Memaparkan catatan dengan label Pak Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pak Aziz. Papar semua catatan

Rabu, 6 Julai 2011

JANGAN AMBIL NYAWAKU




sajak pilihan warga Cr.


wajah wajah muram dan suram.
semua berharap agar selamat bersama
aku kini mula berfikir panjang
bagaimana kesudahan hidup aku ini.
tuhan janganlah engkau utuskan dia
untuk menjemput aku ke sana.
saat aku merasa selesa, leka, alpa.
kerana aku pasti tergolong
dalam golongan hina dan kecewa.
aku juga bertekad dan berazam.
agar aku tidak seperti semalam.
bermain dengan titik titik hitam.
tidak mensia siakan setiap peluang
kesempatan yang telah di berikan.
kurniakanlah aku jalan itu.
jalan yang engaku restui selalu.
aku kembali ke fitrah azali.
mengikut janji yang telah aku patri
di hadapanmu pada satu masa dahulu.

Oleh: Pak Aziz
tukang sapu di tingkat bawah/28 Mac 2011 3:10