Ahad, 20 Februari 2011

MUFLIS KENEKMATAN



terkenang kemasa dulu


Baru kini aku sedari,
semuanya bagai muflis
nekmat dan rahmah Allah swt.

Dulu belakang rumah,
buahan sayuran  ulaman
ada tumbuhan kebun percuma.

Kini semua tiada lagi,
betek, kelapa, pucuk ubi
semunya kena dibeli pasaraya.

Rasa rezeki pun hilang,
nekmat yang kurasa dulu
kerana hidup di bandar berbeza.

 

Oleh: Nurimanja,
catatan di pasar malam
bila terlihat bunga paku rawan.
dua tiga hari yang lalu 14/02/2011.






50 ulasan:

Tinta azimad berkata...

Siri (4) Mengapa Yahudi Bijak?

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (mungkin jadi bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

BERSAMBUNG (sedutan dari blog orang lain. bukan tulisan TA)

Encik Sanusi Rostam berkata...

KENANGAN BERBISIK

kenangan berbisik
antara ruang diri
senja mati enggan mengusirmu
helaian dan tinta
bergumpalan padu.
masih ingatkah merah rona ?
kau berdiri di sebelah diri
aku menyimpanmu dalam-dalam
jauh-jauh menjadi potret kita.
aku masih senyum
saat-saat kau hadirkan diri
kalau cuma di balik aksara.
dalam ruang tanpa jawapan
kenapa seluruhnya begini ?.


En Sanusi Rostam
sajak simbolik maaf qalam sbb sy selalu hantar sajak simbolik

Ustaz Omar Sharif berkata...

PRAJUDIS

buruk sangatkah aku
sampai kau lari menjauh
hina sangatkah diriku
sebelah mata tiada dipandang
rendah sangatkah darjatku
hingga jalan tiada seiring
prejudis murahan
bahana kolot pemikiran
masih di takuk usang
prasangka warisan ketuanan
rasa darjatnya menggunung
keturunan tuan sama tuan
keturunan wan sama wan
keturunan megat sama megat
keturunan nik sama nik
keturunan syed sama syed
asalnya dari bapak yang sama
asalnya dari ibu yang sama
benih suci adam dan hawa
di situlah asal kita sama sahaja…


Ustaz Omar Shafif
sajak simbolik tetapi mudah saja

Saizul Maizav berkata...

PINTU ITU TELAH TERKUNCI

seberkas kunci rindu
terlepas dari genggaman
bersungguh mencari
di antara jejak semalam
tiada di sini tiada di mana-mana
bagaimana pintu terkunci
akan kubukai semula
kerana kunci rindu telah hilang
waktu-waktu yang terlepas pergi.


Saizul Maizav
sajak simbolik

Ziarah Makrifat berkata...

ENTAH BILA LAGI

entahkan bila aku akan berhenti
mengejar bayang kosong
entahkan bila aku
akan terima sepenuh hati
hujan tetap turun di tengah panas
matahari menghilang
sebaik malam datang
air dari sungai akan ke laut
kumpul ramai untuk aku sudah mati
entahkan bila merah,
selamat menua beruban putih.
selamat berkulit hitam.
Merah aku tak akan mati.
tapi ku simpan di dalam sebuah peti
diperbuat dari papan.
Merah selamat meninggalkan hijau.
merahkanlah semesta fana.
kembali ke Tuhan mu,
sebelum kau menghitam dicalit noda.

Ziarah Makrifat
sajak ketuhanan

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

KENANGAN BERBISIK sajak oleh En Sanusi Rostan kekuatan sajaknya ada pada pengucapannya yang puitis walaupun penceritaan biasa pada bentuk dan isinya. Cerita kenangan lama sesekali sering mengusik jiwa, seperti helaian kertas dan tinta yang bergumpal padu. Sesekali kemesraan kenangan lama tersingkap kembali, Cuma hati saja yang tahu, biarlah disimpan sebagai potret. Kini masih mampu tersenyum jikalau ada bersua dimana-mana, namun dalam hati biarkan dia tanpa jawab, mungkin begitulah kehendakNya. Amin . Setelah ada persaiangan hebat dengan sajak teksi manaf, ternyata kekuatan telah menyembelahi anda layak sayembara seterusnya (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

PRAJUDIS oleh Ustaz Omar sharif dengan pengucapannya yang biasa sahaja dan mudah dimengertikan; Sikap prasangka sering jadi penyakit masyarakat kita sejak dahulu hingga dini hari. Dicampur pula dengan keegoan, takbur, bila ada sadikit darjat dan pangkat lalu dia Pun menyombong dan tinggi diri. Ini semuanya sifat terkeji mazmumah. Sepatutnya kita perlu sedar asal usul kita dari air mani yang kotor dari kemesraan Adam dan hawa yang dicampak kedunia. Digoda iblis laknatullah. Setelah melanggar larangan Allah swt. Sepatutnya kita sedar siapa kita. Amin . Ada persaiangan juga dengan sajak Ustaz Rahman. Setelah dinilai anda layak sekadar (U)tk.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

PINTU RINDU TELAH TERKUNCI sajak daripada ahli Cr. Sdra.Saizul Maizav dengan pengucapannya Merakamkan kenangan rindu dalam seberkas kunci yang hilang entah kemana, setelah terlepas dari genggaman, setelah ia dicari ternyata tidak berjumpa dari semalam hingga ke hari ini dan tiada pula di mana-mana, bagaimana mungkin boleh membuka pintu yang terkuci untuk melihat rahsia tersembunyi di dalamnya , jika kunci rindu telah hilang , maka masa-masa yang berlalu telah pun terlepas pergi. Sajak berbentuk simbolik dan puitis bagi menceritakan perbandingan pada satu kerinduan yang diharapkan untuk bertemu kembali telah hilang segalanya kerana jalan untuk bersua kembali agak buntu dan hilang segala maklumatnya, kini rindu cuma sepi membisu bersama hari-hari yang berlalu. Walaupun pendek ada kelebihan mengatasi sajak sdra Keris Sakti. Oleh itu layak dicalunkan seterusnya (TU)tp.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

ENTAH BILA LAGI sajak oleh Ziarah Makrifat pengucapannya bagai mengharap akan suatu keadaan yang luar biasa akan berlaku, sehingga tuhan menterbalikan keadaan, kerana pusingan keadaan alam sering mengecewakan sasaorang manusia yang punya pandangan yang berbeza. Sehingga kini ketuan dan uban telah memutih si penulis masih mencari dan mengejar akan bayang- bayangan kosong. Sehingga ke mati meninggalkan alam fana ini meninggalkan segala kenangan baik dan buruk yang pastinya kian melonggok dosa bertambah parah di calit noda.carilah nilainya selepas kematian ini, adakah dalam keadaan kosong atau berisi untuk kembali bertemu ke pangkuan Ilahi. Cuma andaian. Ada calun undi persaiangan dengan sajak ustaz sahzan. TANPA KAKI DAN TANGAN. Ternya anda layak ke akhir (TU)tp.

Jalal Rafzee berkata...

menarik info ni

Encik Sanusi Rostam berkata...

sajak sy rasanya ada peluang mungkin ke final ni

Ustaz Omar Sharif berkata...

sajak prasangka sy rasanya tersingkir dulu sbb tak puisti sgt

Saizul Maizav berkata...

sajak aku sah ke final! hahaha bb puitis jgk walau bukan aku buat tp minta bantuan sedara

Ziarah Makrifat berkata...

sajak sy mngkin 50-50 jgk nk ke akhir ni

Zainal Arifin berkata...

persaingan skrg makin sengit plak

Muhamad Badawee berkata...

taboo tu apa plak? tebu ker?

dam catur berkata...

nampaknya aku mmg x boleh ke israel sbb aku kuat merokok

Guest berkata...

kenapa x boleh merokok plak? rokok best ape?

Jengking Perak berkata...

alamak! aku kena berhenti merokok la lps ni....

Ayu Manja berkata...

di harap lelaki yg suka merokok benti segera bila baca cerita tinta ni

Seri Suri berkata...

hahaha padan muka kalau merokok kena halau...

Balqish berkata...

nnt nk suruh mak aku halau ayah aku kat luar sbb ayah aku kuat merokok udang garam.. aduh hbis 1 rumah bau rokok

Ku Dania berkata...

btol tu perokok ni akan dpt byk penyakit

Bob Kuli berkata...

rupanya yahudi pengeluar rokok ke?

Ali Conan berkata...

wah! israel smua dorg kaji

Muhamad Akmal berkata...

pil minyak ikan tu aduh! hanyir la tinta sbb sy pnh makan msa sebelum ke sekola

Malik Wariya berkata...

eh! ada jgk bahasa hebrew?

Seniman Jalanan berkata...

wah! nampaknya smua kanak2 israel ahli muzik la nampaknya

Jalil Janggut berkata...

pelik btol didikan org yahudi terhadap anak dorg

Abang berkata...

main muzik boleh tingkat IQ ker?

Danial berkata...

patutlah org yahudi ni pandai dalam smua bidang

Ustaz Sahzan berkata...

yahudi ni pandai2 dorg pun ada kala licik jgk

Geletek Malam berkata...

kanak2 yahudi bijak btol jeles plak

Pak Kassim berkata...

ni ada 1 laptop murah dalam 580 lebih saja telefon no ni 012 4857879 cepat!! nnt hbis menyesal kalau berminat.... apaep2un resepk yahudi la

Nurse Lisa berkata...

ketinggalan la kanak2 dia califonia?

Ustaz Rahman berkata...

kalau kanak2 califonia 6thn ke belakang ketinggalan malaysia mcm mna plak? 20 thn kot?

Halilintar berkata...

ingatkan bangsa yahudi ni bangsa yg hina rupanya cerdik jgk

Salina berkata...

x sangka yahudi ni bijak jgk

Asyar Mujid berkata...

nampaknya kita kena contohi la yahudi

Abul Hassan berkata...

selama ni ramai org kutuk yahudi x sangka dorg lebih maju

Nabil Quldi berkata...

nampaknya lps ni smua org hormati yahudi la

Putera Damien berkata...

bahaya kalau yahudi maju nnt rosak la dunia

Olie Pajutdy berkata...

kecik2 pun di latih menembak ker???

Mona berkata...

x bahaya ke kecik2 disuruh menembak?

Seri Suri berkata...

bdk2 kecik pun disuruh pegang senapang?

Ezad Emir berkata...

patutlah yahudi lebih bejaya dari bangsa lain

Nur ATikah berkata...

wah! dari kecik pun dah kretif yahudi ni

Angker 13 berkata...

nampaknya semua kena contohi yahudi la

Supain Sipaun berkata...

rupanya yahudi ni bijak dari segala hal

Kembara Budiman berkata...

eh! yahudi bangsa bijak ke? x sangka plak