sajakpilihan ahli Cr.
Aku mencoba lagi menatap matamu
Sungguh tusukan yang menyakitkan
Seempat kulihat rembulan sembunyi
Dan kau pun sempat mengakuinya
Meskipun hanya melalui tamparan
sampai sekarang tersisa bekasnya
Kau kata aku membunuh satu musim
Dan itu membuatmu kehilangan
kesempatan merapatkan kesempat
Tak mungkin berhenti satu titik
Dan kau pun mulai memaki
Mulutmu tak mampu lontar sombong
Entah menangisi siapa atau apa
Sementara deru kehidupan
semakin dekat mencumbu kematian
Adaku karena aku akan menyadarinya
Bukan kau, bukan pula dia...
Malam kau rayu untuk menjadi siang
Sayap-sayapmu malaikat terbang
Semua nama kini tak ada beza
Dosa dan pahala pun lebur
Mari kita segera pergi
Sebab tempat ini penuh kemunafikan
Oleh: Jengking Perak
1.3.2010
Pulau Pinang
Diterbitkan semula 28/02/211
1.3.2010
Pulau Pinang
Diterbitkan semula 28/02/211
50 ulasan:
CERITA RAKYAT EDUNIA ONGING RAKYAT NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA AZIMAD
Siri Pertama
PADAِ ZAMAN DAHULU. Ada sebuah kampung di pendalaman di negeri Cina , Ada eorang ibu tunggal tua yang tinggal bersama anak lelakinya yang pemalas untuk membantunya turun ke ladang. Begitulah pekerjaan mereka rata-rata di kampung itu pekerjaan mereka cuma berkebun sayur.
Anak muda ini bernama Ah Ling. Dia seorang pemuda yang kacak tetapi malas bekerja di kebun. Hari-hari kerjana cuma menyabung ayam dan berjudi. Jika ayamnya meang adalah dia sadikit wang , kemudian dia pergi pula berjudi sampai dua tiga hari baru dia pulang ke rumahnya.
Tinggallah ibu tua ini seorang diri dalam keadaan yang selalu uzur dia merangkak juga turun ke kebun diBelakang rumahnya itu. Nyonya tua ini selalu saja sakit-sakit dan deman urat sarap kerana selalu melakukan Kerja yang berat, seperti menyangkul dan menanam keledek, ubi kayu dan jagung manis, sayuran yang lain.
Kekadang ibunya deman sampai dua tiga hari, terlantar di rumahnya, matanya berpinau-pinau, kepalanya memuing bagai tonang trbalik, rasa bagai duduk di dalam kapal dipukul gelombang besar, kemudian nonya tua muntah, pahit keluar dari uncang perut melalui rengkongnya. Berpeluh selepas muntah, urat perutnya bagai nak putus, seorang dirilah dia bergelut dengan kesakitan.
Kalau Ah Ling balik dia bertambah kecut an takut lagi. Kerana Ah Ling sering saja memarahi dan akan memukulnya, kalau dia tidak ada wang hasil jualan ubi keledek, ubi kayu dan jagung, dan sayuran dari kebunnya. Jika ada seringgit dua habis diberinya kepada Ah Ling buat modal berjudi di pecan kecil.
Pernah satu hari nyonya tidak dapat berkebun kerana sakit tua, pada hari itu teruk nyonya tua dibelasah oleh Ah Ling, dipukul, disepak dan ditendangnya semacam bola, menyeritlah nyonya tua meminta tolong, tetapi tidak ada seoang jiran pun yang berani memberi pertolongan.
BERSAMBUNG.
32 PERSERTA LELAKI
1 en sanusi
2 jalal rafzee
3 hambali maliki
4 asyar mujid
5 sufian al zahri
6 zainal arifin
7 haji hamdan
8 haji khali
9 harimau berantai
10 ustaz saad
11 ustaz rahman
12 ustaz muda
13 ustaz sahzan
14 ustaz majusi
15 ustaz zaidi
16 ustaz kamarudin
17 ustaz omar sharif
18 karim ghani
19 abang
20 nabil quldi
21 tinta bayu
22 hamba allah
23 capricorn
24 malik wariya
25 lukiee
26 vijay kumar
27 raju linggam
29 saizul maizav
30 abul hassan
31 mozaire
32 jalil janggut
AWAN PATUH BERARAK
apa pula irama indah
tuhan labuhkan diberi aku untuk mengganti bintang dulu mati
rupanya kubur itu belum dihuni
maka dengannya aku dijumpa semula
ihsan tersangat aku kasihkan
lalu apa pula perlu aku kebumi
akan lagu yang mengindah
hari seorang aku sudah tak hilang
aku dendangkan membawa pulang
bintang ku yang belum mati
matahari yang lama bersembunyi
lagu hari-hariku aku kenangkan
selama awan patuh berarak bersama
disayang tuhan diberi sempurna
aku ini pasti juga tuhan kasihkan
begini kisahku dikata,
selama mana merasa syurga
selama itu juga aku merasanya.
Haji Hamdan
sajak simbolik
KIRIM BUNGA
waktu aku kirimi bunga ros untukmu aku ingin jadi lelaki jujur.
setelah bunga ros itu
lerai dari tangkainya
aku akan tetap lelaki yang dahulu.
tak tercari olehku akukah,
atau dirimu itukah
yang harus kubenci.
sedang cermin yang kugantung
di daerah sini tak termampu olehku,
jika berdarah di kaki ini.
kerana kucuba hadir
dengan kendiri pelindung
tak sanggup dimusnahkan
oleh benciku sendiri.
Asyar Mujid
sajak jiwa2 plak hehe
INTERLOK
kita manusia lemah
tiada mampu memilih semuanya
ketika hanya satu pilihan ditentukan hari-hari yang panas
menjadi gusar seluruhnya
saat petangnya disayapi kelam pasti
kata-kata adalah senjata
paling sakit sewaktu ia membunuh.
satu demi satu lebur
di jambatan hari
manusia bercakap
kerana mulutnya mampu
banyak bercakap tapi ilmunya tiada.
Sejarah lalu bagaimanakah
YB itu plak ingin menafikannya !
Ustaz Saad
sajak simbolik
KESAKITAN
kepada merahnya ros kesakitan ini,
membusungi ke sudu menyilang kesemua kepercayaan milikku.
kelelahan menghitung kelopakmu
mendekatkan banyak mimpi.
terpecah jalur realiti
menghantarkan kembali
ke daerah kesaktian kata - adil.
benarlah kepada aku tiada pernah
meletakkan kesakitan pada tempat
Tinta Bayu
sajak jiwa2
di harap qalam pilih 2 lelaki dan 2 perempuan sahaja utk sayembara perempuan lawan lelaki ni jangan ambik x seumbang sbb sy dh susun elok....
macam mana sekalipun qalam di harap ambik 2 pemenang lelaki dan 2 pemenang wanita....
kalau qalam ambik 3 pemenang lelaki? sy batalkan sayembara ini sbb jd x seimbang plak nnt susah nak susun balik
papan merah? setahu aku papan merah ni cina selalu tulis utk ong pnya
bila baca pasal papan cina ni teringat cerita kungfu kat dalam TV plak?
aku terbayang jackie chan plak bila baca cerpen ni... hehe
teruk btol anak dia pemalas btol!
kalau kebun getah anak dia rajin la kot? hehe
cina pun thu psal sabung ayam? aku ingatkan melayu jer...
org cina ni klu x berjudi mmg x sah la...
mcm mana nak kaya sbb asyik berjudi jer?
aku terbayang nyonya kiat panggil plak bila baca cerpen ni
manyak kisian itu nyonya talak guna punya anak
sampai muntah2 plak nyanyo tu?
ah ling pkul mak dia plak! celaka pnya anak!
ni bukan anak tp dia tu binatang snggup plak dia buat kt mak dia sndiri!!!
anak jenis apa la ah ling ni kurang ajar btol!
aku harap akhir sekali ah ling ni kena sumpah jd babi sbb dia buat kat mak dia mcm tu
ah ling tu anak dia ke anak angkat?
sajak politik ke jengking perak?
jiran2 langsung x tolong ke??? teruk btol
kalau aku nampak ah ling serius mmg aku tetak dia dgn parang! bagi mampus sbb kurang ajar sgt
sajak apa plak jengking ni?
sajak simbolik susah nk phm ni jengking
sajak apa plak ni jengking? mcm sajak politik pun ada
sajak jiwa2 ke politik ni?
sajak jengking ni mcm sajak jiwa2 pun ada
kenapa buat kebun sayur buat la kebun getah boleh cepat kaya sikit... hehe
sajak apa plak jengking ni buat mcm simbolik jer
sajak en nuri skrg mudah phm sajak ahli plak susah2
sajak ahli nampaknya makin x best plak
apa benda la sajak jengking langsung aku xphm
CERPEN NI BERLATAR BELAKANG NEGERI CINA ATAU MALAYSIA?????
laki nyonya tu mana?
xkn sorg je anak nyonya tu?
eh! dah mula rupanya sayembara
nampaknya kena mula buat sajak la lps ni sayembara dh mula utk bulan 3
wah! ada cerpen smula nampaknya
terima kasih tinta sbb letak semula cerpen
ada cerpen semula x la boring sgt
cerpen kali ni berapa siri plak?
-Sayembara sudah bermula anda semua
perlu bersedia, Qalam x boleh buat apa, sekadar pilih dua lelaki dan
dua wanita, contoh (TP) telah terpilih dan (TK) Telah keluar atau trkeluar dari saymbara seterunya.
-Cerita hari ini bukan cerpen
tapi cerita rakyat seluruh dunia. mungkin dalam kategori dongingan
yang ada pengajaran disebaliknya.
-
SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.
AWAN PTUH BERARAK Sajak Pakhaji Hamdan tajuk sudah cukup menarik, tetpi kami gagal. Maaf saya akan sentuh bentuk isi dan gaya. Pengucapan pada peringkat awalnya sudah mula rasa sangkut atau tegantung, bagaimana mungkin untuk khalayak dapat membaca seterusnya. Adakah sajak ini telah melompat bait-baitnya, menjadikan huru-hara bila dibaca, mana mungkin boleh saya menangkap isi dan maksudnya, bila maananya dalam perkataan gagal diterjemahkan; kabur mencari isi cerita. Mungkin over atau terlalu simbolik Harap maaf ,Usaha lagi (TK)
SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.
KIRIM BUNGA sajak Asyar Mujid masih baru belajar menulis sajak jiwa-jiwa agaknya sebagai permulaan percubaan pertama cari pengalaman . Nanti akan terbiasa dan boleh mengetengahkan sajak yang lebih mencabar.Apa pun kini mulai nampak kemanpuan dengan sajak menberi satu harapan dan keyakinan kepada si dia, semoga sukses. Maseh belum mantap walau apa pun boleh dicalunkan pengucapannya.perlu diperbaiki.(TP)
SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.
INTERLOK sajakdaripada ustaz saad ini berbau sinis dan politik memutar belitkan keadaan catatan fakta sejarah,mungkin ada agenda tersembunyi, kalau ada penghasut, jika benar jangan kira bulu sumbat sahaja ikut ISA. Kerana kita terlalu mesra rakyat .maka ada YB atau pihak tertntu untuk mengambil kesempatan menangok di air keruh atau menahan jerat. Layak diberi laluan (TP)
SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.
KESAKITAN sajak Tinta Bayu menyelinkap tentang rasa hati luka ditanggung semua, mungkin
Pengorbanan buat si penulis sebagai realiti untuk menerima kesakitan yang dihadapi semuanya selama ini terbukti nyata tanggungnya.Pengucapannya rasa berbelit-belit menggagalkan tiap pembaca menangkap isi dan maksud ceritanya, menjadikan hambar khalayak pasti enggan terus membacanya, Harap maaf tepaksa (TK)
Catat Ulasan