Orang asli,
etenik peribumi jati
telah banyak berubah
tidak lagi berpintah randah
mereka telah mengenal dunia luar
malah telah ramai ke marcu menara gading.
Mereka jua,
punya kedudukan
bangun berdiri sama tegak
mencorak langkah di arus moden
menekmati kemudahan hasil negara
demi tanah tumpah darah Malaysia tercinta.
Oleh; Geletek Petang,
catatan buat Jupri Halim
pekan , pahang september 2010.
50 ulasan:
CERPEN SIRI 2 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
___________________________________
DI hadapan pondok kecil itulah dia rebah dan menamatkan langkahnya: jatuh terguling ke tanah, dia benar-benar kehabisan tenaga, mulutnya kumat –kamit hendak memanggil nama tenamannya.
Jimannnnnn!!
Keluh Budin temannya yang telah lama menunggu ke pulangannya di muka jendela pondok buruk itu, bingkas bangun menerkam ke muka pintu
“Jiman! “ Pekek Budin cemaslalu segera menuju ke pintu mengankat Jiman dan memapahnya masuk ke dalam pondok kecil tempat kediaman mereka selama ini. Di pingger kota tanah haram ,kepunyaan kerajaan itu
Hati Budin disalut bimbang dan cemas, melihat tubuh Jiman yang ttidak bermaya itu. Bingkas di papahnya Jiman di tengah ruang pondok. Kaki Jiman dilunjurkan lurus. Kepala Jiman terkulai bahu Budin.
Pakaian Jiman basah kuyup. Dagu , tangan dan kakinya menggeletar diserang kesejukan hujan lebat sepanjang malam. Dia terperangkap, dalam hatinya berkata jika
Mahu mati biarlah di pondok buruk ini..
Budin menggeleng-gelengkan kepalanya, menyesal melihat sikap temannya itu. Dia memecit-mecit tubuh Jiman yang kurus melidi dipenuhi tulang serangka itu. Janggut, misai, dan rambut panjang Jiman yang tidak terurus itu diusap-usapnya dengan jari -jemarinya.,
Budin mencapai kain tuala buruk dan lusuh itu , dia mengelap tubuh Jiman agar segera kering, kemudian tangannya terus memicit lagi tubuhnya agar memberi kepanasan kepada tubuhnya, agar darah segera mengalir.
Sesekali Budin melihat dada Jiman yang turun naik itu. Di matanya jelas terbayang wajah ketuaan dan kedhafannya sebagai seorang tua yang hidup dibendung derita penyesalan masa lalu.
“Kau memang degil Jiman!” Keluh hati kecil Budin sambil membuka pakaian Jiman yang basah itu, kemudian Budin bergegas ke dapur untuk menghidupkan unggun api. Budin mengumpul puntung-puntung kayu yang berselerak di atas abu.
Budin mengambil sebotol minyak tanah yangcuma tinggal sadikit saja lagi, kemudian dicurahnya , api pun dihidupakannya, bahang panas pun memijar keluar. Budin berarap tubuh Jiman dapat kembali segar.
BERSAMBUNG.
ISU SEMASA;
MASALAH BUNG BAYI.
Ada tiga sebab Allah SWT masih membenarkan menurunkan hujan kepada makhluk di muka bumi ini, kerana bayi, ungas kecil, dan orang tua.
Jika bayi dibuang, ungas kecil dibubuh racun serangga, orang tua-tua dicampak kerumah orang tua pengasuh. tunggulah bala akan menimpa..
Jika ketiga ini musnah, hujan tidak akan turun, Allah tidak akan
memberi belas kasihan lagi, kerana ketiga-tiga ini tiada lagi di
dunia ini.....
TUBUH - TUBUH KECIL
mana pergi ihsan si ayah
mana hilang sifat keibuan
mana lucut kasih dan sayang
mana luput erti kemanusiaan
tubuh kecil sanggup diratah
tubuh kecil sanggup dimamah
jadi mainan kaki dan tangan
jadi habuan sepak terajang
tiada lagi nilai air mata
tiada lagi erti jerit kasihan
bila saat semuanya hilang
jadi debu berterbangan di angin
bila nafsu merajai diri
hilang sifat hilang nilai
hilang semua sekali tetap kekal
tubuh tubuh kecil tidak berdosa
tubuh tubuh kecil tidak berdaya
tubuh tubuh kecil si anak
terdampar di mana sahaja....
Haji Khali
langkawi
17.9.2010
ANAK KECILKU YANG PUNYA
Anak-anak kecil,
yang punya mata sepet,
yang punya kulit berwarna,
yang punya pipi tembam,
yang punya gigi rongak,
yang punya lidah pelat,
yang punya kuku panjang,
yang punya otak cerdas,
yang punya baju lusuh,
yang punya kasut koyak,
yang punya PS,
yang punya bibik di rumah,
yang punya ibu pendatang asing,
yang punya selsema babi,
yang punya cita-cita kecil,
yang punya segunung impian.
Yang menjadikan aku,
perempuan lembut hati.
Zuraifah
sarawak
11pagi
Zuraifah sajak kedua, tidak tahu pekerjaanya tetapi punya keduduka yang agak baik juga. Punya segala keperluan asas kehidupan yang berlebian buat bagi seorang yang cuma berpendapatan sederhana. Pengucapan dalam tajuk ANAK KECILKU YANG PUNYA segala menyeduh kemudahan asas yang lebih kepada anaknya daripada apa yang di perlukan ole kanak-kanak biasa kebanyakannya. Kehidupan mewah ini kalau tidak dapat dikawal dengan baik atau diurus dengan sempurna akan membahayakannya. Oleh itu berwaspadalah selalu semoga kehidupan anak kecil anda ini tidak terperangkap dengan budaya kehidupan yang terlebih mewah. Merugikan masa depan anak kecil ini pula. Terima kasih berilah penyediaan asuhan yang sederhana.
Sajak oleh Tn. Haji Khali kali ini menyetuh tentang kehidupan manusia hari ini yang sering digembar dengan tragedi pembuangan bayi yang kian serius dan membimbangkan kita dini hari. Betapa malangnya bayi kecil yang belum punya tahu apa-apa telah dilakukan tahana kepadanya. Apa yang penting kesedaran keagamaan yang perlu dipupuk di hati generasi muda kini. Jangan terus mengikut awa nafsu syaitan dan godaanya. Ingat tetang balasan tuhan , azab neraka dan bahayanya generasi yang berketurunan yang tidak tahu asal usul ibubapanya. Terima kasih Haji Khali . usaa lagi.
eh! sajak utk jupri je ke geletek petang? utk yg lain2 xde ker? hehhe maaf en nuri masuk ulasan jgk...
sajak utk jupri ke en nuri? bkn utk seluruh org asli ker?
sajak pasal org asli pun ada jgk? wah! eh! geletek petang buat sajak pasal iban plak?
wah! hebat geletek petang buat sajak utk org asli plak?
geletek petang nnt try la buat sajak utk bangsa lain jgk?
sajak utk pengantin bru xde ker??? hehhe
anak2 didik en nuri pun sajak2 dorg boleh tahan jgk...
en nuri buka kelas penulisan sajak ke??/ hebat sajak geletek petang ni...
sajak org asli plak geletek petang tulis? eh! sajak pasal iban xde ke? kadazan ker?
wah! geletek petang pun nak ikut jejak en nuri sajak menarik...
geletek petang ni geng en nuri ke geng geletek malam?
menarik sajak geletek petang ni... teruskan menulis!
sajak penjaga blog en nuri disiarkan? sajak penjaga ulasan plak bila nak disiarkan? hehehhe
eh! 3 sbb ni je ke Allah turun hujan???
bhaya kalau 3 benda ni semakin berleluasa nnt hujan x turun.....
mana en nuri thu pasal 3 sbb ni Allah turunkan hujan?
ape2pun semoga kita dapat perlihara ketiga sbb ni....
rupanya sbb ni je Allah turunkan hujan ke?
xkn 3 sbb je Allah turunkan hujan xde sbb yg lain dh ker?
klu xde 3 sbb ni kemaraulah jawabnyer....
patutlah skrg hujan jarang turun sbb byk org buang bayi....
oh jd klu salah 1 xde? hujan susah nk turun la?
terima ksih en nuri bagi sbb2 hujan turung ni... dapat info sikit...
eh! nama saya pun ada jgk ke? terima ksih cikgu! hehe jd org tua plak? hehhe
CERITA EN NURI NI MACAM BERKISAR TENTANG KEHIDUPAN ORANG TUA2 SAJA?
eh! budin dgn jiman ni xkwin ke???
budin ni umor brapa thn? jiman plak brapa?
sian jiman jtuh terungkur plak tu?
jiman ni xde isteri ke? budin plak jaga dia?
budin dgn jiman ni dok rumah org tua2 ker???
tjuk tahana tp cerpen ni mcm cerita org tua2 saja?
eh! budin tu anak jiman ke?
budin ni sapa warden utk rumah org tua2 ker?
dorg berdua ni dok mana??? kesian plak tgkk...
anak2 jiman mne???? xkn dorg x tgk2 ker?
cerpen ni bru episod 2 dah menyentuh hati....
2 orang je ke watak utamaa dalam cerpen ni?
bgus budin tetap tolong kwan dia tu...
cerita ni menyentuh hati dan perasaan la...
cerpen ni berdasarkan kisah benar ke en nuri???
dorg berdua je ke kat pondok buruk tu??? xde ke penjaga?
mcm manalah dorg boleh hidup kat pondok tu sedih dan insaf baca...
budin dgn jiman ni pelarian ker???
sajak untuk kaum lain ilham belum datang lagi. tunggu dan lihat aje.
otak aku tak boleh fikir kut laian, mesti dia nak cerita lucu, klau tak susa nak menjadi.macam en nuri juga
sesekali dia komedy juga.
Catat Ulasan