Isnin, 15 November 2010

MEMBURU KEJAYAAN





Saban pagi
kita dahulu kemudian
memburu kehiupan
dalam perjalanan
yang sadikit ini.

Begitulah hidup
dalam usia meniti tua
kita bagai alfa segala
yang perjalanan ini
hampir berhenti.


Oleh: Nurimanja.
Sajak lagenda
Tarikh: 15/10/2002



50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN BERTAJUK ; SIRI KE TIGA AKHIR. "AHH SHU NAIK ANGIN" OLEH : NURIMANJA Pk.
______________________________________________________________________

Ahh Shu cuma berbaring di kerusi malas, sesekali kembali pula ke tempat tidur, dia terasa semua orang di dunia ini seperti membenci dirinya, kepala pening dan tengkuknya juga menjadi sakit ,kerana terlalu lama berbaring di kerusi malas tempat mendiang ayahnya selalu berbaring di waktu petang.

Setiap malam dia tidak dapat tidur bila mengenangkan nasib malang dirinya. Sebulan sebelum ibunya meninggal dia juga telah disahkan oleh doktor kena penyakit batuk kering seperti penyakit yang pernah mendiang ayahnya mengidapi. belum pun dia sembuh sepenuhnya ibu yang tersayang pula pergi, cukup memerikan hatinya.

Setelah hampir sebulan setengah Ahh Shu tidak keluar atau nampak kelibatnya di luar rumah. Orang kampung telah menghubungi Ahh Hun dan Moi Lin tentang keadaan abangnya. Begitu juga dengan Ahh Chan yang duduk jauh di selatan tanah air bergegas pulang untuk mengetahui keadaan abangnya.

Esoknya tiga beradik itu pergilah ke rumah kedai abangnya. Tetapi belum pun sempat mereka mengetuk pintu, Ahh Shu telah keluar dengan parang pajang terhunus di tangan, seperti lagak seorang samurai menunggu mangsanya untuk dipenggal. Dia tercegat di muka pintu, matanya merah dan liar memandang ke tiga adiknya itu.

"Luu semua pergi dari sini, gua tak mau tengok lu semua punya muka! jangan balik lagi, siapa masuk ini lumah, wa pancung dia punya kepala," kata Ahh Shu sambil menghayun-hayun parang panjang di tangannya, ketiga-tiga adiknya bertempiaran lari kerana ketakutan.

Beberapa orang kawan Ahh Hun dan Ahh Chan berketurunan Melayu datang melihat , tetapi tidak berani menghapirinya.

Setelah oarang kampung dan tok ketua menasihati ketiga beradik itu supaya meninggal abangnya sementara menunggu hati sejuk.
setengah daripa kawan sekmpungnya berpendapat, mungkin Ahh Shu menerima tekanan nasib malang yang sering menimpanya, dan begitu runsing sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Mereka semua kasihan melihat Ahh Shu dan tiga orang lagi adik beradiknya. Tetapi ketiga adik beradiknya itu, Ahh Hun, Ahh Chan dan Moi Lin mengatakan, abangnya itu ada penyakit, “Ahh Shu suka naik angin........”

S E L E S A I.

nurimanja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ustaz Sahzan berkata...

PAKEJ (ustaz sahzan)

Perasaan itu rutin dalam hidup
manusia sekata sesal dan kecewa
Setuju atau tak
dua jenis dalam satu
ianya seketika mudah dilupa,
dua yang aku kendong
hingga hujung jauh sana,
hingga aku tak nampak
walau satu cahaya dan mati.
Dua jenis melekat pada aku,
buat aku diam layu gagal berfungsi.
Tindak balas aku telah jangka,
angkara diri lupa kehendak bumi.
kepura-puraan hanyut segala aliran,
pegangan berterbangan
entah ke mana.
Bandar ditinggal ada dibangunkan?
Mata rabun hampir buta ada perasan?
Pesakit yang meminta nyawa,
ada yang bertimbang rasa?
Padahal bandar mata pesakit itu aku
Dan pasti aku lepaskan dan lupakan,
kerana turut serta tangisan
Mereka yang penting pada aku.
kerana ia pakej tapi bayar
harga yang amat sakit.


Ustaz Sahzan
hanya mencuba sajak simbolik dari saya

Mr Casaona berkata...

KALAU KITA BUKAN MANUSIA

Andai aku pohon bakau
Jadilah kau bayu gunung.
Andai aku luka di hati.
Jadilah kau apa-apa menghurung..
Setiap luka yang kau tinggalkan.
Adalah luka yang halimunan.
Kerana rasa cuma aku sendirian.
Setiap kali aku terluka.
Memori ikan emas akan ku pinta.
Supaya dalam 3 saat
Cuma aku mampu melupakan semuanya.


Mr Casanova
di beranda rumah
11malam

Mr Casaona berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Abang berkata...

MEMETIK DAUN KERING(Abang)

dia hilang di rimba
dia bersembunyi di belantara
kembali mencari segala yang hilang
adiknya suka
suara cengkerik senjakala
adiknya juga suka melihat angin
memetik daun kering mengugurkannya
hanyut di arus air yang mengalir
demikianlah kehidupan
menentukan arah yang bakal dituju
kerana kebebasan yang bermakna
adalah berani membentuk hidup
bukan menuruti aturan terbentuk'


Abang
ketika di kafe di tempat kerja

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Ustaz Sahzan bertajuk PAKEJ melihat dua kehidupan dengan Ya atau Tidak.untuk mencari satu kebenaran agak sukar lewat kebelakangan ini, kerana yang ada, nampak gaya dan lagaknya semacam samseng tetapi baik pula orangnya, Nanum ada juga yang nampak pula gaya dan tokohnya boleh dipercayai dan berwibawa, tetapi sikap dan caranya langsung tidak boleh diterima.bertentangan pula dngan ajaran agama . (mungkin ada berbau politik sadikit cuma andaian) Bagi si penulis terlalu sukar unuk mengatakan Ya atau Tidak, untuk menilai permasallahan ini. Melainkan ambil jalan tengah buat keputusan dalam hati. Dakwah akan tetap diteruskan, keikhlasan sebenar hanya tuhan yang mengetahui dan dapat menilainya. Amin.

Qalam Muiara berkata...

KALAU KITA BUKAN MANUSIA oleh Mr Casanova.Pengucapannya kali ini menceritakan tentang Jiwa jiwa alam atau kisah dunia orang muda. Terlalu biasa dalam kehidupan ini kisah rangmuda punya biasa, Bila Berjumpa dan selalu bertemu, lalu bercinta, kemudian timbul cemburu dan mencurigai, lalu ada pula hati
yang iri terluka dan kecewa. Lalu berpisah dan merana jadinya. Dan esok lusa mula mencari dan mencari lagi. Kerana terlalu biasa ,mudah saja kita melupainya. Begitulah cerita dalam hidup seorang anak muda dini hari di alam rumaja. (Cuma andaian)Semoga tidak begtiu Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Abang dengan sajaknya bertajuk: MEMETIK DAUN KERING. Mencritakan tentang perjalanan hidup di dunia ini.Mungkin dua manusia yang berbeza walaupun lahir dari satu perut ibu yang sama.Jika sesaorang itu bagai terangcang hidup atau tugas yang ditentukan tuhan. Ada orang yang suka dengan kehidupan di pendalaman dengan dunia hutan belantaran mengharungi kehidupan dngan penuh pahit getil berjuang dengan kehidupannya. Tetapi mungkin bagi seorang dari keluarganya abangnya bagai berani sahut cabaran dengan ilmu pengetahuan yang diperolehinya telah berjaya mengharung kehidupannya di luar daripada hutan belantara. Bgitulah erti sebuah kehidpan,kita kena mengubah naib bukan nasib menentukan kehidupan kita. Amin ( cuma andaian saja.)

Tanpa Nama berkata...

trhdfhgfhgf

Pak Ngah But berkata...

sebanarnya ah shu yg buat diri dia di benci...

Pak Kassim berkata...

org benci sbb ada sebab apa la pnya ah shu...

ATuk berkata...

kenapa ah shu ni x pindah je dari kmpung tu dah thu org x ska?

Geletek Malam berkata...

eh! cerita ah shu plak dtg balik?

Adi Cana berkata...

kesian ah shu smua benci dia...

Muhamad Rabbi berkata...

ah shu ni selamat dia x mengamuk plak?

Danial berkata...

apa pnya suel la ah shu tu semua org benci dia...

Ustaz Majusio berkata...

patutlah tjuk dia suka naik angin? hehe

Madah Pujangga berkata...

eh! ah shu ni asyik mengamuk je kenapa?

Brader Joe berkata...

ah shu ni org gila ke? hehe

Badrolshah berkata...

klu asyik mengamuk je mcm mana org x benci?

Jalal Rafzee berkata...

sian ah shu tu la spatutnya kena buat baik dgn smua org...

Nuri Ketitel berkata...

ah shu ni keje niaga ke dari dulu?

Mat Noh berkata...

ah shu ni mcm pnh dgr saja sbb sy ada sorg kwn dulu cina jgk dia jual ikan nama abg dia pun ah shu jgk...

Man Pendek berkata...

ah shu ni baik duduk dlm hutan jer? hehe

Seri Suri berkata...

susah jgk ah shu ni jnis x bercampur...

Kakiku Kaku berkata...

selamat dia x bunuh plak org kmpung dia tu?

Zuraifah berkata...

ah shu x patut jgk la semua org dia nak maki hamun...

Pak Awang berkata...

susah jgk hidup sorg nk minta tolong kt org susah jgk?

Suara Rakyat berkata...

aku rasa ah shu ni sakit mental la...

Tanpa Wajah berkata...

ah shu ni agak2 la semua org dia nk maki hamun...

Kembara Budiman berkata...

ah shu ni org cina keturunan samurai ke asyik nk pancung2 plak?

Budar Rap berkata...

klu kt kmpung aku ah shu buat mcm ni sah kena bakar rumah dia...

Mr Casanova berkata...

aku rasa ah shu ni meroyan kot? hhaha

Petualang Tiga berkata...

mungkin jgk ah shu ni kena rsuk kot?

Mat Glamot berkata...

ah shu ni bkn dh gila tapi kejam! haha

Usop Nayan berkata...

akhir sekali ah shu ni mati ker?

Debunga Wangi berkata...

cerita benar ke ah shu ni?

Bob Kuli berkata...

memburu kejayaan plak sajak kali ni?

Razak Abu berkata...

best sajak ni ada nasihat sikit...

Nuri Kecil berkata...

wah! sajak simbolik plak dari en nuri?

dam catur berkata...

sajak yg pendek dan senang nk phm...

Yusoff Lim berkata...

menarik sajak kali ni...

Angker 13 berkata...

sajak kali ni mmg menarik tentang khidupan...

Seniman Jalanan berkata...

sajak ni boleh buat lagu ni menarik lirik...

Ummu Akilah berkata...

sajak pesan memesan plak kali ni...

Rossa Long berkata...

sajak nasihat la best... hehe

Mei Ling berkata...

sajak ni phm sikit tentang mengejar cita2 sajak semalam susah sikit nk phm,.

Tan Sri Yunus berkata...

sajak ringkas dan padat!

Harimau Berantai berkata...

en nuri pun buat sajak simbolik jgk? hehe