Penantian,
sesungguhnya
kau sering menyeksaku
diruang waktu dibenak sepimu.
Penantian,
sesungguhnya
kau bagai memanjaraku
mempergadaikan usia rumajaku.
Penantian,
sesungguhnya
sampai kapan aku begini?
membunuh rumajaku sebelum tua.
sesungguhnya
kau sering menyeksaku
diruang waktu dibenak sepimu.
Penantian,
sesungguhnya
kau bagai memanjaraku
mempergadaikan usia rumajaku.
Penantian,
sesungguhnya
sampai kapan aku begini?
membunuh rumajaku sebelum tua.
Oleh; Nurimanja,
ctatan waktu muda belia
sajak lagenda tarikh; 27/06/1986.
ctatan waktu muda belia
sajak lagenda tarikh; 27/06/1986.
50 ulasan:
CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 12
Satu hari semasa ali Canon berehat di waktu tengah hari di bawah sebatang pokok. Dia tersandar disintu, kebetulan baru saja lepas
makan bekalannya ubi rebus, Dia terlelapkan matanya di antara sedar dan tidak itu dia terasa ada saekor kucing putih datang
kepadanya, menginyau-ngiyau dengan manja , ali canon membelainya dengan mesra sekali.
Teiba-tiba hidungnya terhidu harum semerba bunga-bungan di sekelilingnya. Semakin lama, semakin bertambah kuat baunya. ali canon pun terjaga, dia ternampak saekor kucing putih lebih besar melompat menyelinap masuk ke hutan tebal. ali canon terpingga-pingga
dari lamunannya. Setelah dia bangun Ali canon meneruskan kerjanya kembali dikebun.
Pada malam itu Ali canon tidak dapat tidur dengan nyenyaknya, beberapa kali dia terjaga, terasa bagai ada orang yang mengintainya,
sesekali ada bau harum bunga-bungaan, apa yang lebih mengejutkan Ali canon bila dia terjumpa sekuntum bunga mawar putih di depan pintu terataknya. "siapa yang meletak bunga ini? datanglah," seru ali canon dengan berani.
Ali canon mulai merasakan ada sesuatu keanihan berlaku di terataknya siang tadi, siapa yang datang mengemas terataknya? Malah
ada beberapa kuntum bunga mawar , melor, ros dan cempaka sari, bertaburan di lantai . makhlauk mana yang membawanya ke sini.
Ali canon telah pun bersedia untuk menangkapnya dengan keilmuan yang diajar oleh Atuk Irafanul Haq.
Setiap hari Ali canon ke kebunnya dia akan membawa peralatan menangkap hantu dipinggangnya. Cuma dia hairan kenapa perempuan
yang datang kepadanya dahulu, dia rasa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, diantara sedar dan tidak boleh berkata, melaikan ikut
dan menurut saja apa saja yang diperlakukan kepadanya. Hari sudah berbulan dia menunggu , kenapa tiada siapa pun yang datang.
Cuma sesekali Ali ternampak ada orang yang menyelinap atau melintas di belakang dan di sisinya. mereka mungkin orang bunian yang sudah biasa dengannya. tetapi hatinya ingin mencari perempuan yang berbau harum semerbak bunga-bungan dari hutan itu, bila dia datang bagai terpukau tidak boleh berkata apa, melaikan menurut saja. Kekadang Ali canon sengaja tidur lebih lama di bawah pokok di kebunnya itu, tetapi tidak pula lagi bermimpi dengan kucing putih itu, malah harum semerbak bunga pun tidak juga berbau lagi.
BERSAMBUNG.
SUARA DALAM SUNYI
Telah terdengar suara-suara
mahu bangkit dalam sunyi
sebenarnya ia membingit.
Lalu mereka seronok
menjadi tukang percaya
pembenar kononnya
menghasut bertarung.
Dalam damai udara putih
menjadi warna-warni
politik itu cantik
mencarut itu molek.
Bila semua keinginan
sudah dilampiaskan,
terpandanglah seorang anak kasihan
ibunya tidak mampu mengenyangkan
ayahnya peribadi kesyaitanan.
Habis semuanya
terkepallah genggaman
terlaunglah seruan,
Kami pembela! mari percaya
Terus anak kecil itu menangis
dalam tragis, sebenarnya magis.
Iskandar Syah
sajak simbolik
LAKNATULLAH
mengapa kau berlegar di sisi
wahai si laknatullah
apakah kau belum puas
menyesatkan aku ini
bila lagi mahu puas agaknya
belum cukup lagikah
apa kau mahu
aku terus sesat bersamamu
jadi pengikut nombor satu
hingga akhir hayatku
apa kau mahu
aku terus setia bersamamu
jadi bahan bakar di neraka
bolehkah kau berhenti sekejap
aku mahu buat kebaikan
aku mahu sujud seketika
tolong jauhi aku
aku mahu khusyuk
dalam sujudku ini izinkanlah…
Syed Faisal
sajak simbolik utk qalam mencuba cari maksudnya
DIALOG SI BUTA
Satu hari nanti berbunyi.
Jika kau celik semula.
Melihat aku dan aku sahaja.
Adakah terima aku ini selama nya.?
Semakin dekat dengan telinga.
Jika aku punyai mata.
Melihat kau dan kau sahaja.
Aku terima kau seadanya.
Pandai awak berjenaka.
Aku dapat nyawa yang baru.
Satu hari nanti berbunyi lagi.
Aku akan lihat nyawa ku.
Satu hari nanti pasti menjelma.
Kau akan lihat nyawa mu.
Pandai awak berjenaka.
Saya sudah punya mata.
Ah rupa nya awak tidak sama.
Berpisah sahaja kita.
Kalau itu semua nya.
Tak perlu fikir,sudah takdir.
Jagalah nyawa aku itu yang dahulu.
Nor Syafiqah
sajak jiwa2 sedikit
EGO
Egomu itu tika ini runtuh
warna megah hati luntur
tatkala bisik malu menjengah
menyelinap senyap ke kalbumu
sudah sedekad saat
bila hati mu tersemat
lekat cermat kemas di lurah kosong
jantung sulung itu pernah dia pinta
menadah tapak mengangkat junjung
pada rabbi agar isi hati kotor
kian suci warni diteliti sang dewi
dewi isi jiwa ego kini dia tahu.engkau tahu
satu rasa.tanpa kata kisah cipta.rasa cinta
dia mahu jaga kamu tahu itu malu
jangan malu dia malu
detik terhenti mati
seketika azan itu sudah ada
aku sentiasa berharap lagi.
pada-Mu Allah Maha Esa.
Fatimah Hadaibah
sajak ketuhanan
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
SUARA DALAM SUNYI oleh Iskandar Syah penceritaannya bagai ada agenda komplot dalam tersembunyi, mereka bagai tukang canang yang senyap untuk buat kebangkitan mengejut seperti masa yang lalu. Dengan menjual temberang dan menjadi penyokong membabi buta, membenarkan dan mempercayai segala kata idola mereka. Ternyata politik itu menjadi kotor di atas kerangkusan manusia, mabuk dan gila kuasa. Tanpa segan silu melaungkan selogan kata kami pembela perlu percaya. Anak kecil pun menangis bukanya kerana takut, tetapi mungkin sedeh melihat pendustaan manusia.Semoga keadaan di negara kita dapat pulihdaripada hasutan syaitan bertopingkan manusia dengan gitu Amin! (U)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
LAKNATULLAH sajak oleh Syed Faisal Pb. pengucapan membawa maksudnya yang agak tersendiri. Dia menceritakan bagaimana seorang itu bila dipujuk dan dihasut oleh syaitan lanknatullah. Selama ini mungkin telah banyak mengikut dan menyokonganya dalam segala kerja kemaksiatan, malah cukup setia kemana saja. Tetapi bila difikirkan
terasa keadaan telah jauh menyempang, dan terasa juga diri bagai sedang menempah langkah ke gerbang neraka, jadi bahan bakar. Kini aku insaf untuk bertubat. dan ingin sujud kepadaNya.Aku mahu menjauhkan diri daripada segala kemungkaran aku tidak mahu dipanggil atau digelar sebagai hamba yang laknat Allah. Nauzubillah (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
DAILOG SI BUTA oleh Nor Syafiqah penceritaanya membawa maksud mungkin seorang gadis yang tidak pandai menilai erti sebuah kemesraan ataupun percintaan seringkali dipermainkan oleh si jejaka. Kerana janji dan kata-kata pertama yang di dengarnya itu merupakan nyawa baginya , lantas sanggup sehidup semati, tetapi kadangkala ada peramgkap disebaliknya. Tetapi bila sudah mengerti barulah sedar tergadai isi hati. semoga keadaan anda tidak begitu. Amin. (B)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
EGO sajak oleh Pb. Sdri, Fatimah Hadaibah Pengucapannya ingin mengetengahkan satu penceritaanya mungkin mengingatkan kita bahawa yang hidup ini akan rasa mati, janganlah tunjukan keegoan sangat, sebenarnya hati dan iman itu kosong menjadikan seorang itu tidak terasa malu. Kalau Allah ingin menjatuhkan sesaorang itu, dia akan angkat perasaan malu itu daripada sesaorang kamu. Lalu kamu lakukanlah apa yang kamu mahu. Akhirnya kerja yang kamu lakukan itu memalukan dan menjatuhkan dirinya sendiri. Semoga kita semua tidak begitu. Amin (TB)
mmg btol penantian mmg menyeksakan
btol tu penantian mmg menyeksakan
penantian menunggu no giliran lagi menyeksakan... hehe
eh! kenapa ada kapan dalam sajak penantian en nuri ni?
kenapa ada kapan dalam sajak en nuri sapa yg meninggal ni?
sajak jiwa2 ke en nuri?
penantian menunggu apa ni en nuri?
sajak jiwa2 ke ni pasal penantian ni?
sajak penantian ni penantian menunggu jodoh ke en nuri?
penantian mmg seksa tp en nuri tengah menanti apa dalam sajak ni?
penantian tentang apa ni? kenangan lalu ker?
sajak en nuri tentang penantian ni skop luas mcm2 boleh tafsir...
penantian apa la agaknya dalam sajak ni?
eh! ada kucing plak dtg kt ali conan?
kucing ni langsuir dulu kot?
huh! dia dtg dalam mimpi plak kucing putih tu?
kenapa dia lari plak bila ali conan terjaga?
eh! siap bagi bunga plak kat ali canon?
seram aku bila hantu suka kat manusia plak? ali conan x takut ker?
siap boleh seru plak suruh dtg? berani btol!
kenapa bila langsuir tu dtg je msti bau wangi? pelik
eh! siap bagi bunga plak hantu tu!! lagi menyeramkan!
apalah punya ali canon ni xkn xde manusia ke kt dunia ni ke yg ada sampaikan hantu pun dia nk
eh! kwn dia lagi 3 org xde ker?
gila btol x takut ke tinggal sorg2 dalam hutan?
wah! perbagai jenis bunga dia bagi plak?
boleh bahagia ke hantu kwin dgn manusia ni?
eh! kenapa langusir tu mcm malu2 plak kt ali conan?
eh! dia x menjelma dh ke kat ali conan? cuma tinggal bau wangi jer...
rasanya hantu tu takut ali conan paku tengkuk dia kot?
sepatutnya ali conan kena sorok dulu peralatan dia
kenapa hantu mcm x slalu dtg dh berptus asa ker?
eh! cuma tinggal bau je hantu dh xde ker?
kenapa hantu mcm nak mengelak dari ali cano je dulu dia nak sagt ali canon
eh! dia tinggal bunga plak? tu tanda dia suka ali canon la...
eh! mcm mana la skhir sekali dorg jd kwin ker? hehe
eh! langsuir tu pelik la pewataka dia skrg...
mngkin langsuir tu dh ada laki lain agaknya?
rasanya langsuir tu kwin dgn langusir lelaki kot? hahahaha
makin lama makin berdebar2 nk thu kesudahan cerita ni
eh! mngkin hantu tu takut jd manusia agaknya? kan ali canon nk paku dia
Catat Ulasan