sajak pilihan ahli Cr.
Tuhan mencipta aku untuk dicintai
aku hidup untuk mencintai
bila usaha kecekalan menyatu
dia datang tanpa rasa segan silu
aku dia dan Engkau semua menangis
namun air mata ini telah habis
habis kerna segala telah terhuris
aku palukan diri ini sekuatnya
meniarap sampai hujung lelah
segalanya untuk dia
tapi mungkin semua ini tidak jadi
cukup sampai disini..
Bila mentari bersinar seadanya
kupu-kupu ditaman berterbang rendah
ditemani alunan muzik lemah
tapi aku kini kian tabah
bila semua ini amat menjijikkan
aku pun putuskan sendirian
didalam dada ini terus melangkah tanpa lelah
nukilanku semuanya duka
kerna tiada suka dapat ku gambarkan
Bukan pandangan sinis
mungkin sudah tulis habis kata
terangkai mengembirakan hati ini
aku mohon Tuhan warnai hidupku
pelangikan jiwaku terus hidup..
aku hidup untuk mencintai
bila usaha kecekalan menyatu
dia datang tanpa rasa segan silu
aku dia dan Engkau semua menangis
namun air mata ini telah habis
habis kerna segala telah terhuris
aku palukan diri ini sekuatnya
meniarap sampai hujung lelah
segalanya untuk dia
tapi mungkin semua ini tidak jadi
cukup sampai disini..
Bila mentari bersinar seadanya
kupu-kupu ditaman berterbang rendah
ditemani alunan muzik lemah
tapi aku kini kian tabah
bila semua ini amat menjijikkan
aku pun putuskan sendirian
didalam dada ini terus melangkah tanpa lelah
nukilanku semuanya duka
kerna tiada suka dapat ku gambarkan
Bukan pandangan sinis
mungkin sudah tulis habis kata
terangkai mengembirakan hati ini
aku mohon Tuhan warnai hidupku
pelangikan jiwaku terus hidup..
Oleh: Ummu Akilah
SMK Teluk Kumbar
8pagi/2010 Oktober 12 01:46
Diterbitkan kembali tanggal 23/02/2011.
SMK Teluk Kumbar
8pagi/2010 Oktober 12 01:46
Diterbitkan kembali tanggal 23/02/2011.
49 ulasan:
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara
2011/02/23
MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri.
“Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai.
“Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat.
"Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan.
Sedutan akhbar BH hari ini.
DERMAGA SILAM
pilihan adalah diri
suratan dibacakan takdir
dalam lingkungan
kita luruskan garisan.
masing-masing sendiri
terkurung di dalamnya
jangan langgar garis
tertulis ini tepian ombak
membisikkan angin rindu
dari dermaga silam
wahai sekalian
di mana kompas
tewaskah oleh biru horizon.
Ziarah Makrifat
sajak simbolik
GENGGAM NIAT
genggam angin kalis
satu persatu jadi nafas
mentari di poket sisi
saling melengkap buat teman
teratai dalam balang kaca
letaknya tinggi di puncak awan
garis waktu terlanjur rapuh
teratai tetap mahu pulang
kalah beradu takdir siap tertulis.
niat pada awal jitu
tidak mahu itu lagi
tidak mahu ini lagi
jangan goyah pesan diri
sesaat dua niat hanya tinggal niat
niat dan tekad tidak lagi bersatu
mulalah niat diabaikan
hati sudah rasai sakit
sudah ku bilang
pegang pada niat itu
keegoan diri makan diri sendiri
rasakan sakit itu kamu
Saizul Maizav
sajak masa buat di kampung semua sedara turut serta siap buat sepandung utk saya harap qalam puas hati
DOSA MALAM
Semalam kita bertemu.
bagai mentari sekilas hujan
terpentar tujuh rupa cahaya
disapa manusia bergelar pelangi
malam ini aku menungguMu.
Bila terisi segulung janji
merumus abjad zaman insan
ditebar tuhan bebutir faqir.
Lalu kuterjah kekusutan
terurai satu persatu sugul
terbelenggulah jiwa disalib dosa
menitis mutiara bernama airmata.
Bertemankan kasa seusia tuannya
terlipur kekisah berperit-sakit
diwarna harum setanggi cinta
terbit ratapan duka berhujah doa.
Malam Hadirlah di dunia,
tapi bukan di hati.
Ustaz Rahman
sajak simbolik maaf terlambat badan tak sihat pergi klinik ke berpuluh
SENGSARA MENCARI REZEKI
dendam api menjadi bara
kerna derita kerna sengsara
siapa dia yang harus merana
bangkit menentang semua
aku melihat dia menangis kesayuan
sang ceria bertukar durjana
walau cahaya bertukar gelita
terkedu terkesima gelap kini
tiada hanya satu pun merrasa
apabila kemaafan kian menjelma
kelihatan kedatangan cahaya
menerangi langit dunia
Aku corak kan langkah ini.
satu persatu jari jemari akan patah
Bumi pun merekah aku terus meredah.
Di celah rumput dia ada rezekimu.
En Sanusi Rostam
sajak apabila sy melihat seorang hamba allah mengutip tin semasa traffic jam
SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRA RASA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
DERMAGA SILAM sajak daripada Ziarah Makrifat pengucapannya ternyata dapat mengangkat skop yang agak luas ubtuk kayalayak mentafsirkannya pada isi ataupun maksud huraiannya. Sajak bersimbolik yang luas pengertian dan berbicaraannya oleh si penulis. Apa-apa yang hendak kita lakukan terpulang pada endividu, takdir telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam keadaan yang ditentukan, terpulang untuk anda mahu mengambil jalan lurus atau menyeleweng, terpulang pada diri sendiri.kerna Allah telah pun menetapkan amal makrup nahi mungkar. kenapa kamu langgar akan garis panduan itu? Biasanya bila kita mengenang dari segala kumpulan dosa-dosa yang lau, baru kita sedar setelah apa yang berlaku, akibat dari terlalu mengikut pengaruh keadaan, lalu kita semua hilang panduan dari hadis dan al quran. Syabas! Ziarah Makrifat. Anda layak dicalunkan tokh sayembara pertama CR 2011 daripada tiga orang lagi di antara yang lain Anda layak diberi tempat pertama dan Terutama (TU)tp.
SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRA RASA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
GEMGGAM NIAT oleh Saizul Maiva sajak menceritakan kisah lalu pengucapannya Pada permulaan sudah menarik dan ada kepuitisannya. Tetapi dihujung penutupnya sudah mulaterasa longgar, bagai marah pada sesaorang yang telah mengecewakan hati nampaknya. Apa-apa pun mungkin ada cerita yang agak mengecewakan dan ada penyesalanan kerana apa yang dikata dan dijanji semuanya bagai melanggar segala takdir, mungkin mengikut hawa nafsu, niat lain, berlaku pula lain. Kini cuma tinggal niat sahaja, untuk bersatu sukar sekali, inilah sikap leegoan yang memakan diri sendiri.kini terpaksa tanggung sendiri. Sajak akhir sayembara ini anda cuma layak di beri tempat ketiga terbaik (TB) sahaja.
SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRA RASA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
DOSA MALAM oleh Ustaz Rahman yang seringan mengingatkan kisah silam dalam
Kehidupan yang seharian dahulu.kini malam bagai mengumpul dosa , jiwa pula cuba membersihkannya satu-satu. Dengan amalan bertahajud dan solat zikir malam yang berpanjangan semoga segala dosa dapat disalibkan. Biarpun menangis beribu kali, cerita malam yang datang doa malam yang berpanjangan, rasa mengerunkan , rasanya mahu saja malam biarlah hadirmu pada dunia dan pada pusiangannya tetapi bukan pada hati dan diri. kerana ke dua bagai terlu rendah nilai rasanya.sajak ini berbetuk ketuhanan seyembara akhir kali ini, Cuma layak memberi tempat kedua, sajak utama (U)
SAYEMBARA AKHIR PUISI CITRA RASA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
SENGSARA MENCARI REZEKI oleh En Sanusi Rostam pengucapanya kali ini agak biasa sahaja. Kekeringan ilham barangkali. Tetapi kalau diolah dengan baik Ia juga boleh diangkatkan menjadi isu yang lebih menarik. Apa-apa pun terasa penceritaan kali ini agak hambar dan biasa, tidak pada sayembara sebelumnya semuanya begitu mengancam. Begitulah kemelut kehidupan , jiak sesaorang itu telah terdesak dan bergelut dengan kehidupan yang menghimpit dan mencekek, dia dan juga keluarganya, Dia akan bangkit berazam melakukan apa saja yang termampu demi mencari sesuap nasi. Begitulah kehidupan kita jika gagal mencorak kehidupan masa depan kita, merana sepanjang zaman.Sajak sayembara akhir ini hanya layak di beri tempat ke empat dari tiga yang lain baik (B)
aku rasa confrim menang ni!! x sabar bila nk umum ni?
sajak saya kali ni nampaknya mcm ada harapan nk menang laptop? tp tunggu saja la keputusan
sajak sy ilham dtg ketika traffic jam tgk plak org kutip tin rasanya kalah kot kali ni
sajak sy rasanya msti last sekali sbb sy buat dalam keadaan sakit kepala x semak pun terus suruh anak sy tolong hntr
semakin sengit jgk sapa plak yg dpt ni?
nampaknya saingan kali ni hebat2
sajak agak simbolik jgk anai2 ni
sajak anai2 ni senang phm menarik
sajak pasal anai2 pun ada
sajak kali ni x la susah sggt nk phm
sajak simbolik psal binatang plak?
iangatkan sajak politik anai2 ni
sajak utk pergolakn di mesir ker?
sajak menarik kali ni senang phm
wlpn simbolik senang jgk nk phm
alahai sajak jiwa2 lagi dari ahli citra rasa?
bila la ahli ni nak berhenti dari buat sajak jiwa2?
minggu ni musim sajak jiwa2 ke dari ahli?
sajak jiwa2 lagi ke dari ahli?
kenapa byk sgt smua sajak jiwa2 dari ahli kali ni?
ahli kali ni nampaknya cendurung nak buat sajak jiwa2
sajak en nuri ok la sajak ahli bosan
biasalah pembangkang ni suka memfitah jer
pembangkang itu saja modal dorg nak menuduh kerajaan x btol je...
pembangkang semakin terdesak dah skrg ni
byk tohamanh yg di lontarkan kepada keraajan plak skrg ni
pasal budi pun pembangkang ni nk buat kecoh2 plak?
rasanya pembangkang yg x kenang budi kerajaan bagi
rasanya smua penduduk merlimau thu yg mana btol
rakyat skrg dh bijak dorg pun thu menilai mana btol dn x btol
di harap kat merlimau nnt pembangkang kalah lagi
rasanya merlimau PAS kalah la...
teruk btol dua pmpin tu patutlah dorg asyik kalah
eh! pasal budi ni kenapa plak?
di harap lps ni xde sajak jiwa2 dari ahli jemu la
di harap merlimau BN menang lagi
smoga BN terus maju pda masa akan dtg!
israel ni rupanya sama taraf dgn singapore ker?
patutah singapore pun maju jgk
malaysia kena mula contohi isarel
Catat Ulasan