sajak pilihan ahli Cr.
Salam kepada semua,
sesuatu berlaku dalam kehidupan
kita tidak mampu mengelak
mengubah sebahagian kehidupan
sedikit demi sedikit
andai aku tidak akan seperti dulu
gagal menyusun kata
tidak lagi manis bicara
jangan salahkan aku
hukum itu dari 'Dia'
kamu juga harus pandai tempuhi
kehidupan ini bersendiri
ketika aku hanya mampu
menghela nafas lesuku
sambutlah salam mulaku
terima juga salam akhirku
bila nanti ada nokhtah
disitu kata bicara akan berhenti
namun airmataku pasti akan gugur
sesuatu berlaku dalam kehidupan
kita tidak mampu mengelak
mengubah sebahagian kehidupan
sedikit demi sedikit
andai aku tidak akan seperti dulu
gagal menyusun kata
tidak lagi manis bicara
jangan salahkan aku
hukum itu dari 'Dia'
kamu juga harus pandai tempuhi
kehidupan ini bersendiri
ketika aku hanya mampu
menghela nafas lesuku
sambutlah salam mulaku
terima juga salam akhirku
bila nanti ada nokhtah
disitu kata bicara akan berhenti
namun airmataku pasti akan gugur
OLEH: ZAINAL ARIFIN
Kota Damansara
11malam khamis 12 Ogos 2010
diterbitkan semula tanggal 14/02/2011.
Kota Damansara
11malam khamis 12 Ogos 2010
diterbitkan semula tanggal 14/02/2011.
50 ulasan:
1.Saya ada bukti kukuh – Rahimi
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.
Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.
''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.
"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
SAMBUNG
MERANGKAK
merangkak dalam kepayahan
terasa mahu lepaskan segala
duri tajam terasa menusuk
tidak mampu kutahan lagi
namun aku masih tersenyum
kerana senyumanmu tetap terukir
walau perit walau pedih
tetap terukir di bilah bibirmu
jadi pendorong buat berdiri
akhirnya bisa ku bangkit berdiri
melangkah demi selangkah
semakin mara ke hadapan
akhirnya aku kembali berlari
kembali ke landasan asal
kerana sebuah senyuman
manis dan tetap mesra
sama seperti waktu dahulu
pasti kujaga pasti kubela
agar ia tidakkan terhapus
moga kekal hingga akhirnya…
SYEIKH AL HABIB
sajak tentang mngatasi kepayahan diri
DUNIA SEBELAH SANA
sebenarnya berkurun lama
aku mengintai dunia belah sana
pada satu saat aku
berani melangkah masuk
hingga aku sedar
aku tak mampu bernafas
di dalamnya buat aku kembali
sayang pada dunia sendiri
terima kasih anda di dunia sana.
Aku yang mabuk dek kamar cinta,
Tiap jajahan fikirku cuma ada,
katakan saja aku memang gila!
Siapakan waras digoda itu
KERIS SAKTI
sajak simbolik
TONGKAT
meraba aku dalam gelap
tiada langsung arah tuju
tidak kujumpa jalan hadapan
semuanya gelap hitam pekat
terpegang sebatang tongkat
pembantu memandu arah
walau arah tiada kepastian
semangat membara tiba membuak
rupanya tongkat itu tongkat keramat
ada sinar penyuluh jalan
ada semangat warisan berzaman
ada penawar penyembuh jiwa
tiada lagi aku meraba
sinar cahayanya makin terang
jalan hadapan terpamer jelas
tongkat itu teguh kugenggam
pasti takkan kulepas lagi
aku pewaris mutlak tongkat itu
tongkat peninggalan muhammad…
ENCIK SANUSI ROSTAM
sajak simbolik harap qalam dapat menangkapnya
ANAK MELAYU BUKAN LEMAH
Kelmarin saat bulan menyinari bumi
Saat bintang bertaburan indah
Aku merenung ke jendela usang
Terfikir dek akalku
Apakah menjadi impianku?
Tersingkap sudah rahsia,
Tatkala kakiku melangkah kepentas,
Dapatku rasa impianku
hampir tercapai
Hari ini didalam sejarah,
Harapan kelmarin tercapai sudah,
Kini,dapat kubuktikan bahawa
Anak melayu tak pernah lemah!
RAJA MUDA
sajak simbolik
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
sajak kesedaran atau keinsafan nilai hidup yang kita belajar tidak semestinya memasuki tempat pengajian tinggi atau Universiti, tetapi pengalaman telah mengajar kita, apa yang kita dapat dan punggut dari situasi yang kita alami saban hari. Malah kita tidak perlu membayar harga masa. Ilmu dan pengalaman itulah telah mengajar kita jadi waras dan berpengelaman telah memberi lebih keinsafan atau kesedaran bagi berfikir dengan rasa kewajaran untuk melaksanakan tugas. Malah dengan ilmu itu jugalah kita mengenal makrifat dan keasaan Tuhan yang maha agong dan bijaksana. Mengurniakan seketul daging bernama hati dihantar ke otak bagi diterjemahkan untuk nilai perbezakan kehidupan di dunia ini. Amin (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak keagamaan sempena kedatangan maulidulrasul ulang tahun kelahiran nabi kita Muhamad saw sajak bertajuk: TONGKAT oleh ketua Pb. Encik Sanusi Rostam dengan pengucapannya mengambarkan dahulu kita hanyut gelap dalam kegelapan mencari arah sebenar dalam kehidupan , kedatang rasullullah yang tuhan utuskan kini membawa sinar atau tongkat menunjuk arah jalan kebenran sebagai azimat,atau ubat keramat, penawar penyembuh jiwa rarga. Kini gemgamlah tongkat dan azimat itu sehingga samapi keakhir hayat nanti. Amin layak dicalunkan seterusnya (TU).
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak ada berbau politik oleh sdra Keris sakti dengan tajuk: DUNIA SEBELAH SANA Kebangkalian si penulis tertarik dan terjebak dengan kecelaruan minta buat seketika Apabila terdengar lagu nyanyian puisi taridera yang
didendangankan oleh ahli-ahli fakir dunia sebelah sana. Memang terpedaya dan mempersona. Tetapi kini ternyata lagu nyanyian puisi taridera, wayang tongkol, wayang gelap dan wayang kulit semuanya bagai palsu atau omongkosong belaka sekadar sama dengan ahli silap mata. Kerana mabuk kuasa sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik sempit membabi buta. Syabas! Layak dicalunkan seterusnya (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak piteriotik berbentuk simbolik oleh raja muda bertajuk ANAK MELAYU BUKAN LEMAH. Ternyata hajat dan cita-cita seorang kerabat di raja yang selalu berjiwa rakyat tidak lalai dan lupa akan bangsanya yang dicabar dan dipelekehkan Dengan selalau mengalah dengan, tak apalah, jadilah, sudahlah, biarlah, tidak sepatutnya anak melayu amalkan, kerana kita selalu malu alah, kita akan layu dan kita akan kalah. Ini tanah air kita sendiri perlu bangkit menjadi ketuaanan di Negara kita sendiri. Semangat piterotik patut disemai dalam jiwa anak bumi putera, barulah mereka tidak mudah jadi pendurhaka bangsa dan tanah air sendiri. Syabas! Raja Muda. Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)
sajak ana kali ni rasanya takda harapan nk menang
kalau aku kalah hbis la geng politik xde wakil...
rasanya sajak sy boleh menang lagi ni
aku yakin sah aku menang ni...
dia dapat tangkap balik x agaknya?
dah la nak tangkap susah skrg terlepas plak? aduh
msti dia marah gila kat anak dia ni
salah bunian tu jgk kena x bagithu anak dia awal2...
anak dia msti sedih gila sbb dia mak dia jd hantu balik
kalau aku jd ali canon mengamuk gila aku kalu bini jd hantu balik
sajak ni mcm lawak plak cerita kucing tua plak?
sajak ni pasal kucing ke atau ada mksud lain ni?
sajak kucing ni lain sikit dari yg lain? hehe
sajak apa plak zainal ni?
sajak simbolik plak zainal ni?
sajak mcm tentang kehidupan jer?
sajak ketuhaan ke ni?
sajak sy tersiar plak kali ni terima kasih en nuri!
sajak tentang mangharungi kepayahan diri kan?
sajak mmg xphm kali ni
apa plak sajak zainal ni?
sajak zainal susah nak tangkap ni
sajak jiwa2 ke ketuahan zainal>
sajak kali ni agak pening jgk dari zainal
rupanya anuar ni kwn baik dgn yahudi rupanya?
nampaknya dia kianat kpd negara
entah apa lagi tembelang anuar akan pecah kita tgk nnt
anuar ni penipu rakyat rupanya selama ni
nampaknya zaman kejatuhan anuar akan bermual kita tgk nnt
eh! anuar ada firma? apa firma tu en nuri?
apa anuar nk putar belit nnt sbb tembelang dia smua org dh thu
di harap anuar x terlepas kali ni sbb dari dulu bila kes dia msti dia terlepas
wa! anuar ni jutawan di US celaka btolz!
rasanya org yahudi yg support anuar klu x mcm mana dia ada duit?
kena segera siasat ni mana anuar dpt duit?
entah2 dia guling duit rakyat apa anuar ni bukan boleh percaya sgt
anur ni makin menjadi plak kegiatan jahat dia
KENA SEGERA TANGKAP ANUAR NI MANA LA THU DIA BERPAKAT DGN YAHUDI NAK SERANG MALAYSIA???? BOLEH JD MUNGKIN
di harap tindakan displin segera dia ambil oleh najib
buat malu rakyat malaysia saja anuar ni
Harap maalum!
saya x boleh jawab semua soalan. ada masallah sadikit, laptop jadi
gila pula pagi ini..
Catat Ulasan