Ahad, 28 November 2010

PASAR MALAM





Pernahkah  kau melihat
hantu syaitan berpesta
di waktu maghrib dan senja
bila orang mula berkumpul
ibuku pun pernah berpesan;
pada waktu kalut begitu
dillangit ada rembang petang
hantu jin syaitan berkliaran
terutamanya di pasar malam
tempat paling disukainya
kerana lelaki dan wanita
ramai bergesiran membeli belah
sehingga terlupa kerja solat
asyik meronda di celah perniaga
ghairah mencuri pandang
menilai tubuh anak bini siapa
ini yang membuat sesekali dosa.


Oleh Nurimanja,
Pasar Malam Telok Kumbar
Bandar Baru Prda, Pulau Pinang
Catatan selepas solat maghrib 22/12/2009



50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI KE 3 : BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
______________________________________________________________________

Dalam diri sapani mulai timbul rasa kesal dan sedih kerana selama ini orang-orang kampung selalu menghina dan mencaci Nek Abang Junaidi dan keluarganya. Dia masih ingat di satu malam selepas solat maghrib di kampung Emas Tempawan. Aginda kutip derma majlis kenduri Maulidurrasul .

"Dia tauke kedai, orang lain pun tauke kedai juga di kampung ini, kenapa mereka boleh bagi lebih?" Bentak Anssari untuk menarik akan perhatian orang ramai yang duduk di balai lintang luar masjid, waktu itu Nek Abang Junaidi masih lagi berwirid di dalam masjid Kampung Emas Tempawan.

"Bukankah kita telah bermesyuarat dulu. tiap tauke kedai di kampung ini mesti kena derma dua peti air oreang," tambah Lebai Oli pula, salah seorang ahli jawatan kuasa majlis kenduri majlis maulidurasul Muhamad saw dan tilawah al quran di kampung Emas Tempawan,

"pidan kawan luk minta dermah, nak paksa kau, ikhlas kau luk mubik.." ertinya;( jika nak minta derma, jangan paksa aku, ini ikhlas aku hendak beri ) Jawab Nek Abang Junaidi dalam menyuarat kali kedua , selepas kutip kali kedua tamat dijalankan.

Orang-orang kampung menggeleng-gelengkan kepala , dalam hati mereka berbagai andaian yang kurang menyenangkan rasa hati telah dilemparkan kepada Nek Abang Junaidi semacam mengumpat dan mengutuk.

"Nek Abang Junaidi memang berkira, nak kutip derma pun berkira! kedekut , tahi hidung masin !!" cemuh dua tiga orang anak kampung.

"kau maluh atang. Nuing kanawan tiap kali nuan majlis agamah, AJK may taau maluh, minta dermah pada tauke-tauke mebai kanawan Islam?" (aku malu sungguh, lihat kamu semua, tiap kali ada majlis agama, AJK tak tahu malu, minta derma kepada tauke bukan orang beragama Islam) Cemuh Nek abang Junaidi kembali.

Sesekali bila Sapani mengkaji dan menilai kata-kata Nek Abang Junaidi itu memang ada kebenarannya. Nek Abang Junaidi memang kesal dengan sikap lemah dan dhaif bangsanya yang beragama Islam, terasa miskin dan papa kedana, terpaksa menebal muka setiap tahun meminta derma kepada tauke-tauke kedai yang bukan beragama Islam.

Derma ini bukan sahaja di minta kepada tauke kedai china di kampung itu, malah kepada dua tiga puluh tauke tongkang mengangkut kayu bakau di pengkalan tepi kampung Emas Tempawan pun mereka minta, satu tongkang lima puluh ringgit, sedangkan mereka itu orang iban dan china, mereka bukan datang pun majlis kita tetapi mereka beri juga derma. Terasa bagai dipaksa, mungkin mereka malu pada kepada kepala desa (penghulu) mereka beri juga.

Itulah perasaan kisal dan sedih hati Nek Abang Junaidi melihat AJK kampung dan masjid Emas Tempawan seperti mahu menunjukan akan kelemahan bangsa dan agama islam, sehingga dia melepaskan jawatan sepuluh tahun yang lalu. Kini terus menjadi orang biasa yang tidak perlu memikirkan masalah AJK lagi.

BERSAMBUNG.

Ismail Harakam berkata...

TAK SIA-SIA

bukan masa penentu rasa
meski sebentar mahupun lama
terimpak di hati terkesan di jiwa
walau hadirmu seketika cuma
terbuka mata, teralih selera
berputar minda, berpinar semua
takut takut tak sempat bicara
biar kata jadi pengantara
kau terpenting antara semua
yang berjaya ubah segala gala
mencuit hati, menabur jasa
meneman hati tatkala lara
terima kasih, sentiasa ada
tak kira bila, tak kira mana
terima kasih tidak terhingga
sampai bila takkan kulupa


Ismail Harakam
Kelantan
11pagi

Ustaz Sahzan berkata...

PEJALAN KAKI

Cermin kasih retak sejuta
Jalur rindu aku yang punya
Biar retak seseni apa jua
Biar sejalur membakar bahangnya!
ada perempuan tersalah
pilih lorong hidup.
Apabila terlanjur
melalui lorong salah,
maka lambatlah
sampai ke jalan kehidupan.
Setiap lorong dilalui
ada cerita suka dan duka.
dia bunuh jiwa duka ambil rohnya.
Buat teladan sepanjang jalan.
dia mahu cepat sampai,
justeru memilih berjalan kaki.
Kerana kaki yang menyokong
inilah yang akan mengingat,
setiap langkah, jatuh dan bangun.


Ustaz Sahzan
selepas pulang dari menjaga exam SPM

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Ismail Harakam bertajuk: TAK SIA-SIA. Pengucapan bagai memuja seorang yang mungkin bagai idola buat si penulis. Mungkin pada pandangan anda dialah satu manusia yang bawa sinar perubahan atau mungkin segalanya.Mungkin juga kehadirannya masa kini dapat memberi segala inspirasi pada hati dan jiwa penulis.Sesungguhnya hati manusia itu banyak perbezaannya. Kalau tidak tidaklah dinamakan kalbun ( hati) yang dalam bahasa arabnya (suka berbalik-balik atau berubah-ubah) Jika benar apa yang telah dilakukan ternyatalah akan kebenarannya sama ada pada sisi Allah swt atau pada pandangan masyarakat dan pada mata manusia sendiri, makan tidak ada siapa yang boleh atau dapat menhyangkal dan menapikannya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak ustaz Sahzan yang bertajuk PEJALAN KAKI. Pengucapannya sajak cuba mengingatkan kita: dalam hidup ini bagai cermin pada pejalan orang lain. Ada baik dan buruknya. Kita perlu pandai memelih. Lalu pada jalur dan seni kehidupan. Berjalanlah pada lorong yang sebenar, jika anda tersalah, anda akan kecundang. Kerana perjalanan ini pastinya kita lalui dalam segala ujian suka dan duka. Kita perlulah ambil contoh dan tauladan yang mana satu jalan atau lorong baik dan buruknya dalam usaha meneruskan perjalanan,biar pun jatuh atau bangun, selagi kaki boleh melangkah anda teruskan perjalanan, kecuali bila langkah telah terhenti. Amin.

Tanpa Nama berkata...

erhrehreh

Tanpa Nama berkata...

reyryreyre

Tanpa Nama berkata...

reyreyre

Tanpa Nama berkata...

jtykjytkj

Tanpa Nama berkata...

yipopiupouip

Danial berkata...

kenapa la org kmpung suka kutuk dia?

Budak Rap berkata...

kurang ajar jgk ansari tu..

Budak Surau berkata...

eh! ansari mcm nama sy plak? hehe

Badrolshah berkata...

la.. bgi sikit pun org kmpung nk bising?

Olie Pajutdy berkata...

lebai oli??? hehehe mcm nama sy je tp jd lebai plak?

Tanpa Wajah berkata...

sian junaidi ni derma sikit pun org kmpung nk kecoh2...

Seri Suri berkata...

byk pahala yg junaidi ni dpt? haha

Kota Gersang berkata...

kenapa la perangai org kmpung ni asyik mengutuk jer?

Mona berkata...

ok la junaidi ni derma jgk dari x derma langsung...

Sudin Ramlee berkata...

org kmpung ni asyik mengutuk je xde keje lain ker?

Lagenda Pulau berkata...

dia dh mati apa kutuk2 lagi?

Tetamu Malam berkata...

nek junaidi ni tokei kedai ke?

Pak Awang berkata...

dia tokei kedai? dia jual apa?

Kembara Budiman berkata...

pelik jgk dia kaya tp derma sikit jer???

Halilintar berkata...

org lain org kmpung x kutuk plak? nek junaidi je yg kena kutuk plak?

Ezad Emir berkata...

org bukan islam pun kena derma jgk ker?

Putera Damien berkata...

org kmpung dok kutuk nek junaidi tp dia pun sama jgk...

Pedang Kesaatria berkata...

sapani jgk yg baik kenapa nek junaidi x ambik jd menantu...

Iman Ali berkata...

eh! nek junaidi ni meninggal masa umor brapa?

Jalil Janggut berkata...

nek junaidi ni org baik2 kenapalah org kmpung asyik kutuk dia...

Mega Sutera berkata...

alamak! nmpkanya kena berhenti la keje di pasar malam lps ni?

Kamal berkata...

pasar malam pun x boleh pegi ker?

Teratai Mekar berkata...

pasar malam best xkn x boleh pegi plak?

Golok Buta berkata...

pasar malam? lps ni x boleh pegi la...

Kembara Budiman berkata...

klu pegi pasar malam lps maghrib boleh ke?

Ustaz Majusi berkata...

pasar malam klu nk pegi kena tunggu lps maghrib la...

Lelangit Biru berkata...

knapa x tukar jd pasar siang sbb malam x boleh pegi?

Man Pendek berkata...

oh.. bahaya jgk pasar malam ni...

Sharifah berkata...

nampaknya ke berhenti pegi pasar malam la lps ni...

Adi Cana berkata...

pasar malam? lps ni kena pegi siang la...

Geletek Malam berkata...

isu semasa dh xde ke en nuri?

Hantu Gigi berkata...

cerita misteri xde ke?

Ustaz Rahman berkata...

eh! ada cerpen je? isu semasa mana?

Karim Ghani berkata...

sajak pasar malam? teringat plak hari ni hari selasa

Ustaz Zulkainaan berkata...

eh! kenapa minta org bukan islam pun derma jgk?

Ustaz Zamree berkata...

eh! panjang lagi ke cerpen ni?

Julia berkata...

eh! berapa ratus nek junaidi tu derma?

Sarah berkata...

org kmpung kutuk lebih2 dorg pun x derma....

Ibrahim Lee berkata...

org kmpung mmg pemikiran kolot sikit yer?

Ku Farah berkata...

apa nk jd la org kmpung ni asyik mengutuk jer...