Sabtu, 20 November 2010

BILA CERMIN RETAK SATU




Bila cermin retak satu,
wajahku menjadi dua
hatiku pun rasa kecewa
bagai tidak bercantum lagi,

Bila cermin retak dua,
wajahku menjadi empat
aku jadi manusia pembenci
melihat wajah tidak berseri,

Bila cermin retak tiga,
wajahku menjadi enam
aku cari siapa  pemecahnya
sehingga kini tidak kutemui..


Oleh : Nurimanja,
Di kamar mandi, 9 pagi.
akhir 1982.
 
 
 

50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 4. BERTAJUK ; CUMA TINGGAL KENANGAN Oleh ; Nurimanja Pulau Mutiara.
___________________________________

Selalunya bila ada pertandingan boria kumpulan anak muda Tanjung Tokong saja menjadi juara, jarang sekali dapat dimenangi oleh kumpulan Hutton Lane atau pun kampung Makam, entah dimana silap atau kelebihannya seperti disengajakan bagi pihak pengadil.

Kumpulan Mat Bat walaupun sering menyertai pertandingan diminati peminat, tetapi tidak pernah sekali pun menjadi juara atau johan kawasan, jauh sekali bagi negeri. Bagi Mat Bat soal menang kalah tidak penting, apa yang diharap ramai peminat dan
penyokongnya dari luar yang beri tempek sorak bila mereka bermain.


Mat Bat dan kumpulannya tahu, biasanya pertandingan yang dijalankan berat sebelah dan boleh dikatakan tidak adil, malah langsung tidak diterima oleh orang ramai, penonton, para peminat dan pendengar tempatan. Dari sinilah timbul rasa tidak puas hati dan dendam mendendam.

Dari kelemahan inilah biasanya di malam terakhir pertandingan boria, pasti ada pergaduhan, pasti ada yang kena pukul, ada yang pecah kepala, lebam muka, kembang batang hidung dan patah gigi. ada yang berbalut kepala dan patah kaki, berbulan tahan sakit, tak berkerja tak bergaji.

Sebenarnya pakara inilah yang Mat bat tidak suka. Biarlah tidak menerima kemenangan, asalkan tidak bermasam muka, atau pun berbalut kepala, tuduh menuduh,pertengkaran dan pergaduhan. Bagi Mat Bat dia lebih suka menerima kemenangan dalam hati.

Sesekali Mat Bat terfikir juga dalam hati, memang tidak ada gunanya menerima kemenangan pertandingan boria, kerana setiap kali diumum kemenangan kepada orang ramai, pekekkan, ejekkan, caci mencaci menganggu suasana pentas, bagai tidak diterima ramai, seperti permaianan budak-budak.

Pasukkan yang kalah akan memekek dan mengejek," Pengadil tidak adil! Pengadil berat sebelah!!.." kemudian disusuli pula dengan balingan botol, kayu dan batu berterbangan naik ke atas pentas, pengadil yang mengumumkan pertandingan selalunya jadi mangsa sasaran.

Jika nasib tidak baik, pasti ada yang patah riuk, atau bersimpal kepala dihentami botol, kayu atau batu, Biasanya pengadil juga jadi sasaran atau kumpulan yang menjuarai boria tahun itu yang paling hebat menerima sasaran.

Oleh sebab itu Mat Bat selalu berdoa dengan kawan-kawannya janganlah bagi menang.

BERSAMBUNG.......

Petua Atuk berkata...

3 RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

Baitil Haqq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Jalal Rafzee berkata...

LUANGKAN MASA

kenapa tidak kau luangkan
detik dalam lorong waktu
buat mengenal aku yang ini
haruman aku waktu dinihari
kuyupku di titis hujan
syahdu bersandar di bahuku
sensasi hangatnya pelukan aku
sudah kau hafal semuanya?
sudah kau rasai semuanya?
entah kenapa mereka tidak mahu
luangkan masa mengenal aku…
menghukum jiwa disiksanya rasa
tetap juga menderam diam
kotaan kata terbenam dalam
tiada pernah tumbuh selepas patah
tiada pernah berputik setelah sekah
membengkak melidi disembab menanti
meracau khayal dalam sunyinya mimpi
tiadalah berdaya untuk memati
pada bernyawa tiada bererti


Amrun Banaun
pasir emas
9pagi

Jalal Rafzee berkata...

HITAM LEGAM

ditabir nafsu disanding cinta
pemanis bicara pemikat dara
pengindah kata penyungkur teruna
pembenci disinis pelbagai erti
pemuja disyair indah berwarna
berbesar mahligai indah terbina
kononnya tenteram aman bahagia
raja bertahta berapa gundiknya
permaisuri penyeri ludahan siapa
pekat legam hitamnya hati
lidah berceracak segala duri
akan tiba detiknya nanti
hirisan pedih penyedar mimpi
baru diakui panasnya syurga
baru diakui dinginnya neraka


Baitil Haqq
kota bharu
6pagi

Tanpa Nama berkata...

dfhfhgfhgfh

Tanpa Nama berkata...

ghjghkgk

Tanpa Nama berkata...

ghkghkgkg

Pak Awang berkata...

bila senja berlabuh ni sjak simbolik ker?

Mozaire berkata...

senja berlabuh sajak lama kan?

Tinta Bayu berkata...

senja berlabuh sdih plak sajak ni...

Lelangit Biru\ berkata...

senja berlabuh ni sajak pasal apa ni?

Ustaz Majusi berkata...

sajak org tua ke snja berlabuh ni?

Qalam Musoffa berkata...

senja berlabuh? menarik sajak ni wlpn pendek jer...

dam catur berkata...

sajak pasal org tua kan senja ni?

Angker 13 berkata...

sajak cermin ni mmg best!

Satria Juragan berkata...

kretif sajak cermin retak ni...

Firasat Hikayat berkata...

sajak yg lain dari yg lain cermin retak ni...

Hantu Gigi berkata...

cermin retak pun ada sajak jgk? hehe

Seniman Jalanan berkata...

sajak ni best baca byk kali...

Nuri Jaguh berkata...

sajak lain dari yg lain hebat pemikiran en nuri ni....

Spider Leman berkata...

cermin retak 1 plak kali ni...

Ustaz Zamree berkata...

cermin pecah pun ada sajak jgk... hebat!

Pak Bostamam berkata...

sajak kali ni pelik jgk la ada maksud tersirat ke cermin ni?

Datuk Borhan berkata...

sajak cermin ni mmg 1 dalam sejuta sbb lain dari yg lain...

Nama Aku berkata...

bgus mat bat ni snggup kalah...

Harimau Berantai berkata...

sian mat bat ni sggup kalh sbb xnk bergduh...

Hamba Allah berkata...

bgus mat bat ni ambik jalan tgh xnk bergduh...

Ku farah berkata...

bagus btol mat bat ni kena contohi dia ni....

Hafizudin berkata...

mat bat baik btol orgnya sggup menrima kekalahan....

Orang Lama berkata...

byk kita kena ikut perangai mat bat ni....

Jalal Rafzee berkata...

susah nk jmpa org mcm mat bat baik sgt...

Teksi Manaf berkata...

mat bat ni org mana? baik btol...

Laganda Pulau berkata...

baik budi perkerti dia mat bat ni...

Abdullah Fikry berkata...

susah nak contohi mat bat ni dia baik sgt...

Mr AIman berkata...

byk pahala mat bat dapat ni...

Raja Zaki berkata...

mat bat ni msti keturunan org laim sbb baik2....

Kopi Susu berkata...

sajak cermin pun ada? hebat2...

Bulp Omen berkata...

sajak cermin yg lain sikit dari sajak2 sebelum ni...

Saizul Maizav berkata...

sajak cermin ni sajak aku paling suka... hehe

Supain Sipaun berkata...

senja berlabuh mcm pnh baca je sajak ni...

Srikandi Juwita berkata...

eh! ada tips plak mengenai lelaki?

Puteri Aisyah berkata...

boleh check ni tips pasal lelaki plak? hehehe

Datin Maimun berkata...

lelaki pun ada rahsia jgk? hehe

Karim Ghani berkata...

huh! mana plak atuk dapat pasal rahsia lelaki ni?

Juragan Desa berkata...

mcm2 atuk ni punya info....

Jiman berkata...

atuk ni byk cerita mana dia dapat?

Tengku Anita berkata...

nmpknya kali ni atuk plak aktif sumbang info? hehe

Qalam Mutiara berkata...

(BACR) Sajak Amrun Banaun sajaknya bertajuk: LUANGKAN MASA sajak berbau rentehan hati sunyi atau sepi (mungkin seorang wanita) yang minta mengenali dirinya, Cuma sekadar meluangkan sadikit masa mengenali hati dan tubuh wanita, kejadian citaan tuhan ini jangan dipersiakan, layu dan berlalu begitu sahaja, umpama bunga yang tidak dihinggapi sang kumbang, pastilah bunga itu akan mati meragan, kerana semua mimpinya bagai tidak menjadi kenyataan. (Cuma andaian saja) semoga si bunga jangan putus asa, berusahalah mencari si kumbang yang derhaga, mungkin belum lagi ditemui. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

(BACR) Baitil Haqq sajak bertajuk: HITAM LEGAM agak susah untuk ditangkap
Pengucapannya. Tiap baitnya terputus pada cerita atau melompat pada sambungan perkhabrannya. (Kalau HL ini manusia) ternyata bahawa ada cinta dan kemesraan tidak dapat dinilai dengan sempurna. Lewat kebelakangan ini , ramai anak gadis kita yang amat meminati Awang Hitam, malah mungkin ada yang terlanjur dan berkhawin, itu syurga cinta mereka, tanpa memandang perjalanan masa depan yang mencabar. Di waktu itu baharulah mereka dapat menilai keindahan neraka dan kesusahan syurga dan apa yang dinekmati cuma seketika sahaja. (cuma andaian ) semoga kurang berlaku begitu. Amin.