Ahad, 21 November 2010

DISINILAH KAU


-buat sahabat yg akan berkhawin-


Teman disinilah kau!
manamat  alam keremajaanmu
cuma aku yang maseh berlari
melawan angin kencang
bersama citra rasa yang membara

Teman disinilah kau!
mencari noktah apartman yang sebenar
cuma aku yang maseh resah gelisa
di hujung malam yang sepi
bersama mimpi-mimpi yang bertabur,

Teman disinilah kau!
membina sebuah kehidupan yang unggul
cuma aku yang maseh termanggu
melihat bulan dan mentari bisu
bersama kehidupan yang mengharubiru.

Oleh; Nurimanja
Siar Majallah Sukses, 1981
31hb,Ogos, 1980.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN MAT BAT SIRI 5. AKHIR . TAJUK ; CUMA TINGGAL KENANGAN (MAT BAT) Oleh; Nurimanja Pulau Mutiara
_________________________________________________________________________________________________________

Perasaan tidak puas hati ini bukan berakhir di atas pentas sahaja, malah berlarutan hingga dua tiga bulan, pukul dan yumbuk menumbuk secara ciri dan terang akan berlaku di mana sahaja.

Sepanjang bulan selesai saja dari pengumuman, sering saja Mat Bat terdengar; kumpulan kampung Kelawai kena belasan teruk di kedai kopi, esok pula kumpulan Hutton Lane pula kena pukul di Penang Road.

Di balai Polis menjadi sesak buat aduan, ramai pula yang di tahan kerana disyahki, sehinggalah rasa tidak puas hati dan dendam marah mula beransur -ansur reda.

Mat Bat tersenyum sendirian; kisah-kisah lucu yang mengelikan hatinya sering datang menjadi penghibur dirinya dikala sunyi dan bersendirian di rumahnya yang sepi itu.

"Tidak punya erti jika tidak punya anak sendiri, semua ilmu boria tidak dapat diperturunkan, kalau ada anak saudara ataupun anak angkat, tidak akan sama dengan anak sendiri," keloh Mat Bat .

Sayu hati Mat Bat bila menge nangkan biola tuanya yang tergantung di dinding rumah cikgu Mat Cik Nun; yang telah berjanji akan menjaga biola itu sebagai barang antek untuk perhiasan di rumahnya.

"Saya akan menjaga biola tua ini sebagai mengenang sejarah Mat bat bermain biola dan boria sewaktu muda dahulu untuk renungan jenderasi akan datang," janji cikgu Mat Cik Nun dengan penuh semangat memberi pengakuan.

Bila mendengar pengakuan ikhlas dari mulut cikgu Mat Cik nun itulah Mat bat merelakan biola tuanya itu disimpan di rumah cikgu Mat Cik Nun yang juga ada tali persaudaraan sebelah ibu bapaknya di kampung Rawa.

Kini cikgu Mat Cik Nun telah pun meninggal dunia, anak isterinya telah berpindah di Kuala Lumpur, Mat bat tidak dengar lagi khabar berita akan biola tuanya itu. Dia amat sedih dan pilu.

"Kau pun sama seperti unta Mat cik Nun, meyimpa biola tidak tahu bermain, sama seperti unta membawa kitab tuanya tetapi tidak tahu membaca isi kandungannya," gerutu hati Mat Bat.

Mat Bat sedih, air matanya mengalir jatuh ke pipi, bila dia mengenangkan biola tuanya yang telah lama tidak pernah digesek dan dilihatnya. kini dia menanti hari-hari terakhir menjemputnya kembali .......

S E L E S A I .

Nama sebenarnya Anuar bin Sultan Daik.Dipanggil Pak Nobat (Mat Bat )
Tinggal di Acheet Street dulu.

Suara Bebas berkata...

2.Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli
SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur. (Petekan Akhbar UM)

Tak payah sebut kes liwat , Angkat saja sumpah laknat, semua pengikut rasa selamat.

Jangan cakap tak serupa bikin, sikit cakap banyak pusing , kalau benar kepala siapa pun tak pusing. SB.

Safura Zurina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Anita Faridah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Jalal Rafzee berkata...

APA LAGI YANG KAU MAHU

apa lagi yang kau mahu
apa lagi nak ku harap
bila mahumu dulu
hanyalah separuh harapku
lantas tinggallah hanya hiba
yang berladung di jendela mata
jatuh jadi titis-titis duka
dalam diam kata-kata
hati telah jadi basah
seputar menanti
harapku kau mahu
namun kembali
kau tetap dengan egomu
seguris aku jadi hampa
lupakan saja cerita dulu
tidaklah lagi ku berharap
tapi andai kau terbaca
saat kata-kata dari perenggan ini
tahulah masih ku rasa hangatnya
ku yakin kau juga begitu.


Safura Zurina
Kuala Lumpur
di mid valley

Jalal Rafzee berkata...

TAK APA TAK SAKIT PUN

Robek luka yang ada
cucuh dengan jarum berhaba
perah sedikit air limau hirisan
taburkan secubit garam
secukup rasa tak apa
aku kan si tabib
sapukan air suling serata
kemudiannya iodin tiga kali
hulurkan dengan jarum separa bulat
sedia jahit cantum luka yang ada


Anita Faridah
Kuala Lumpur
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

(BACR) daripada Safura Zurina dengan sajak APA LAGI YANG KAU MAHU? Pengucapannya agak tegas dan bertanya? Mana janji dan kisah dulu, segala harap kau musnahkan, segala kata kau tidak kotakan. Malah dengan keegoanmu membuat hati jadi jemu. (sajak jiwa-jiwa) Waktu bersama dulu semuanya indah belaka, tetapi bilamana keadaan mulai curiga mencurigai timbul pula prasangka, cemburu dan mula pula mencari hal. Lama kelamaan ada pula orang ketiga yang meracun jiwa, lahirlah porak peranda. Itulah yang sering berlaku lewat kebelakangan ini. Semoga keadaan dapat kembali tenang. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

BACR) sajak daripada Anita Faridah bertajuk: TAK APA TAK SAKIT PUN. Pengucapannya bagai mencabar keadaan yang telah pun luka parah pada hatinya, terasa kian menanah. Tetapi digagahinya melawan keadaan dengan mengubatnya sendiri, maka dengan ketabahan dan kekentalan jiwa semoga wanita cerita luka dilupakan. Kini hidup dan cari jalan baru. Semoga cerita lama jadi pengajaran untuk tidak kena kali yang kedua pula. Amin.

Tanpa Nama berkata...

rtyrtyrytry

Tanpa Nama berkata...

fhfghfghfgh

Nik Aziman berkata...

cte mat bat dh hbis ker??

Badrolshah berkata...

lps ni cerita apa la plak lps mat bat ni? hehe

Sarah berkata...

hbis mcm tu je ker? xde mat bat siri 2???

Adi Cana berkata...

rugi dia x turunkan ilmu dia...

Sharifah berkata...

hebat mat bat ni tp syg x trun ilmu kat anak cucu dia...

Nahul Hidzar berkata...

pak nobat???? nama isteri dia hafizah ker??? ni isteri sy yg tanya sy xthu apa2...

Raja Muda berkata...

mat bat keturunan di raja ker?

Kembara Budiman berkata...

kenapa ada sultan daik plak? mat bat ni keturunan raja indon ker?

Saizul Maizav berkata...

dlu kalau x salah tjuk dia cerpen ni bila sampai waktunya kan??? kenapa en nuri tukar plak?

Haji Atang berkata...

sian mat bat bagi kat org pun org bgi hilang biola,...

Mat Toopa berkata...

kenapa bagi kat mat cik nun? kanapa x bgi kt anak dia?

Olie Pajutdy berkata...

hbis biola tu skrg ada kat mana?

Abul Hassan berkata...

biola tu mat bat beli ktlorong kulit ker?

Sudin Ramlee berkata...

mat bat pandai sndiri ke baljar kat mne2?

Ustaz Sahzan berkata...

nampaknya dari mula sampai akhir cerpen ni berkisar tantang kenangan jer...

Ustaz Majusi berkata...

la..rupanya yg episod sebelum ni semuanya flash back? ingatkan btol td...

Kembara Budiman berkata...

mat bat ni dok acheh street? mat bat ni indon ker?

Pedang Kesatria berkata...

kenapa mat bat dari indon jauh merantau ke penang???

Tetamu Malam berkata...

mat bat ni dh meninggal ke ada lagi?

Pengembara Masa berkata...

eh! mat bat ni x kwin ker?

Ezad Emir berkata...

xde pun cerita pasal bini dia? mat bat ni bujang ke?

Jalil Janggut berkata...

mcm mana boleh jd nobat???? mana dapat nama nobat tu???

Mei LIng berkata...

mat bat??? bat tu apa? bukan bahasa english kata kelawar ker?

Seri Suri berkata...

kenapa x guna nama Nuar? ni guna nama nobat plak? hehe

Danial berkata...

mak cik nun tu bini mat bat ker?

Petualang Tiga berkata...

eh! mat bat ni asal dari mana? indon ke penang?

Guest berkata...

sajak pasal kwin plak kali ni? hehe

Zainal Aridin berkata...

bila baca psl sajak kwin ni teringat masa sy kwin dulu? hehehe

Pak Kassim berkata...

sajak kwin yg lemah ni sbb sy masa akad nikah sampai 7kali!! hehehe

Jengking Perak berkata...

rasa mcm nk kawin plak bila baca sajak kwin ni? hehe

Tanpa Wajah berkata...

sajak ni msti masa en nuri muda2 dulu ni?

Karim Ghani berkata...

sajak kwin? hehehe best jgk sajak ni...

Ungku Zubir berkata...

ni msti cuti skola sbb tu en nuri letak sajak kwin ni..

Juragan Desa berkata...

tiba2 rasa nak kwin plak? hehe

Atan Yahoo berkata...

sajak ni mengingatkan zaman masa sy kwin plak?

Ezad Emir berkata...

mmg byk kenangan manis msa kwin dulu... hmmm....

Kevin CHong berkata...

ingatkan sajak ni pasal apa? rupanya pasal kwin ke?

Umar Haslam berkata...

baca sajak psal kwin ni kebetulan sy pun nk kwin jgk minggu depan...

Brader Joe berkata...

nmpknya bulan disember ni byk org kwin nnt....

Julia berkata...

sajak psl kwin plak? ni yg malu ni sbb sy msih anak dara lagi? hehehhee