Buat orang alim yang beriman,
tidak akan takut kepada kematian,
kerana mengetahui kematian akan datang
kecuali orang-orang yang tidak ada persediaan.
Buat orang alim yang beriman,
setiap detik mengingati kematian,
malah telah membayangkan akan kematian
kerana setiap yang hidup pasti merasai mati.
Buat orang alim yang beriman,
amat berbeza dengan orang biasa,
matinya orang alim diketawai para iblis.
kerana terhenti mengajar manusia yang jahil.
Buat orang alim yang beriman,
hatinya selalu kenaah dan zuhud,
matinya seorang yang dalam kejahilan,
Iblis menangis kerana terhenti kejahatannya.
Oleh: Nurimanja,
pagi dua ramdhan, 12/8/2010
catatan lepas syaaor puasa wajib.
34 ulasan:
CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 4 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________
“Kau sayang kepadanya?”
“Sayang!”
“Kau cinta padanya?”
“Cinta!”
“Kau sanggup mati bersamanya?”
“Sanggup!”
“Bagus! Bagus! Inilah semangat yang kita mahu.”
Tiba-tiba satu pukulan karate hinggap pangkal tengkoknya. Swee lan tumbang bersama Ah Guat, bila dia terasa kakinya tidak berpijak di bumi lagi.
WAKTU cahaya bulan condong di dada langit. Beberung punggok sesekali berdayu-dayu di hujung dahan meranti tua. Dan disusuli ketokkan ular tedung sela yang ingin bertelor .Kesunyian malam rasa terkuak di dalam kawasan hutan tebal rimba belantara itu.
Kelihatan terdapat kemah kecil dalam sebuah kem ala tentera. Ada dua tiga buah kemah kecil itu kelihatan dikawal rapi oleh beberapa orang yang berpakaian seragam ala tentera mundar mander berjalan melewati kemah kecil itu. Di bahu mereka kelihat tergalas sepucuk senapang patah buatan sendiri.
Dari sinaran cahaya bulan yang menembusi bumbung dan dinding kemah kecil itu. Kelihatan kemah ini dibuat secara rengkas dan tergesa-gesa. Cuma daun kayu kering dan buluh di susun dan dikat dengan ranting kayu dan buluh hutan dengan bertalikan rotan.untuk penginapan sementara.
Dalam kemah kecil itulah kelihatan mengerekot dua batang tubuh manusia, sejuk dicengkam angin di hujung malam. Sesekali kokokkan ayam hutan sayup-sayup kedengaran di hujung telinga, dan disusuli pula nyanyian suara cengerek rimba berdesingan dari beberapa arah penjuru kemah kecil itu.
Swee Lan membuka kedua kelopak matanya perlahan-lahan. Dari sinaran cahaya bulan yang samar-samar itu, Swee Lan dapat mengawasi dimana tempat dia terbaring, pelahan-lahan pula dia cuba mengalih tubuhnya yang letih lesu itu, tiba-tiba kaki Swee Lan tersentuh sesuatu.
Cepat-cepat dia mengalih pandang ke arah benda itu, dari cahaya bulan yang samar-samar yang menimpa benda itu, jelas kelihatan kepadanya. Ada sebatang tubuh seorang lelaki yang terbaring di hujung di kedua belah kakinya.
BERSAMBUNG.
KISAN DAN TAULDAN CR, SIRI 3. DISUSUN SEMULA ; OLEH NURIMANJA : NABI PUN PERNAH BERGURAU.(B)
___________________________________
Pada suatu petang nabi melihat ada seorang perempuan tua sedang mencari kambingnya yang hilang, nabi bertanya hal keadaannya.orang tua itu menceritakannya, Nabi suruh dia balik, dan berkata ; Orang tua begini tak boleh masuk syurga. lantas menangis orang tua itu,bersungguh dia menangis kerana terlalu amat sedih.
Nabi cepat-cepat berkata; Sebenarnya di Syurga semua orang akan dibangkitkan dalam keadaan muda belia, sebab tak orang tua di syurga. Nabi memohon maaf dan orang tua itu pun tertawa. dan segera kembali dengan kambingnya.
Pengajaran;
Kita juga boleh bergurau, tetapi tengoklah juga pada batas dan keadaannya.jangan sampai hati kawan terguris dan berkecil hati kerananya.
Contohnya; isteri bernama Timah suami bernama Awang, Ada orang bagi tahu; Awang! Timah jatuh sungai tengelam... Bila dia balik rumah, tengok isteri ada di rumah, kata kau jatuh sungai tegelam? isterinya ketawa, timah orang buat
ladum pacing ikan, mestilah jatuh sungai tengelam sebab berat, apa la abang ni ....
SALAM KEPADA SEMUA
salam kepada semua,
sesuatu berlaku dalam kehidupan
kita tidak mampu mengelak
mengubah sebahagian kehidupan
sedikit demi sedikit
andai aku tidak akan seperti dulu
gagal menyusun kata
tidak lagi manis bicara
jangan salahkan aku
hukum itu dari 'Dia'
kamu juga harus pandai tempuhi
kehidupan ini bersendiri
ketika aku hanya mampu
menghela nafas lesuku
sambutlah salam mulaku
terima juga salam akhirku
bila nanti ada nokhtah
disitu kata bicara akan berhenti
namun airmataku pasti akan gugur
Zainal Arifin
Kota Damansara
11malam
Ni plak sajak dari en zainal...
Kehidupan tidak selalunya indah, seperti mana anda sangkakan. panas hingga ke petang, rupanya hujan pula di tenga hari. Begitulah rasa sedenyutnadi dari en Zainal arifin. merupakan orang pertama mengelola blong CR kalau x salah saya, sebelum Quibai dan Maisarah.
Sajak bertajuk Salam Kepada Semua, mungkin ada kaitan dengan tugas harian yang selama ini tidak mengetahui akan hal keadaan sebenarnya.Dalam kehidupan masallah sering berlaku, tetapi lama mana sangat seorang itu dapat bertahan, jika kehidupan lebih menyeksakan dengan tanggung jawab ke atas keluarga dan ditambahi pula lagi dengan beban tugas yang digalas. Semuanya tidak setempal dengan usaha keringat.
SKS bagai satu ucapan mula atau akhir buat mereka yang mengenali di halaman maya kepada en ZA, terikat di antara sayaing dan sedih, semoga kita semua sahabat Cr ini akan mendoakan kebahagian kepada tiga pertugas di blog ini semperna bulan yang diberkati, agar ada sinar menerangi cahaya kehidupan, jika ada tanda ekonomi kian pulih! Amin.
cerita swee lan ni makin lama makin dramatik plak?
swee lan di bawa ke mana plak ni???
sggup mati bersama! mmg setia btol swee lan ni....
eh! misteri plak di mana dorg bawa swee lan????
eh! mana ah guat plak? swee lan je yg ada...
ingatkan dorg bunuh swee lan dgn ah guat td? rupanya dorg bawak jd tebusan je ker?
mne ah guat plak?? swee lan je yg ada???
ah guat dorg dh bunuh ke??? xde pun...
swee lan dorg campak kat mne plak ni??? misteri...
ade org sebelah swee lan??? swee lan di tapak perlupusan mayat ker??
ni nama gurau kasar ni! sian dia sbb nama isteri timah? hahahah
eh! org tua xde ke di surga?? wah!
nmpknya jadi muda la sy di surga nnt? hehehe
eh! nabi pun bergurau jgk?? tp xde la kasar sgt gurauan nabi tu...
org tua pun jd muda balik ke?? wah! best btol... hahahaha
ade plak timah jatuh sungai?? gurau yg agak kasar! hahahahahha
naya dia sbb isteri nama timah??? nsib baik isteri sy bukan nama timah...
eh! boleh bergurau plak nabi?? hehhe tp xpe gurau biasa2 jer..
SETIAP MANUSIA PERLU ADA GURAUAN TAPI KENA ADA BATASNYA JANGAN BERGURAU SEHINGGA MENYINGGUNG PERASAAN ORG TU GURAU HANYA UNTUK MEMBUAT ORANG CERIA DI KALA BERSEDIH..
nabi pun boleh bergurau ke? ingatkan nabi org yg serius 24 jam...
org beriman ni lain sikit dari org biasa...
wah! org beriman perwatakan mmg 100 peratus berbeza dgn kita smua...
kita ni tergolong dlm golongan apa la agaknya?? hehe
mmg org beriman 100 peratus dia letak diri dia kepada tuhan ke??
harap2 kita boleh jd golongan org beriman... amin...
moga2 mati kita mati dlm golongan yg beriman... insyaallah....
moga2 bila kawin nnt aku dapat suamu yg beriman... amin...
harap2 bertambah la org beriman di muka bumi ni...
menarik sajak en nuri kali ni... tahniah!
sajak org beriman plak? wah! smoga kita semua ahli sahabat citra rasa terdiri dar golongan org beriman jgk.. amin...
Catat Ulasan