Khamis, 3 Februari 2011

JODOH




 
Ibarat takdir
walau di cari lagi
jodoh pasti sama
tapi ku tak percaya
ku benci jodoh
ia ibarat menghentikan pencarianku
kerana kata orang
jangan di cari ia datang sendiri
tapi ku tetap mencari
kesana kemari
ku tempuh onak duri
demi mencari cinta sejati
sebuah perkahwinan yang kekal abadi
yang ku khuatiri hidup dan mati
ia isteriku kini....

 
OLEH: NAHUL HIDZAR
11hb, OKTOBER, 2009.
Diterbit semula tarikh: 03/02/2011.






50 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

1. KISAH BAHADI BURUNG MURAI GILA


Sewaktu saya kecil dahulu, saya abang saya dia suka main lastik atau tarbir, biasanya dibuat dari
kayu cabang semacam bentuk huruf Y kemudian diikat dengan getah dalam tayar basikal yang digunting sebesar anak jari kelingking di kedua belah cabang diatas,kemudian lagi dua hujung di hujung getah basikala itu di ikat pula dengan kulit kasit yang terbuang dipotong sebesar tiga jari tebuk kirikanan, diikat pula dengan getag bulat atau tali urat sabut.

Biasanya peluru dia anak batu kecil sebesar ibu jari. Nah budak kampung biasanya digantung di
leher atau tengkok, tenguk saja burung, biawak , tupai, ular, anjing, mereka akan jadi mangsa puluru lastik ini, kalau kena boleh tahan juga, mengingking bunyinya. Apa yang hendak saya cerita kali ini ialah berkenaan dengan bahadi.

Rupanya besar kemungkinan, tiap binatang ada bahadi atau daulat dia, harimau, buaya, burung, katak
dan lain, kalau tak salah orang mati pun ada bahadi. Satu hari abang saya ini nakal sikit, dia sedang geram dengan burung murai gila yang bertelur dalam sarang hutan bemban. burung ini sekarang ada harga beratus ringgit saekor, dulu pun murai lain RM10.00 Murai Gila yang tidak mengerti duduk diam, satu minit pun macam orang gila RM25.00 saekor.

Bila cuba nak berlatih pandai dia lastik burung murai gila di dalam hutan bumban, sekali dua puluh kali
memang tak kena, tetapi kerana berkali, burung yang tidak pandai duduk diam itu akhir juga jadi mangsa,yng sedeh, burung ada anak dua ekor, sebelum dia mati, entah berapa karung dia sumpah abang saya. akhirnya dua tiga hari selepas itu, abang saya kena penyakit ganjil.

Muka dan mata dia tidak boleh berhenti menyenyit, terkejit-kejit semacam orang nak mengerat, termasuk dengan mukanya juga nak jadi herut. Bila ibu saya tanya dia jawab apa yang dia buat, itulah pergi jumpa bomoh atau dukun Pak Mastar patrit kedai dua atau tanjung Piandang batu 14 saya tak ingat. Kata dukun itu kena bahadi burung murai gila. Dia jampi air saja, abang saya dirumah deman, lepas dua hari okeylah.
pelek tetapi benar. Tuhan punya kuasa.

oleh nurimanja

Encik Mahatdir berkata...

LANGIT MENANGIS

Sedih pilunya langit
Tak berhenti menangis
dari tempoh matahari
tak larat lagi mahu memujuk
Tetap mengalir air mata renyai
Sedih ia barangkali melihat kita
Seperti tiada tahu
dunia makin tidak berseri
bumi hampir mati
Kita berbuntang mata demi duniawi.
Lupa pada yang hakiki
Aku mahu kau rehat-rehat,
Aku mahu kau sihat-sihat.
Aku mahu kau lihat-lihat,
Aku mahu kau ingat-ingat,
Yang aku ini ambil berat.
Yang aku ini ada rapat.


Encik Mahatdir
sajak simbolik sikit

Untung Upik berkata...

HUJAN BAH

Hari Hujan saudari masih
kesana-sini Basah,
demi mencari sesuap nasi.
Hari hujan aku hany
memandang saudari,
berteman asap rokok dan kopi.
bah, adalah manifestasi cinta,
dari Tuhan buat hamba-Nya,
dan sebagaimana sifat cinta,
tak semua dapat menerima.


Untung Upik
harap qalam terima sajak dari org iban

Nur Khairunisa berkata...

BERTAHUN AKU MENUNGGUMU

sudah bertahun aku menunggu mu
tapi kau tidak pernah
muncul di hadapan ku
aku terlalu takut……
sudah bertahun-tahun
aku menunggu mu
tapi kau tidak pernah
muncul di hadapan ku aku takut…….
kau tidak akan muncul di hadapan ku
semalam aku melewati
tanah perkuburan
aku melihat pusara mu masih merah
seperti baru semalam kau mati
pulang dari kuburan……
aku terus menunggu mu……
sudah bertahun-tahun……..


Nur Khairunisa
sajak tentang permergian teman karib saya

Muhamad Ubaidillah berkata...

DUSTA

Kesepian bukan menunjukkan benci
Sekadar untuk mulia
Bila terbit fajar tua
Kesunyian kini
Bukan hanya merasa simpati
Malah benci menguasai diri
Agar tertiup angin goncan tertipu
Agar mudah tersesat
Pada kini si segar
Bertanduk beraja
Berekor bersisip
Berhimpun bersiap
Agar yg dusta tetap dusta
Dan terus menguji hari keampunan


Muhamad Ubaidillah
sajak tentang isu semasa

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


Encik Mahatdir dengan sajak nukilannya bertajuk: LANGIT MENANGIS ternyata pengucapan sajak berbentuk simbolik ini mempunyai dua pengertian yang berbeza agak tersembunyi. Apa pun saya lebih gemar menterjemahkan pada maksudnya lebih kuat pada perkembangan politik semasa. Di sini kita lihat si penulis lebih condong kepada menjadi orang tengah atau bebas,cuma menenangkan keadaan diantara langit yang pilu menangis ( dalam kata lain isu semasa kini: keadaan hujan tidak berhenti , banjir dan cuaca suram di setiap negeri menjadikan kita cemas dan kalut bagi menyelamatkan diri hartabenda dan keadaan) terasa mendung dan hujan mentari pun bagai tidak terdaya lagi memujuk , bagai tidak mengerti tentang keadaan dunia semasa. Lelah mata memandang, bagai hilang kebenaran, yang tua patutlah berehat, dan beribadat, ingatlah sadikit hari kematian. Si penulis Cuma sekadar menasihat sebagai kawan-kawan rapat. Semoga hati kembali sedar. Ada berbau …. Sadikit Cuma andaian saja. Amin (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
HUJAN BAH oleh Untung Upik dengan sajak rengkas dan pendek pengucapannya menceritakan tentang fenomena atau keadaan semasa hujan yang kian kuat melanda beberapa buah negeri di negara ini. Dalam seribu cerita kisah hujan dan banjir ada cerita yang menarik hati si penulis: Tiap kali hujan terun dia sering melihat seorang gadis sebuk kesana kemari,sehingga basah kuyup, mungkin situasi pekerjaan yang dialaminya begitu. Membuka warung atau kantin tepi jalan, dalam keadaan ngirum secawan kopi bersama kepoi asap rokok hati si penulis tersentuk untuk merakam rasa cinta. Adakah tuhan merastuinya, namun kurang yakin untuk dapat bersama. Usaha Dahulu baru anada tahu. (B)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

BERTAHUN AKU MENUNGGU sajak Nur Khairuisa Penceritaanya agak menyentuh hati dan pilu pula rasa pengucapanya mungkin kisah sedeh kehilangan seorang sahabat dan penungguan seorang penulis yang bertahun lamanya. Menunggu dengan penuh rasa resah gelisah, ternyata bila melewati tanah perkuburan Terasa ada kematian , hati menjadi bimbang dan takut adakah itu orang yang ditunggu selama ini di tanah perkuburan yang masih merah? Perkhabaran ini bagai mematikan hasrat harus menuggu yang bertahun lamanya. Semoga kesedihan ini hanya sementara waktu sahaja. Amin (TB)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DUSTA oleh sajak Muhamad Ubaidillah ingin memperkatakan sesuatu yang bagai jadi mainan sikap atau sifat mazmumah ini , malah boleh merasa bangga pula bila orang diperdayanya masuk perangkap demi menjajayakan agenda kerangkusan tersembunyi duniawi mereka. Apa pun bagi si penulis kesepian bukan menunjuk benci, tetapi seharusnya cuba menilai kedangan hari yang semangkin senja. Namun ada lagi masih aysik bergelumang dengan tipu daya, fitnah dan tohmah, demi menawan hati –hati pengikutnya. Tidakah mereka sedar yang dusta tetap dusta. Mengapa mereka masih mengenepikan hari keampuanan. Semoga mereka kembali jalan yang benar. Amin (U)

Nur ATikah berkata...

eh! nahul ni dh kwin rupanya aku ingat bujang lagi

Mawar Merah berkata...

eh! jiwa2 plak nahul pnya sajak?

Inspektor Halim berkata...

sajak utk isteri ke nahul?

Tuna Tatiati berkata...

untung isteri nahul sajak mmg menarik utk isteri dia...

Puan Rosnah berkata...

wah! romantik jgk nahul ni... hehe

Nahul Hidzar berkata...

sajak ni kalau x salah sajak kat kad kawin aku dulu ni... hehe thnkz en nuri!!!!

Bulan Terang berkata...

huh! sajak nahul utk bini plak? wah! mmg lelaki budiman nahul ni

Wasiril Azmi berkata...

untung isteri nahul... hebat sajak nahul ni eh! pinjam boleh cadang nak bagi kat tunang aku

Nabli Quldi berkata...

tarbir tu apa? takbir ker?

Ustaz Rahman berkata...

eh! lastik ni main dulu skrg bdk2 smua main PS game dh skrg ni...

Orang Lama berkata...

lastik sy pun pnh main masa kecik2 dulu tp xde la sampai lastik anak burung

Nuri Ketitel berkata...

eh! bahadi tu bukn untuk mayat ke org guna?

Ai Kutubudin berkata...

kenapa panggil hutan bumban?

Datuk Murad berkata...

wah! burung pun ada daulat bahaya jgk ni

Tan Sri YUnus berkata...

sy selalu jgk memburu nampaknya kena hentikan memburu ni takut kena sumpah tp alhamdulilah setakat ni xpnh kena plak...

Jeffry berkata...

eh! pak mastar????? tu mcm datuk saya saja... biar btol ni? sbb atuk sy pun pnh cerita pasal ni

Ustaz Saad berkata...

sy pun pnh kena tp bukan sy tp sepupu sy dia bunuh ular masa isteri dia mengandung bila dia beranak muka anak2 dia smua mcm terkenan ular....

Lagenda Pulau berkata...

kenapa burung tu mahal dari burung yg normal?

Ziarah Makrifat berkata...

eh! dulu burung murai yg mahal skrg ni cicak tokek paling mahal boleh mencecah berjuta2...

Datuk Hasbi berkata...

kalau sy selalu memburu apa2 binatang sekalipun sy bunuh terus mati x mahu seksa dia sbb takut dia sumpah...

Datuk Borhan berkata...

btol tu jgn seksa binatang mcm sy jugak jika menunggang kuda kalau kuda patah kaki segera sy bunuh sbb xmhu dia terseksa....

Saudagar Emas berkata...

eh! ingatkan org je yg gila rupanya haiwan pun ada gila?

Tengku Anita berkata...

eh! kalau bela kucing kat rumah boleh ke en nuri? dia x sumpah ker?

Mona berkata...

btol tu sian kat dia sbb dia pun nk hidup jgk

Hajjah Jamilah berkata...

sepatutnya kalau boleh bunuh terus jgn seksa2 takut binatanag tu sumpah balik

Haji Hamdan berkata...

binatang pun mcm manusia ada perasan jgk...

Sufian Al Zahri berkata...

kuat jgk aura murai gila tu...

Ustaz Muda berkata...

selamat dia kena x lama kalau lama bahaya jgk...

Pak Bostamam berkata...

selamat pulih semula kalau berkekalan parah jgk tu...

Puteri Aisyah berkata...

x sangka plak smua haiwan ada daulat sendiri

Syakila Adnan berkata...

apa2pun jgn aniaya binatang

Saizul Maizav berkata...

aku skrg rasa takut nak bunuh binatang nyamuk pun aku seriau nk bunuh takut kena sumpah plak?

Harimau Berantai berkata...

kalau bunuh cicak dapat pahala kan? kalau di sumpah balik mcm mana? takut plak sbb rumah sy byk cicak

Balqish berkata...

lps ni kena berbaik2 dgn binatang takut plak bila jd mcm ni

Atan Yahoo berkata...

kalau terpijak smut x sngaja mcm mana plak?

Nuri Jaguh berkata...

eh! kalau x sengaja terbunuh binatang kalau di sumpah jadi x? risau plak....

Mozaire berkata...

eh! kalau tumbuh-tumbuhan kita buat kat dia dia sumpah x?

Capricorn berkata...

ingatkan sumpah manusia saja jd haiwan punya pun dasyat jgk

Satria Juragan berkata...

ape2pun sayangilah binatang....

Kevin Chong berkata...

alamak! lps ni kena berhati2 takut terlanggar haiwan masa bawak kereta...

Tinta Azimat berkata...

JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


- hutan bumban sama dengan tumbuhan pokok kelapa ada
gunanya kulit batangnya boleh dibuat bakul dan lainnya.

-bela kucing nabi pun menyanyangi kucing.

-tabir ini tirai halangan, dinding , belakang tabir bukan takbir

- sebenarnya jawapan telah di taip oleh en nuri, tetapi pagi tadi
hialng pula, tak save kut.. Aduh pening aku nak jawap pula.
harap mak lum. banyak dan panjang jawaban en nuru. Aduh hilang....