Terdengar resah suara keluhan
sendu rentihan dan kehampaan
dari anak-anak`jati Pulau Mutiara
terasa sebak dan tenat hati di dada
melalui angin pesan dikirimkan
lantaran kekalutan amat sangat
telah menyerang runtunan jiwa
mengharap janji yang diabaikan
perlukah kita menunggu lama
sehingga musnah hak mutelak
ataupun satu kuasa dinapikan
setelah mengubah segala fakta
keperluan idintiti hak anak peribumi.
Oleh: Nurimanja,
terkenang temasik ?
Bagaimana pula Mutara? 2010
34 ulasan:
BAB 2 siri 1 BUDAK PONDOK - Nurimanja Perak.
_____________________________________________________________-
Hampir se tahun aku belajar aku pun menghitung masa depan dengan penuh harapan, Dari perbualan Cikgu dan Ustaz serta kawan-kawan yang rapat dan jauh, mereka mengatakan, kalau nak jadi Guru agama atau seorang ustaz, mesti mempunyai SPM dan Empat Senawi sekurang-kurangnya .baru layak jadi guru Agama,jika tidak penat sahaja belajar sekolah Arab
Satu hari aku bertemu dengan seorang kawan lama yang sedang belajar di Salah sebuah sekolah agama rakyat di pekan Tanjng Piandang Sek. Men.Alwataniah Shmasul Maarif Al Wataniah Tanjung Piandang, dia mempunyai dua aliran Agama dan Akedemik, hatiku bertambah berkobar-kobar membakar semangat diseluruh darah dagingku.
Pagi, petang, siang malam hatiku sering menghitung untuk menuntut ilmu ke sekolah Al Wataniah Tanjung Piandang. Mak bagi tahu di Tanjung Piandang ramai adik beradik mak, Arwah tok Naim pun salah seorang yang amat disegani tentang ilmu Agama.
Bila aku mula belajar di sekolah agama itu, hari Pertama , aku pergi bersama abang Halim, aku ditemuduga sebelum pendaftaran, kerani sekolah itu kata ,Aku budak kutu rayau ,dia bisa jumpa di pekan Parit Buntar. Aku menafikan sekeras-kerasnya. Abang Aku Senyum sahaja, aku naik 'hot' depan orang ramai keluar masuk dalam pejabat itu, Pejabat itu agak sempit tidak terurus ,tidak ada bilik khas untuk guru besar atau kerani sekolah.
Semasa aku menuntut di sekolah itu, aku tinggal dirumah Tok Nek Puyuh, Dia bertubuh kecil tetapi nampak 'smart' dengan baju 'bush jeket'nya warna kuning dengan kain pelekat cap sauh cukup popular di Pekan Tanjung Piandang.Tok Nek Puyuh adalah adik kepada Tok Wan Nain Atuk kepada ibuku, dan tok Nyang kepadaku.
Pada satu malam selepas Maghrib aku pergi ke masjid bersama Tok Nek Puyuh, dua tiga orang kawan Tok Nek Puyuh bertanya siapa budak ini? Tok Nek Puyuh menjawab cicit Naim, arwah abang aku .dia belajar di sekolah Agama ini..Mereka semua memandang aku dengan pandang yang berbeza, dan penuh maana. Aku terasa bagai disenangi.
BERSAMBUNG.
INFO AGAMA : ADA SEDIKIT TIPS BELAJAR DENGAN BAK DAN BERKAT : OLEH : NURIMANJA
______________________________________________________________________________________________________________________________________________
Apa yang saya tahu daripada yang saya dengar dan dapat dari orang dulu belajar termasuk ustaz dan tok guru dan ada juga pakar motivasi dan pengalaman sendiri. selain takqir Allah yang telah pun ditetapkan untuk menjadi apa bila besar? sekadar saya boleh turunkan sadikit yang saya tahu cuma.
1.Pasang niat dulu nak jadi apa condong minat kearah mana? bila ada khayalan, jadikan ia impian, mpian pula jadikan ia cita-cita, lalu jadikan ia pada kenyataan. kemudian berusaha dan berdoa kepada Allah swt.
2.Makanan ada tidak benda kesamaran subahat (haram) kita telan masuk ke dalam perut kita? selain makan, , makanan yang menjana minda kita, kurma, keret, soya ben, susu segar, telima, hati ayam, jenis kacang, sayur hijau dlln.
3.Sebenarnya saya ada buat catatan ini banyak lagi pandang dan larangnya. Insya allah saya cadang nak buat buku ada kawan mencadangkan (buku kecil) bersama doa-doa yang saya susun sendiri, doa perhimpun mingguan, hari PBG, doa hari guru, doa persatuan BM, BI, MAT dan Sains, koko dlln lag.
Cerita sikit; Pernah satu hari imam safie terlupa sewaktu guru meminta dia enghafal, lalu gurunya berkata, kau ingat balik
apa yang telah engkau makan?
Lama dia mencari punca makanannya. Satu hari dia teringat susu kambing yang dia pesan itu? Bila dia bertanya dimana kambing kamu makan rumput? Bebas dimana saja, termasuk rumput di orang yang tidak dihalal oleh tuan ampunya, lalu susu itu jadi haram. Esok aku berhenti membeli. kata iman Safei.
hahaha padan muka dorg tuduh en nuri kutu rayau sgt last sekali bru dorg sedar.....
en nuri dorg kata kutu rayau? klu sy mati dh pengawai tu... mulut neraka betol!!!
tu la sapa sangka dorg kutuk2 en nuri sekali en nuri berjaya!
4 senawi tu apa benda? pening jgk saya....
tok wan naim sapa plak? kenapa dorg segan dgn dia???
eh! semalam bru en nuri kecik2? skrg kejab dh besar dh.... heehehehe
tok wan naim ni ketua kampung ker?
eh! pnya kasar tu dia kata en nuri kutu rayau? sialan btol!!!!
eh! en nuri skola kat wataniah ker? sekaolah pondok ker?
pnya kurang ajar org tu... mana boleh menilai org melalui luaran...
apa beza SPM dgn empat senawi? pening sy............
ingatkan en nuri org penang? rupanya en nuri org tangjung piandang ker? msti en nuri banjar ni...
GURU AGAMA? EN NURI BERCITA-CITA UNTUK JADI GURU AGAMA KE MASA TU? JADI KESIMPULANNYA ADAKAH EN BERJAYA? JIKA BERJAYA JADI BENARLAH TELAHAN SAYA EN NURI NI USTAZ??
en nuri ni keja apa agaknya? apa2 pun aku nak baca sampai habis jgk nak thu apa perkerjaan en nuri,,,,,,,,,,
tips permakanan ni nmpk berguna... thnkz en nuri....
mknan pun bleh mempergaruhi jgk ke?? hm... lps ni kena pandai pilih mkn...
eh! ade tips2 utk pemakanan yg sihat! mcm2 ada dlm blog ni... hehe
tips ni mmg berguna! nnt sy nak tulis dn tampal di masjid smoga kita semua dapat manfaat... insyaallah...
rupanya wlpn kita x thu asal usul mknan tu? tp klu x halal x bleh jgk...
SESAT
Apa kamu buat disini?
Kelihatan begitu cantik.
Sudahkah langit bertukar warna menjadi bosan
tanpa pelbagai pilihan lagi.
Bunga berhenti mekar dan lebah sudah mati
tanpa madu dan debunga yang kering tidak subur lagi.
Mentari terbit tidak membawa apa-apa
harapan dan erti.
Atau sekadar berhenti
bertanya arah.
Sesat dalam pencarian.
Mencari warna kelapan pelangi.
Mencari bunga yang malu-malu,
hanya mekar dimalam hari.
Pusaka Rimba
Pulau Tioman
30.3.2010
en nuri nk buat buku??? dh di terbitkan ker??? kt kedai mana ada jual sy nk pergi beli...
en nuri ni mcm2 tips ada? adakah en nuri ni penceramah bebas mcm fadzilah kamsah???
terima kasih en nuri tips ni baik utk student mcm sy ni... trima ksih...
en nuri ni mmg hebat! mcm2 info berguna ada dalam blog ni...
ULASAN
Sajak sesat dan kekeliruan dalam mencari erti satu harapan oleh Pusaka Rimba, Terasa agak kiasan
simbolek pengucapannya, banyak ayat-ayat maananya banyak yang bercanggah, ataupun melawan arus,
kerana ssesuatu yang kita harap dan penuh yakin, tiba –tiba dikelirukannya maka hati siapa yang tidak kecewa.
Bila sesuatu harapan telah musnah, jika berjaya pun bukan hak mutlak
satu kerja bersih dengan semangat yang diredhai Allah swt. Jika menang dalam sesat.Tunggu masa dan ketika, orang lain pula akan cuba menyesatkan kita.
sajak en nuri mcm bunyi x puas ati jer? kenapa en nuri?
pening jgk saya sajak ni? kenapa pulau mutiara tenat plak?
pulau mutiara tenat??? psl apa plak harga barang naik ker?
sajak en ni kurang paham sikitlah... ape2 pun sajak mmg best!
sajak ni best tp x phm apa mksud sajak en ni...
sajak mcm berbunyi politik saja?
sajak en nuri kali ni mcm bunyi tak puas ati jer??
Catat Ulasan