Selasa, 16 November 2010

MALAM YANG GELAP




Bila malam gelap gelita,
kesunyian pun mula menyapa
baik beramal dengan bermunajat
kerana siang terlalu banyak dosa
malam perlulah banyak bertaubat.


 Dalam kegelapan itulah
kita perlu menghitung dosa
bertahajudlah dengan berzikir
bagi menerangi rumah kamu
acapkali  membaca al quran
dan berselawat ke atas nabi.


 Allah akan kurniakan  kamu
kebahagian dan ketenangan
sebagai  hadiah harga termahal
dalam kehidupan syurga dunia
buat kamu sekeluarga, Amin..


Oleh: Nurimanja,
Pagi 9 Zulhijjah.1431.
selepas solat subuh hingga ke Dhuha.


50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 2. BERTAJUK : MUSNAHNYA SATU PENANTIAN. PERNAH TERSIAR DI RTM PULAU PINANG PADA 6hb JUN, 1983.
___________________________________

Normah berasa senang dengan kata pujian daripa kawan-kawannya itu, sambil senyum mengutum di bibirnya yang merah, dia berasa bangga di dalam hati.

"Apa kerjanya di Serawak itu Normah?" Tanya Sabariah pula ingin tahu.

"Sebagai pendidik!" jawap Normah selamba, tetapi tinggi suaranya saolah-olah dia ingin mengingatkan kawan-kawannya yang lain supaya tidak lagi mengulang pertanyaan yang sama kepadanya, atau pun biarkan Latifah dan Khadijah dapat mendengarnya.

Begitulah khayalan Normah di pagi ahad itu, menyebabkan dia lambat bangun dari tempat tidurnya itu. Normah masih meniarap diatas katil di bilik tidurnya,dikota fikiranya berbagai khayalan datang menjelma, dan berbagai khayalan yang mengasyikan datang bermain di benak hatinya.

"Normah! Kau sungguh cantik, seperti dulu juga, tahi lalatmu seperti dulu juga hitam dan manis,: Dia tersenyum riang, bila menerima pujian itu, hatinya terasa bagai terlonjak-lonjak di udara.

"Kau pun apa kurangnya masih tampan dan gagah,aku cukup senang dengan misai dan keningmu yang lebat itu, adakah cintamu padaku seperti hitam dan lebatnya misaimu itu? Dia cuba melarikan diri, bila terasa Yusri cuba menghampirinya di sudut katil itu.

"Kau pun apa kurangnya , nakal dan manja seperti kanak-kanak," kata Yusri, jari-jari tangannya seperti terdepa hendak merangkul tubuhnya. Normah terasa dia menguling-gulung di atas katil itu.

"Kau selalu mengusekku?"
"Bukankah usek menguseh itu membawa bahagia?" Yusri cuba mengeluruh lagi. Normah terasa Yusri kian menghampiri tubuhnya.
"Ahh...Kaau pun sama ... nakal.." Akhirnya Normah ketawa seorang diri.

"Eh! Ehh! .. Apa ni Normah kau ketawa seorang diri ditempat tidur ni?" Sergah sabariah dari pintu bilik tidurnya itu.

"Emm, tak ada apa-apa.." Normah terasa malu, namun dia cuba menyembunyikan gelodak perasaannya itu di dalam hati.

BERSAMBUNG ...

nurimanja berkata...

Soalan yang daripada saudara baru kita dahul, Maaf terlpas pandang.
APA ITU MAKKAHL MKARRAHMAH ia itu bandar suci Mekah yang penuh rahmat.


Begitu juga MADINAHTUL MUNAUWARAH
ertinya Bandar yang bercahaya.

Sajak HARI TASRIK: Ia it hari penyebelhan, diharamkan kita berpuasa.Sebenarnya qurban ini
sejarah dari nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.

Qurban yang dinilai Allah keikhlasan hati bukan kerana lembu dan sedekahnyakepada fakir miskin..

Ustaz Majusi berkata...

ADA

Dikala hati dirundung malang
Ketika api membakar hati
Tak ada satu jiwapun yang tersakiti
Dikala hujan aku merintih gertih
Ketika panas menghanguskan kulit
Tak ada satu jiwa pun yang tersiksa
Di awal cerita ada cinta
Di tengah drama ada pengkhianat
Di sebuah akhir tinggallah nestapa
Di awal pagi mentari ada
Di tengah hidup menggununglah dosa
Di sebuah akhir tinggallah
penyesalan pada illahi


Ustaz Majusi
di surau sekolah ketika selesai solat dhuha

Mat Noh berkata...

CERITA DALAM KUBUR

Dia sudah sampai di perkuburan.
Bertanya soalan pada tanah merah.
Tentang malaikat yang menjerit.
Dan laungan yang memeritkan.
Bumi memberi kan jawapan.
Tanah goncang halilintar menyambar.
Ada pahit di saku kirinya.
Dan kelat di dalam baju dunia.
Timbul syaitan menunjuk kan neraka.
Berpuluh senjata di pintu syurga.
Menjerit teriak jadi bahana,
Dia sudah tiada.
Berlarilah dia tinggi di awan.
Mencari pelangi selepas hujan.
Melangut dia di padang permainan.
Cuba meneka beribu persoalan.
Datang pula bulan dan bintang.
Bercerita tentang malam dan siang.
Ada gentar dalam diri nya.
Dan kelat dalam pahit peristiwa.
Timbul syaitan menunjuk kan neraka.
Berpuluh senjata di pintu syurga.
Menjerit teriak jadi bahana.
Dia sudah tiada

Mat Noh
ketika selesai menggali kubur

Tok Mahat berkata...

BENDAHARA

aku bendahara melihat, mendengar
meneliti,kaji cerita dan masalah
kisah dan sejarah manusia dan dunia
ceria dan duka mereka semua
memeluk segala cerita
diri sendiri dan sekalian manusia
dari gembira ke sedih
dari suka ke benci
mencoraknya jadi kata-kata
indah dan bermakna
jadi kesimpulan
aku bendahara penyusun kata-kata
menyusunkannya buat mengisi falsafah diri
santapan para pemerhati
sekalian bendahara yang ada..


Tok Mahat
kuala lumpur
11malam

Qalam Mutiara berkata...

ADA tajuk sajak ustaz Majusi kali ini pengucapannya menceritakan bawaha jarang angat ada manusia yang gemar turut sama dikala kita bersedeh dan berduka, atau pun jika melakukan pkara yang hamper pada pkejaan maksiat, tiada siapa pun mahu untuk tegur akan kesilapan kita. Maka jadilah kita masyarakat yang dipangil jahil murakap ( bersusun-susun) maksudnya hingga turuntemurun tak tahu apa halal haram, pasal ajaran agama islam.Jiwa jadi kosong hiup penuh dosa, menjelmalah rasa hasad denggi, cemburu, khianat dlln. Kalau masih tidak sedar juga, dosa kian bertambah, jika sampai hamper nak mati , penyesalanlah yang menghantui kita. Semoga buat yang membaca sajak Ustaz majusi ini kembali sedar dan segera bertaubat. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak menilai dosa dan pahala semasa kita hidup didunia dan kematian sewaktu berada di alam berzah sementara menunggu hari kebangkitan (perhitungan) oleh Mat Noh seorang pakar menggali kubur di masjid Sungai Dunggun dekat kampong en nuri dengan sajaknya bertajuk: CERITA DALAM KUBUR ( Oh ya!Memang benar Ah Shu abang kepada Thee Hun penjual ikan di taman seri kurau) Adapun penyeksaan di dalam kubur ini mngikut amalan dan ibadat Kita semasa di dunia dahulu, jika banyak kebaikan sama sepeti pengantin baru khawin tinggal di pelamin yang indah bersama pasanganna. Tetapi jika sebalik amalannya di dunia, akan tahu Sajalah azabnya. Nauzubillah. Semoga kita semasa insaf akan azab kubur ini. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

BENDAHARA sajak oleh Tok Mahat daripada Kuala Lumpur, melakarkan sajaknya dengan
hidup kita ini bagai seorang Bendahara, kena tahu semua serba ada, berikir itu juga satu ibadah.
menyelesaikannya juga dikira dapat pahala. Memang terlalu berat tugas seorang ahli fikir apa
tah lagi untuk memengang tugas sebagai bendehara. Memang seorang dipilih oleh Allah khas
untuknya, orang biasa tidak akan mampu, sebab itu mereka tidak akan terpilih.Bendahara dalam
dalam rumah sendiri pun sudah memeningkan kepala. (Allah akan memelih sesaorang itu mngikut akan kemampuannya) jadi janganlah kita hairan dan cemburu jawatan sesaorang itu.Benarlah kata Tok Mahat, sebaiknya kita semua jadi bendahara, sekurangnya tahu hal sekliling Kita seniri , jika tidak teaya mengetahui hal luar dari kemampuan kita. Amin.

Tanpa Nama berkata...

rtutrufhgf

Tanpa Nama berkata...

trjfgjhgfj

Budak Rap berkata...

sajak pasal malam plak?

Budak Surau berkata...

ingatkan sajak pasal hantu sajak malam ni? hehe

Angker 13 berkata...

seram plak baca sajak malam ni malam2..

Brader Joe berkata...

kenapa x letak hantu sekali dalam sajak malam ni? hehhee

Malik Wariya berkata...

klu x salah sajak lama kan sajak malam ni?

Abul Hassan berkata...

sajak malam? mcm pnh baca jer...

Tetamu Malam berkata...

hmm.. menarik sajak malam ni.....

Danial berkata...

malam2 mmg byk dpt ilham... hehehe

Mona berkata...

malam yg sunyi dan sepi... best sajak malam ni..

Man Pendek berkata...

sajak malam? mmg tenang bila baca...

PENYAIR AGUNG berkata...

CERPEN NI BERKENAAN KISAH PASAL EN NURI KE? SBB SARAWAK DAN PENDIDIK TU EN NURI KAN????

Pak Bostamam berkata...

cerpen ni berdasarkan pengalaman sndiri ke kawan en nuri pnya cerita?

Putera Damien berkata...

msti bf dia curang ni nanti...

Yusri Nawab berkata...

eh! apesal nama aku ada sekali plak ni? kalau bini aku baca mampus aku.. hahahaha

Raja Muda berkata...

norma ni lawa sgt ke? nama mcm org kmpung jer...

Ustaz Sahzan berkata...

cerpen en nuri tuli ni kebanyakan ni bedasarkan kisah benar ker?

Ustaz Majusi berkata...

norma ni msti di kecewakan akhir sekali ni...

Zainal Arifin berkata...

kalau x dulu cerpen en nuri semua suspen2 kali ni kurang sikit sbb mcm dh thu akhir sekali cerpen ni...

Jalal Rafzee berkata...

jalan cerita dah suspen td tajuk dh thu msti norma di kecewakan...

Muhamad Akmal berkata...

cerpen ni dh jd x suspen la en nuri sbb dh thu akhir sekali mcm mana?

Jeffry berkata...

wah! atuk pun ada sumbang info jgk ke pasal sedekah?

Sarah berkata...

eh! atuk sumbang jgk info????

Faezawatie berkata...

org luar boleh sumbang info jgk ker en nuri?

Bumi Hijau berkata...

tgk atuk bagi info ni esok aku nak sumbang info jgk la...

Satria Juragan berkata...

wah! menarik info atuk bagi ni....

Sudin Ramlee berkata...

kat mana la plak atuk dapat info psl sedekah ni?

Kembara Budiman berkata...

lps ni kena selalu bersedekah la... terima ksih atuk...

Ibnu Siddiq berkata...

wah! kali ni ada cerita pasal sedekah plak? hebat jgk atuk ni...

Nas Hayah berkata...

la..ingatkan hanya perkerja en nuri je boleh sumbang info?

Nik Aziman berkata...

bila atuk bagi info teringin jgk nk sumbang info mcm atuk ni...

Hamblun MInanar berkata...

en nuri nk sumbang info pasal apa pun xpe ker?

Nuri Kecil berkata...

nak bagi info pasal apa pun xpe ker en nuri?

Nabil Quldi berkata...

esok nak start cari info la nk sumbang jgk mcm atuk ni...

Hambali Maliki berkata...

dtg menyinggah kat blog ni sekejab... hehehe

Sufian Al Zahri berkata...

selamat hari raya korban semua!

Maisarah An Nisa berkata...

selalu dlu aku jaga blog ni skrg? aku jaga rumah dan suami jer... hehehe

Qulbai Khaisai berkata...

salam ziarah 1 malaysia!!1 selamat hari raya korban!!! membangun bersama islam...

Shahrul Romandy berkata...

maaf tuan blog... hehehe skrg jalal sudah jaga semula...

Jupri Halim berkata...

selamat hari raya aidiladha! best btol dpt bersama-sama sembelih lembu... hehehe

Jalal Rafzee berkata...

skrg sy jaga semula ulasan... hehehe