Rabu, 6 Julai 2011

JANGAN AMBIL NYAWAKU




sajak pilihan warga Cr.


wajah wajah muram dan suram.
semua berharap agar selamat bersama
aku kini mula berfikir panjang
bagaimana kesudahan hidup aku ini.
tuhan janganlah engkau utuskan dia
untuk menjemput aku ke sana.
saat aku merasa selesa, leka, alpa.
kerana aku pasti tergolong
dalam golongan hina dan kecewa.
aku juga bertekad dan berazam.
agar aku tidak seperti semalam.
bermain dengan titik titik hitam.
tidak mensia siakan setiap peluang
kesempatan yang telah di berikan.
kurniakanlah aku jalan itu.
jalan yang engaku restui selalu.
aku kembali ke fitrah azali.
mengikut janji yang telah aku patri
di hadapanmu pada satu masa dahulu.

Oleh: Pak Aziz
tukang sapu di tingkat bawah/28 Mac 2011 3:10 







30 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:



Jalal nak calunkan dua orang calun untuk sayembara bulan april ke?
Rasanya ke empat-empat ini bagus dan menarik juga.En nuri kata elok bagi mereka baca cerpen Suu Minah aku cinta kamu. Atau CINTA TUKANG SAPU. Apa –apa pun Pak Aziz dengan sajak berunsur pemintaan agar Allah memanjang usianya kini dalam kemewahan yang sedikit ini dan ada unsur cinta pada ketuhanan nampaknya. Semoga anak-anak Pak Aziz yang menukar kehidupan dengan masa epan yang lebih terjamin! Amin

oleh: Tinta Azimad.
28 Mac 2011 8:00 AM

Nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 8; TARIKH 22/6/201 (B)

GAMBARAN 3.

Ada bau wangi kubur tukang sisir rambut anak Firaun (Masyita) dan anaknya.Bagaimana ceita Masyita,suatu hari dia sedang menyisir rambut anak Firaun, sikatnya patah dia menyebut kalimah Allah, bila anak Firaun itu tahu dia memberi ahu ayahnya, Fiaun marah kerana dia menyangka dirinya Tuhan , tiada tuhan lain lagi. Keluarga Masyitah dan anaknya di hukum masukkan ke dalam kawah air panas sehingga mati.

Cerita tambahan: untuk menilai kimanan dan ketauhidan seorang itu;Pada zaman dahulu seorang raja yang begitu kuat kusaanya telah menyerang sebuah kampung yang beriman, seorang daripa penduduk kampung itu tidak mudah mengalah, sehingga ditangkap dan dibawa hadapat raja kapir, dia dijatuhkan hukuman pancung kepalanya, tidak jadi apa, Akhirnya dia berkata, kalau benar tuanku mahu tahu kekebalannya , sediakan kain putih yang panjang dan lebar, dan pacunglah kepalanya. dan lihatlah darahnya, setelah dipancung darahnya pun memancut keluar, lalu tertumpahlah ke ataskain putih itu,lalu terbentuklah kalimah syahadah. Raja kapir itu pun terpegun....Bawaha ada kekuasaan Allah.

iktibar dari peristiwa ini.

1.Keimanan yang teguh perisai bagi menghadapi sebarang ujian dan dugaan

2.Allah akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang mempertahankan keimanan di hadapi peretah yang zalim,

3.Kemuliaan seorang terletak di atas kekuatan keimannya.

Dalil Al Quran; Al Ankabut ayat 2 dan 3; Kira maksudnya.

Bolehkah seorang yang berimanan dengan berkata; Kami ssunuhnya beriman, tetapi tidak dilakukan ujian keimannan keatasnya. Allah telah menguji iman orang terdahulu, untuk mengetahui kimanan mereka kepada Allah atau sekadar mereka berdusta saja.

Allah tidak akan mengiktirap iman sesaorang itu sebelum dia diberi ujian yang setimpal dengannya.

bersambung esok.

Nahul Hidzar berkata...

CERITA LAMA

Cerita lama terulang.
Mahu tahu apa sedang kupikirkan?
di udara tak terjamah olehku.
Bersama malam bersenandung
dari bibir sulit terlekat di radio memulangkan kegelisahan
mengakhiri keresahan

nahul Hidzar
sajak kenangan

Mat Noh berkata...

SEBUTIR DEBU

menuju jalan sunyi,
Bagaimana harus kau takluk udara,
aku sendiri terkalah dengan angin
Kalau kusematkan degup jantung
agar cuaca pun tahu,
bahwa aku pernah ada
di garis malam menyusun tiang
seperti senja di pelabuhan kecil
bila waktumu tiba menuruni udara,
sampaikan pada bumi,
aku sebutir debu yang tersesat

Mat Noh
sajak simbolik

Ravi Ramachandran berkata...

RUNGKAI KATA

Ingin kurangkai kata
namun tinta penaku telah luruh mengering bersama duka
Ingin kulukis namun kertasku
luruh lebur dalam air mata maya
Lelah sudah aku mencari,
menatih dan tertatih
dalam jejak-jejak langkah.
Mengayuh sebuah pengembaraan sunyi…
Sebuah sepi yang tidak pernah henti
Aku hanya ingin sebuah kata saja… yang terlontar di suatu saat…
Namun bila kelu yang hadir,
diam seribu bahasa dalam sekianmasa

Ravi Ramchandran
sajak ketika di timpa mcm2 halangan

Lukiee berkata...

PELBAGAI BENTUK

Sesungguhnya yang terjadi
adalah aku sedang membunuh rasa…
Yang ingin tenggelam jauh…
Dan kukuburkan di lapisan terdalam…
Maka kelu sebuah pertempuran
tidak pernah dapat aku menangkan…
bila kemudian suatu saat
akhirnya ada terucap
wujud dari pembunuhan ego…
cuba bersembunyi dalam hati
Namun terkadang meluap diam-diam…
Entah dalam pelbagai bentuk

Lukiee
sajak tentang perasan

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Sajak pendek bertajuk: CERITA LAMA oleh Nahul Hidzar . pengucapan biasa yang terasa kabur bukan simbolik. Apa pun tidak memberi kesan apa-apa, sekadar memori lama agaknya ,mugkin kisah waktu muda belia dulu selalu dengar radio dimalam hari agaknya , waktu mengalami hari hari gelisah dan bersama jiwa resah . Walaupun kuang puitis dan menangkap mesej sebenarnya bagaikan tergantung. Kerana ada persaingan hebat dengan 4 sajak lain yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Sdra Mat Noh dengan sajaknya bertajuk: SEBUTIR DEBU .walaupun dalam keadaan yang sepi dan heba, Mat Noh masih mampu menyusun kata dengan puisinya yang menjangkau kemampuan. Pengucapannya ada daya keratif dan puisi yang tinggi. Mengmbarkan dirinya bagaikan sebutir debu yang halus dan terbang semerata arah, bila angin dan hujan datang dia akan terdampar di bumi bagai pegembara yang sesat. Begitulah arti kehidupan. Layak untuk sampai kehujung sayembara ini. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Sdra . Ravi Ramchandran dengan sajak kemelut dan jiwa-jiwanya yang bertajuk ; RUNGKAI KATA .Pengucapannya ada daya kreatifnya yang tersendiri an juga puitis. Bicaranya bagaikan ingin merungaikan kata yang begitu lama membisu. Dalam kemelut kehidupan yang banyak halangan. Terasa sepi menghimpitnya, Ravi juga ingin melepaskan dirinya ntuk menjadi manusia biasa normal seperti manusia lain.punya kasih ayang dan lainnya. Kini dia teperangkap dalam rungkai kata yang masih belum tidak terbuka. Layak untuk ke penghujung sayembara (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


BERBAGAI BENTUK oleh Sdra, Lukiee , masih melayani perasaan dalam bentuk jiwanya. Pengucapannya juga boleh diterima ada daya kreatifnya yang tersendiri. Pembicaraanya yang masih tersekat-sekat. Lebih ketara pada pertengahan dan penutupnya. Mesej bagai tak sampai. Sajak ini kalau disusun dengan baik mungkin lebih mengacam ungapannya. Kerana ada lagi persaingan hebat dengan 4 sajak lain yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Badrolshah berkata...

sebut Allah msa sikat patah pun kena bunuh?

Seri Suri berkata...

naya sebut allah pun kena humban dalam api

Tetamu Malam berkata...

sebut Allah pun xleh kejam sgt tu

Salina berkata...

apesal xleh sebut allah plak?

Sharifah berkata...

kenapa xleh sebut Allah?

Mei Ling berkata...

Allah tu sapa kenapa firaun marah sgt?

Wasiril Aswad berkata...

wah! darah putih ada kalaimah Allah!!

Abang berkata...

mcm mahsuri plak ada darah putih?

Zain Issac berkata...

pnya setia kat Allah sampai snggup kena pancung

Saizul Maizav berkata...

rupanya byk ujian Allah beri

Olie Pajutdy berkata...

sampai snggup dia kena pancung

Ravi Ramachandran berkata...

kenapa la di gadaikan nyawa dia sian

Harimau Berantai berkata...

kejam btol firaun msa tu

Richard Sirosa berkata...

nampaknya firaun mmg x berperikemanusian

Man Pendek berkata...

mmg setia btol dorg snggup dibunuh

Dam Catur berkata...

la..dia dgn anak dia kena humban dalam api?

Rossa Long berkata...

kejam btol psl sebut Allah je kena humban dalam api

Ziarah Makrifat berkata...

mmg mcm binatang la firaun ni

NUri Jaguh berkata...

sian malang nasib masyitah tu

Julia berkata...

apa la besar sgt dosa masyitah tu