Khamis, 28 Julai 2011

DI HADAPAN KIPAS LANTAI



sajak pilihan warga cr


Setiap kali aku duduk di tempat itu
aku akan pejamkan mata
merasai kehadiran engkau
yang tak terlihat dengan mata
cuma terasa tanpa deskripsi
malam ini aku duduk
di hadapan kipas lantai
dengan kelajuan maksima
mengharap engkau datang
tapi yang ada cuma kepalsuan
mendingin tak ada busur dan panah
semua berdebur berterbangan
bagai debu-debu di udara
hujan yang pantas turun menyimbah
angin yang meniup segala kencang
sebaik mata terbuka
di kala matahari menyinar


Oleh: Ustaz Rasidy Tajudin
salam 1 malaysia buat qalam besar hati sy jikalau qalam sudi mengulas 
sajak kami semua2011 Januari 5 15:47




43 ulasan:

Pena utara berkata...

ULASAN:

DI HADAPAN KIPAS LANTAI ustaz Rusidy Tajudin. Pengucapannya ini bagai mencari sesuatu pada malam yang diharapkan sepanjang bulan terakhir agaknya. tetapi sayang iktikap yang di buat untuk mencari malam seribu bulan ini. Terasa meleset dan palsu di hadapan kipas lantai surau atau masid, tetapi hujan dingin yang datang bersama angin sejuk meniup tubuh, keberangkalian ada kehadirannya tetapi tidak sama bagi setiap orang yang diperkenankan bertemu malam al qadar itu. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.

Nurimanja berkata...

3.ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2
8/7/2010

Pengajaran Daripada Peristiwa Israk dan maikraj

3.2.1 Membuktikan kebesaran Allah yang punya keagungan dan kekuasaan yang melakukan sesuatu dengan Qudrat dan Iradatnya. Semua gambaran yang ditujukan kepada pesuruhnya nabi Muhamad saw adalah untuk disampaikan pengajaran kepada umatnya.

3.2.2 Peristiwa ini juga secara tidak langsung menyetuh tentang akidah dan menguji keimanan kita umat manusia sama ada mahu menerima atau tidak yang nabi Muhamad saw telah melalui peristiwa israj mikraj ini melibatkan empat jinis alam;

1. alam mulk (syahadah), 2. alam malakul, 3. alam jabarut, dan 4. alam izzah (mastawa) sebahagian daripadanya ini merupakan perkara-perkara (samiyyat) ertinya yang (didengari) apa yang disampaikan daripada nabi atau al quran tidak boleh difikir atau diujikaji diluar lingkungan daya fikir manusia. melainkan dengan izin dan kehendak Allah swt sahaja.

3.2.3 Gambaran peritiwa ini adalah kehidupan bagi kita menghayati keimanan dengan melaksanakan amalan seperti solat, jihat, infaq, amanah dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah(terpuji) akan mendapat balasan atau ganjaran yang terbaik daripada Allah swt. Dan bagi golongan yang melakukan perkara terkutuk ini: zina, makan riba, makan harta anak yatim engan bayar zakat, mengumpat, takbur dan segala macam sifat mazmumah(keji) pasti akan menerima azab yang pedih (dahsat).

3.2.4.Setiap manusia seestinya cuba menghindarkan dii dari godaan iblis dan syaitan yang mana kekayaan dan kemewahan di dunia sebagai wasilah disamping perancangan yang halus dari golongan Yahudi dan Nasrani untuk mempengaruhi umat nabi Muhamad akhir zaman teperangkap dalam jebak mereka.

3.2.5 Solat lima waktu ada kemuncak segala ibadat. jika betul solatnya akan memperbetulkan amalan-amalan kehiupannya. Solat adalah satu ibadat yang diwahyukan secara langsung kepada nabi Muhamad saw di langit.

3.2.6 Setiap muslim tidak kira bangsa dan keturunan apa sekali pun dipandang mlia di sisi Allah swt. Jika dia melakukan Tazkiyatul-Nafs (menyucikan jiwa dan hati) dengan perbanyakan zikrullah, solat, membaca dan memahami alqran, infaq harta, muhasabah, meningati mati dan sebagainya. amin!

BERSAMBUNG.

Nurul Syahirah berkata...

BUNGA LIAR

engkau adalah bebunga liar
tumbuh di puncak kesunyian
terjerat dalam jaring kesangsian
dan kisah tentang laut dalam
resah tertahan dimatamu
jalan setapak terasa dingin
dedaun luruh rindukan tangkainya
melayang pasrah di pusaran angin
muara didasar lembah kepedihan
melukiskeindahan dilengkung pelangi
mestikah hanya dibawah
bunga liar tumbuh

Nurul Syahirah
sajak fantasi

Emily Osman berkata...

KHUTBAH DI RUMAH IBADAH

ada khutbah di rumah ibadah itu
tapi ada kata-katanya
yang menyerap didalam jiwa
tapi ia kehilangan bahasa
ada juga kata-katanya
berkembang didalam dada
tapi kehilangan warna dan makna
hidup terus berlalu tanpa resah
sungai mengalir arus dalam riaknya
muara menghitungjarak dengan senyap
tapi apa yang sedang
si pencerita itu lantunkan
dalam khutbahnya?

Emily Osman
ketika tunggu kekasih sy solat jumaat terdengar org berkhutbah tp mcm bukan cerita psl agama

Siti Hajar berkata...

EMBUN DAN MATAHARI

Hikmah terwujud dalam penantian
terhempas dalam kerikil makna.
Kiranya ini garisan hidup manusia.
Takkan pernah terbayang sebelumnya.
Ku tambatkan hati dalam penantian.
Bersama belahan jiwa berjuang melawan keadaan dan kenyataan
Doa dan sujud selalu sejukkan hati
dengan embun pagi bersama matahari.
beri makna biar beri nafas segar
Duri kan selalu lidungi kamu.
Berikan madumu pada kumbang setia.

Siti Hajar
sajak simbolik

Sharifah Al Habsi berkata...

RINTIK-RINTIK HUJAN

Hujan sudah berkalang di tanah
ditebas lalang malam petang
berdarah lehernya terguling menyeringai bersakitan
merasai benar sebelum lalu.
melihat dari kejauhan
Rintik menjangkau-jangkau
ingin turut teguh hilang sudah
Tak niat hilang keduanya
hujan dengan rintik
biar hujan pergi
tinggallah rintik denganku
acuh meraung saja tersenyum rintik

Sharifah AL Habsi
sajak simbolik

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Siti Hajar dengan sajaknya EMBUN DAN MATAHARI. Penucapannya juga bagaikan melompat atau pun disengajakan Terlalu sukar menangkap maksud. Daya kreatifnya ada tetapi kurang rasa puitisnya. Pembicaraan munkin kisah peribadi agakya. Setelah lama menanti dalam geresahan, kini telah bertemu jodoh yang tidak diduga. Mungkin itulah hikmahnya di atas kesabaran dan ketaatkan berdoa dan bertawakal, jalan lurus akan ditemui mungkin kebimbangan ibu bapa selama ini tidak meraguinya lagi. Apa pun thahniah kerana berjaya sehingga ke akhir sayembara ini. sajak anda layak diberi tempat ke tiga Kategori wanita sajak terbaik. (3)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Sdri Sharifah Al Habsi dengan sajaknya RINTIK-RINTIK HUJAN. Penguapannya kali kini agak
semacam kehilangan daya kreatif puitisnya, lebih menekan pada simbolik atau metoporanya sahaja. Malah temanya juga tidak menentu. Penceritaanya juga kabur dan sukar ditangkap isi maksud yang tersirat.Cuma andaian mungkin kisah peribadi, dalam kehidupan biasalah sesekali ada hujan dan ribut berlaku, tetapi sebaiknya biarlah hujan rintik kurang memberi basah yang teruk. Kalau tempias hujan bisa saja dalam kehidupan seharian terutama suami isteri. Bisa diator. Apa pun thaniah dari kami buat anda, kerana layak sehingga ke akhir sayembara ini. Walaupun anda cuma diberi tempat kempat sebagai sajak yang baik (4)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaiansaja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi pnghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga.Sajak anda dibri tempat kedua kategori sajak wanita utama (2)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Sdri Emily Osman dengan sajaknya KHUTBAH DI RUMH IBADAT. Setelah mendapat sinar cahaya hidayah. Pengucapannya kini melakarkan kisah benar dalam ungapannya yang bersahaja.ada daya kreatif mengolah isi cerita atau mesej yang hendak disampaikan. Pmbicaraanya tentang satu khutbah yang di Dengarinya, ada yang faham dan sebaliknya. Kebarangkalian,lewat keblakangan ini ada khutbah sengaja Diselitkan kebatalan ijadikan kebenaran utk kumpulan tetentu, ila politik diselitnya menjadikan saudara baru jadi keliru. Apa pun anda kena banyak berfikir dengan matang mengunakan ilmu bantú yang ada dan deria hati akan menentukan sesahihan yang sebenarnya buat orang yang beriman. Insyaallah! Syabas! Layak juga sehingga ke penghujung sayebara ini.

Pak Kassim berkata...

tahniah pak bostamam!! mmg anda lebih layak

Pak Bostamam berkata...

mcm mana sy boleh menang sayembara ni? sbb bagi sy orang lama lebih layak tp itu keputusan tinta dgn qalam sy x boleh buat apa tp secara peribadi orang lama lebih bgus sajaknya....

Orang Lama berkata...

tahniah pak bostamam! lama x msuk sekali masuk terus menang rezeki tu x ke mana pak bostamam...

Pangeran Pertawa berkata...

untung pak bostamam tp rasa mcm orang lama lebih baik sajak dia tp keputusan muktamad di tangan tinta dan qalam...

Pak Kassim berkata...

wah! pak bostamam shooping sakan la raya kali ni raya sungguh2 la pak bostamam nnt...

Jalal Rafzee berkata...

aik! pmpuan emily ke menang? aku ingatkan adik tunang aku yg menang

Nurul Syahirah berkata...

rasa mcm boleh menang? tp xpe la bkn rezeki emily pun sajak menarik jgk psl ketuhanan

Emily Osman berkata...

eh! mcm mana sy boleh menang? impossible! sbb rasa mcm x layak je nk menang sbb sajak nurul syahirah lebih puitis? pelik jgk tp xpa la mngkin rezeki tuhan nk bagi ambik je la..

Sharifah Al Habsi berkata...

dah agak pun sy akan kalah sajak tu tunggang langgang x semak pun trus hantar... hehe eh! tp x sangka emily yg menang ingatkan nurul syahirah?

Siti Hajar berkata...

ingatkan boleh dpt tempat kedua rupanya tempat ketiga plak? sajak tu sy buat separuh atas lagi separuh bawah suami yg buat sbb tu agak x sama sikit ayat dia

En Sanusi berkata...

jadi secara rasminya EMILY HIDAYAH OSMAN BAYANS dgn PAK BOSTAMAM yg menang sayembara bulan 7 ni dan sayembara pun menutup tirainya jd esok pak bostamam dgn sy pergi shopping tp emily di singapore kalau boleh dtg melaysia dtg la klu x boleh? sy pun xthu nk buat mcm mana.. bank in duit la kot?

Pedang Kesatria berkata...

eh! emily osman yg menang ke? sbb tinta x letak no sbb semua ada no masing2

Lukiee berkata...

qudrat dan iradat tu apa?

Ravi Ramachandran berkata...

btol tu semua israk mikraj ada pengajaran walaupun org bkn mlyu xphm tp mmg ada pengajaran

Hadi Hamzah berkata...

btol tu byk pengajaran dalam israk mikraj ni

Mei Ling berkata...

org bkn islam baca psl israk mikraj ni boleh ke?

Vijay Kumar berkata...

alam mulk? pelik bunyi

Raju Linggam berkata...

pening la baca psl israk mikraj ni

Denilson Fata Fat berkata...

walau x paham israk mikraj ni aku suka baca jgk

Malik Wariya berkata...

byk jgk alam nampaknya ada 4

Kevin Khairudin berkata...

bru la paham psl irak mikraj ni

Richard Sirosa berkata...

menarik kisah israk mikraj ni seronok baca

Gelora Maya berkata...

oh patutlah ada israk mikraj ni

Dam Catur berkata...

israk mikraj ni utk bagi org phm psl islam rupanya

Olie Pajutdy berkata...

ha! ada pengajaran rupanya israk mikraj ni

Tanpa Wajah berkata...

eh! ada lagi ke cerita israj mikraj ni

Ummu Akilah berkata...

menarik israk mikraj ni

Muhamad Rabbi berkata...

ada lagi ke kisah irak mikraj ni menarik ada byk pengajaran

Panglima Sakti berkata...

nampaknya israk mikraj ni memberi byk pengajaran kt kita

Jalal Rafzee berkata...

Senarai Nama sebenar orang di citra rasa dalam I.C tp ada setengah xnk bagi...


Bulan 2

1 ziarah makrifat
2 ustaz rahman
3 saizul maizav
4 en sanusi =Muhamad Sanusi Bin Mustapha

=================================
bulan 3

1 mak mah =Rosmah bt Ali
2 dayang
3 mei ling =Mellisa Mei Ling
4 Julia =Julianita Bt Hamsan
5 warga emas =Awang Jud Bin Omar
6 Mia =Mia Safiyah bt Abdul Ghani
7 Tan sri yunus =Tan Sri Hassan Yunus Bin Ghazali
8 sufian al Zahri =Sufian bin Al Zahri

==================================

Bulan 4

1 simsalabin
2 ustaz saad=Muhamad Saad Bin Hosni
3 pak hussin=Hussin bin Non
4 makcik senah=Rosenah bin Johari

===================================
bulan 5

1 indera syahpura=Indera Syahpura Bin Maleeke Pura
2 Tuan Haji
3 mawar merah =Tajihah Bin Ramadhan
4 hajjah jamilah=Jamilah Bin Kemit
5 Ai Kutubudin
6 nur atikah=Nur Atikah Bin Subhi
7 yusmanira=Yusmanira Bin Jamal
8 inspektor halim =Halim Bin Ahmad
===================================

Bulan 6

1 penyair agung
2 syeikh al habib
3 zainal arifin=Zainal Arifin Bin selamat
4 ustaz zulkarnain
1 apek liew=Liew AH Siat
2 ravi ramachandran=Ravi Ramachandran A/l Parndiya
3 jalal rafzee=Jalal Rafzee bin Zainudin
4 mat noh

==================================

BULAN 7

1 pangeran pertawa
2 Pak Kassim
3 pak bostamam
4 orang lama=Megat Anuar bin Megat Abu
5 ungku zubir=Ungku Zubir Bin Ungku Saidin
6 putera damien=Ungku Damien Bin Ungku Amir
7 pedang kesatria
8 pak awang=Meor Tajul Bin Meor Ahmad

1 Noor Syahirah=Nur Syahirah bt Abdul Ghani
2 Emily OSman=Emily Hidayah bt Osman Bayans
3 Siti Hajar
4 shraifah al habsi
5 yasmin davidson =Quratul Yasmin bt Davidson Abdullah
6 Nurul Lisa Kim =Nurul Lisa Kim Bt Moe Lee
7 Mawar Harum =Nur Ain Bin Halili
8 Maisarah An Nisa =Maisarah An Nisa bin Jalaludin

Jalal Rafzee berkata...

semua nama sebenar orang2 dia citra rasa aku nak lekat kt papan kt office kami sapa yg x bagi nama sebenar baik bagi cepat

Tinta dan Qalam berkata...

Ada orang tukar nampaknya . siapa
yang buat tukar ini ?


SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Sdri Emily Osman dengan sajaknya KHUTBAH DI RUMH IBADAT. Setelah mendapat sinar cahaya hidayah. Pengucapannya kini melakarkan kisah benar dalam ungapannya yang bersahaja.ada daya kreatif mengolah isi cerita atau mesej yang hendak disampaikan. Pmbicaraanya tentang satu khutbah yang di Dengarinya, ada yang faham dan sebaliknya. Kebarangkalian,lewat keblakangan ini ada khutbah sengaja Diselitkan kebatalan ijadikan kebenaran utk kumpulan tetentu, ila politik diselitnya menjadikan saudara baru jadi keliru. Apa pun anda kena banyak berfikir dengan matang mengunakan ilmu bantú yang ada, dan deria hati akan menentukan sesahihan yang sebenarnya buat orang yang beriman. Insyaallah! Syabas! Layak juga sehingga ke penghujung sayebara ini. Sajak anda dibri tempat kedua kategori sajak wanita utama (2)

Tinta dan Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaiansaja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi pnghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga. Syabas! anda layak dinobatkan sebagai Sajak kategori wanita tempat yang terutama (1)