sajak pilihan ahli Cr.
Jalan yang selama ini kau tempuh
Semakin sulit dan kian sukar
Meracun di setiap hentakan
Namun komitmen selalu jadi kental
bergetar keras,mencabik sukma
setiap kali kau hendak mundur
Kegetiran yang kini kau rasakan
Adalah cermin dari tangisan alam
Yang kian terpuruk bersimbah nista
Mereka menjerit dan kau meronta
Mereka merintih dan kau terkapar
Masihkah ada harapan
Agar kalian dapat bernyanyi bersama
Tapi esok mentari masih bersinar
Harapmu jalan itu tak lagi gelap
Namun cahaya itu tidak cemas
Akan tuntutan sebuah hakikat kawan
Pengembaraanmu takkan ada akhir
OLEH: PAHLAWAN PEDANG KESATRIA
sewaktu mendaki di Gunung Kinabalu
12 tengah hari. rabu 17 Mac, 2010
diterbitkan semula 13/02/2011.
50 ulasan:
BN janjikan calon terbaik di Merlimau
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan calon terbaik iaitu yang menepati kehendak rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.
Saya ada bukti kukuh - Rahimi
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
SPRM diminta buka fail siasat Penasihat PKR
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka fail siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu operasi sebuah pejabat miliknya di Amerika Syarikat (AS).
Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera
IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.
Zahrain: DAP politikkan isu kematian Beng Hock
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tindakan peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang mahukan proses siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan adalah sesuatu yang pelik dan amat mengelirukan.
-SEDUTAN TAJUK AKHBAR UTUSAN hujung minggu.
SEBELUM MELINTAS TITIAN RAMBUT
Susur gelap di sebalik
lebuh peganganmu
Merabunkan iman
Sepanjang jalan
tersasar dari jalanan lurus
Di sisimu ada pedoman dan nafsu
didepanmu cahaya
dibelakangmu lohong gelita
dikananmu syurga
dikirimu neraka
Kau titi titian usang
Berpijak di helaian rambut berbelah tujuh
Mahu kemana kau?
Lari kemana kau?
Ayuh sebelum langkahmu dirantai
ayuh sebelum langkah tersasar
ayuh genggam tanganku
Ayuh kita cari jalan pulang
Syeikh Al Habib
sajak tentang hari akhirat
SI AKU
aku sudah seperti begitu hampir
untuk bertemu dengan si aku dulu
si aku yang selalu buat kamu senyum
si aku yang selalu buat kamu ceria
si aku yang ada pada tiap duka-suka
aku agak yakin kerana sudah lama
aku tak lihat senyuman seperti itu
senyuman yang kau berikan pagi tadi
senyuman yang aku selalu tunggu
senyuman yang engkau selalu
beri pada si aku yang diabaikan
bukan aku mahu jadi si aku
aku hanya mahu curi
segala rahsia dari si aku
supaya aku dapat lihat
senyuman dulu kembali tadi pagi
amat suci amat aku rindu..
kamu senyumlah lagi..
aku takkan bosan.
Oleh: Tinta Bayu
sajak jiwa2 sikit
SESAK
menjenguk dari bintang terang
langit atas melihatkan
aku yang duduk diam
menangis dalam diam
menunduk sayu atas batu
dalam hati aku rasakan ingin
memanggil engkau wahai sesiapa
menarik aku duduk di realiti
aku sedang dalam kejatuhan
dari puncak teratas pahitnya
aku sendiri dengan mahu sendiri
lebih pahitnya
sekarang aku memanggil
tak ada mahu menyahut sadisnya
di waktu paling tertekan,
Seruling Kelana
sjak simbolik
SAYAP
pasangkan sayap
biar aku berterbangan
melebar ke seluruh angkasa langit
menebar sayap memayung panas terik
melindung dari matahari
aku pinta izinkanku memangku
engkau di ribaan
mengirim satu rasa
senang ke lubuk hati
membiar engkau merasakan aman
ribut melanda tadinya
aku harapkan redanya tiba sudah
membawa tenang ke dalam dirimu
supaya dimudahkan pekerjaan mu
Oleh:Abang
sajak kenangan dulu
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Syeikh Al habib dengan sajak terbarunya bertajuk SEBELUM MELINTASI TITIAN RAMBUT BELAH TUJUH; cuba membicarakan tentang azabnya pembalasan dihari
Akhirat, atas apa yang telah kita lakukan sewaktu hidup di dunia ini akan diperhitung dan dihisab sebaiknya sebelum mendapat balasan yang setempal dengan apa yang kita
Kerjakan di dunia fana sementara ini. Di masa itu semuanya harta benda, pangkat dan jawatan, anak isteri, sahabat taulan tidak berguna lagi. Sebaiknyalah kita si penulis Iman syeikh Al Habib jika kita tersasar kembalilah ke landasan yang lurus, genggam
Tanganku ayuh kembali ke jalan yang benar. Layak dicalunkan (TU)tp.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Tinta Bayu ahli Cr. dengan sajak kehilangan diri bagai roh hilang dari jasadnya; bertajuk SI AKU . Pengucapannya menceritakan dirinya yang sebenar telah hilang tidak seperti Dia yang mungkin lima enam tahun dahulu punyai kewarasan yang sebenar sebgai seorang manusia. Apatah lagi bagi seorang yang lemah lembut mengharapkan rasa perlindungan dari seorang jejaka. Tetapi itu semua bagai tiada. Terasa bagai telah pun diabaikan. Jika kini kau mengharapkan keadaan itu semua, agak sukar untuk menilainya. Mungkin terpulang kepada keadaannya. amin Sekadar layak untuk (U)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Apakah penceritaan bagai terdesak dan memang SESAK tajuk mengucapa sajak daripada sdra. Seruling Kelana ini bagai mahu menceritakan akan keadaan hidupnya mungkin dalam delima agaknya. Tetapi kurang jelas isi dan maksudnya. Adalah dia berada di alam fantasia tau dunia nyata, atau penyakit yang keronik yang sedang di alamainya. Kehidupan yang terseksa sedang menimpa? Kenapa tiada sesiapa , malah tidak ada siapa mahu menyahut panggilannya. Simbolik yang sukar diterjemahkan. Malah sekadar menyembut keadaan paling tertekan. Kecuali dalam mimpi. Layak Cuma sekadar (U)tk.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
SAYAP Nah! bagaikan ada satu tanda tanya pula pada tajuk sajak Abang kali ini. Pengucapannya ternyata bagai mengharapkan sesuatu kekuasan yang luar biasa. Untuk mengatasi satu masalah atau kemelut yang kurang menyenangkan, mungkin ada rajukan isteri atau si dia yang banyak menanggung beban, kini perlu cari jalan penyelesaian secara aman dan damai dengan belaian kasih mesra , agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sempurna dalam urusan kehidupan seharian. Amin layak dicalunkan (TU)tp.
seramnyer cerpen ni
nampaknya saingan hebat2 tp rasanya ana ada peluang jgk ni
aku rasa seruling kelana boleh menang mngkin
sajak aku ok jgk rasanya boleh menang harap2....
aku terletak sajak jiwa2 plak? kalah la mcm ni
sajak suara bebas ni mmg kena btol di tempat aku byk jgk gerai2 tepi jalan ni
xkn x boleh suara bebas? lagipun kalau ada gerai tepi jalan snang x pyh pergi jauh2 mcm kat tmpt sy ni gerai roti canai dekat saja? setiap pagi perkena disana ok saja
ha! sajak suara bebas ni mmg khas utk salam kt tempat aku ni jual roti canai di bahu jalan
kat teluk kumbar ni bersepah org jual gerai tepi jalan... hehe
kdg2 nk marah kdg2 kesian plak sbb mereka pun cari makan suara bebas
suara bebas ni marah semacam saja? suara bebas ni keja di majlis pembandaran ker?
kt teluk kumbar mmg bersepah gerai tepi jalan nk buat mcm mana xde tempat lain?
mmg kdg2 menyakitkan mata melihat gerai tepi jalan ni
aku x makan sgt gerai tepi jalan klu terdesak bru mkn sbb gerai tepi jalan byk kotor
gerai makan kat dalam rumah ok la tepi jalan ni susah sikit la tikus byk mlm2...
ape2pun makan di restoran lboh bersih
susah jgk nk cari gerai yg bersih apa2pun baik masuk sendiri lagi senang
sy pun berniaga di tepi jalan goreng pisang nak buat macam en suara bebas cari makan? tmpt lain org halau
msti sedih org jual gerai tepi jalan baca sajak ni termasuk la aku...
lagi senang makan masakan isteri lebih sedap dari gerai tepi jalan.. hehe
sajak mcm hadapi rintangan saja?
sajak tentang semangat ni?
sajak ni klu x silap maksudnya apa pun berlaku perjalanan harus diteruskan
sajak menarik dari pedang kesatria
sajak tentang hadapi cabaran hidup ni
sajak yg menarik tahniah pedang!
sajak suara bebas best sajak pedang ni pun best
sajak tentang perjuangan ni menarik
gerai2 tepi jalan ni kalau ada org repot kena la klu xde selamat la dorg
eh! suara bebas kat mana org jual gerai tepi jalan tu??? klu boleh sy nk panatau sy keja dia majlis pembandaran pulau pinang
masih ada lagi org jual gerai tepi jalan? kt tempat aku sah kena roboh
ada bukti kukuh ke??? cepat la dedah x sabar nk tgk anuar kena tangkap ni
di harap cepat sikit diorg dedahkan tembelang anuar ni
klu dorg dedahkan hbis la dia kena lucut jawatan dari YB
eh! kenapa x kluar paper pun? nk baca jgk berita penuh pasal ni
wah! jutawan segera! mana dpt duit tu?
eh! pasal anuar ni klu x silap sy mmg tgh dsiasat..
di harap kes ni dapat diselesaikan segera kalau boleh sumbat anuar ni jail
anuar ni byk kes tp masih terlepas lagi di harap dapat tangkap dia dgn segera.
merlimau BN letak calon sapa?
nnt nk tanya abg aku pasal anuar ni sbb dia kerja di SPRM
Catat Ulasan