Sabtu, 21 Ogos 2010

BUKANKAH KITA DULU TERPASUNG?




Dulu kita pernah terpasung
Ratusan tahun lamanya,
Terikat dan dibelit
Hutang panjang.

Kini mula terungkai
Dan tiada siapa berani
Mengilas tangan  kita lagi
Dan tiada siapa pernah menduga
Bukit Lanjang mengaler arus perdana.

Kini kita telah merdeka
Mengapa mesti sangsi dan
Meragui menjadi warga Malaysia
Tetang syiear Islam dan 1 Malaysia
Yang diakui jagat dan seluruh dunia.

Mengapa di antara kita
ada yang maseh memekek
Diruang  yang sempet
Negara kita bukan Islamic ?
Sebenarnya kita Merdeka  1  Malaysia.

Oleh; Nurimanja,
Sajak legenda Di Malaysia,
Catatan Telok Kumbar, 15\11\2001.



28 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 12 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

“Aku tidak bergurau,”
“Tetapi, apakah maksudmu?”
“Saat-saat kematian kita telah hampir tiba,”
“Swee Lan!!!...” Suara Ah Guat terputus lagi.lama terhenti.

Kesesakkan nafas menguasai seluruh tubuhnya. Kedua tangan Ah Guat segera merangkul tubuh Swee Lan. Dia merenung tepat kemata Swee Lan yang masih terdongak sadikit. Dalam kelopak kedua mata Swee Lan dipenuh lenangan air mata. Hati Ah Guat kian bertambah resah gelisah.

“Swee Lan! Oh! Swee Lan!! .. Sebenarnya aku juga telah merasai apa yang telah kau rasai itu, tetapi aku sengaja menyembunyikan segala-galanya darimu. Dan aku, akui sememangnya perjuangan ini perjuangan gila. Perjuangan yang sia-sia…” kata-kata Ah Guat itu terhenti lagi.

Mereka berpelukan sambil menangis, sedih, seolah-olah mereka ingin mengkhabarkan cerita hidup mereka pada hutan belantara itu, pada batu dan kayu. Ah Guat menyambung lagi katanya

“Perjuangan ini menempah maut. Aku juga tidak sanggup untuk membunuh. Sekarang biarlah kita saja mati dibunuh. Walau tidak ada siapa yang tahu perjuangan kita bukan untuk menentang atau mendurhaka pada pemerentah dan negara yang tercinta Malaysia…”

Ah Guat terhenti lagi, dadanya kian sebah. Melihat Swee Lan yang memeluknya dengan erat sekali.
Dia juga tidak dapat menahan lagi kesedihan ini, terasa dirinya cukup terinaya, di atas perjanjian papanya yang gila dengan beberapa orang pengikutnya. Kini dia dan kekasihnya pula menjadi mangsa.

Ah Guat dan Swee Lan terus mengalirair mata, sambil sebab menahan tangis , Ah Guat terus merentis dan berkata dalam suara sayu, sedih dan pilu di celah lubang batu besar itu.

“Tetapi perjuangan dan pengorbanan kami, di atas kasih dan cinta suci kami berdua, biarlah kami mati di hutan belantara ini tidak mengapa, .asalkan kami mati bersama, kami bukan pendurhaka pada negara, Merdeka!”

BERSAMBUNG.(

Pangeran Indera berkata...

PENSEL KONTOT

Penselku sudah kontot
Tidak mampu kupegang lagi
Tidak mampu kucoret lagi
Warkah tak tertulis
Mahu sahaja kubuang
Tapi terasa sayang
Sudah lama ia berbakti
Peneman di kala sunyi
Penghibur di kala duka
Pencetus idea di kala buntu
Aku juga tahu kau juga sama
Tidak pantas berpisah
Aku tahu kau menangis
Ingin lagi berbakti
Ingin lagi mencoret
Jangan sedih penselku
Pergilah kau ke sana
Ke kotak kitar semula
Itu jasamu terakhir...


Pangeran Indera
Brunei
12mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak daripada Pengeran Indera bertajuk PENSEL KONTOT. Agak jauh dari Brunei.Terima kasih menyertai blog CR ini untk bersama kita kongsi pengalaman. Dulu en nuri ada seoarng sahabatnya nama pena Hadi Marhain (Lemah Ahmad) pernah bertemu di Tasik Biru Serawak Dia pernah kursus atau belajar di USM. P.Pinang dan bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei lama dulu, kini telah terputus kesemua hubungan. Tiada kad ucap selamat hariraya lagi.

Sesuatu yang kita saying cukup amat bermakna. Walaupun sebatang pensel kontot dan tidak boleh diguna lagi. Tetapi kalau dinilai jasanya tentu penuh maana, sebatang pensel boleh kita menulis beribu patah perkataan, malah mencorak menceritakan dan mencatatkan apa saja. Mungkin bila keadaan berubah, zaman laptop menguasai dunia Kini. Pensel ketot tidak diguna lagi, malah susah pula hendan dipegang, malin masuk
Tempat kisar semula. Agar kau PK lahir dengan wajar baru untuk menyambung jasamu dahulu.

Qalam Mutiara berkata...

Masallah solat witer.

Sebenarnya nabi Muhamad saw. tiap malam solat witer bukan dalam bulan puasa saja selepas solat sunat yang lait. (witer ertinya ganjil atau pun solat penutup - ganjil pada rakaatnya
penutup selepas witer x ada solat sunat lagi)

Biasanya dilakukan dhujung malam atau selepas issyak. masallahnya. lepas solat witer tharawih ada
orang nak buat solat sunat tahajud
dlln, sebelum syahor, Bagaimana?

Saya difahamkan boleh buka balik solat witer dengan solat witer satu rakaat semula, kemudian buat solat sunat apa pun, kemudian tutup
balik dengan sunat witer satu rakaat, campur semua 3 + 2 jadi lima semua ganjillah itu.

Ibrahim Lee berkata...

xphm la pasal solat witer ni....

Richard Sirosa berkata...

sy cuma buat solat 5 waktu saja psl witer ni xthu plak?

Kevin Chong berkata...

solat witer tu wajib ke kena buat en nuri?

Tanpa Wajah berkata...

terima ksih en nuri berkongsi psl solat witer ni...

Golok Buta berkata...

aku kdg2 dh lupa pasal solat witer ni... hehe

Pedang Kesatria berkata...

x buat solat witer xpe ke en nuri???

Sarah berkata...

eh! pasal solat witer pun ada? thnkz! sy mmg nk cari info psl ni...

Zain Issac berkata...

solat witer ni kena buat ke? klu x buat xpe ke?

Panglima Ketot berkata...

pening jgk baca pasal solat witer ni....

Olie Pajutdy berkata...

smoga kita dpat menambah ilmu tentang solat witer

Guest berkata...

ah guat kata sayang malaysia?? bkn masa tu nama malaysia malaya ke?

Ustaz Majusi\ berkata...

klu dlm islam salah dorg ni terlalu agungkan cinta smpai snggup mati bersama...

Man Pendek berkata...

sdih plak baca kisah ah guat ni>???

Badrolshah berkata...

cerita ah guat ni kalau buat drama ke filem meleleh air mata org tgk... sbb bila baca pun dh sedih...

Kaki Hantu berkata...

sedih btol baca pergorbana dorg ni....

Budak Surau berkata...

asyik bersembang je dorg dua ni? kena bom bru thu...

Tetamu Malam berkata...

huh! babak ni agak sedih sikit... apa la jd seterusnya nnt

Jengking Perak berkata...

ah guat ni asyik bersembang je bila dorg nk terkorban ni? hehhe

Ustazah Janariah berkata...

teruk sgt la swee lan ni sayang ah guat melebihi segalanya...

dam catur berkata...

panjang jugak kisah cinta ah guat ni???

Nasruq Haqq berkata...

agak2 dorg akan mati dalam pelukan la bila kena bom nanti....

Firasat Hikayat berkata...

dorg ni umpama nk bunuh diri je sbb x lari pun...

Mat Noh berkata...

lps hbis cerita ah guat ni en nuri ni siar kisah apa plak???

Brader Joe berkata...

panjang jgk kisah cinta ah guat ni? bila dorg nk mati kena tembak ni?? hehe