Rabu, 10 November 2010

JANTAN GALAK BETINA GARIK



Tiap malam minggu dan bulan ada sahaja cerita sesanse
kisah anak belasan tahun jantan galak dengan  betina garik
berbulu mata melihat gaya dan lagaknya macam rumah sundal
berdesing telinga mendengar cerita yang tiada mengerti erti henti
 cukup kurang ajar, anak siapa mereka? Tiada pendidikkan agama
tengah mallam orang nak tidur terpekek terlolong macam pelesit
apakah jadahnya jadi begiitu? Tidak ada  mak bapakah mereka?
baik lagi kita lihat tingkah laku anak-anak di sekolah  yatim piatu
cukup memalukan dilihat bangsa lain rupa keturunan bangsa melayu
sehingga  ada orang mengelar block satu block hantu, number satu
bagai tiada cerita dari block lain semuanya berlegar di block satu
dadah, gam, anak haram, bising, sekedudukan, bergaduh, mencuri
semua penghuni block satu muka jadi tebal terasa bagai tembuk batu.


 Oleh: Nurimanja,
Catatan menyakitkan hati,
Cerita dari pakcik topi sodok 2010.


50 ulasan:

nurimanja berkata...

SEBUAH MEMPI DI PETANG HARI. SIRI PERTAMA. OLEH ; NURIMANJA
______________________________________________________________________
hasil karya; Nurimanja, bangan serai, Perak,1977 ; menyinkap cerpen lagenda .

MUPERAT terlentang di atas katil bujangnya, di dalam sebuah bilik serba usang.kedua belah tangan di julur keatas, sehingga melihatkan
dua panggal ketiaknya,Muperat tidak berbaju, dia cuma berkain pelekat sahaja, sesekali kelihatan nadidan nafasnya turun naik dari ruang
dadayang kurus kering itu.

Muperat kelihatan benar-benar letih petang itu, maklumlah seharian dia mengayuhbasikal pelantar besar, bersama dua biji raga yang
tergantung di hender depan basilkan, penuh dengan sayur basah, kacang, cabai, taukgel dan takuwa, semunyauntuk dijual.angin petang
menyerbu masuk menerusi ruang jedela kamarnya. Sesekali Muperatterasa tamparan angin itu menghingapi tubuh kerdilnya yang menunjul
serangka.Muperat merasa damai, kedua matanya direnung tajam ke bumbung atap nipah rumahnya, dari bumbung atap nipah itulah,
fikiran Muperat mula dibuai sebuah kisah yang pernah menguris perasaan hati nuraninya.

Muperat masih ingat lagi di satu petang, selepas seminggu tamat peperiksaan SPM.mereka bersiar-siar di tepian kaki bukit yang terselit
sebatang anak sungai, airnyamengalir dengan jernih, bersama anak-anak seluang yang jinak bermain di tapaktangan,
"Ju, kalau baik dalam keputusan SPM nanti, Ju nak minta guru, Mup macam mana?."Begitulah satu pertanyaan yang tercetus dari bibir mogel,
merah merkah seorang gadis yang menjadi pujaan hati mudanya.

"Mup ingin berniaga," Muperat meluahkan cita-citanya itu, kemudian melihat mukakekasih cinta moyetnya itu untuk mendapat pandangan.
"Berniaga? nak berniaga apa? karutlah," bentak Julia kekasih cinta moyetnya.

Muperat terasa cita-citanya itu bagai dipancung tanpa penerangannya. Muperat masih ingat, kata ustaz Nazgeri, 9 dari 10 rezeki itu datangnya
dari sumber perniagaan.
"Berniaga ikan dan sayur di sekeliling kampung aku ini," jawab Muperat bersemangat.

"Lecerlah...." cemuh julia, mulutnya muncung, keningnya sadikit trangkat. Nyatasekali Julia tidak setuju dengan cita-cita Muperat.


sambungan siri ke 2 sajak kedua

ANJ berkata...

Dua calon jawatan Timbalan Presiden PKR dakwa proses pemilihan parti cacat, tercemar

# Tempoh 2 hari untuk Wan Azizah
# Mustaffa ancam tarik diri jika Presiden tak batal, adakan semula pemilihan
KUALA LUMPUR: Selepas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayob akan berbuat demikian jika kepemimpinan parti itu tidak menyelesaikan isu proses pemilihan yang mereka dakwa ada kecacatan dan tercemar.

Jika Zaid membuat keputusan itu secara mengejut pagi semalam, Mustafa Kamil yang juga Naib Presiden parti memberi kata dua kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya parti membatal dan mengadakan semula proses pemilihan atau beliau akan menyertai Zaid menarik diri daripada bertanding.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, ketika mengumumkan keputusan menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti menerusi laman blognya, berkata beliau ditawarkan menyertai parti itu atas kepercayaan boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang dianggap mampu membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini.

“Saya sebenarnya tersilap, sepanjang proses pemilihan parti, beberapa perkembangan membuktikan kepimpinan parti secara aktif membiarkan salah guna dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Saya yakin mana-mana parti politik yang mengamalkan sikap hipokrit dan nilai palsu, tidak mampu menawarkan sebarang perubahan bermakna kepada rakyat.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan meskipun berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum ini membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Zaid dan naib presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta Mustaffa Kamil. Selepas 78 daripada 200 cabang PKR melangsungkan pemilihan sehingga semalam, Mohamed Azmin mengungguli jawatan nombor dua dengan 4,378 undi, Zaid (3,410 undi) dan Mustaffa Kamil (1,181 undi).

Zaid juga menyatakan kekecewaannya kerana tidak dapat bertanding, tetapi komited terhadap perjuangan pembangkang dan akan terus membangkitkan isu membabitkan rakyat dan berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Saya berharap mereka yang menyanjung (Penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'pengacau’ yang akan menghalang kemaraan mereka ke Putrajaya. Saya harap mereka berjaya,” katanya.

Mustaffa Kamil yang juga Pengerusi PKR Perak pula memberi tempoh dua hari kepada Wan Azizah dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Chia membatal dan mengadakan semula pemilihan, tetapi belum memikirkan untuk meletakkan jawatan parti jika tuntutannya tidak dilayan.

“Saya akan hantar memorandum esok (hari ini) bagi menuntut parti membatal dan mengadakan semula pemilihan pimpinan parti,” katanya.

(sdutan akhbar BH)

Abul Hassan berkata...

TAK LAYAK

Bertemu kamu satu anugerah
Yang aku tafsirkan
Sebagai yang terindah
Sejauh mana hatimu
Aku tak pernah tahu
Bertentangan mata
Itu tak pernah berlaku
Kerana perkenalan kita
Bukan dari bersalaman asasnya
Aku jadi peduli
Apa tanggapanmu terhadap aku
Seperti diturunkan untuk aku
Membimbing sejauh mana
Yang aku pernah terlanjur
Malu seakan tidak layak
Namakan aku sebagai sahabat


Abul Hassan
ketika di Teluk Tempoyak

Ustaz Rahman berkata...

BILA ORANG LARI RUMAH

Kaki terus mengorak langkah
walau hakikatnya kepompong
masih keras membeku kerna
kupasti ada mentari bakal datang
mencairkan yang keras
menyelamatkan yang terkurung.
Bila ternyata mudah-mudah
Boleh masuk akhbar dan majalah
Orang tua pun takkan marah
Biar maruah diri hilang sudah
Apa salahnya kami lari rumah.


Ustaz Rahman
mengenang kenapa ramai remaja suka lari dari rumah

Teratai Mekar berkata...

SUSAH MENGERTI HATI INI

Hati itu emosi,
Hati menjiwakan perasaan,
Pikiran menepis kenyataan,
ia melukakan,
ia memaksakan,
Pikiran menyakitkan
kerana kata hati tidak diturutkan.
Hati dan pikiran.
ku harap seiringan.
aku tahu mahu hati.
aku tahu niat pikiran.
Ku biarkan semua berjalan.
Ku tunggu saatnya,
yakin.Doa.Tawakal


Teratai Mekar
Pahang
12malam

Tanpa Nama berkata...

erregdsgdf

Tanpa Nama berkata...

rtergdfgdf

Saizul Maizav berkata...

sokong sajak en nuri sy kdg2 malu nak mengaku sy ni dok blok 1!!

Abul Hassan berkata...

selamat aku x duduk kat blok 1! hehehe

Karim Ghani berkata...

ha! blok 1 paling popular anak sedara sy jd polis teluk kumbar dah lali dgn masalah blok 1...

Ustaz Rahman berkata...

blok 1 mmg teruk la mmg ramai x tahan duduk sy byk yg pindah adik sy pun duduk sana jgk pun pindah x sampai setahun...

Jalil Janggut berkata...

semua masalah ada di blok 1! semua org dh biasa dh yg mana x tahan baik pindah la...

Geletek Malam berkata...

blok 1 mmg masalah byk sbb aku pnh sembang dgn kwn aku polis teluk kumbar mmg dorg lepas tangan pasal masalah di blok 1 ni....

Mozaire berkata...

blok paling byk masalah msti la blok 1! haha mmg malang sapa dok blok 1 tu...

Ustaz Zulkainaan berkata...

blok 1 perda ke? mmg blok tu blok hantu! kalau x tahan baik pindah la byk tempat lain lagi ada....

dam catur berkata...

Sajak psl masalah blok 1 lagi? adoiyai....

Jengking Perak berkata...

pindah kat perak lagi senang smua org baik2 kt penang mmg teruk2 sikit...

Geletek Siang berkata...

blok 1 flat kt perda ke? dah nama pun flat klu xde masalah bukan flat la....

Hadi Hamzah berkata...

dlu blok 1 ok la skrg blok 1 mmg teruk sikit baik pindah kalau x tahan,....

Badrolshah berkata...

sy pun flat jgk mmg biasa masalah mcm tu semua org x hairan pun nak lebih tenang tinggal kat rumah teres

Julia berkata...

flat? mmg teruk pun.... klu kondo ok la ada gard

Capricorn berkata...

dulu aku jd gard kat kondo bila tgk org kat flat kesian masalah menimpa-nimpa....

Hamba Allah berkata...

flat mmg xboleh lari dari masalah tu semua... semua org dh thu flat mmg haprak!

Nuri Jaguh berkata...

aku bukan nk hina org dok flat sbb aku pun dok flat mmg masalah mcm2! tp semua dah lali dah...

Atuk berkata...

masalah paling byk sekali remaja yg dok flat la...

Ustaz Sahzan berkata...

flat utk org keje kilang ok la.. klu keje lain baik dok rumah teres...

PENYAIR AGUNG berkata...

DULU SY DOK FLAT ISTERI MENGADU SUNYI SANGAT SKRG PINDAH KAT PAHANG ISTERI MENGADU BISING SANGAT? PENING SAYA....

Guest berkata...

aku pun dok flat mmg xtahan ayah aku mengadu bising x kira siang malam! aku xthu sgt sbb aku 24jam kt bengkel....

Orang Lama berkata...

org yg keje buruh kasar baik tinggal flat org keje lain? atau keje sndiri? baik dok teres atau kampung lbih aman,....

Pak Kassim berkata...

semua flat mcm tu sampai org kata "takda istilah aman damai sapa yg dok flat"

Pak Awang berkata...

sy pun dok flat dulu tp x tahan bising sgt? nak rehat pun susah...

Pak Ngah But berkata...

dulu sy pnh tinggal rumah anak kat flat sy cuma bertahan seminggu saja x tahan bising 24jam trus sy balik rumah sy semula...

Haji Khali berkata...

org yg x biasa dok flat mmg rasa beban tp bgi sy biasa sbb dari remaja sampai dah ada cucu pun sy tinggal flat mcm2 masalah sy hadapi dh dh berpuluh tahun? jd dh biasa...

Tan Sri Yunus berkata...

flat teruk sgt ke? sy xthu plak sbb sy xde kwn atau sedara mara yg tinggal di flat

Brader Joe berkata...

mmg kt flat malam bdk2 berpesta byk! bdk2 nakal pun byk nk tuduh mak bapak pun serupa kereta sy pun di halang keluar sy apa lagi trus pancitkn kereta dorg x tahan pnya psl... hehhe

Haji Atang berkata...

flat ni xpyh ceritalah xde pun 1 masalah yg xde kt flat semua ada!

Daud Kasman berkata...

sy respek la sapa boleh tahan tinggal flat blok 1 sy pun singgah rumah adik cadang nk tumpang tidur tp bising sgt trus tido kat hotel jer

Nahul Hidzar berkata...

mimpi di petg hari ni bukan sajak lama pnye ker?

Saidatina Ayubi berkata...

alamak! seksi plak muperat ni selamat xde gambar? hehe

Ustaz Sahzan berkata...

cerita muperat ni mcm cerita angan2 mat jenin saja bila sy baca intro...

Muhamad Rabbi berkata...

eh! cerita jiwa2 plak muperat ni dorg kwin lagi ke?

Saizul Maizav berkata...

eh! cerpen lama en nuri letak balik? oh.. xpe2 bagi peluang utk ahli bru bca...

Jalal Rafzee berkata...

eh! muperat ni cerita apa plak? mcm cerita cinta jer...

Atan Yahoo berkata...

Muperat? kenapa nama dia pelik sgt?

Qalam Mutiara berkata...

TAK LAYAK sajak Abul Hassan , terasa pengucapannya bagaikan mahu merendah diri , Pertemuan yang diangap sebagai anugerah dan indah , walaupun selama ini tidak pernah berlaku. dan tidak layak atau patut memanggilnya sebagai sahabat, kerana keterlaluan adap yang mungkin melakukan sadikit kesalahan atau keterlanjuran cara, menjadikan dirinya rasa malu setelah dia mencemarkan tali persahabatan. Semoga ketidak kesengajaan itu dapat dimaafkan. Amin (sajak ada sadikit jiwa-jiwa)

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Rahman dengan sajaknya BILA ORANG LARI RUMAH ada sadikit rasa persamaannya dengan sajak lari ikut lelaki Lumbok, kerana mengejar rasa kebebasan yang tidak berfikir panjang. Biasanya begitulah apa yang telah pun terjadi lewat kebelakangan ini . Terlalu ramai anak belian kita yang masih lagi hingusan, bubun pun lembek, bertindak luar batasan kerana ikut perasaan hati dan jiwa remaja. Siapa yang bersalah adakah ibubapa? Atau pengaruh keadaan Atau kurang pendidikan agama? Biasanya sama dengan cerita arahan Alahyarham P. Ramlee anakku sezali. Semoga anak cucu kita tidak begitu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Teratai Mekar dengan sajaknya yang bertajuk: SUSAH MENGERTI HATI INI juga sajak menyentuh jiwa. Terasa pengucapnya bagai berbelah bagi di anatara hati atau perasaan dan fikiran. Jika hati dan perasaan berkata ya boleh diikut, tetapi fikiran pula menolak terasa bagai memaksa dan menyakitkannya. Walau apa pun yang berlaku. Sebagai manusia yang menjadi hamba kepada khalik yang mencipta segala ketentuan semua dariNya.. Kita terima saja qada dan qadar. Solat istiqarah minta Allah tunjuk pilihan yang baik dan sesusuai untuk kita memilihnya. Amin.

Puteri Bunga berkata...

apa jd kat muperat nnt?

Supain Sipaun berkata...

sambung lagi kisah muperat!

Jupri Halim berkata...

menarik jgk kisah muperat ni....