- renungan buat mereka yang mengerti -
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
dahulu tempat bersantai orang ramai
kerana indahnya pandangan pantaimu
berselera makan bersama sepoi angin segar
kini cuma menunggu hari sahaja untuk mati.
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Kemanakah perginya pengunjung setiamu?
mungkin keadaan tidak terjaga terpelihara
pokok-pokok kayu tumbang, tandas pun kotor
kerusi penuh tahi gagak, pantai tumbuh jeruju.
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Bagaimana keadaan perniaga anak bumimu?
masa untung berlipat mungkin tidak berzakat,
bila ditimpa musibah baru rasa resah gelisah
kini tunggulah hari-hari berlaku gulung tikarmu.
Oleh: Nurimanja,
Catatan Berita Harian,
tanggal 4hb, Ogos, 2010.
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
dahulu tempat bersantai orang ramai
kerana indahnya pandangan pantaimu
berselera makan bersama sepoi angin segar
kini cuma menunggu hari sahaja untuk mati.
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Kemanakah perginya pengunjung setiamu?
mungkin keadaan tidak terjaga terpelihara
pokok-pokok kayu tumbang, tandas pun kotor
kerusi penuh tahi gagak, pantai tumbuh jeruju.
Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Bagaimana keadaan perniaga anak bumimu?
masa untung berlipat mungkin tidak berzakat,
bila ditimpa musibah baru rasa resah gelisah
kini tunggulah hari-hari berlaku gulung tikarmu.
Oleh: Nurimanja,
Catatan Berita Harian,
tanggal 4hb, Ogos, 2010.
44 ulasan:
CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 8 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
___________________________________
Siri Akhir ESTATE.
PEKERJA–pekerja estate kembali bekerja seperti biasa , ribut kecil dalam estate itu kembali tenang. Tuan pengurus en Zainal estate itu mengenakan pekerjanya mengantikan kembali mana kerja yang belum diselesaikan dengan kerja tambahan.
Mereka terpaksa mengantikan kembali kerja yang tergendala dua tiga hari yang lalu dan mengadakan pungutan buah kelapa sawit dan pemetekkan koko di ladang, kerana musim hujan mula mendatang. Pekerja akan bertambah susah kerana jalan yang akan mulai becak, pengankutan akan jadi lembab sadikit.
Moniandy masih lagi berwajah sugul dan muram mengenangkan nasibnya yang sering saja dilanda malang, kesusahan timpa menimpa ke atas dirinya, dia masih nampa wajah keluarganya yang pergi itu, mula ibunya, bapa mertuanya, isteri yang dikasihi dan adik iparnya.
Kawan-kawannya juga merasa gelisah melihat kelakuan Monindy sejak kebelakangan ini, wajahnya bagai tidak terurus lagi, sugul, tidak bercakap banyak, dimana saja dia duduk di situlah dia banyak bermenung panjang.
Malah dia lebih banyak mengasingkan dirinya daripada orang kawan-kawan, dia selalu saja termenung panjang, kekadang lori yang dipandunya dia sendiri tidak tahu kemana hala tujuannya. Kawan-kawannya yang menunggu berjam-jam untuk memungah buah koko dan kelapa sawit tidak juga sampai ke kilang.
Malah lewat kebelangan ini lori yang dipandu sering saja bertukar tangan, Monindy sering kali cuti sakit, selepas dua tiga hari ini dia masuk pula bekerja, badan dan mukanya agak cengkung sadikit, bagai tidak bermaya berjalan.
Pagi itu sewaktu Monindy sedang memandu lorinya, dia terasa pandangannya berpinau-pinau, mukanya panas di gagahi juga bekerja, Sebelah petang hujan turun renyai-renyai ke adaan jalan kian becak, pergerakkan lori agak berat dan pelahan sadikit.
Semua perkerja telah pulang ke rumah masing-masing. Monindy bersama lori yang penuh sarat dengan buat kelapa sawit melintasi satu selekoh berhampiran dengan tanah perkuburan orang India beragama hindu.
Entah bagaimana lori yang dipantunya telah tergeleceh, lorinya terjunam ke dalam parit, kepala Monindy telah terbenam ke dalam lumpur itu, badannya dihempit buah kelapa sawit,air parit menjadi keruh , setengah buah kelapa sawit bergelempangan timbul dipermukaan air, Bila orang ramai datang mencarinya , mereka menemui Monindy tidak bernafas lagi.
S E L E S A I.
KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.
BERSAMBUNG. siri2
Bila tiba hari yang ditetapkan, maka disediakanlah satu pentas dan bembesar suara serta para pengadil untuk menilai akan irama kentut sesaorang peserta. Maka ramailah anak muda yang datang untuk menduga nasib jika dapat berkhawin dengan tuan puteri kentut berirama. Sebelum acara dilaksanakan tuan puteri baginda
mahu mendengar akan kentutnya para peserta dahulu .
Acaranya mudah , sesiapa saja rasa hendak terkentut, sila berlari naik ke pentas, lalu melepaskannya di depanpembesar suara. Maka berlakulah keadaan yang begitu huru hara dibuatnya, apabila angin kentut keluar dan irama yang diharap langsung tidak menjadi. ada yang bunyi macam kerbau menguak,lembu berdengkur dan
kambing mengembek, kucing atau arnab bersen.
sambung ...
Petekkan akhbar (ANJ)
27 peniaga Bazar Ramadan dihalang
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
PULAU PINANG 7 Ogos - Setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, di situlah orang ramaiberpusu-pusu
bertumpu untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari ini ada pula pihak tertentu x membenarkan peniagaan di tingkat tiga komtar itu lagi. Nasib anakbumiku modal dah keluar tapak x menentu.
TAMAK
nafsu serakah masih kelaparan
hidangan menggunung habis dibedal
masih meronta masih menganga
minta ditambah puaskan diri
makin diberi makin menjadi
diberi betis mahukan peha
diberi ayam mahukan gajah
masih tak puas
kerak tertinggal habis dikikis
tulang-tulang habis dimamah
masih jua tak puas
masih jua kelaparan
sudah lupa pesan orang tua
jinakkan nafsu mudah sahaja
ikatkan sahaja tali perutnya
pasti lemah tidak berdaya
pasti tunduk tiada upaya
jadi jangan tamak lagi keparat
Budak Surau
9pagi
di perkarangan masjid ketika membaca surat khabar
ULASAN:
Sajak umum buat mereka yang sedang melayan nafsu tamak, dengan kata lain siapa yang sedang makan cabai mungkin dia terasa pedas dan kehangatannya.Begitulah sajak dari ahli baru Budak Surau bertajuk TAMAK .
Sememangnyalah kalau nafsu tidak dapat dikawal manusia akan mudah terdorong kepada perkara ketamakan dan kemungkaran, serta terjebak pula ke dalam perkara kemaksiatan dan sifat yang kejimazmumah.
Hanya orang yang kuat iman dan zuhudnya kepada Allah yang sukar di tundukkan oleh godaan rasa ketamakkan daripada makhluk syaitan laknatullah. Amin.
taman robina ni taman ape plak? taman reakrasi ker?
taman robina??? tmpt perumahan ke??
taman robina ke ribena??? hehehehe
taman robina?? tmpt perlancongan ke ni???
taman robina??? restoran ke ni? kat mne plak?
huh! smua sekali mati dlm cerpen ni...
wah! mmg pelik cerpen ni buat pertama kali smua mati? hehe
xde watak utama la nmpknya cerpen ni smua dh mati?
sdih la cerpen ni smua mati plak akhir sekali...
la ingatkan cerpen muniandy ni happt ending rupanya sad ending...
sdih plak cerpen ni akhir sekali smua mati...
mmg cerpen paling menyedihkan pnh aku baca x sangka smua mati...
xde hero la dlm cerpen ni sbb muniandy pun mati? ingatkan muniandy kwin lain....
mmg malang x berbau muniandy ni... dgn dia sekali mati...
x sangka muniandy pun mati jgk? jd smua watak mati dlm cerpen ni....
raju apa cerita plak en nuri?? xkn habis mcm tu je????
sedih yg tu sy boleh kata... tahniah en nuri mengalir air mata sy ni....
cis pengotor la org kt situ ade plak kentut kat pembesar suara? hahahhaa
mmg lawak la cerpen kentut ni!! hahahhahaha
eh! ade plak pertandingan kentut?? hahahahhaa
lawak la nk kena kentut kat pembesar suara plak? hahaaha
harap2 la pembesar suara tu x pecah klu ade org kentut kuat2? hahahahaha
teruk btol puteri tu?? nk cari suami kentut pun msti sedap? hahahahaha
lawak btol cerpen ni! mmg kretif en nurimanja ni... hahahha
adoiyai... mmg gila la puteri tu nk cari kentut berirama plak?? hahahhaha
mmg lawak cerpen ni sambung lagi en nuri nk thu ade x org boleh kentut mcm tu... hahahahhaha
mmg cerita ni cerita sains fiksen yg best! klu buat filem meletup ni tjuk pun dh laawak... hahahhaha
cerpen ni mmg lawak! hahahhaa kentut pun ada irama ka? hahahha
moga2 ade org yg kentut irama merdu nnt? hahahhahahaha
pnya nak cari suami yg sempurna smpai kentut pun kena sempurna jgk ker? hahhahaha
rasanya lama2 nnt meletup pembesar suara tu sbb byk angin yg masuk kt situ?? hahahhaha
lawak btol cerpen kentut ni! sambung cepat en nuri.... hahahahhahaha
sian anak2 muda kat situ kena berlatih kentut sedap2 utk kwin dgn puteri tu... hahahaha
klu sy x kwin dgn puteri tu pun xpe malu nk ketut atas pentas plka tu?? hahhaha
smua pemuda kt kampung kena diperbodohkan puteri tu la.. sbb mne ade org boleh kentut ade irama...
haiya! manyak gila ini puteli!! mana ala olang boleh kintut sama itu macam! siap ala bunyi la ma! hahahahha
rasanya puteri tu saja je buat mcm tu sbb dia thu mne ade org boleh kentut ade irama? hahahhahaha
pakai x kwin la puteri tu minta tinggi sgt! mne ade org boleh kentut ade irama? hahahaa
CERPEN ESTATE
Telah tersiar di sebuah majallah
tempatan hiburan rumaja.tanpa ada royalti.
Masa itu saya x bekerja. duit pun
minta dekat orang tua. lalu ada
karya pun saya malas hendak hantar.
sebab ibu saya kata, mengarut,duit kertas dan setem pun x balik.
Masa itu seksa jadi penulis kalau x ada kerja lain atau tetap.
Catat Ulasan