Khamis, 10 Februari 2011

MASA AKAN MENCERITAKAN



 diketika itu


Sejarah bisa mencatatkan
waktu pula akan menentukan
bila tiba saja masa dan saat nanti.

Setiap kerja yang mungkar
jangan pula cuba dimakrupkan
setiap kerja yang haram dan batal
jangan pula di halal dan disyahkan.

Kerana hari-hari dan waktu
tidak bisa mendustai catatannya
sejarah akan membuktikannya cerita.

seorang berwajah tampan
jika perbuatannya jahat dan keji
pastilah  ramai yang membencinya

seorang berwajah  tidak kacak
tetapi perbuatannya sangat disenangi
pastilah orang ramai sayang menyukainya.

Begitulah lumrah kehidupan,
masa tetap akan menceritakan segala
pada catatan lipatan sejarah yang silam
bagi satu pengajaran yang patut buat tauladan.


Oleh: Nurimanja,
tanggal 12 januari, 2010.
sejarah tetap akan menceritakan.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 19. tarikh: 02/20011
____________________________________________________________________


Ali canon tersentak dan mengengam rambutnya, sambil memulaskan mukanya keatas Ternya dia seorang anak gadis yang manis dan cantik jelita, sepatutnyalah dia puteri dari alam bunian. “ Tetapi kau mesti ingat!Jangan cuba menganggu manusia seperti aku lagi!” Ali canon melepaskan cekakkan rambut panjang mengurai anak gadis itu.


“Saya tidak pernah menganggu sesiapa , cuma tubuh saya dimasuki makhluk halus si languir itu yang mengarahkan saya. Sekarang dia sudah keluar dari tubuh saya, saya juga tidak boleh terbang lagi. Terima kasih! Terima kasih, saya sedia menjadi suruhan dan hamba abdi kepada tuan!” (nah pandai pula orang bunian yang dirasuk hantu langsuir itu bercakap dalam bahasa malaysia ) Kata anak gadis itu, penuh terharu.


“Ada satu soalan lagi?” kata Ali canon penuh berani, sambil memecet kedua pipi anak gadis bunian itu bagaikan geram nampaknya. Ali canon merenung muka anak gadis itu dan meletakkan jarinya di dagu anak gadis itu, sambil berkata. “Jadi kau jugalah yang menjelma menjadi kucing putih di siang hari, dan memukau aku dengan haruman bungan dari hutan rimba itu?” tanya ali canon agak tinggi sadikit suaranya.


“Ya! Benar, hantu languir itu yang mengarahkan saya untuk menganggu tuan, malah saya juga dipukau dan mengikut apa sahaja arahan dan kemahuannya. Saya tidak bersalah, maafkanlah saya, cuma roh dan jasad saya ditawan, tetapi saya tidak sampai hati untuk cuba melakukannya , kerana saya, saya sukakan tuan.” anak gadis itu memberi satu pengakuan yang berani dan nampak sekali akan kebenaranya.


“Baiklah hari sudah hamper siang , jika kau tidak bertukar wajah menjadi saekor kucing putih berbulu gebu itu, aku akan bebaskan kau, jika kau bertukar juga, aku tidak akan melepaskan kau, aku akan tambat dan ikat kau di batang kayu mati itu.sehingga matari menjelang tinggi.


BERSAMBUNG.

Syed Faisal berkata...

MESIR

jembalang apa merasuk
jembalang tanah?
jembalang api?
hingga tergamak buat begitu
tiada pernah terduga
sanggup kau korban segala
wadah suci milik kita
itu bukan semulajadi kita
itu sifat haiwan melata
mengapa biarkan ia beraja
mana akal warasmu
mana nilai insanmu
mana hilang manusiamu
mengapa jadi haiwan
buas tanpa sempadan
terjah tanpa sekatan
di bumi suci, Mesir
mubarakkah yang salah
atau tangan lain meredah
agenda siapa agaknya…


Syed Faisal
sajak isu semasa

Encik Mahatdir berkata...

TERIMA KASIH DATUK SERI

itulah yang kita mahu
itulah yang kita tunggu
rakyat mesti didahulu
memang itu perlu
pedulikan apa orang kata
pedulikan apa mereka kata
kata sudah dikota
pasti tiada terkata
siapa kata kita miskin
siapa kata kita sengkek
harta kita makan tak habis
minyak kita tak pernah habis
pasti cukup kita isi
walau berulang berpuluh kali
kita kan pengeluar minyak
apa nak kesah sangat
cuma harga terus meningkat
apa boleh buat
terima kasih datuk seri
kini si ibu tidak menangis lagi
anak di mesir sudah kembali…


Encik Mahatdir
sajak tentang pergolakan di luar negara

Najwa Tamrun berkata...

MAKI

rasa mahu memaki
masih sabarkan diri
simpan dalam hati
walau menyeksa diri
takut terlepas nanti
pasti ada yang mati
mati bukan sebarang mati
akalnya mati lidahnya mati
ini bukan pertama kali
dah masuk tiga kali
dah kupesan berkali-kali
masih juga buat tak reti
bahasa apa kau fahami
mahu kuguna bahasa parsi ?
bila sengkek aku kau cari
dah kaya kau hilangkan diri
buat-buat tak reti lagi
bayarlah balik babi!
haaa… kan dah kena maki
kurus pahala hari ni…

Najwa Tamrun
sajak sy marahkan seorang rakan

Ayob Zakaria berkata...

KATAKAN TIDAK

katakan tidak
pada bisik rayu durjana
pada pujuk rawan pendusta
bujukan makhluk sesat
lagi menyesatkan
usah biar hanyut
usah biar terleka
oleh nikmat sementara
oleh manis seketika
oleh sari madah berhelah
yang sentiasa dihidang
di hadapan kelopak mata
di kiri kanan lurah hidup
di atas singgahsana darjat
di belakang lorong nesta gelap
katakanlah kepada semua


Ayob Zakaria
sajak tentang lorong gelap di tempat sy

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Tiga buah saja ada cerita yang tersendiri kerana untuk memilih salah satu sajak dari Dua orang ini (setelah Pak haji dikeluarkan) kini cuma tinggal dua antara MESIR dan TERIMA KASIH DATUK SERI. Akhirnya terpaksa buat undian. Pertama Pak Haji pula yang terkeluar, kini yang tinggal Cuma dua. Syed Faisal dengan Encik Mahtdir

Meninjau dari pengucapan sajak dan skop yang dibicarakan agak besar dan luas.Dua-duanya boleh diterima tetapi ternyata sajak Mesir lebih menekan kepada kemarahan kepada pencabulan kata Fitnah dan sumpah seranah sang dalang yang membuah tohmah. Untuk mendapatkan Lebih pahala. Ada baiknya kita menilai sesuatu yang positif dari maki hamun yang agak negetif. Biarkan mereka dengan labunya. Kita berkempen dengan cara yang baik Dan digemari rakyat. Nescaya mereka akan terpikat. Insyaallah . Amin sekadar layak Untuk (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Dengan ini undian penilaian telah jatuh kepada encik Mahatdir untuk dicalunkan dan terpilih (YU) untuk mewakil seyembara seterusnya. Amin. Pengucapan sajak yang bertajuk: TERIMA KASIH DATUK SERI terdapat penceritaan kita hidup patut juga berbudi bahasa dan mengenang budi. Jangan contohi sikap tidak pandai berterima kasih sesame manusia. Jauh sekali untuk cintakan tanah air, semangat negetif ini jika kita tanam pada jendarasi muda kini, Negara kita, akan sering kali bertukar tangan, Seperti apa yang berlaku dinegara luar,lihat akhir sekali untuk
membangunakan semula sesuatu yang sedang berjaya, akan memakan masa yang lama. Kini tidak hairanlah negara kita merentas masa mengejar dan mengatasi negara maju yang sering sahaja bersengketa. Amin . layak untuk dicalunkan (TU).

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Sajak Najwa Tamrun mengambarkan kemarahannya bila kesabarannya sudah memang tidak dapat lagi dibendung, sesekali kita fikirkan untuk mencari pahala, membantu kawan , keluarga dan sapa sahaja, tetapi bala pula yang kita dapat. Oleh itu berhati-hali bila kita memberi pinjamanm. Ramai kawan, banyak kerenahnya, mungkin dalam seribu satu, dua yang boleh percahaya. Carilah kawan yang beriman luar dan dalam. Pasti hidup dan persahabatan kita akan aman.semoga bersabar atas apa saja ujian. Amin. sekadar layak untuk (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

Sajak yang hamper sama dengan Ah chong semalam, membicarakan tentang kupu-kupu malam yang srering berkeliaran. Cukup amat menyedehkan jika ada berlaku di Kalangan orang Islam. Hudup hanya memperjudikan nasib menjual maruah dengan harga mujurah. Dijalan yang berdebu, penuh kutu-kutu, menanti ibu-ibu hantu,datang dengan senyap sepi , menanti dengan hati-hati, Itu sedutan sajak lagenda en nuri yang Bertajuk: Jalan Yang Berdebu. Semoga yang terlibat kembali bertaubat. Amin sekadar layak untuk (U)

Tanpa Nama berkata...

seram la

Danial berkata...

ali conan di minati oleh puteri bunian rupanya? hahahha

Adi Cana berkata...

eh! dia suka kat ali canon la

Mat Noh berkata...

mcm mana dia pandai cakap melyu? hairan btol

gelora maya berkata...

sian ali conan asyik seksa je puteri tu..

Jengking Perak berkata...

kalau aku jd ali conan aku minta dia kwin dgn aku? hehe

Sharifah berkata...

eh! boleh plak langsuir tu kawal badan dia?

Tok Mahat berkata...

mcm mana lagnsuir tu kawal bdan dia plak?

Madah Pujangga berkata...

langsuir tu pukau puteri bunian tu rupanya

Ustaz Rahman berkata...

ni la di katakan pukau atas pukau? hehe

Ummu AKilah berkata...

semua main pukau2 jer...

Mona berkata...

apa la ali conan ni nk buat dgn hantu tu agaknya?

Puteri Bunian berkata...

puteri tu dh minta maaf masih nak seksa dia lagi ke? kejam btol ali conan ni mcm mana aku boleh suka kt dia plak dlm cerita ni

Ali Conan berkata...

selalunya puteri bunian cantik2 minta kwin je la.... hehe

Budak Surau berkata...

kenapa dia nak minta puteri tu bertukar jd kucing balik?

Nurse Lisa berkata...

kesian kena cekak rambut? kena cekak dagu? hehe

Angker 13 berkata...

agaknya dia bertukar x bila siang nnt? hehe

Madah Pujangga berkata...

eh! jd dia xde kuasa la lagi..

Brader Joe berkata...

nampaknya hantu dah lari dia jd manusia normal semula la nampaknya?

Emily Bayans berkata...

kenapa dia marah kalau pmpuan tu tukar jd kucing/

Pak Bostamam berkata...

eh! hantu tu pegi mana lps dia lari dari jasad bunian tu?

Salleh Muhamadon berkata...

dia ni bunian rupanya ingatkan langsuir btol td...

Hafiz Zikrillah berkata...

apalah nasib dia nanti? ali conan sembelih ke x?

Balqish berkata...

kenapa marah sgt kat bunian tu sian dia..

Salina berkata...

ali canon ni dayus la sbb pukul pmpuan

Puteri Salju berkata...

x sabar nk thu lagi apa smbungan kisah ni

Tengku Anita berkata...

agak2 ali conan maafkan dia x?

Teksi Manaf berkata...

eh! rasanya klu ali conan minta kwin dia terima x?

Iman Ali berkata...

kenapa x minta kwin je ali conan ni?

Harimau Berantai berkata...

puteri bunian pun suka kat dia kawin je la snang

Puan Rosnah berkata...

ape la kesudahan nnt semakin berdeabr ni

Atan Yahoo berkata...

apalah ali canon ni maaflah puteri bunian tu lagipun dia dh jd manusia

Malik Wariya berkata...

eh! kenapa panggil ali conan tuan plak?

Nasruq Haqq berkata...

dia x bagi thu kat kawan2 dia lagi ker?

Ibnu Siddiq berkata...

apalah nasib bunian ni nnt dia penggal agaknya

Abang berkata...

eh! adakah dia lepas atau dia bunun bunian ni?

Jalil Janggut berkata...

dlu kesian kat ali conan skrg kesian kat bunian ni plak?

Badrolshah berkata...

ali conan masih x lepaskan bunian tu ker?

Nabil Quldi berkata...

was2 jgk adakah bunian ni baik atau jahat?

Bob Kuli berkata...

kalau dia kwin dgn ali conan boleh dpt anak ker?

Pak Haji berkata...

harap2 dia x bunuh puteri bunian tu?