Orang yang paling bijak
orang yang paling banyak mengingati mati
dan bersiap sedia menghadapi kemungkinanya.
Orang yang paling rugi
orang yang paling banyak mengumpul harta
dan sayang pula untuk memfaatkan belanjanya.
Orang yang paling bodoh
orang yang paling banyak mengejar kehidupan
dan enggan pula menerima hari- hari kematianya.
Oleh: Nurimanja,
tanggal 27/04/2010.
pagi hari sajak lagenda.
orang yang paling banyak mengingati mati
dan bersiap sedia menghadapi kemungkinanya.
Orang yang paling rugi
orang yang paling banyak mengumpul harta
dan sayang pula untuk memfaatkan belanjanya.
Orang yang paling bodoh
orang yang paling banyak mengejar kehidupan
dan enggan pula menerima hari- hari kematianya.
Oleh: Nurimanja,
tanggal 27/04/2010.
pagi hari sajak lagenda.
50 ulasan:
CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 13
____________________________________________________________________
Entah bagaimana satu hari Alicanon seperti biasa selepas bekerja dia makan tengah hari dan terus terlena di bawah pokok rending di kebunya. tetiba ada saekor kucing putih datang dengan harum bauan bunga-bunga dihutan rimba, telah pun menghampirinya, dengan penuh perasaan sayu kucing itu memerhati keadaan Ali dengan lama sekali, seperti dia ingin berbicarakan sesuatu.
Seketika matanya nampak berair semacam berharap untuk minta pertolongan dari Ali canon. Setelah Ali canon terjaga dari tidurnya, dia dapat menghidu bau harum bunga-bungandari hutan rimba itu di sekelilingnya.
Pelahan-lahan dia membuka mata, dia ternampak ada saekor kucing putih agak jinak disisi tempat pembaringannya, tetapi Ali canon terasa tubuhnya semacam lemah dan rasa tidak terdaya pula hendak bangun, tidak seperti hari-hari yang lain. lama juga Ali canon terbaring di bawah pokok rendang tempat dia berteduh itu..
kenapa aku jadi begini? pekek hati kecil ali canon. kenapa aku tidak menankap saja kucing putih yang berada disisiku. Mana perginya tenaga aku selama ini. Ali canon baru sedar hari ini dia tidak membawa bekalan menangkap hantu di pinggangnya. benar-benar dia
terlupa dan telah tertinggal di terataknya, kini dia menyerah dan menyesal pada kelalai dirinya..
Mujurlah dia masih ingat jampi serapah yang di ajar oleh atuk Irafanul haq padanya dahulu, jika tidak pasti langsuir itu dapat menguasai dirinya sepanjang hari. Setelah dia terasa ada tenaga kembali dia segera bergegas pulang. Sewaktu dia berjalan pulang itu ada beberapa kali kucing putih itu mengikurinya dari belakan, bial dia berhenti kucing itu juga turun berhenti, sekejap ada kelihatan , sekejap tiada pula.
Apa yang dia mahu dari Ali canon, ternyata Ali canon juga sukar untuk mencari dan meneka menjawabnya. Malah kian menjadi tanda tanya, kenapa kucing ini selalu saja mengikurinya, kekadang sehingga terbawa ke dalam mimpi tidurnya. Malam ini Ali canon telah pun bersiap sedia untuk menanti siapa pembawa bunga bungan ke dalam teratak kecilnya.
BERSAMBUNG.
JANJI ITULAH
digetusnya dedaun perang
pada saat ini
kelmarin ada getah merah
mengering di jejari halus.
biar bersungguh ia menyembunyikan
wajah hati berparut pahit segala.
sekilas kerdip cahaya songsang
tumbuh bebayang kesakitan,
serba gerun di kaca calar
retak melintang semakin
bergelap dari cahaya
bertambah sulit nafasnya,
berbaur serba
kenangan ketika manisnya
menipis pergi
terjenguk wajah-wajah sinis
tersenyum, senyum yang sinis !
dedaun perang digetusnya
satu, dua melayah tanah
yang jarang-jarang rumputnya
memecah deretan semut-semut hitam.
janji itulah mesra rayu itulah
kekuatan lelaki kelemahan buatnya.
dan saat matanya tiba di deretan
semut-semut hitam yang tiada sukar
melepasi daun-daun perang di hujung kakinya
sebak hati kian membesarkan kekesalan, dialah
dedaun itu digetus dengan janji
mesra dan layu seorang lelaki.
Syeikh Al Habib
sajak dgn bantuan rakan2 di majsid
MEMUJUK DIRI
Sedih dihati tidak terkira
Diminta sembuh kembali
Apa jua perkara tetap ku akan tabah
menghadapinya sepenuh keberanian
Walau apa terjadi
sekali pun aku harus tabah
Tangisan ku seumpama permata
ini dibiar mengalir
bagai anak sungai mengalir deras
Tanpamu Coba memujuk
Dan menghilangkan
Tangisan di pipiku
Apa yang harus ku lakukan
Tanpa dirimu seorang ku percayai
Tiada lain bisa cuba memujuk ku
Suria kencana
11malam
1.2.2011
TIADA LAGI PENGGANTI
seindah suria pagi
setenang air di kali
secantik purnama seri
sesuci embun pagi hari
seharum mawar mewangi
semuanya menghiasi diri
semuanya dikau miliki
dikau tiada pengganti
budi jasamu tiada terperi
bersama belaian kasih suci
kasih sayang tulus murni
bersemi cintaku abadi
dikau milikku pasti
ummi engkau baiduri
tiada lagi pengganti
Kasih abadi
sajak dgn bantuan suami
HARGAILAH AKU
hargailah aku itu yang aku pinta
pada kau selama ini
janganlah menyindir diri ini
selagi aku mampu memikul beban ini
segali nafas terus ku hembus
selagi jantung ini berdegup
selagi mata ini terbuka
hargailah aku jika aku tiada
buat selama-lamanya
itu semua tidak bermakna lagi
di hari-harimu yang akan datang
Izaty Husna
kelantan
20.1.2011
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak ini agak sukar untuk ditangkap maksudnya, ternyata menjadi sajak yang orang tertentu saja yang mengetahui. Tetapi khalayak akan menolak untuk mencari maksud apa yang tersurat dan tersirat. kerana gagal menangkap maksudnya. Sekadar andian saja. Mungkin ada komplot yang menabur janji untuk mempengaruhi keadaan mungkin cuba memberi sadikit imbuhan, walaupun cuba disembunyi, tetapi khalayak ada yang tahu, Tetapi bila janji tidak ditunaikan, kata sinis yang tajam pasti dihujani, kini dia menjadi lemah dengan kata janjinya sendiri . Cuma andaian saja. . (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sebuah sajak meneritakan rasa ketabahan hati menghadapi musibah di antara sesaorang yang amat di kasihi selama ini. Mungkin ibu bapa atau suami yang mungkin dirundung malang atau sakit berpanjangan. Ini menyembabkan si penulis rasa bagai tegelam punca, lalu mericau tanpamu bagai pincang segala-galanya, kerana selama ini si yang ditimpa musibah yang melaksanakan semuanya. Semoga kita kena Juga belajar erti kesusahan. (U)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Penceritaannya membicarakan tentang keunggulan sebuah harapan yang diharapkan selama ini, hanyalah kepada sesaorang yang amat dikasihi, mungkin ibu yang melahir dan membesarkan kita sehingga dapat melihat bulan dan matari. Tetapi bila dia sudah tiada terasa bagai hilang segala-galanya. Semoga doa rastu disusuli
kehadratmu Ya Allah swt. (TB).
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Sajak menceritakan bagaimana seorang yang cukup mengharap agar orang lain menghargai segala yang dilakukan selama ini, sekadar apa yang dia mampu, Nampak semacam minta simpati pula. Biasanya simpati dia akan datang dengan sendirinya tidak perlu minta belas kasihan, sekiranya kita benar menjalankan tugas dengan rasa tanggung jawab dan penuh ikhlas. Semestinya orang akan ingat, sama ada baik atau pun buruk apa yang pernah kita lakukan. Termasuk juga sesebuah pemerentah semua akan disoal oleh Allah apa yang telah kita laksanakan. Manusia sekadar mengenang (B)
seram cerpen ni
eh! kucing tu dtg lagi la plak?
eH! dtg dlam mimpi saja ker hantu tu?
eh! tgh hari pun dia dtg jgk langsuir tu?
eh! dia tinggal plak peralatan dia
hantu tu boleh kacao bila ali canon xde peralatan
hantu tu pun pndai dia mcm thu2 je ali conan xde peralatan dia dtg kaco
ali conan kena tindih la plak?
eh! kali ni dia dtg sebagai kucing saja ker?
kucing kali ni jelmaan hantu ke btol2 kucing?
eh! mcm mana dia boleh terlupa plak bawak peralatan dia
huh! habis la ali conan x bawak peralatan plak?
ali conan ni kena macam situasi kena tindih saja? sy pnh kena mmg masa tu rasa mcm dh msuk dimensi lain
selamat ali conan ada ilmu klu x hbis la kena pukau
apa peralatan dia tu?
kenapa langsuir tu lemah klu ali canon ada peralatan
eh! langsuir ni xde nama ker?
ali conan akhir sekali mcm mana la nasib dia nnt
panjang lagi ke cerita ni en nuri?
misteri la kucing tu
kenapa masa ali canon tido je dia dtg?
kenapa x paku je kat tengkuk kucing tu sbb nk tunggu dia jadi hantu susah sgt
eh! langusir tu kenapa suka sgt kat org betol bndul?
kenapa langsuir tu asyik buru aku je byk lagi lelaki lain kenapa aku jgk yg jd mangsa?
ali canon ni lemah semangat ni
sajak yg agak menarik ni benarkah?
kenapa dia x menjelma jadi arnab plak? hehehe
kita tergolong dlm golongan yg mana agaknya?
selain dari kucing dia boleh menjelma jadi apa?
rupanya mcm ni asal usul langsuir..
cerita dogeng ke benar punya ni en nuri?
semoga kita x tergolong dgn org paling rugi dan bodo
di mana agaknya kedudukan kita? orng yg manakah kita?
dia msih xpdt paku lagi ke tengkuk pntinanak tu? nampaknya makin panjang la cerpen ni
sampai berapa siri pontianak ni?
eh! ada 3 jenis org plak yg ada kat sini
hanya ada 3 golongan saja ke en nuri?
nampaknya ada 1 golongan yg yg bolh kita ikut
smoga kita dalam golongan yg baik2
xde golongan lain dah ke selain 3 golongan ni?
ada 3 je golongan 2 daripadanya x baik...
Catat Ulasan