Rabu, 2 Februari 2011

PENYAKIT BURUK KITA




 
Penyakit buruk kita
yang ada dalam rohani
tidak akan masuk syurga
walaupun sebesar debu halus
perasaan hasad dengki dan fitnah.

Orang suka melakukan
perkara  syirik dan mungkar
menduakan tuhan, minum arak
berzina, judi dan bertenung nasib
Allah mencabut imannya dari tubuh.
sepertimana orang yang membuang pakian
dari tubuhnya, bogel tidak ada perasaan malu.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan kuliah subuh,
beberapa tahun yang lalu/2008.




50 ulasan:

nurimanja berkata...

SIRI CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 9.
_____________________________________________________________________



Sebelum mereka bertolak mereka berjumpa dengan tok batin rumah panjang orang asli agar diberi sadikit pertua, tuk batin Cuma tersenyum, katanya langsuir itu sudah jatuh hati dengan Ali canon. sebelum mereka berempat pergi meninggalkan kampong tuk Batin orang asli itu, mereka sempat dibekalkan dengan limau purut, sabun sintuk dan lada hitam, bersama bawang tunggal .Sebagai mengangdang halau langsuir .


Sesampainya mereka ke pinggir kampong Irafanul haq telah terlebeh dahulu pergi menemui atuknya yang sudah tua berumur 90 tahun itu, minta dipulihkan rakannya Ali canon. Sesekali mereka rasa kasihan pula, bila mengenangkan Ali canon membawa diri kerana rasa terhina dengan ejekan atau sikap-rakan-rakannya yang lain di kampong itu.


Hampir sebulan lebih masa berlalu Ali canon tinggal di rumah datuk Irafanul Haq mereka bertiga telah sembunyikan Ali canon di bawah jagaan datuknya, mereka yakin orang tua itu tentu banyak ilmu kesaktiannya melawan langsuir itu jika datang lagi menganggu Ali canon.. Ketiga rakannya telah kembali ke kampong, Cuma Ali canon engan balik ke kampungnya kerana dikhuatir di hina dan dicaci oleh anak gadis dan pemuda di kampong itu.


Setelah beberapa bulan Ali canon kini kembali pulih sepenuhnya dan banyak juga ilmu pengetahuan dan perhutanan dan cara memujuk dan menagkap hantu jin dan syaitan atau mkhluk halus telah pun dipelajari daripa datuk Irafanul Haq. Satu hari Ali canon bercadang untuk pergi semula melihat terataknya yang ditinggalkannya itu. Dengan azam dan tekad yang kuat dia meminta izin dari datuk Irafanul haq yang tinggal bersindirian di pingger di hujung kampong itu.


Setelah semua bersediaan alat kelengkapan dapat dicarinya. Kebenaran dari datuk Irafanul Haq telah diperoleh. Ali canon tanpa disedari oleh ketiga rakannya telah pergi semula ke tengah hutan belantara itu untuk melihat kembali teratak yang pernah ditinggalkannya dahulu.

Sebelum matahari terbit bersama kicauan burung keluar dari sarang menacari rezeki. Ali canon juga melangkah mengharung embun pagi, bersama tekad yang bulat dan azam di hatinya untuk bertemu dengan makhluk yang dipanggil langsuir itu benarkah telah jatuh hati padanya.


BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

SEDUTAN CERITA . SELEPAS DUN TENANG MENANG oleh GELETEK PAGI

Ternyata 1 Malaysia rakyat di DUN tenag telah buka mata tiga bangsa telah pun bersatu MIC dan MCA dibantu orang kawasan felda. Membuktikan temberang jangan dijual lagi . Fikiran rakyat tidak celaru lagi. Ternyata segala bukti.


-Si hu! hu! Ahmad Sabu sekadar berani buat bantahan di kedutaan sokong pembangkan di mesir, tetapi gagal memekirkan untuk bawa balik pelajar kita yang terkandas di mesir. Hanya BN dan PM yang sedang berfikir bagaimana untung nasib mereka jika gagal dibawa pulang. Inilah cerita pembangkang cari publisiti murah, yang kita tetang pemerentah saudara Islam, carilah jalan berhemah, menyelesaikan masalah. Jangan pula pi goncang paggar nak tunjuk marah. Protes yang tak tentu arah.


-Mester bean yang gah kata di Tenang beribu perhimpunan penyukong PAS memberi sokong menapikan Tenag bukan kubu kuat BN ternyata meleset dan memalukan cakap lebih banyak pembohong dari merakah. Mereka juga tiru gaya BN Dr Rais Yatim membawa budaya kesenian di Tenang, uyang hadir bukan orang tempatan, tetapi penyokong pembangkang termasuk orang DAP dan PKR, termasuk orang PAS dari luar kawasan.


-Nek Aziz pula lebih suka solat hajat di surau bukit jalil untuk pasukan bola sepak Kelantan menang, daripada memikirkan banyak tumpuan untuk DUN Tenang. Sebab dia dah tahu, selepas GALAS dibawa dengan TENANG untuk dapatkan MELIMAU . Lagi pun bukannya kawasan DUN orang kita, tenang Ini memang kubu kuat DUN kempunyaan BN. Mengapa mr. Bean buat sebuk.

Raja Munir berkata...

KAMBING

wahai si kambing
usah terloncat di sana
kasihan mata melihat
apa kau buta warna
atau juga buta hati
mereka itu semua putih
mereka semua bebiri
engkau itu hitam
apa diturut kehendak
nafsu serakah menggelegak
jiwa kacau bergolak
bikin semua jelak
pergi kau dari situ
sebelum kau disembelih
diratah sampai licin
hingga tiada sisa
pergi kau ke sana
ke pangkuan teman
ke pangkuan saudara
ke pangkuan arah sebenar
kau pasti lebih berharga
lebih bernilai tiada ternilai…


Raja Munir
selangor
3pagi

Kaki Hantu berkata...

TERATAI

Pada setiap satu gugurnya daun
Itu adalah rinduku
Setiap angin yang menghembus
Itu adalah nafasku
Walau ia bukan cinta
Tidurmu tetap tak lena
Sejuk embun itu sentuhanku
Rasailah biar segar pagi harimu
Secantik ungu morning glory
Itu senyumanku Sambutlah
Sebagai peneman mimpi tidurmu.
genggam angin kalis tiris
satu persatu jadi nafas
mentari di poket sisi
saling melengkap buat teman
teratai dalam balang kaca
letaknya tinggi di puncak awan
garis waktu terlanjur rapuh
teratai tetap mahu pulang
kalah beradu takdir siap tertulis.


Kaki Hantu
sajak jiwa2 sikit

Panah Arjuna berkata...

DIA DATANG MEMBAWA SESUATU

pada saat kelahiran tidak terjangka
datangnya dia seperti
suluhan menerangi kelam
mengungkai setiap
belitan yang kesat dan lusuh
yang lansung tidak mengenal
dasar huruf henti meranjau
beberapa purnama jarak jauhnya
bertimpa segala kesakitan
meragut senyuman
menepis kalis atas tunjang
kemuliaan nawaitu dia
mengukir kesucian
bertumbuh dari dalam
kelahiran itu sememangnya
harus hadir nyata
pada kehidupan walau
dihenyak tanpa sedikit belas
sudah tertulis dia membuka perlahan tersirat
takdir telah menjanjikan
dua jiwa dalam satu alam

Panah Arjuna
sajak simbolik sedikit

Guru Yahya berkata...

MASIH

Masa yang berlalu begitu lantas,
Meninggalkan yang dihadapan,
Melesapkan yang tertinggal,
Melekakan si celik,
melupakan si buta,
Kadang masa menyeramkan aku,
Waktu dan saat pun begitu,
Tak penat mengejarku,
Masih lagi membuntutiku,
Tatkala keringatku kering,
Ronggaku haus,
Tapakku kebas, ku toleh,
Masih lagi ekori,
Tak tahu apa yang dikejarnya,
Padamu aku tiada apa,
Tapi padaku kamu berharga,
Masih lagi berharga,
Apa yang kau kejarkan?
Aku tahu, bukan kejarkan aku,
Kau hanya tepati tugasmu,
Kau hanya nak rugikan kami,
Masih lagi, masih tak henti.


Guru Yahya
Sajak simbolik harap qalam dpt tangkap

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

KAMBING nukilan rasa Raja Munir pengucapannya bagai bersahaja, tetapi punya maksud yang tersirat dan tersurat. Sesiapa pun akan marah dan melepas sinis melihat sikap dan kelakuannya. Si kambing hitam yang tidak mengenal erti keinsafan ini,tidak hairan jika ia pernah mengalamai lebam sebelah mata. Lompat dan langkahnya cukup
licik, setiap kesalahan dan kerenahnya orang lain yang terinanya. Selalu sajak perkena kawan dan rakan, jika ada kepentingan kita kawan, jika tiada lagi faedahnya kita bukan lagi kawan tetapi lawan, demi mempengaruhi keadaan dan kawasan rumput tebal yang hijau untuk dimakan. Untuk pulang ke pangkuan kaum keluarga, amat susah nampaknya, malah kaum keluarga sendiri pun sudah mulai curiga. Hanya tunggu saja malaikat al gojo datang menerpa. Ada berbau …… sadikit. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Kaki Hantu dengan nukilan sajak jiwa-jiwanya TERATAI sekuntum bunga jadi pujaannya Barangkali si penulis menceritakan akan kemesraan yang amat diharapkan semoga berpanjangan, kerana hari –hari yang berlalu bagai merastui perhubungan, cukup terasa indah dan mesra, bila jiwa dan raga tidak lagi berasa curiga dan gundah gulana, jika saling ada rasa percaya mempercayai maka kemesraan pun terasa bagai ada di mana-mana. Cuma hanya satu ingatan buat teratai di dalam kolam sedang menanti. Agar segera dipetik agar tidak sepi.Amin. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DIA DATANG MEMBAWA SESUATU oleh Panah Arjuna semboliknya terlalu menyulitkan dan ramai khalayak akan melepas pandangan jika diterbitkan kerana kurangnya maksud yang jelas untuk tafsirkan atau dibandingkan. Cuma andain, mungkin boleh di ceritakan dalam berbagai andain, Walau apa pun pengucapanya banyak lebih menyentuh tentang kelahiran seorang bayi yang selama ini dinanti atau diharapkan oleh sepasang suami isteri, dengan susah payah ibu mengandung , kelahirannya telah membawa kebahagian pada ayah dan bonda, sebagai taqdir dari Allah dan memberi harapan yang cerah untuk keluarga. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

MASIH sajak oleh Guru Yahya menceritakan mungkin tentang masa yang sering jadi mangsa pergelutan kita, masa berlalu dan pergi sering meninggalkan kita, dia tidak mengejar tetapi kita yang sering tertinggal, malah langsung kita tidak ingat bila masa
Kita telah dewasa, terasa kita sudah ada, berkhawin, beranak dan bercucu pula. Ah! Anihnya masa, begitulah keadaannya kita serring bergelut dengan masa, pejam celek hari pagi sudah jadi waktu senja, sesekali kita terasa bagai terperangkap dalam kekalutan masa. Sehingga kini kita masih, selagi nadi belum berhenti, kita tetap masih dihimpit masa. Amin (U)

Jessica Liew berkata...

sabun sintuk? apa tu?

Mei Ling berkata...

eh! ada jgk nama bawang tunggal plak?

Tetamu Malam berkata...

limau purut pun hantu takut ker?

Adi Cana berkata...

mcm mana langsuir tu boleh suka kat ali conan?

Ali Conan berkata...

alamak! langusuir suka kat aku plak? seram harap2 jgn jd btol

Seri Suri berkata...

nsem sgt ke ali conan sampai hantu pun suka?

Salam berkata...

eh! bawang tunggal pun boleh takutkan langsuir ker?

Danial berkata...

cerita ni btol ke rekaan semata2?

Ezad Emir berkata...

eh! percintaaan hantu dgn manusia plak ker?

Badrolshah berkata...

mcm mana languisr tu boleh terpikat kat ali conan?

Pak Kassim berkata...

rasanya ali conan pun keturunan hantu jgk agaknya? hahahaha

Nasruq Haqq berkata...

umur 90an ke? tua btol sy dalam cerpen en nuri ni

Kembara Budiman berkata...

sian dorg hina ali conan plak?

Julia berkata...

apa la salah ali conan sampai dihina sebegeitu rupa plak?

Ustaz rahman berkata...

sedih mengenang cerita ni sbb dpt lihat manusia kejam terbalik hantu plak baik?

Puan Rosnah berkata...

eh! tinggal dgn nasruq haqq plak dorg bertiga ni?

Ustaz Sahzan berkata...

rasanya dia kawin dgn langusuri tu la agaknya

Tanpa Wajah berkata...

berani dia pegi balik kat teratak tu

Pak Awang berkata...

buat apa dia pegi balik teratak tu?

Saizul Maizav berkata...

mngkin dia jmpa langsuir tu nangis agaknya?

Ustaz Sahzan berkata...

eh! jd bomoh plak ke ali conan lps tinggal dgn nasruq haqq?

Dang Anum berkata...

eh! kenapa dia nak pegi balik tmpt dia dulu?

Syakila Adnan berkata...

berani btol la siap nak pegi balik tmpt dia kena kacao tu

Encik Mahatdir berkata...

cari penyakit la buat apa nk pegi balik?

Atan yahoo berkata...

tua rupanya nasruq haqq dlm cerpen ni? hahahaha

Muhamad Akmal berkata...

kenapa panggil dia hu hu geletek pagi?

Comel berkata...

lama xnmpk geletek pagi ni

Kopi Susu berkata...

rasanya last nmpk geletek pagi thn 2010 jer....

MAdah Pujangga berkata...

geletek pagi xde cerita lawak ker?

Muhamad Badawee berkata...

eh! ahmad sabu ni sokong mubarak ker?

Petuelang Tiga berkata...

eh! ahamd dabu pun terlibat jgk tentang pergolakan di mesir?

Pedang Kesatria berkata...

eh! mr bean tu sapa plak?

Danial berkata...

eh! dorg siap goncang pagar ker?

Ambuyak berkata...

huh! solat hajat utk bola plak bukan tenang? hahahhaa

Sulaiman Embong berkata...

mngkin bagi dia bola lebih penting?

Satria Juragan berkata...

ada plak solat hajat utk bola? adoi.. hahahhaa

Bulan Terang berkata...

rasanya nik aziz solat hajat kat bola sebab dia confident bola boleh menang... hehehe

Keris Sakti berkata...

kenapa x solat hajat di tenang ni bola plak dia solat hajat? hahahhaa

Harimau Berantai berkata...

rasanya merlimau pun dorg terlepas jgk nnt... hehehhe

Datuk Hasbi berkata...

pelik btol bola dia solat hajat kat tenang xnk plak? adoi... hehhe