sajak pilihan Pb. CR,
Aku perempuan besi,
aku tahan caci maki,
yang dihambur dek mereka,
aku peduli apa,
bencilah aku,
tusuklah aku,
tikamlah aku,
aku ini perempuan besi,
kerana itu aku;
takkan luput dimamah kamu,
takkan reput dikunyah kamu,
ingat ini,
aku perempuan besi.
aku tahan caci maki,
yang dihambur dek mereka,
aku peduli apa,
bencilah aku,
tusuklah aku,
tikamlah aku,
aku ini perempuan besi,
kerana itu aku;
takkan luput dimamah kamu,
takkan reput dikunyah kamu,
ingat ini,
aku perempuan besi.
OLEH: SERI SURI.
ketita di pulau langkawi
5 ptg
Dicatat oleh Nurimanja di 17:53
ketita di pulau langkawi
5 ptg
Dicatat oleh Nurimanja di 17:53
50 ulasan:
===============================
pusingan pertama
1 AH CHONG
2 ZIARAH MAKRIFAT
3 USTAZ SAHZAN
4 INSPEKTOR HALIM
===============================
pusingan kedua
1 AYOB ZAKARIA
2 SYED FAISAL
3.ENCIK MAHATDIR
4 NAJWA TAMRUN
5 SAIZUL MAIZAV
6 USTAZ RAHMAN
7 USTAZ MUDA
8 PAK HAJI
WAYANG KULIT (ustaz rahman)
di balik tirai putih
tok dalang menguasai sendi gerak
melakonkan menyuarakan semahu hati
Wak Dogol berkepala botak
menggembirakan anak-anak kecil
mereka ketawa balik dan tidur
hidup ini mudah buat anak-anak.
di balik tirai tanpa warna
manusia cerdik
dengan lambang kepartian
berlagak tenang di sebelah peguam
tapi macam budak sawan
ketika diajak berkereta
masing tunjuk dengan jari
aku betul kamu salah
kita cuma agak-agak
hidup ini mudah buat berpengaruh.
di balik tirai tanpa apa-apa
manusia minority cuba jadi hebat
dalam peristiwa mencipta babak lain
main tolak-tolak dan tampar-tampar
main sorak-sorak dan maki-maki
lain senyum-senyum komentar kita cuma geleng-geleng
hidup ini mudah buat merasa hebat.
Ustaz Rahman
sajak simbolik sinis tp mudah sahaja utk qalam menangkapnya
BUMBUNG RUMAH TUMPANGAN
waktu meletakkan keletihan dikatil lalu aku memandang ke wajah bumbung
antara bumbung yang kosong itu
aku sisipkan banyak wajah
aku terasa dekat.
tapi dengan segala kekurangan
hasrat aku dikunjungi resah
jika sepasang kaki kujatuhkan ini
tersesat dijalan segala kepercayaan
juga kemesraan mereka di hatiku
hilang seketika lalu ketabahan ini membatasi segala menyakinkan aku rumah tumpangan ini harus terisi
Saizul Maizav
sajak simbolik sikit
DI TIAP KEHIDUPAN
Dalam tiap kehidupan terselit hakikat pahit untuk ditelan
tetapi kelat itulah penawar
untuk jiwa yang keras,
Dalam tiap kehidupan pelik
itulah benar terjadi bagi percaya
tentang tabir allah yang ghaib,
Dalam tiap kehidupan hamba allah
disembunyikan kenyataan
agar kita bisa mencari dalam kasih
Dalam kehidupan tertulis sudah
penentu yang sulit bisa berganjak
dengan doa mustajab dalam apa kehidupan menanti dihadapan
kita tetap mencari erti tersirat
dibalik pertemuan apakah
gelap atau terang dihujung
masih jauh untuk digapai
tapi tidak mustahil untuk sampai….
Ustaz Muda
sajak tentang kehidupan
MEMBACA PETA HIDUP
membaca peta hidup
di awal simbolnya kelahiran
di akhir simbolnya kematian.
membaca peta hidup
di awal gridnya memenuhi keduniaan
akhir gridnya memenuhi kerohanian
membaca peta hidup
di awal mata anginnya,
dikenali dan tersanjung
di akhir mata anginnya,
dihormati dan terlupakan.
Pak Haji
sajak simbolik yang mudah saja
Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington
SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.
"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.
"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.
ESOK SAMBUNG.(PETEKAN AKHBAR UTUSAN)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak ustaz rahman menyentuh tentang kehidupan keadaan dunia politik kita dini hari. Seakan sama seperti wayang kulit di pantai timur, atau wang tongkol di utara tanah air dan wang gelap pula di Selangor. Mesti ada tukang karut, pengarah cerita dan seorang sang dalang yang menyusun cerita. maka jadilah apa yang dirancana, soal suka tidaksuka khalayak tidak tahu apa semuanya sudah celaru minda, ikut saja apa sang dalang Dan kuncu-kuncunya kata. Betul saja. semoga kita dapat berfikir dengan sewarasanya. Amin layak untuk dicalunkan (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sazul Maizav cuba mengesahkan tempat tumpangannya di rumah pangsa kos rendah barangkali dengan masyarakatnya yang berbagai kerenah dan gaya memeningkan kepala kita dibuatnya. Tidak bermasyarakat salah cuba bermasyarakat lagi banyak kerenahnya. Kini sekadar jinak-jinak lalat saja, jangan kita menganggu ketenteraman jiran atau orang awan , sudah cukup baik dikira.layak untuk dicalunkan (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak ustaz Muda juga menyentuh tentang kehidupan manusia yang telah terlontar di dunia ini, kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang ditentukan tuhan dalam menempoh cabaran asam dan garam kehidupan. Hanya dengan keyakinan iman dan ketauhidan yang kuat dapat mengatasi segala ujian dan cubaan.Tidaklah mustahil untuk dicapai. Layak dicalunkan (TU)
Sajak Pak haji ternyata skopnya begitu luas dan baik untuk diperktakan. MEMBACA PETA HIDUP . juga membicarakan tentangkehidupan semasa lahir hingga kemati.dan gaya dan cara kedudukan kita dalam kehidupan. Bagaimana angina kita untuk mendapat kedudukan yang terpuji atau sebaliknya. Kerana sajak ini terlalu rengkas dan pendek agak samar-samar maksud pengucapannya. Layak dicalunkan (TU) - (U) tetapi perlu ada undian pula dan terpaksa ditolak jadi (U) sahaja..
aku condint sajak aku boleh menang rasanya
saya x pasti sajak sy ni boleh menang sbb sama dgn syed faisal tentang pergolakan di mesir...
sajak aku sah xmenang sbb ada bahasa kasar sikit
sajak aku rasanya x cukup puitis kot
sajaksy ambil idea dari sajak en nuri harap en nuri benarkan sajak x sama maksud sy tukar2 sikit....
rasanya sajak sy boleh menang sbb ringkas dan padat jgk
mngkin sajak aku xmenang mngkin dpt kat penyair agung dgn pak haji
sajak aku rasanya puitis tp saingan hebat2
sajak pasal balasan di hari akhirat ker
sajak nasihat yg menarik
walaupun x phm sajak en nuri tp best jgk baca
mungkar dan makrup ni apa?
sajak tentang peringatan jer...
sajak ketuhana lagi ke nampaknya?
eh! sajak pasal lain xde ke en nuri?
byk sajak ketuhanan je nampaknya
sajak menarik jgk kali ni wlpn x phm
sajak apa ni xphm la
nampaknya sajak2 en nuri skrg susah nk paham la
sajaka apa plak ni? smua ayat2 sy xthu
macam robot plak pmpuan besi ni
pmpuan besi? seri ni tomboy ke?
eh! kenapa pmpuan besi? keras bunyinya
pmpuan besi? msti seri tahan lasak ni
wah! sajak mcm nk tunjuk seri ni kuat jer...
nampaknya sajak ni membuktikan seri suri boleh menerima cabaran
kuat jgk hati seri ni sbb besi
semoga kita ikut sajak en nuri ni buat baik dgn semua
nampaknya lepas ni kena kerja jujur sbb dia soal disana kelak
rasanya dia ni tah judi kot sbb tu byk duit
entah2 dia godam duit bank agaknya?
dia main saham kot? sampai byk byk duit dia ni
rasanya jutawan israel kot yg support?
mana dia dapat duit sebanyak tu entah duit halal ke haram>
eh! selama ni xde sapa thu rupanya dia ni kaya di USA
ni msti duit dia menipu duit rakyat ni
ENTAH2 DIA AMBIK DUIT KERAJAAN NEGERI AGAKNAY?
mngkin bush dan tony blair yg support kot?
rupanya jutawan la anur ni dalam diam2...
nampak mcm sengkek je rupanya dia kaya! dia tipu rakyat selama ni
Catat Ulasan