future [insyaAllah]..previously, i was studying in SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Penang..then continue my foundation programme in Sunway University College in Monash University Foundation Year (MUFY)..recently im studying in University of Canterbury, New Zealand in power engineering major in electrical..cant wait to write more soon on tingle interesting stories..so, c ya!

AJK suka ziarah blog org luarnegara
kekadang en nuri pun sama. AJK biasanya tukang taip dan terbit saja. Nama siapa pun letak tidak penting, massejnya.

Yahudi ada dua golongan ada yang menentang keganasan, selalu yang kurang ini Zonis.

Sebenar mereka anak cucu nabi Allah Ibrahim, Nabi Ishak dg isteri tuanya siti sarah (Yahudi)
isteri keduanya siti hajar lahir
nabi Ismail (Muhamad- Islam) Sebab itulah mereka duk merebut baitul muqadis....