Selasa, 9 November 2010

DAHAGI MELAYAN NAFSU



Ada cerita dahagi melayan hawa  nafsu,
Umur enam puluhan sememangnya lemah.
Banyak deria yang kurang memantu lagi
Mata sudah kendur tngahari rasa hendak tidur
Jangan mendustai keadaan buat generasi kini.

Kalau kita sedang atau diberi tugasan
Eloklah dilepaskan dibei pada yang muda
Jangan terlalu dahagi melayan hawa dan nafsu
Merugikan dan memalukan diri kita sendiri
Apakah halnya dilihat generasi baru kini

Sepatutnya bila usia beraleh senja begini
Banyaklah muhasabah diri menghitung dosa
Jadikan diri orang tua yang memberi nasihat
Jangan jadi seorang tua yang diberi nasihat
Pastinya akan memalukan masyarakat setempat.


Oleh: Nurimanja,
Buat pemimpin enam puluhan,
Eloklah mlepaskan jawatan Noverber 2010.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

sambungan siri ke 2 cerpen SMDPH
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Apa yang lecerr...?"soal Muperat bagai minta kepastian,
"Tak lecer kau kata, bukankah kerja itu busuk dengan ikan,"jawab Julia senis, kata-kata itu bagai membunuh semangatnya.
Hati Muperat benar-benar tercabar. apatah lagi kata-kata itu datang dari kekasih cinta moyetnya sendiri
"Kau tak makan ikan?" tanya Muperat.
"Makan, aku cuma makan ikan,"
"Habis, kenapa kau hina kerja jualkan itu?'
"Aku tidak mahu dengan orang kerja jual ikan," Julia menjeling ke muka Muperat, dia memang tidak setuju dengan cita-cita
kekasih cin moyetnya itu.
"Jadi kau tidak setuju dengan cita-citaku?" soal Muperat kepada Julia,
"Aku bukan tak setuju, tetapi tidak suka, kau faham!,"

Muperat berhenti melangkah, dia merenung muka Julia, nampak merah dan tunduk, dia yakin julia tidak sehaluan dengan
cita-citanya.
"Ju, jika kau tidak setuju, samalah juga kau tidak suka," kata Muperat. Julia berjalan cepat kehadapan, Muperat mengikutinya
dari belakang, langkah Julia semakain cepat, Muperat pun berhenti,
"Jika kau tidak suka, bererti kita tidak sehaluan lagi!" Muperat bersuara agak kuat sadikit, sampai di persimpangan jalan
mereka pun berpisah.

Matahari petang kian mengisut di kaki langit. Daun kelapa dara di atas bumbung rumahnya sesekali bergoyang-goyang ditiup
angin petang dari timur laut, kelopak mata Muperat kian berat dan terkatup.

"Hye! Muperat, mana kata janji, sumpah setia, mahu sehidup semati dengan Julia? Mana lagu yang kau nyanyikan bersama,
ikan di laut, asam di darat, di dalam kualibertemu juga? Mana? Manaaa?" tiba dirasai satu pertanyaan yang datang mendadak
dari perasaan hati kecilnya sendiri.

Bagaimana kalau Julia berkhawin dengan Ismail kerani Bank Negara, memanglahpadan mereka seorang guru dan seorang
kerani, bisik hati kecil Muperat lagi.

"Tetapi bagaimana dengan kau Muperat? Masih terus mengayuh basikal tua pelantar besar, bersama sayur dan ikan busuk itu?
kau juga ada SPM pangkat dua,tetapi kau tak mahu makan gaji, kau hendak berdikari, berniaga sendiri, kau masih ingat
kata-kata ustaz Nazgeri, lebih mulia kerja sendiri dari makan gaji, Sekarang Julia sudah kawin, sudah jadi isteri orang. Bagaimana
dengan kau ? Buktikanlah Muperat pekerjaanmu yang kau minat itu.....?" berlegar-legar soalan itu bermain di kepala otaknya.

BERSAMBUNG......


sambungan siri ke 3 cerpen SMDPH.ESOK

ANJ berkata...

BERITA UTAMA

Janapala dakwa Anwar seleweng, tipu dalam pemilihan

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab merancang penyelewengan dan penipuan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Sabah yang menyaksikan 'anak emasnya', Azmin Ali menang besar.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.

Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.

"Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.

"Inilah proses pemilihan paling paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada terus bertanding Timbalan Presiden kerana dikatakan kecewa dengan penyelewengan dan penipuan undi pada pemilihan PKR, terutamanya di Sabah.

Selain menarik diri, Zaid juga melepaskan semua jawatannya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dalam parti.

Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin.

Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang.

"Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

"Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya.

Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Anwar belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zaid berhubung tindakannya menarik diri dan melepas semua jawatan dalam parti.

"Kalau saya boleh bagi pandangan, saya kata ini hanya pertandingan biasa... persahabatan, tidak perlu menjejaskan komitmen perjuangan parti," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, PKR belum bercadang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menyifatkan, keputusan Zaid itu sebagai kebenaran terhadap kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu hanya menanti masa untuk berkubur.

"Daripada apa yang berlaku sekarang saya tidak akan terkejut kalau ada lagi beberapa pemimpin kanan yang akan mengikut langkah Datuk Zaid," katanya.

(petekan akhbar UM)

Tanpa Nama berkata...

dfhdfhdfhdf

Tanpa Nama berkata...

dfhdfhdfhbdf

Golok Buta berkata...

cerita muperat yg di mengigau ke?

Bulp Omen berkata...

eh! cerita muperat ni org jawa ke?

Tok Mahat berkata...

muperat ni msti suka berangan ni....

Ezad Emir berkata...

mcm pnh baca sajak cerpen muperat ni....

Hambali Maliki berkata...

crita muperat ni menarik jgk? hehehe

Tuna Tatiati berkata...

cerita muperat ni cerita fantasi ke?

Hamblun Minannar berkata...

eh! semalam muperat atas katil hari ni pasal lain plak?

Tengku Anita berkata...

thnzk! en nuri siar semula cerpen lama... best jgk baca balik...

Kipas Mati berkata...

eh! en nuri langkau ke? semalam cerita muperat tidur atas katil?

Diana Sanubari berkata...

muperat ni umur brapa plak mana datg julia ni?

Ungku Zubir berkata...

muperat ni kisah benar ke en nuri?

Dang Anum berkata...

eh! muperat? cerpen lama kan ni?

Ustaz Zamree berkata...

muperat ni cerita dongeng ke btol pnya?

Mata Langit berkata...

muperat ni org mna? kenapa dtg julia plak?

Taib berkata...

muperat? org mana ni iban ke? hehe

Teksi Manaf berkata...

cerita jiwa2 plak kali ni? best jgk.... hehehehe

Ku Dania berkata...

best jgk cerita muperat ni sambung lagi en nuri....

Guru Yahya berkata...

bila baca cerita muperat ni teringat kisah sy dulu2 plak? hehehe

Nuri Jaguh berkata...

eh1 cerita muperat datang balik!

Kakiku Kaku berkata...

muperat dgn julia ni jd kwin ke?

Ismail harakam berkata...

eh! julia nak kwin dgn saya plak ke? hehhee

Iman Ali berkata...

mcm mana julia nak kt muperat muperat xde keje...

Johnson Iqbal berkata...

lps SPm nk kwin? awal btol...

Rossa Long berkata...

mcm cerita terkorban plak cerita muperat ni?

Olie Pajutdy berkata...

muperat ni gatal jgk muda2 lagi dh nk kwin....

Al Miftah berkata...

muperat ni byk angan2 la....

Pak Bostamam berkata...

muperat ni msti akhir sekali dia terjaga dari tido... hehehhee agak jer ni...

Saqallah Azim berkata...

muperat ni angan2 ke dia mimpi ni?

Putera Damien berkata...

menarik jalan cerita muperat ni....

Qistina Maulia berkata...

muperat ni cerita jiwa2 ke fantasi?

Ustaz Muda berkata...

muperat keje xde? angan2 je byk....

Ibnu Siddiq berkata...

eh! cerita twilight zone ke muperat ni?

Nik Aziman berkata...

muperat? cerita angan2 ke cerita mimpi ni?

Umar Haslam berkata...

muperat! cerita dah baca tp dh lupa mcm mana....

Satria Juragan berkata...

cerpen ni mcm dh bca tp lupa akir sekali

Ustaz Nasarudin berkata...

muperat ni org miskin mcm mana dia boleh bercinta dgn julia plak?

Juragan Desa berkata...

cerpen lama plak? heheh xpe2 baca balik pun seronok....

Irham Kesuma berkata...

muperat? dia ni org indon ke??

Puteri Bunian berkata...

cerita muperat! cerpen lama klu x silap......

Jalal Rafzee berkata...

Sajak lagi 3 sy tahan dulu sy xnk lepas sekali 6 sajak! kesian kat qalam jd sy lepas 3 dulu tp jgn risau sy dh tinggal 44 ulasan....

Keringat Syahdu berkata...

SELAMAT DATANG SENJAKALA

selamat datang senjakala
tatkala aku melihat mentari jatuh
dikaki langit terluka
menyimpan kesakitan semalam
aku juga sedang sakit
mengheret kedukaanku
siapakah yang tahu?
jika kelak ada kesal dalam hati
adalah kerana aku
tidak lagi mampu menjadi penjagamu


Keringat Syahdu
Perak
11malam

Atuk berkata...

PESAN DR M

Orang lama berpesan
Agar tidak tersalah jalan
Orang lama berpesan
Agar tidak kelam
Kering kontang
Tegur untuk Melayu..
Jangan takbur,jangan layu
Bangun bangkit jadi satu
Jadi teras bak isi dan kuku
Tegur untuk Melayu..
Jangan seperti resmi semalu
Tersentuh..melayu
Tersepak..melayu
Tercuit..melayu
Biar Melayu asal gagah berdarah
Biar Melayu asal berani canggah
Perihal bumi bukan mainan
Jangan hak jadi taruhan
Tegur untuk Melayu..
Jangan sampai hilang tuju..


Atuk
Sungai Petani
sabtu

Jupri Halim berkata...

SETEGUK WISKI

Bila aku sedang khayal
aku menyapa angin melintas,
aku menyanyi lagu pantas,
aku rasa kagum sejuk dan panas
aku dalam keadaan serba tak kemas
tapi buat masa ini tahun 2010 adalah buat terakhir
buat selamanya terakhir kalinya,
sebelum tertutup mata,
sebelum terlanjang suara,
aku tak mahu lagi
meneguk darah wiski.
aku mahu minum air zam-zam pula
kerana aku mahu masuk islam
mejalani hidup sebagai muslim


Jupri Halim
ketika hari terakhir sebelum bergelar muslim

Qalam Mutiara berkata...

SELAMAT DATANG SENJAKALA sajak dari Keringat Syahdu. Berunsur jiwa-jiwa
dan mengenang peristiwa lalu.sadikit menyentuh jiwa atau rasa hati nan luka dan juga menyimpan sakit yang memanjang, kerna gagal menjaga apa yang telah diamanahkan, lalu kecewa putus harapan, hati pun juga menjadi sakit, kesal kerana tidak lagimampu menjadi penjaga yang setia. .

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Atuk dari sungai Petani bertajuk: PESAN DR. M , Sebuah pengucapan yang
Menyucuk kalbu untuk sebuah pesanan yang dipesan oleh matan DR.M semoga org melayu jangan tersalah jalan , tersalah pesan, demi kebenaran, demi anak cucu masa
Depan. Begitulah kata Atuk dalam sajaknya yang mengharap bangsa melayu harus bersatu, jangan maruah tergadai, atau hilang tuju, untuk mencapai negara maju.Amin.
Syabas! Atuk dengan pesanan azimatnya.

Qalam Mutiara berkata...

SETEGUK WISKI oleh Jupri Halim ketika hari terakhirnya bersama minuman yang
Akan dilupakan setelah dia memeluk Islam nanti. Sebenarnya arak sebelum ini tidak
Diharamkan, tetapi bila para sahabat nabi bila mengerjakan solat setelah mereka cuba
Meneguknya. Bacaannya juga sudah jadi tonggang langgang, tidak tersusun lagi dan
Malah berdiri pun tidak begitu tegak , banyak cundung ruyung. Sebab itulah diharam
Dan ditegah meminumnya. Tetapi di akhirat nanti ada juga arak yang manis dan enak dari perahan anggur syurga untuk kita minum bersama anak-anak bidadari nanti . Ini kenalah anda mengikut amalan masing-masing se waktu di dunia ini. Amin