Jika ada orang meminta derma
awas prhatikan dan fikir dahulu
dimana ada tanda kebenaranya
jika tiada,pasti anda akan tertipu
hari ini bermacam hal boleh berlaku
dengan pengemis penderma palsu.
Bila ada saja berlaku malapetaka
ada saja pemunggut derma menjelma
untuk membantu mangsa tragedi alam
tetapi derma itu tidak sampai pada mangsa
yang kenyang pengemis palsu profesioal
beria-ia meminta, sebenarnya untuk mereka.
Pengemis profesional ini memang lecik
kekadang untuk badan Yayasan atau politik
melalu masjid, madrasah, atau amal anak yatim
demi untuk mencari simpati dan belas ihsan
sebenarnya satu sendikit penipuan terancang
untuk memperkena dan perdaya orang awam.
Oleh: Nurimanja,
Lepas solat jumaat ada kutip derma.
Bergerak bersendirian, tapi derma untuk kempulan.
Warga asing yang selalu merumitkan /11/2010.
50 ulasan:
sambungan cerpin bersiri ; siri ke 5 akhir bertajuk ; PAK TEH BERBINI TUJUH. Oleh; Nurimanja Pk,
___________________________________
Samad terus mengikat dua biji untuknya dan dua biji lagi untuk maknya. kemudian empat biji durian temaga itu diletaknya di atas pelantar basikalnya dan terus berlalu dari situ dengan senyum menguntum di bibir. langsung tidak memberi ucapan terima kasih.
Pak Teh menggeleng-gelengkan kepalanya, "Nasib nasib..." keluh Pak Teh lagi, matanya memerhati durian yang tinggal lima biji saja lagi itu, terasa malas hati untuk menjualnya.
"Wooii! Teh, lama dah jual durian, wah kau dah jadi tauke durian, kaya la, tak ingat lagi dengan Samsiah? anak kau Samsuri dah pun masuk sekolah menengah tahun ini," kata Pak Haji Dollah yang lebih tua daripada Pak Teh dengan tersenyum.
"Oh, Ayah, , nak durian ambillah, tinggal lima biji saja lag, saya pun nak balik dah ini..," pelawa Pak Teh kepada Pak Haji Dollah bekas ayah mertuanya.
"Hai, banyaknya ni Teh, sampai lima biji, Emm, kalau kau nak beri, makan durian kami hari ini," jawab Pak Dollah sambil tersenyum,
"Oh ya! kalau ayah nak balik nanti, singah rumah Embun kampung Tengah, tolong beri dia dua biji, kasihan pula si Mail tu. tiga biji lagi ambil dekat ayah," kata Pak Teh teragak-agak bunyinya.
Dalam kepala Pak Teh berbagai andaian bermain, apa yang akan dijawab bila isterinya Lijah bertanya mana pergi duit jualan durian, bila melihat bakul durian tembaga pagi tadi penuh dengan lima belas biji durian tembaga, kini semuanya kosong, sekurang-kurangnya seratus atau dua ratus ringgit mesti dapat.
"Insyaallah Teh, akan aku sampaikan" kata Pak Haji Dollah sambil tersenyum membimbing lima biji durian itu di dua belah tangannya. berjalan dua tiga langkah ke hadapan, kemudian dia berhenti.
"Terima kasih Teh, terima kasih.." kata Pak Haji Dollah sambil menoleh ke belakang, kemudian berlalu meninggalkan Pak Teh dalam kebingungan bersama paip bengkok yang tidak berasap lagi.
S E L E S A I . OLEH: NURIMANJA PERAK 13/11/2010.
REDUP RABIUTHANI
Damai petang Rabiulthani
Tersimpuh aku bawah redup kemboja
Lama di keteduhan itu
Perlahan-lahan ku lagukan
Baris-baris syair dari tuhan
Sedingin makna embun subuh itu
Meresap ke lubuk-lubuk dalam
Semilir petang meniupkan harumnya
Bersama-sama harum kemboja
Lalu menghilir pula
ia ke benua-benua yang jauh
Untuk yang tercinta
Antara yang sudah
Kutamatkan syair itu
Dalam penantian dan persoalan
Akan bila pula saat untukku?
Al Miftah
ketika berehat di sekolah agama rakyat
ZIKIR TUA
Zikir hati tua itu,
Satu-satu jaga-jaga.
Fikir hati tua itu,
Rangkak-rangkak pelihara.
Biar dihayati penuh makna,
Biar semua abadi dalam jiwa,
Biar sampai ke puncak cinta,
Darah dan nyawa bukan perkara.
Kalau tinggi segunung pasti hapus,
Kalau besar sebumi pasti tebus,
Kalau tidak menyanggah
daerah larangan,
Pasti si tua diampunkan.
Dengan zikir yang satu-satu.
Yang jaga-jaga Zikir hati tua itu,
Satu jaga-jaga fikir hati tua itu,
Menyembuhkan silap hari yang lama.
Iman Ali
di surau sekolah ketika waktu rehat
Sajak mengenang dan berdoa kepada aruah di pusara dan menanti kematian.Oleh Al Miftah. Bertajuk: REDUP RABIUTHANI Penguapannya bagai sedang berdoa kepada sesaorang yang telah pergi di sebuah pusara di bawah pepohon komboja bersama tarikh tersebut. Lantas mengenang kembali akan kisah lamanya bersama semasa hayatnya maseh ada. Kini cuma tinggal kenangan , malah si penlis cuma menunggu atau menanti saat atau masa geliran kita pula untuk kembali entahnya bila? Semoga memberi keinsafan Amin! (Maaf! semalam telah diulas sajak ini dengan panjang lebar, tetapi telah terdilik habis semua sekali, jadi kurang mantap dari ulasan pertama).
ZIKIR TUA sajak dari Iman Ali. Membicarakan tentan hari yang pernah dilaluinya dulu yang mungkin tersasul dari melakukan perkara yang lagho, mungkin pada pandangannya ada sadikit dosa lalu, untuk megubatkannya cuma dengan berzikir bertaubat secara orang yang matang atau tua dan menyebutnya dengan penuh kinsafan dan ktulusan hati dan jiwa, malah dapat mengerti segala ertinya.atau maananya Barulah terasa akan fasrahnya kehadiran hati kepada Ilahi. Amin (Maaf! semalam telah diulas sajak ini dengan panjang lebar, tetapi telah terdilik habis semua sekali, jadi kurang mantap dari ulasan prtama).
tyityutyutfu
ytgurdtewtref
rtytrtserwers
etserdfdgffgccfdxc
fhggedfstresfes
sampai habis cerpen ni 1 sen pun pak teh xpdt?
kesian pak teh untung kt anak bini jer...
hahahaa lawak cerpen pak teh ni....
apalah pnya malang nasib pak teh....
sian pak teh sampai kt diri sndiri pun xde?
apa nk jd kat pak teh ni??? hahahaha
ni kes pekena ni sbb pakteh langsung xpdt?
kesian plak kat pak teh sampai hati dorg semua...
eh! sajak pengemis plak?
sajak utk seniman jalanan xde ke en nuri?
sajak pengemis ni berkenaan pasal apa?
skrg org minta derma rasa serba salah nk bagi plak?
skrg org minta derma bkn boleh percaya sgt?
pak teh ni berdasarkan kisah benar ke rekaan je?
cerita pak teh ni kalau buat drama best ni...
cerita komedi yag santai je pak teh ni...
pak teh ni pemurah sgt sbb tu org snang permainkan dia...
lurus bndul la pak teh ni....
pak teh ni klu ada 10 org mcm dia? boleh bangkap...
pak teh ni mmg baik byk pahala dia dpt? hahaha
pak teh ni msa bujang msti senang org buli...
senanag2 je kena tipu pak teh ni...
lps ni kena berhati2 la pasal penipuan pengemis ni...
pengemis skrg byk yg temberang jer...
lps ni aku xnk bagi la derma kat org takut ditipu...
teruk btol la org mcm ni gunakan kecatatan utk menipu?
zaman skrg ni org menipu mcm2 cara..
pengemis mcm ni pun ada? aduh....
pengemis yg penipu ni kt KL byk la...
pengemis skrg byk yg menipu dari yg btol2...
sajak pasal haji plak? wah! bila aku dpt ke sana?
teringin plak nak pegi haji bila baca sajak en nuri ni...
cerita pak teh dh hbis ke? ape2 pun mmg best2....
tu la kwin byk lagi kan dh susah?
pak teh ni atuk en nuri ke?
pak teh ni org jawa ke? hehehe
mmg susah nk tangkap yg mana tipu dn yg mana pengemis btol...
mmg susah nk cam pengemis sbb sy pun pnh ke bukit bintang menunggu kawan sekali ada plak org bgi duit ingat sy org kurang upaya?
pengemis tiruan ni nk menipu mcm2 cara kdg2 kita pun pening....
ESOK.
Sebuah cerpen lama/lagenda, kisah
benar di sebuah perkampungan, sahabat kepada abang saya, terdirilah sebuah rumah kedai
kecil,bumbung beratap nipah, berdinding papan, lantaiya tidak bersemin. Hiduplah Ah Kian dan Nyonya, bersama empat orang
anaknya, Ahh Shu, Ahh Hun, Ahh Chan, dan seorang anak perempuannya bernama Moi Lin. - Catatan kisah tahun 28/11/1981.
Catat Ulasan