Khamis, 11 November 2010

BILA SINGAPORA DILANGGAR TODAK




Apabila  datang seorang hamba Allah daripada  Pasai
membawa ilmu mengajar keagamaan mengenal Allah
lalu dicemburui pula oleh seoarng Datuk Temunggung
kemudian dfitnah dihasut sultan dibunuhnya pendita itu

Bila ada seorang budak bernama Nadim anak bendahara
cuma berkubukan batang pisang bukan betis atau badan
dia pintar dapat menyelesaikan masalah todak melanggar
ramai mati rakyat Singapora, sehingga terkoyak baju raja

Dia juga telah dicumburi oleh Temenggong di istana raja
lalu difitnah dan dirantai dicampakannya ke dalam lautan
begitlah hasad dan dengkinya  kelemahan melayu dulu kala
malah hingga kini maseh bebal sampai terbawa kezaman kita.

Maka berlakulah bunuh membunuh dianatara sama mereka
membuat angkara rugi dan musnah adalah sebuah negara
sepatutnyalah kita renungi sejarah lama ini buat pemikiran
semoga orang  melayu perihatin tidak berlaku lagi kesilapan.

 Oleh: Nurimanja,
Cerita mengkhabarkan segala,
Jam 8 malam 11hb.November, 2010.

50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN BERSIRI HASIL KARYA OLEH: NURIMANJA 1986 : BERTAJUK: PAK TEH BERBINI TUJUH.

sebuah cerpen realiti, cuma diadun dan ditokok tambah sadikit sebanyak bagi menghidupkan cerita.
______________________________________________________________________

PAK TEH terasa zaman keagongan dan kegemilangannya telah musnah. Misai Pak Teh yang dipintal melintang ke pipi tidak lagi bererti. Dia terasa hari-hari kejatuhannya telah tiba. Tujuh puluh tahun berlalu, sayu hati Pak Teh bila mengenangkannya, mereka telah merampas segalakedudukanku, bentak hati Pak Teh, badannya mulai berpeluh.

Matahari di langit sedang
memijarkan bahang panasnya di atas kepala. Durian yang Pak Teh jual itubelum lagi lagu walaupun sabiji. Hati Pak Teh kini kian dipagut resah .

Pak Teh mengesat peluh yang jatuh mengalir ke dahinya. Matanya melerek kepada seorang perempuan tua separuh umur, langkah dan lenggang lengguknya menggoyangkan daging pungung, seperti Embun bekas isterinya yang ke lima ditinggalkannya dahulu.

Pak Teh merenung lama, "Embun!!", keluh hati Pak Teh, sayu bunyinya, Perempuan yang direnunginya tadi, sudah hilang entah kemana. tetapi ingatan Pak Teh masih tertumpu kepada Embun.

"Kenapa Abang Teh ceraikan saya? Apakah salah saya?" kata Embun dengan air mata berjujuran, Ismail juga turut menangis, anak kecil yang baru berusia 6 bulan itu seperti mengerti perpisahan akan berlaku.

"Jodoh kita, sudah tiada lagi," jawab Pak Teh pendek, kemudian mengeluarkan wang kertas sebanyak lima puluh ringgit hasil dari mengajar silat di kampung Hulu.

Dalam ingatan Pak Teh, diketika itu dia cuma terbayang wajah Sumiah perawan tua yang berusia tiga puluh lima tahun itu. Hati Pak Teh terasa terlunjak-lunjak untuk mendapatkannya.

Dia bercadang untuk memikat hati Sumiah untuk dijadikan Isterinya yang ke enam pula. Dia penuh yakin,setiap kali lamarannya tidak pernah sesiapa pun yang menolaknya.

Esok, semua orang kampung berkata, " Pak Teh dah bercerai pula, Embun dah balik ke rumah mak dan ayahnya di kampung Tengah, Pak Teh kerja tabur bini,"

Beberapa orang anak muda kampung Embun yang tidak sebulu dengan tindak tanduk Pak Teh telah melemparkan cemuhan,

"Pak Teh memang kerja nak tabur bini, nikah cerai, nikah cerai ....."

BERSAMBUNG.

Srikandi Juwita berkata...

SENGAJA

sengaja
aku tidak membalas
surat yang kau kirim
supaya lebih mudah
kita saling melupakan
aku tidak menyahut
setiap panggilanmu
supaya lebih mudah
kita saling membenci

sengaja
aku bangkitkan
segala kenangan
supaya lebih sakit
hati dan perasaan
aku membuat engkau membenci
supaya kelak namaku
tidak engkau sebut lagi


Srikandi Juwita
ketika di pasaraya mydin

Sarah berkata...

AKU SEDANG MARAH

memang aku marah
duka,terluka,sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa
tidak juga kepada kamu;
kerana kaulah sutera dipintal itu
menjadi selembar benang tenunan
si pandai tenun itu adalah aku
mahir mengurai kusutnya benang
tetapi tak upaya
mengurai kusutnya suasana
memang aku duka dan terluka
sedih,kecewa aku sedang marah
kerana benang yang dipintal itu
semakin kusut tak terurai
seperti rasa ini harus berakhir
entah bila dan dimana
memang sedih dan kecewa
marah,duka dan terluka
kerana engkau seakan memberi
sebenarnya membuangkan
kerana engkau seakan menerima
sebenarnya membiarkan;
segumpal benang menjadi kusut
sekeping hati menjadi remuk


Sarah
Kolej Masterkill
1pagi

Datuk Borhan berkata...

KELDAI

keldai yang berlagak pandai
tidak bisa menari disalahkan lantai
mengadap pelangi mendabik dada
berjaya menambat si anjing betina
diharap dapat mengusir gerhana
pelangi tetap indah meninggi
dulu menggesel di hujung kaki
naga sudah bertahta
habis retak segala permata
hati keldai diisi iri
walau telah mencapai mimpi
menjilat hampas terasa lazat
manakan dapat dirasa kelat
keldai masih berasa hebat
pada semua tepukan khianat

Datuk Borhan
5ptg
di halaman rumah

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Srikandi Juwita jelas sekali ingin melupai si jejaka yang mungkin ada hati padanya. bertajuk; SENGAJA. Nampaknya memang sengaja, sebagai disengajakan, tidak mahu menjawab surat dan tidak menyahut sms, mlah sengaja membangkit serita lama, agar si dia membenci dan tidak lagi menyebut nama anda lagi. Ini sudah jadi kes berat.anda jangan membuat dia nanti makan hati. Anda sebaiknya harus saja berterus terang. Supaya kalaulah padi katakan padi, supaya si dia tidak tertampi-tampi, kalau sudi, katakan sudi, tidaklah dia ternanti-nanti. Harap maklum. Semoga tidak begitu.Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak sarah pula mengenang rasa kekecewaannya bila si dia bagai tidak mengerti erti isi hati. Membiarkan sekeping hati berlalu sepi. Smacam tidak diindah atau tidak diperdulikan . Sdri Sarah dngan sajaknya bertajuk; AKU SEDANG MARAH. Pengucapan hati amat terasa kecewa, duka dan terluka, sedeh,marah dan menangis tanpa lelehan air mata. Berbeza dengan sajak Srikandi Juwita SENGAJA membuat kekaihnya ternanti-nanti untuk memutus hubungan. Kalian berdua ini sengaja membuat cerita seorang memutus dan seorang mengharap.Ada baiknya kalian menukar saja kekaih. habis cerita. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak nukilan Datuk Bohan kali ini dengan tajuk sinisnya KELDAI berbau politikus sadikit; cerita kebodohan yang amat sangat dilakukan oleh sang keldai yang berlagak terlebih pandai sehingga tidak pandai lagi, bila cerita kian banyak orang ramai ketahui. Itupun mahu melenting lagi, cabar mencabar, kekuatan masih ada, masih berkuasa dan jangan siapa berani cuba mengganggu gugat pula. Akan dihalau seperti kerbau gila.lihat siapa yang jadi mangsa, kawan makan kawan dari keldai gila mambuk kuasa. Yang sering menjanjikan apa saja untuk kepentingan dirinya.Itulah cerita keldai tua yang tungu hari untuk rebah kerana terlalu banyak main helah. Semoga cepatlah begitu . Amin..

Tanpa Nama berkata...

trutrur

Tanpa Nama berkata...

rtutfuhgfh

Tanpa Nama berkata...

yugyujgghjg

Malik Wariya berkata...

wah! byknyer bini dia!!

Muhamad Rabbi berkata...

bkn ke org islam boleh kwin 4 ke?? kenapa ada 7 plak?

Saidatina Ayubi berkata...

sampai 7 dia kwin??? byk duit dia...

Nas Hayah berkata...

kenapa kwin sampai 7????

Abul Hassan berkata...

pak teh bini 7??? mcm pnh baca jer...

Saizul Maizav berkata...

cerpen ni pun dh lupa jgk akhir sekali mcm mna?

Dang Anum berkata...

pak teh ni jutawan ke?? hehe

Pangeran Indera berkata...

klu pak teh ni keturunan sultan brunei biasalah kwin byk... hehehe

Harimau Berantai berkata...

aku nk kwin 1 pun byk tanggungan pak teh sekali 7!!!

Badrolshah berkata...

pak teh ni gila kot sekali 7 dia kwin?

dam catur berkata...

pak teh kwin 7??? cerpen lama ni.. hehe

Kembara Budiman berkata...

cerpen lama plak! tp wlpn cerpen lama dh lupa jalan cerita dia...

Jalal Rafzee berkata...

pak teh kwin 7?? tjuk dia pun dh gerun nk baca... hehe

Ali Conan berkata...

pak teh ni bela hantu raya ke sampai 7 dia kwin?

Ustaz Sahzan berkata...

semua bini pak teh tinggalkan dia sbb apa????

Atuk berkata...

bini sampai tujuh msti anak cucu dia berpuluh-puluh...

Ezad Emir berkata...

pak teh ni mengamal ilmu hitam ke sampai tujuh dia kwin?

Sarah berkata...

pak teh ni nsem ke? byk bini dia...

Puteri Bunga berkata...

msti pak teh muda2 muka mam MGR sbb tu ramai nak kt dia kot? hahaha

Pak Awang berkata...

klu x slah cerpen ni lama tp akhir sekali mmg lawak...

Mozaire berkata...

pak teh ni xjd meniaga last sekali kan?

Qalam Mussofa berkata...

kesian pak teh hahaha lawak cerpen lama ni...

Tetamu Malam berkata...

p ramlee pun kwin 4 je pak teh 2 kali ganda? hebat btol pak teh ni,...

Danial berkata...

pak teh mmg susun bini dgn anak2 dia... hehehhe

Diana Sanubari berkata...

gatal gila pak teh ni smua anak dara ktkmpung dia ke dia kwin ni?

Al Miftah berkata...

pak teh boleh kwin sampai 7 sbb jual durian ke?

Ustaz Rahman berkata...

aduh... apa nk jd dgn pak teh ni nampak sangat pak teh x setia...

Pak Kassim berkata...

pak teh bukan saja menduakan bini dia tapi mentujuhkan bini2 dia... hahaha

Angker 13 berkata...

gila punya pak teh byk bini! hahaha

Usop Nayan berkata...

eh! ceerpen lama kembali semula... hehe

Putera Damien berkata...

singapora di langgar todak? mcm dalam tv plak?

Olie Pajutdy berkata...

singapora di langgar todak ni bkn cerita bard latif berlakon ke?

PENYAIR AGUNG berkata...

SINGAPORA DI LANGGAR TODAK NI SAJAK MACAM ADA MKSUD TERSIRAT SAJA....

Emily Bayans berkata...

bila plak singapora di langgar todak? spanjang sy tinggal sini xpnh nmpk pun todak?

Suara Tiada berkata...

cerpen kisah dulu2 plak??? best2...

Mat Noh berkata...

eh! cerpen cerita laksamana ke ni?? nntsy nk try buat 1 cerpen mcm ni..

Hambali Maliki berkata...

sajak yg menarik lain dari yg lain..

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak yg ada maksud simbolik...

Nuri Jaguh berkata...

sajak kali ni maksud apa plak en nuri?

nurimanja berkata...

-Orang dulu kala memang budaya mereka zaman itu, seiapa uang jadi guru silat, Ustaz, tuk guru, penghulu,ketua kampong, orang kaya ada harta, memang mudah Untuk berbini dua tiga, Malah ustaz saya lebai noh isteri dia dapat percuma saja, kerana selalu mengajar agama kepada orang kampung.

-Saya pun teringat semasa di serawak dulu. Ada seorang India muslim dia ada dua orang cucu prempuan anak dara terang tang-tang. Dia kata pada saya cikgu pilih mana Satu, percuma saja, kakak atau adek, pilih saya kasi percuma saja. Saya lihat dua adik Beradik tersipu-sipu malu. Tapi saya tolak dua-dua, kalau saya mahu dua-dua pun di bagi. Memang dia serius. Macam dia malas nak jaga cucu ah besar.