Terlihat si buta
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah panggilan azan
Walau buta terang arahnya
Walau buta terang hatinya
Walau buta jelas matlamatnya
Walau buta celik akalnya
Terlihat pula si celik
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah kedai judi
Walau celik gelap arahnya
Walau celik gelap hatinya
Walau celik kabur matlamatnya
Walau celik buta akalnya
Dalam buta ada celiknya
Dalam celik ada butanya
Jalan lurus atau bengkok
Jalan terang atau gelap
Jalan sibuta atau sicelik
Celikkah kita atau butakah dia
Semua itu sehingga kini
Ia kekal menjadi tanda tanya...
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah panggilan azan
Walau buta terang arahnya
Walau buta terang hatinya
Walau buta jelas matlamatnya
Walau buta celik akalnya
Terlihat pula si celik
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah kedai judi
Walau celik gelap arahnya
Walau celik gelap hatinya
Walau celik kabur matlamatnya
Walau celik buta akalnya
Dalam buta ada celiknya
Dalam celik ada butanya
Jalan lurus atau bengkok
Jalan terang atau gelap
Jalan sibuta atau sicelik
Celikkah kita atau butakah dia
Semua itu sehingga kini
Ia kekal menjadi tanda tanya...
OLEH: JALAL RAFZEE
cacatan sewaktu lepas bersahur
pukul 6pagi/2010 Ogos 30 06:31
diterbitkan semula 5hb/02/2011.
cacatan sewaktu lepas bersahur
pukul 6pagi/2010 Ogos 30 06:31
diterbitkan semula 5hb/02/2011.
50 ulasan:
Sambung dari ruang ulasan ke 50
sajak bawah JANGAN SUMBUNG MA.
Tertarik dengan cerita kena tindis
oleh RAJA MUDA. di istana pun ada.
- Cerita kena tindis ini, ada orang kata hantu tindis, memang dia ini datang dalam mimpi, lepas itu dia nak rolling kita, akhirnya dia pun tindis tidak bergerak, pekiklah minta tolong. sapa pun tak dengar, cuma ingat mati, lemas,bunyi uhhhh Agrakkk. saja. kalau ada orang sebelah bolehlah tolong gerak. lepas itu barulah kembali ke alam nyata, gerun pun ada.seram pun ada. berastaghfar
-Waktu muda Saya kerap kena tindis sebulan dua tiga kali. jadi risau saya. Pandak kadir abang pupu dia
kata hang bawa tahi besi, dan pisau pelit atau lipat bubuh bawah bantal.ini pun kurapat dan syirik juga. sebab percaya dengan tidak
sama banyak aje. hendak elak dari di kacau hantu tindis, bubuh juga. kena kacau juga, dia tindis juga, mengarut saja, cuma kurang sikit.
- Bagi pihak sains , mereka kata bila kita ada tekanan kerja banyak bebanan, mungkin, perjalanan darah kita sewaktu tidur mengalir kurang betul ke otak itu sebab tersekat, kita pun bergelut, jadi lemah bila peredaran darah sangkut sikit, bila kita di sentuh atau bergelut, ada pergerakan , lalu kembali normal.
- tapi waktu saya muda, yang datang dalam mimpi duk mai tindis
ini, selalunya perempuan, dia mai rolling stone pula. Selalu saya kalah...
RAMBUT TERPACAK
hebat sungguh hebat
jalan biar berkepak
kolar baju tegak
rambut tinggi bercacak
lari semua cicak
takut jatuh tercacak
jalan tegak-tegak
jeling orang muka berlagak
mungkin dia rasa dia yang kacak
tak malu muka berseredak
jalan biar berkepak
badan nampak berketak
baru senang memikat
si gadis mata galak
dapat apa dihajat
terus hilang kelibat
jadi haprak suka susahkan umat
peningkan mak bapak
peningkan masyarakat
berguni bagi nasihat
taknak juga bertaubat
apa boleh buat otak sudah berkarat
hidup makin sesat
tunggu saja hidayat kalau sempat…
Raja Muda
sajak sinis sikit ni.. hehe
DULU KAU AKU YANG PUNYA
TERINGAT DULU SAAT INDAH
TIKA DIA DAN AKU
BERSAMA BERGANDING
SEIRING SEJALAN
AKU DIJAGA DIBELAI
TERINGAT SEGALA MEMORI
AKU DAN DIA
KENANGAN INDAH
SENYUMAN KETAWA
SANGAT MANIS BERSAMA DIA
TAPI ITU DULU
TIKA AKU DIA YANG PUNYA
Abul hassan
sory semua ejaan jadi besar lupa nak adjust comp plak... sajak jiwa2 sikit
KENANGAN LALU
aku teringat suatu saat
tatkala leka mengimbau kenangan
suatu saat sebuah kisah
muncul di benakku
suatu saat ku kira kenangan indah
kenangan duka terlihat
engkau di hujung sana
berura-ura ingin menegurku
lantas ku lari tanpa alasan
ku jua tak ngerti
mengapa harus ku pergi
ku jua tak fahami
mengapa kau mengejarku
itu suatu saat detik
waktu perkenalan kita
hingga kini kau
tetap terutama bagiku
cuma beza kau sudah
tiada lagi denganku
Zain Issac
sajak kenangan lalu
MOYANGKU PAHLAWAN
moyangku pahlawan terbilang
mat kilau pahlawan pahang
semua musuh pasti ditentang
memang jaguh ditengah gelanggang
memang juara di medan juang
sampai mati jasa dikenang
datukku ulama terbilang
juga jaguh di tengah gelanggang
tiada seorang mampu mengekang
sampai mati jasa dikenang
ayahku imam terbilang
tinggi pekerti suara lantang
juga jaguh ditengah gelanggang
segala mungkar pasti dihalang
jadi rujukan semua orang
sampai mati jasa dikenang
aku pula segala kurang
cuma jaguh tepi gelanggang
ilmu sedikit amalpun kurang
nasib baik ku jadi orang…
Keris Sakti
sajak tentang salasilah moyang sy..
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
RAMBUT TERPACAK sajak nukilan oleh Raja Muda dengan pengucapannya yang
Ternyata ada sadikit sinis tajam dengan keadaan situasi anak muda dini hari, yang suka sesuatu yang kelaianan. Dulu kalau disekolah, rambut tidak sikat kena marah, tidak kemas, kini pembaca berita pun rambut terpaca fesyen sarang ayam atau daun lalang. mungkin itulah mereka kata seni gaya orangmuda.Apa-apa pun jika kita orang timur ingalah kembali pada asalnya, jika Islam ingat kembali pada makrifatulah . Ada rasa keaianan mesej dari Raja Muda. Amin (TU)tp.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
DULU KAU AKU YANG PUNYA sajak ciptaan sdra Abul Hassan dengan peceritaan Jiwa-jiwanya , pengucapannya menyenduh perkara biasa kisah rangmuda punya biasa, mungkin kisah lama yang pernah sama-sama bermesra dahulu. Kini Mungkin masing-masing mewmabawa diri. kini mungkin Cuma tinggal kenangan Sesekali datng mengusik jiwa. Apa-apa pun dwaktu itu semuanya manis dan indah belaka dipandang mata.kini semoga dapat segera mencari ganti. Amin (U) tk.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
KENANGAN LALU oleh Zain Issac juga pengucapannya menceritakan terkenangan ke masadulu, hatiku merasa rindu, mungkinkah dapat bertemu padamu cahaya mataku. Itulah lagu A.R Azmi. Boleh mencuit hati siapa saja mendengatrnya. Sama juga sajak Zain Issac dia menolak tuah, mungkin ada hikmahnya , atau bukan hak kita, jika esok nak khawin hari ini tak jadi, semuannya ketentuan Allah swt. Yang telah pun tercatat di dalam luhmahput lagi. (telah pun ada tertulis diketetapan Allah) Amin. (U)tk.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
MOYANGKU PAHLAWAN sajak nukilan Keris Sakti pengucapannya juga ada Kelainan yang menyentuh tentang salasilah keturunan nenek moyang kepahlawanan salah seorang melayu terbilang yang menentang kehadiran penjajah, diburu sehingga ke hutan Belantara, hidup dalam kesusahan demi mempertahankan tanah air tecinta. Walaupun ada orang lain menilai dari sudut lain pula. Tetapi itulah perjuanagn yang sepatutnya tidak boleh dilupakan dalam catatan sejarah tanah air kita. Amin (TU)
jgn ingat kat istana xde hantu ada jgk kebanyakn hantu org dulu ka keturunan kami jgk
kalau istana lama lagi byk hantu en nuri
sy pun kerap kena tindih jgk msa muda skrg x dah
apa tindih tu en nuri?
sy kat oversea tindih2 xde la hantu kat sini lagi seram kebanyakan menjelma dpn mata sy pnh kena!!! nnt sy cerita bila cerpen en nuri dah hbis
benar tu hantu tu kdg2 tindih sampai kita lemah 100%!! MMG GERAM PUN ADA...
eh! mcm mana nak elak di kacao selalu?
pasal kena tindih ni sy xpnh kena plak anak sy pnh la....
tahi besi mmg hantu takut pisau belit tu kenapa plak?
nnt nk cuba jgk la petua en nuri sb kerap jgk kena
apa bnda roling stone tu en nuri? mcm jenama keret ayah sy saja
ha! sokong en nuri kalau lelaku kena tindih selalu dgn betina kalau perempuan jantan yg tindih
sy x brapa pasal benda ghaib ni sy rasa mngkin peredaran darah x btol agaknya
sajak ketuhanan lagi nampaknya? hehe
sjak ketuhanan saja en nuri letak sajak simbolik xde ker?
kalau sy malam2 nk tido msti basuh kaki utk mengelakan di tindih
hantu ni di mana2 pun ada x kira di istana pun ada.
perempuan selalu kena histeri je jarang kena tindih ni
mcm mana pengalaman di tindih? sy xpnh kena plak?
hantu ni dia tindih org yg macam mana?
ha! aku semenjak pindah gertak sanggul ni kerap kena tindih yela dh nama pun pendalaman selamat aku bukan keje pagi kalau x boleh letih....
NI PETUA SIKIT UTK MENGELAKAN DARI DI TINDIH BILA KITA TERLALU LETIH TERLAMPAU???? JANGAN TIDO!!!!!! SBB BENDA-BENDA NI MEMANG SUKA ORANG YANG LETIH TERAMAT SEBAB SENANG DIA NAK TINDIH SEBOLEH-BOLEHNYA KALAU LETIH TERLAMPAU SANGAT TIDO KENA BERTEMAN SBB BAHAYA TIDO SORANG WALAUPUN WAKTU SIANG
cadang nak bagi petua elak di tindih tp ayahanda aku kata dia dah bagi jd orang jgn lupa ikut yer
seram plak cerita pasal tindih ni sbb bru semalam aku kena tindih
selalu kalau kena tindih ni sesorang tu msti nampak mcm2 bayangan
hantu dia pilih org macam mana dia nak tindih agaknya?
sajak jalal menarik simbolik yg senang paham
ha! kalau orang nak buat sajak kena tiru mcm jalal walau simbolik senang phm
sinis jgk sajak jalal ni
sajak jalal hebat klu masuk sayembara msti menang ni
dulu sajak jalal hebat2 la skrg xthu la mcam mana
sajak simbolik tp mudah nak phm
sajak mcm jgn menilai sesorang hanya dari luaran saja
tahniah jalal sajak anda menarik!
sajak jalal sini dan agak tajam jgk? hehe
eh! waktu siang pun dia tindih jgk ke? aku selalu kena siang
hantu dia tindih org yg lemah semangat ker?
selaunya yg kena tindih org laki pmpuan selalu histeria
eh! sajak kali ni agak sinis dan simbolik tajam jgk kata anda ni jalal
JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.
-Jingking perak: pisau pun dia takut juga asalkan besi , tembanga, emas, perak
elok pakai cincin asal ada besi dekat badan
-Baca macam jeffry jampi agaknya.
- Saizul mi :vaKemenya habsi ini ada lagi, dia nampak macam getah berlekek
lebeh kurang macam gula getah
- Pak Kassim: mungkin hantu itu ingat dia nak kena buat gulai kut
-orang yang selalu banyak tekanan mental atau banyak problum
kerja berat atau terlalu keletihan.
Padam
Tanpa Nama Jalal Rafzee berkata...
KUMPULAN A
1.PUAN ROSNAH (TP)
2.RAJA YASSIR(TK)
3.MISS KIM CHEUNG(TK)
4.USTAZ KAMARUDIN(TP)
5.AHMAD HASNOL
6.SUBHI SOOD
7 SAUFI NGADIMAN
8 HAJI MASQUR
9.GELETEK MALAM
10.JEFFRY
11.USTAZ MAJUSI
12.USTAZ ZULKAINAAN
13.RAJA MUDA(TP)
14 ABUL HASSAN(TK)
15 ZAIN ISSAC(TK)
16 KERIS SAKTI(TP)
=================================
===perlawanan pertama===
1.PUAN ROSNAH
2.RAJA YASSIR
3.MISS KIM CHEUNG
4.USTAZ KAMARUDIN
5.RAJA MUDA
6 ABUL HASSAN
7 ZAIN ISSAC
8 KERIS SAKTI
4 pemenang sahaja................
===perlawanan kedua===
1.GELETEK MALAM
2.JEFFRY
3.USTAZ MAJUSI
4.USTAZ ZULKAINAAN
5.AHMAD HASNOL
6.SUBHI SOOD
7 SAUFI NGADIMAN
8 HAJI MASQUR
4 pemenang sahaja....
================================
jd antara 16 orang di kumpulan A sy akan pilih 8 sahaja pemenang utk bertanding lagi
===harap qalam dan en nuri paham pertandingan sayembara ni berlangsung====
2011 Februari 6 16:28
Catat Ulasan