Sabtu, 27 November 2010

MASA AKAN MENCERITAKAN



Sejarah bisa merakamkan
waktu pula akan menentukan
bila tiba masa dan ketikanya nanti.

Setiap yang mungkar
jangan bisa dimakrupkan,
setiap yang dibatalkan
jangan bisa disahkan,

Kerana hari dan waktu
akan menceritakan segala
kerana sejarah telah membuktikan
pada cerita benar atau cerita salah.

Seorang berwajah tampan
jika kerjanya amat jahat dan keji
ramai orang akan membencinya,
tapi seorang kurang tampan
jika kerjanya baik dan ikhlas
ramai orang akan menyayanginya,

Begitulah lumrah kehidupan
masa  akan menceritakan segala
apa yang ada pada lipatan sejarah
untuk  kita mengambil ikhtibar darinya
sebagai satu tauladan buat pengajaran.

Oleh: Nurimanja,
Tersadar dari lena Bandar Baru PERDA
12hb, januari, 2009.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

CERPEN LAGENDA KE 13. SIRI PERTAMA : BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982.
______________________________________________________________________


Hari ini orang kampung gempar, hari ini ada orang mengucap panjang, hari ini orang kampong akan berhenti dari megumpat dan mencelanya lagi. Mungkin juga hari ini ada orang kampung yang berpura-pura menangis dan bersedih atau pun bersimpati di atas pemergiannya kepankuan Ilahi.

Kalau dulu ramai orang kampung berkata;

"Nek Abang Junaidi, tahi hidung masin. tangkai jering, gemgam tak tiris, kedekut, haji bahil!" Entah berbagai tomahan dan cacian yang telah dilemparkan kepada Nek Abang junaidi.

Nek Abang Junaidi tahu semua itu, tetapi dia bukanlah orang yang suka mengambil hati, sikap Nek Abang Junaidi yang kuat bersabar menjadikan orang kampung sukar mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.

Dari gaya dan watak keperibadian dirinya jugalah menjadikan di satu ketika dahulu, Nek Abang Junaidi dicalun menjadi kepala Desa. di kampung Emas Tempawan, kemudian dicalun lagi menjadi penghulu pula diantara dua tiga kampung kecil di sekelingi kampungnya.

Kini berita pemergian Nek Abang Junaidi telah tersebar luas segenap pelusuk sehingga melewati di sekelilingi luar Kampung Emas Tempawan itu. Berbagai bentuk keluhan dan pertanyaan datang bersarang di benak hati orang-orang kampung Emas Tempawan.

Bagaimana dengan kedai Nek Abang Junaidi yang dibuka di bawah rumah itu, Bagaimana pula dengan isteri dan dua orang anak dara yang belum berkhawin itu?

Maka berbagai andaian yang tembul dan bermain di benak hati orang-orang kampung itu. Beberapa orang anak muda kampung itu yang tidak mempunyai pekerjaan telah mula memasang angan-angan.

"Hai,, Jika aku dapat khawin salah seorang daripada anak dara Nek Abang Junaidi itu, cukup bertuah kedai dan hartanya pasti dapat dimiliki ,hidup pun tentu senang dan berubah, walaupun usia anak dara Nek Abang Junaidi itu telah melewati ke angka ke tiga puluhan."

Begitulah angan-angan Sapani salah seorang anak teruna telajak usia yang bekerja di sebuah bot pengangkutan Tunas Rajang di antara kampung Emas tempawan ke Sarikei itu.

BERSAMBUNG.

anak nuri jantan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Sharul Romandy berkata...

TIADA KATA DAPAT KU UCAPKAN

tatkala berdiri disudut sama;
namun berbeza dimensi
bukan masa dan waktu yg sama
lalu segalanya tak sekata -
kata tak terucap soal tak terjawab.
maafkanlah titik pertemuan ini
sepatutnya satu nokhtah
pengakhir segala bicara
dan setelah ini tiada lagi
kata-sapa selain sekian ....
terima kasih dan selamat tinggal


Sharul Romandy
sajak pertama dari saya harap qalam sudi ulas...

Saidatul Husna berkata...

DALAM HATI ADA TAMAN

bercerita tentang sebuah taman;
rumput menghijau memenuhi halaman
serta sebuah kolam yang kekeringan,
dulunya menakung air jernih
himpunan mata air ada seekor kuda
bagai terlepas dari kandang
mendatangi kolam itu
dengan haus dahaganya
bagai mengharap sekolam air
untuk dihirup dan dihabiskan
pilihanku antara padang hijau
tanah tandus dan gersang
namun aku memilih kesederhanaan
untuk mendapat kedua-duanya
agar lebih adil dan saksama
mandapatkan sedikit kebahagian
dalam sebahagian kesengsaraan
jika taman itu aku punyai
kolamnya pasti kupenuhi air jernih
mengalir tenang menghapus kegersangan zaman berzaman


Saidatul Husna
Sarikei
1pagi

Qalam Mutiara berkata...

Sajak daripa Sdra Sharul Romandy bertajuk: TIADA KATA DAPAT KU UCAPKAN. Atau kata allahyarham P. Ramlle TIADA KATA SECANTEK BAHASA. atau LUKISAN nak kutunjukkan perasaan. Begitulah agaknya pengucapakan singkat yang ingin diluahkan si penulis mungkin dalam satu pertemuan yang singkat.Cuma dapat berpandangan, tetapi bila ada sesuatu yang kurang menyenangkan . maka disini pohon berhenti (nokhtah) dan berlalu sekadar terima kasih dan selamat tinggal . putus perhubungan. Semoga yang baik daripada Allah yang lemah dan gagal itu dari kelemahan kita sendiri. Amin.

Qalam Mutiara. berkata...

Sajak sdri Saidatul Husna sarikei dimana? Sajak anda bertajuk: DALAM HATI ADA TAMAN. Pengucapannya menceritakan kegelisahan hati seorang perawan, bila terasa berseorangan ingin mencari pasangan. Kuda mungkin seorang jejaka, peringgi mungkin merupakan seorang wanita. Padang hijau dan tanah tandus merupakan kegelisahan hati menanti untuk menamatkan alam kerumajaan. Pemelihan bukan pada Segala keindahan dan kemewahan, cukup sekadar kesederhaan buat bekalan hidup dunia dan akhirat, jika benar ada jejaka yang sudi pastinya akan dibelai dengan manja dan mesra., semoga bertemu jodoh nanti. Amin. (cuma andaian sajasajak jiwa rumaja)

Hantu Katek berkata...

tak patut btol org tu kata mcm tu kat ANJ!

Bob Kuli berkata...

sapa org yg hina ANJ tu en nuri? bgrhu sy biar sy hentak kepala dia...

Tanpa Nama berkata...

rytryrtyttr

Tanpa Nama berkata...

uutrutrutru

Tanpa Nama berkata...

uutrutrutru

Tanpa Nama berkata...

trurtutrutr

dam catur berkata...

x sayang mulut btol sapa yg hina ANJ tu!!!

Guest berkata...

rasa panas btol dia hina perkeja en nuri sah menempah maut dia ni...

Seri Suri berkata...

laki ke pmpuan tu? mmg mulut xde insurans

Budak Rap berkata...

barua btol tak berani letak nama plak!

Harimau Berantai berkata...

sapa yg kata mcm ni kat geng citra rasa? kurang ajar!

Muhamad Rabbi berkata...

cis! x berani letak nama klu dia letak nama dan e-mail mmg rosak komp dia sy buat nnt...

Halilintar berkata...

en nuri thu x blog dia yg mana? sy nk hntr virus ni

Irham Kesuma berkata...

kurang ajar btol! rasanya mahu ganyang sja org yg ckp mcm ni!

Ustaz Sahzan berkata...

biadap jgk dia ni sbb setahu sy ANJ bukan org jahat..

Jalil Janggut berkata...

selamat dia matrah ANJ klu dia marah en nuri mmg cari pasal la...

Penjejak Badai berkata...

pasal anjing pun dia naik gila mcm setan! barua pnya tnpa nama!

Penglipur Lara berkata...

rasa mcm nk hentak je kepala dia dgn helmet mana blog dia en nuri?

Bob Kuli berkata...

dia ada blog x en nuri? klu sy dapat cam muka dia mmg pecah muka dia ni...

Sarah berkata...

sedap2 mulut je kata kt ANJ mcm tu...

Pak Bostamam berkata...

dia ni mmg org xde pelajaran sbb org ada pelajaran lain percakapan dia...

Abul Hassan berkata...

rasa mcm nk angkut je semua ahli citra rasa pegi belasah dia...

Ummu Akilah berkata...

mmg skrg ni masalah anak2 berpunca dari mak bapak...

Pak Awang berkata...

sokong sajak ni ibu bapa yg patut di pulihkan dulu sebelum anak2...

Ustaz Rahman berkata...

kdg2 anak jd tertekan sbb kurang perhatian ibu bapa...

Atuk berkata...

apa2pun ibu bapa kena main peranan penting jgk dalam mendidik anak2...

Haji Atang berkata...

mmg ibu bapak perlu di pulihkan sbb merekalah anak2 jd x tentu arah...

Haji Khali berkata...

bdk2 ni kena asuh dari kecik2 klu dh besar susah la...

Badrolshah berkata...

gejala sosial berlaku sbb ibu bapa byk biar

Petualang TIga berkata...

menarik sajak pasal ibu bapa patut di pulihkan...

Saizul Maizav berkata...

ibu bapa pun dah thu buat anak tp x reti jaga

Sharifah berkata...

mmg ibu bapa ptut di pulihkan segera...

Abang berkata...

nek abang junaidi?? mcm pnh dgr je nama ni...

Comel berkata...

cerita pasal apa plak kali ni??? misteri jgk...

Jalal Rafzee berkata...

kurang ajar pnya org kmpung! thu nak mengata jer..

Dayang Intan berkata...

sampai dia dh mati pun org kmpung kutuk dia???

Puteri BUnga berkata...

apalah salah dia sampai org kmpung marah sgt kt dia?

Ustaz Nasarudin berkata...

byk pahala nek abang junaidi ni sbb ramai kutuk dia...

Mei LIng berkata...

kepala desa tu mcm ketua kampung jgk ker?

Supain Sipaun berkata...

ingatkan nama sy td rupanya sapani? hehe

Julia berkata...

mcm mana nek junaidi ni boleh mati?

Faezawatie berkata...

cerita ni mcm peryiasatan plak? hehe

Jalal Rafzee berkata...

menarik ini cerita

Jalal Rafzee berkata...

mana dapat idea?