Selasa, 1 Februari 2011

PERNIAGAAN





Satu usaha yang ikhlas
akan dihimpun di akhirat
dan dikira pahala-pahalanya
menolong orang yang susah
kerana kesempitan kehidupan.

Ikutilah perundangan Islam
9 dari 10 rezeki itu berniaga
demi kebenaran istilah maslaha
tiada kezaliman pada usahawan
dan penguna yang memerlukan.

Jika ada untung yang besar
keluarkan zakat dengan segera
semoga dapat bantu belanjawan
negara dan mashab yang lapan
ekonomi aman dalam perdagangan.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 23/09/2009.
melihat pasar malam bayan lepas penang.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 7

Mereka bertiga melihat keadaan Ali canon bukan sesuatu yang boleh membahayakan keadaan, akhirnya mereka membatalkan ikatan dan membuka toping kain masing-masing, kemudian memberi bantuan apabila melihat keadaan Ali canon yang bagai tidak bermaya. apa tah lagi untuk melawan. Meereka tahu mungkin Ali canon telah dirasuk selama ini. setelah mereka melakukan jampi serapah dan menyedarkannya dengan peralatan yang disediakan. kini ali canon mulai sedarkan diri.

Dua orang daripadanya Malik Wijaya dan Adi cana memapah Ali canon untuk keluar dari teratak di tengah rimba itu. Mereka bercadang hendak pulang sebelum malam, sesekali perasaan seram masih juga menguasai suasna, mereka terasa lembaga langsuir itu seperti memerhati mereka, tetapi mungkin dia tidak boleh menjelma di siang hari,


Sewaktu di pertengahan jalan dalam keadaan Ali canon masih terhoyong hayaing berjalan dipapah oleh kedua rakannya Nampak kelihatan lemah dan leteh, tetiba ada
Kucing putih itu melintas di hadapan mereka, Irafanul Haq terhenti seketika, dia mula mengawasi keadaan sekeliling dengan matanya. Lantas membaca pula jambi serapahnya. Terasa benar bagai ada orang cuba menyekat perjalanan mereka.


Malik Wijaya menghunuskan parang ladinnya pusaka warisan dari jawa yang dititip pada mata parangnya besi berani waja bersama tahi besi dan timah tembaga, yang boleh mengerunkan musuh dan makhluk halus atau jelmaan binatang buas dan hantu rimba dalam hutan belantara. Dalam remang bulu tengok yang berdiri, diantara berani dan rasa takut, mereka bertiga bertapak perlahan-lahan mengundurkan diri meninggalkan kawasan penuh misteri itu.


Beberapa ekor anak burung hantu terbang melayang di atas kepala, bagai menyeringi Pemergian mereka, kera dan lotong juga, kedengaran semacam bertempek sorak lari ketakutan bagai ternampak sesuatu yang mengerunkan dan luar biasa. Kemenyat habsi mulai dihidupkan , tahi bisi dilepar sebagai penghalang, paku lima encik dimain-mainkan di tangan, rantai bawang putih dikalongkan kepada tengok Ali canon.


Hampir sejam dalam perjalanan dan beberapa kali pula kucing putih Cuma melompat Dan menghalangi perjalanan mereka, akhir mereka sampai di satu kawasan dusun sempadan perkampung orang asli. Bila terasa bulu roma mulai kurang berdiri mereka berempat pun berhenti seketika untuk berehat.


Di bawah sebatang pokok meranti tua, Sebelum membantu Ali canon dalam keletahan untuk memberi sadikit menuman air Jampi, tetiba seketul dahan meranti tua jatuh hamper menghempap Ali canon yang masih besandar di panggal meranti tua itu.

BERSAMBUNG.

Thai Tham berkata...

IBU KUCING

terlihat si ibu kucing
menjilat mesra anak kecil
terserlah sifat keibuan
nyata tanpa batasan
teringat belaian si ibu
waktu kecil dahulu
jaga tanpa jemu
layan tanpa keluhan
terpandang harian metro
kisah si ibu durjana
anak terbiar terpinggir
kaku di almari baju
ajaran siapa diikut
ajaran si ibu kucing
jauh sekali beza
ajaran si ibu sendiri
langsung tiada jejak


Thai Tham
sajak spontan jer buat ni

Keris Sakti berkata...

WAHAI SI GILA

wahai si gila
mengapa kau biarkan kami
menggila di sini
gilalah kamu seorang diri
usah kamu gilakan kami
dengan lagak gilamu
dengan kehendak gilamu
kami masih waras
punya akal punya rasa
kami masih tahu
apa baik apa buruk
oleh kerna gilamu itu
kami terpalit sama
bau busuk gilamu itu
kami tak rela jadi gila
kami cakap penuh akal
kami buat penuh fikir
kamu itu gila bukan kami…

Keris Sakti
sajak utk sipolan tersebut

Syakila Adnan berkata...

CERITA KABUS

di taman berkabus
lelaki itu merasai gigil kakinya.
hujung jalan yang ditinggalkan
sukar dirembus kembali.
garam pengalaman
masin berbaur di bahunya
gemerlap cahaya
menyilau menikam ke hujung jantung.
salam tiba tiada didengari lagi.
setiba lelaki itu ke pintu kamarnya
sebatang lilin membakar
gigilnya keras.
di halaman itu
dakwat hitamnya tertumpah
menyerak merosakkan diarinya satu.


Syakila Adnan
sajak simbolik

Balqish berkata...

ZUHUD

mengapa kamu berbaju lusuh
zuhud katamu
mengapa kamu bermotor buruk
zuhud katamu
mengapa tinggal di pondok usang
zuhud katamu
benarkah begitu wahai si zuhud
kau punya ladang meluas
kau punya sawah berelung
duit tak habis dimakan
apa kamu tidak kasihan
lihat anakmu itu
dengkikan kawannya berbaju baru
berhujan panas di belakang motor
menggigil sejuk kala malam
mana pergi fikirmu
tuhan limpahkan nikmat
buat sekalian hambanya
kau kufur nikmat kasihan…


Balqish
sajak utk jiran saya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Thai Than sajak IBU KUCING. seorang penyumbang ruang berita sms cosmo dulu pun en nuri pernah juga Menghanatar sms ruangan tersebut, setelah diberi lima nama dia berhenti, kini diabuat blog sendiri. Pengucapan anda sama catatan menulis berita, walaupun punya penceritan dengan maksudnya yang jelas. Begitulah kehidupan kita dini hari, kekadang haiwan kucing itu lebih menyangi anak-anaknya. Begitu juga seorang ibu yang ada keimanan, Ini semua factor gejala sosial bebas pergaulan, bla terlanjur, baru rasa malu, akhirnya buang anak tidak menentu. Bila rasa malu sudah tiada pada sesaorang itu, pertanda ia akan jatuh dikemudian hari nanti. Semoga kita semua tidak jadi begitu. Amin (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Keris sakti dengan sajaknya berkepalakan WAHAI SI GILA. Ternyata pengucapannya terasa sinis pada sesaorang yang mungkin digelar sesumpah. Kerana kepintarannya menukar warna-warna kehidupan sesekali mengelirukan pengikutnya, kini cuba lagi bermain sandiwara untuk 30 perlimennya kerana dikhuatir mereka akan melompat pula atau keluar jadi sang bebas sahaja. Kerana lewat kebelakangan ini orang kuatnya satu-satu menarik diri. Ini gara-gara orang sudah rosak iman, bila kelicikannya dan bau busuk telor tembelangannya telah banyak yang pecah. Siapa yang mahu menahan bau pekong yang busuk itu. Ditekan dengan keengannannya melakukan sumpah laknat yang amat ditakuti sehingga kini.. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

CERITA KABUS oleh syakila Adnan penceritaannya mengingatkan kita pada lagat Manusia yang sudah terjebak keperangkap najis dadah . Terlalu sukar untuk diubati
Atau untuk mundur kembali kebelakang, biasanya sejarahnya yang terpalit amat sukar
Untuk dia membersehkannya kembali. Kecuali jika cepat dikesan, jika kakii sudah pun mengigil keadaan badan pun telah bergoncang. Pergelangan tangan dan lengan pula penuh dengan lubang, terlalu susah dan menyedehkan. Hanya tahan saja untuk Pemulihan dan rawatan. Semoga bangsa kita sedar akibat dadah memerbahaya, amin
(U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

ZUHUD sajak dari Balqish menceritakan tentang seorang yang menyalahgunakan keadaan zuhud yang sebenar, nabi pun ada berkata, rengkasnya, bukanlah cara aku. Jika beribadat tidak perdulikan tanggung jawab anak isteri, kerana aku berpuasa, aku berkhawin, aku bekerja dan sebagainya . Kalau kita berdakwah atau mengikut rombongan berjumaah, jika anak isteri tidak terjaga dan terbela. Ini pun satu kewajipan yang akan disoal diakhirat nanti. Sebaiknya dunia dikelik, akhirat dijunjung. Semoga mereka mengerti. Amin (3)

Nasruq Haqq berkata...

eh! ingatkan dorg nk tangkap xjd plak?

Ustaz Zamree berkata...

ni kes aniaya ni sbb ali canon lemah..

Jeffry berkata...

mmg klu org kena rasuk dia kuat bila dh sedar lemah...

Lukiee berkata...

eh! dorg nk bwk ali canon kluar dari umah tu x bahaya ker?

Kembara Budiman berkata...

eh! kucing tu halang dorg plak?

Angker 13 berkata...

patutnya bunuh saja kuicng tu

Pedang Kesatria berkata...

eh! semua binatang pun bertempik kenapa?

Olie Pajutdy berkata...

hanya dorg bertiga je hantu x boleh buat apa?

Roslan Bidin berkata...

eh! dorg bertiga ni xkne rasuk plak?

Ali Canon berkata...

patutlah dorg pegi siang klu mlm xthu la ape nsib dorg ni

Jengking Perak berkata...

kenapa ada burung hantu plak?

Ustaz Rahman berkata...

eh! burung hantu tu jelmaan jgk ker?

Ezad Emir berkata...

eh! smua binatang mcm takut je kenapa?

Saizul Maizav berkata...

smua binatang dalam tu hantu je ker?

Tok Mahat berkata...

eh! ali canon dh selamat nampaknya

Jessica Liew berkata...

ladin ni bnda apa plak?

Yusof Lim berkata...

paku lima tu apa?

Bob Kuli berkata...

paku lima? klu buku 5 aku thu la

Mat Noh berkata...

malam nnt x thu la apa jd sbb ali canon xde dh kt rumah tu?

Sudin Ramlee berkata...

hantu tu msti mengamuk pnya

Pak Haji berkata...

mlm2 msti hantu dtg semula tgk xde ali canon hbis la...

Rossa Long berkata...

ingatkan dorg bertiga ni jahat rupanya baik

Tetamu Malam berkata...

selamat x mati ali canon tu

Umar Haslam berkata...

huh! hantu tu xthu ke dorg dh bwak kluar ali canon?

Pak Bostamam berkata...

rasanya msti hantu tu esok mengamuk kaco semua org kmpung

Seri Suri berkata...

eh! mana hantu tu siang mmg xde ker?

Balqish berkata...

wah! berjaya dorg dorg bwk kluar ali canon

Julia berkata...

jahat btol hantu dia seksa ali conan

Abang berkata...

mcm mana la akhir sekali cerita ni makin suspen plak?

Putera Damien berkata...

agaknya dorg boleh selamat ke takut hantu tu thu kedudukan dorg

Adi Cana berkata...

lps ni kena buka perniagaan la...

Mei Ling berkata...

rasanya rezeki mmg byk dtg dari niaga

Jalal Rafzee berkata...

selalunya org keje sndiri lagi kaya dari yg mkn gaji

dam catur berkata...

sajak lama nampaknya pasal niaga ni

Datuk Hasbi berkata...

nampaknya kena kluarkan zakat la lps ni selama ni lupa

Datuk Murad berkata...

dapat rezeki dari main saham pun kena bayar zakat ker?

Pak Awang berkata...

byk org terlepas pandang ni sbb x bayar zakat

gelora maya berkata...

esok nk tanya ayah aku dia bayar zakat x... hmmm...

Richard Sirosa berkata...

zakat tu wajib kena bayar ker?

Harimau Berantai berkata...

zakat aku blum bayar ni alamak! esok kena segera bayar

Tanpa Nama berkata...

seram cerpen ni