Jumaat, 1 Julai 2011

PERHIMPUAN HARAM



sajak pilihan warga CR.



Pedih. seluruh mata dan hidung.
Air memercik keluar.
Sakit. asap yang gatal.
Seluruh wajah ku bukan kebal.
Bagai nangis menunjuk rasa sebenar.
Sehingga ke hari ini.
Aku janji takkan ke situ lagi
Dulu aku tersesat dengan harapan
Semua tipu belaka!
Sekarang semua lepas tangan
Aku di tinggal keseorangan
Di tangkap diseksa!
Ni semua kerana dia
Dialah sesumpah punya angkara
Kau berlakon rentak hidup
Kau khabarkan konon serupa.
Segambar dengan cereka.
Tapi kau tidak tahu.
Arus zaman yang telah ditinggalkan
merubah segala minda cetek.
dan satu lagi sekarang semua
orang tahu kau si bangsat Negara!
Dan kau tak pernah memahami sesiapa


Oleh: Bumi Hijau
kuala lumpur
2.11.2010/2010 November 24 21:13





30 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:

Qalam berkata...

Sajak Bumi Hijau bertajuk: PERHIMPUNAN HARAM . ternyata pengucapannya ada Rasa kesal kerana melibatkan diri dengan kecelaruan minda mendengar cerita dan hasutan dari kuncu-kuncu petualang negara.

Kesalahan yang tidak tahu rasa tidak rasa Berdosa, tetapi apa yang Allah murka buat mereka yang tahu, tetapi masih juga ingin bersekongkul, azablah padahnya.
Tak usah kata rakyat Malaysia Bush pun dia perkena…Tak perlu lagi bagi dunia.

Orang sudah tahu siapa kita sebenarnya. Siapa yang meludah kelangit…kini sudah terkena tempiasnya. Semoga Bumi Hijau kembali Subur. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.
24 November 2010 2:00 PM

Nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 3 ; TARIKH 17/6/2010 KENAPA BERLAKU?

Israk dan mikraj ini satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW sewaktu nabi di dalam keadaan begitu kritikal(bersedih) menghadapi zabaran kidupan.Pertama kematian istrinya SitI khadijah, kedua kematian bapak saudaranya Abu Talib memang menynuh perasaan dipangil tahun berduka.

Ditakdirkan Allah, nabi dibawa mengziarahi beberapa alam untuk melihat dan menhilangkan rasa sedih dan kedukaan itu,Allah telah meapakan tandatanda kebesarannya itu. Dengan melalui 4 alam semuanya Iaitu , 1. alam mulk, 2. alam malakut, 3. alam jabarut, 4. alam izzati.

Dalam peristiw ini nabi Muhamad saw menerima perentah secara (terus) ditempat yang paling tinggi. iaitudi Hadziratui-Quds kawasan yang tidak dapat dijejak oleh makhluk lain, kecuali nabi Muhamad SAW seorang sahaja.

Rengkasnya; Kematian khadijah dan bapak saudaranya Abu Talib, dinamakan tahun nabi berdukacita atas kehilangan orang yang ikaihi, Allah gantikan dengan menenangkan hati nabi menziarahi atau melawat dengan peristiwa Israk dan mikraj ini. wallahhuaklam.

BSAMBUNG.

Jupri Helmi berkata...

KUASA DUIT

nampak menarik harga pula cantik
memang mampu milik jenama terbaik
hati rasa tertarik terus hulur duit
fenomena biasa pantang duit lebih
pantang mampu sedikit
jalan terus mengepak
selagi belum berhabis
turut nafsu semata
nafsu tiada tertahan
langsung tiada dikekang
walhal sama sahaja
sepanjang tahun sama harga
yang lama masih elok tiada kedut
masih terbau haruman kedai
sambar lagi yang baru
tewas angkara nafsu kuasa duit…

Jupri Helmi
sajak peringatan

Datuk Hasbi berkata...

BUKAN KERBAU

kita bukan kerbau dicucuk hidung
ditarik ke mana sahaja
turut semua perkara
ikut tanpa bantah tuju tanpa arah
disuruh makan kamu makan
disuruh kerja kamu kerja
entah apa kamu makan
entah apa kamu kerja ikut babi buta
kita bukan kerbau kita ada akal
buat fikir mana elok kita ada lidah
buat mana suka kita ada tangan
menepis mana benci
kita ada kaki menendang mana durja
kita manusia makhluk terhebat
jangan jadi kerbau…

datuk hasbi
ajak sindiran

Syeikh Al Habib berkata...

B E R T A H A N

Mengetatkan simpul melelehkan ingatan
Mengarungi waktu melayari peristiwa
tetap berdiri di atas karang
Yang mana yang menang
mereka yang bertahan
Mengupas lapisan kelembikan
Sampai menemukan intan

Syeikh Al Habib
sajak simbolik

Ustaz Muda berkata...

SUARA LANTANG

Sudah selesaikah? berakhirkah?
Ke mana suara-suara lantang itu?
Apakah masih ada
idealisma? keberanian?
atau totalitas perjuangan?
Semua memang sudah selesai
Namun apakah semuanya harus hilang?
Mungkin aku tak berteriak lagi
dan mungkin aku tak lagi atas pagar
Tapi haruskah jiwa
sang pejuang harus hilang?

Ustaz Muda
sajak politik

Geletek Malam berkata...

harap2 x berlaku la perhimpunan yg khabar angin kata 9 julai ni

Salam berkata...

buat perhimpuan haramni yg jd mangsa pniaga la

Saizul Maizav berkata...

ape la dorg ni x pikir ke org lain sblm buat perhimpuan ni

Jengking Perak berkata...

takut jgk aku sbb ramai kata 9 julai ni mngkin jd mcm 13 mei

Tuan Haji berkata...

tkut aku dgr psl perhimpuan haram ni silap2 boleh berlaku pertumpahan darah

Seri Suri berkata...

apa la faedah buat perhimpunan mcm ni

Kembara Budiman berkata...

aik! sampai 4 alam ada ke?

Salina berkata...

sian nabi byk musibah

Richard Sirosa berkata...

oh sbb tu dorg buat israkmikraj ni

Ravi Ramachandran berkata...

israk mikraj ni apa bnda maksud?

Petualang Tiga berkata...

byk jgk alam nabi pergi

Zainal Arifin berkata...

alam apa semua tu sampai 4?

Mona berkata...

aik! tempat tu nabi sorg je pegi

Inspektor Halim berkata...

org lain xpnh pegi hanya nabi je yg pnh?

Jalal Rafzee berkata...

tampat tu mcm mana la sampai org lain xpnh pegi cuma nabi je

Lukiee berkata...

Hadziratui-Quds apa ni?

Roslan Bidin berkata...

alam kayangan ke nabi pegi tu?

Adi Cana berkata...

tmpat tu surga ke sbb nabi je yg pnh pegi?

Raja Muda berkata...

msti best tempat tu sbb hanya nabi je pnh pegi

Mozaire berkata...

nabi sorg je yg lain2 xpnh pegi ke?

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

KUSA DUIT oleh Jupri Pengucapan biasa oleh diterima tetapi penceritaannya isu emasa yang hendak disampaikannya untuk khalayak. Sesiapapun mudah untuk menangkap isi dan maksud yang hendak isampaikan. Ada bentuk nasihat hiup ini kita kena lawan hawa nafsu. Sajak ini bersaing dengan Datuk Hasbi ada pesamaannya. Setelah dinilai ternyata kelebihan pada sajak Datuk Hasbi. Harap maaf usaha lagi, sajak anda terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Datuk Hasbi dengan sajaknya berajuk: UKAN KERBAU Pengucapannya tidak begitu puitis.Penceritaannya bersahaja ada namun ada sinis tajam yang hendak dilepaskan pada pihak yang tertentu. Isu semasa dan punya pendiriannya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah. Apa pun sajak ini diberi peluang setelah bersaiang dengan sajak Jupri Helmi . Setelah dinilai ternyata sajak anda iberi peluang untuk menyertai sayembara seterusnya, (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


SUARA LANTANG oleh Ustaz Muda Ternyata pngucapannya bagaikan bertanya danberseangat untuk mengetahui hal keadaan manusia yang seing berucap lantang dan berapi terasa semacam hilang senyap dan sepi, Cuma gah pada dogingan sahaja. Ini membuatkan menjadikan Keyakinan pengiktnya ramai yang bertaburan, hilang keyakinan di hati, ditambah dengan isu hangat dan panas dan menukar pula dengan propaganda menghuru harakan keadaan negara. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Syeikh Al Habib dengan sajaknya bertajuk BETAHAN. Pengucapanya begitu mengelirukan. Penceritaannya agak kabur dan sukar dimengerti, jauh sekali untuk menangkap maksud para juri kami kali ini. Apa pun sebagai andaian mungkin ada kena mengena dengan isu semasa keadaan ngara hari ini yang sedang dilanda percaturan yang memalukan. Siapa yang bertahan dialah yang layak. Harap maaf , cuba lagi lain kali.cuma disini sajak anda terpaksa berhenti (TK)