- nasib kekadang begitulah jadinya -
Pernah pada satu hari aku ke pekan kecil,
secara tidak sengaja untuk menjadi cerita
entah kenapa pula gaji bulan itu lewat keluar
aku turun ke pekan kecil bersama keluarga
aku jumpa seorang kawan lama satu sekolah
duit di poket cuma ada dua puluh ringgit saja.
cukup belanja minum ais makan mee rebus
tetiba kawan itu menjemput kawanya pula
daripada dua sudah jadi bertiga makan semeja
tetiba datang seorang ustaz persara tersenyum
di pela duduk di kerusi meja minta pula makan
nasi putih berkari ikan sembilang dan ulam raja
aku pun mula terharu dan gilisah sadikit rasa
bukan kerana duit tidak cukup untuk belanja
tetapi terkenang dua anak dan seorang isteriku
yang duduk di dalam kereta telah lama menunggu
malah mereka sendiri belum makan tengah hari,
maafkanlah diriku buat keluarga yang tercinta
wang yang cuma tinggal dua puluh ringgit itu
telah aku gunakan untuk belanja kawan lama
dan kawanya yang tumpang tempek bersama.
Oleh: Nurimanja,
sebuah pelan kecil
bagan serai, awal 1981.
50 ulasan:
CERPEN SIRI 6 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
_____________________________________________________________________
Dari sinilah titik tolak kerjaya Jiman bermula, Dia hidup sebagai seorang anak muda yang ada jawatan , pada ketika itu jika seoarng yang mempunyai jawatan pastinya dia
Dipandang mulia dan disegani oleh masyarakat sekelilinginya. Ibunya juga tidak lagi bekerja sebagai tukang sapu di majlis perbandaraan kota lama.
Setelah beberapa tahun bekerja Jiman telah dinaikkan pangkat dari seorang kerani rendah menjadi sebagai ketua kerani dipejabatnya. Kini sebuah rumah yang sederhana dan serba lengkap telah disediakan oleh majikannya kepada Jiman.
“Man, Mak fikir eloklah kau mencari seorang seorang isteri untuk menjaga makan dan minumkan kau man,” begitulah kata ibunya sewaktu menyediakan makanan petang selepas dia pulang dari pejabatnya.
Jiman cuma tersenyum, dia tidak menghiraukan kata-kata ibunya itu. Dia menganggap pesanan ibunya itu sebagai satu perkara kecil sahaja. Dia ingin hidup bebas beberapa waktu dahulu. Dia ingin enjoy hidup bebas dahulu di waktu muda belia begini, sebelum berkhawin.
Dengan gajinya yang dikira agak lumayan itu, dia lupa pada kehidupan yang selalu berputar umpama roda. Wang yang selalu memenuhi sakunya telah mendorong dirinya bertinda mengikut kehendak hati dan hawa nafsu mudanya.
Seorang gadis dengan senyuman yang terukir di bibirnya yang merah markah, bersama lesung pipit di kedua belah pipinya itu, telah menggegarkan iman Jiman bila memandangnya.
Itulah gadis yang baru saja masuk bekerja dengan syarikat suwasta tempat Jiman bekerja sebagai setiausahanya. Dari pertemuan inilah, hati Jiman mula tertambat, sehingga dia lupa pada tindak- tanduknya sebagai seorang ketua kerani di syarikat itu.
Akhirnya gadis yang bernama siti serirahayu idyumanja berbunga kemesraan dan berputiklah rasa cinta mencintai di antara Jiman dengan gadis genit di pejabatnya itu,Sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.
Setelah menjadi sepasang suami isteri jiman dan siti serirahayu idayumanja, gadis genit yang seksi itu telah menjadi puan besar. Ibu jiman sendiri terpaksa menjadi hamba abdi saban hari, seperti memasak, mengemas rumah dan membasuh kain baju anak menantunya itu.
Malah setiap permintaannya telah ditunaikan oleh Jiman. Sehingga Jiman terpaksa berhutang keliling pinggang kerana menurut kata isterinya yang tersayang itu, malah sehingga dia sanggup pula mengunakan wang kepunyaan syarikat import esport tempat dia bekerja itu.
BERSAMBUNG.
KISAH ATUK EN NURI DULU KALA ZAMAN SEBELUM PERANG DAN MERDEKA. CUMA DENGAR CERITA SAJA.
___________________________________
Namanya Hajjah Yah binti Haji Fatah dari jawa datangnya.orangnya tinggi lampai, berkulit putih kuning rupanya. Diakui memang cantek orangnya. tidak jadi seorang pelakon pun sudah nampak bergaya. kalau dia berjalan dengan
lengang lengoknya memang terpikat dan mempersona, macam bintang filem umi kalsum waktu muda lagak gayanya.
Bila dia keluar berjalan pakai sakut tumit tinggi, baju kebaya jarang potong serung, dan berkain batik bandung, berjalan pula pakai payung, kain sadikit terbelah nampak betis membanyang, lengang lengoknya macam itek pulang petang. pakai baju sadikit jarang, tidak puas mata memandang, ramai anak muda gila banyang, tak lalu
makan wajahnya sering terbayang.
Itulah yang saya tahu dari cerita atuk nenek di sebelah ayah dan juga ibu. perempuan melaram rupanya dia. Nasib baik ibu en nuri tidak ikut tabiatnya, sebab dibela dan dijaga oleh moyangnya. kerana ibunya sendiri enggan jaganya, saban hari asyek bergaya dan melaram. tidak hairanlah dia kawin lebih dariapa tiga suaminya, asyek mengorat lelaki yang bernama dan berkedudukan saja.rasa-rasanya dia macam mata duitan juga. Hai maklumlah orang yang cantek jelita dan menawan, digunakanlah anugerah diberi tuhan untuk kepentingannya.
Bersambung esok
MISTERI DI SUDUT DUNIA
Ada efek pada siang imaginasi ilusi
afek kepadanya yang tak tercapai..
status kejiwaan ini menjadi sepi..
hasilkan pengaruh sendiri kacau..
sesak minda hasil firasat unik..
segala olah jiwa bentang ke bumi..
punah segala hasil fenomena..
aku mampu berdiri sungguh kacau...
Ketika engkau berang terlewat
Sedar saat matahari buka mata,
Ketika engkau duduk sendiri
Lihat awan beriring-iring,
Ketika engkau merintih menunggu
Pergi dingin embun malam,
Ketika engkau mengeluh
Hatimu separuh tak berisi,
Banyak lagi ketika engkau lalui,
Ingatlah masih ada terpencil
Misteri di sudut dunia.
Irham Kesuma
johor
11mlam
GEMUK(mozaire)
Aku periksa pinggang
Bila ukur lilit 55 sentimeter
Tapi mereka langsung tak tarik muka
Walaupun esok aku kata mahu diet
Untuk menjadi kurus
Mereka senyum minum milo.
Mereka tak kisah
Walau gemuk di mata orang lain
Comel di mata mereka
Bertuah aku dapat keluarga ini
Kerana walau aku gemuk
Mungkin menjadi obesity
Mungkin akan montel
Mungkin jugak hodoh
Mungkin tak ada jodoh
Mereka tetap bilang tiada apa
Dapat memisahkan kita semua
Sebab itulah kami sama-sama
Bahagia kerana kami semua
Keluarga gemuk-gemuk
Yang saling sokong menyokong
Mozaire
Teluk Kumbar
21.9.2010
Sinopsis yang saya intipkan Ada kesan pada jiwa penulis bila mentari yang bersinar terang, masih ada lagi segelentar manusia yang belum lagi luas buka mata menjadikan hidupnya menyusahkan orang lain dan ketinggalan zaman, sepatutnya banyak lagi yang kita patut terokai.
Terima kasih buat sdra Irham Kesuma barangkali anda seorang penghijrah yang telah lama menetap di negeri johor dengan sajaknya yang bertajuk; MISTERI DI SUDUT DUNIA. Agak tinggi dan luas skop pengucapannya terlalu sukar untuk saya menagkap maksud yang tersurat dan tersirat, cuma sebagai andaian barangkali ada kaiatannya dengan kekacuan dan kecelaruan kisah ganyang bendera Malaysia dari badan tertentu di Indonesia sendiri, membuat rakyatnya yang mencari nafkah atau rezeki di daerah ini menjadi gusar dan terharu.
Buat penulis keadaan ini bagai misteri kecil yang tidak sepatutnya berlaku bagi dua rumpun negara seagama, bagai tidak percaya. Tetapi ini mungkin juga ada orang ketiga dari negara Malaysia sendiri yang menjadi dalang bagi mengupah untuk menghuruharakan situasi, mana mungkin soal remeh temeh menjadi punca tidak puas hati. terlalu kecil malah semuanya soal-soal terpencil. Syabas buat sdra Irham Kesuma. Harap maaf jika andaiannya kurang tepat. Cuba lagi.
Gemuk sajak daripada sdra Mozaire Teluk kumbar pulau pinang. Pada dasarnya Prngucapannya penulis menceritakan hal kekeluargaan saya sememangnya dari Keluarga yang bahagia. Jika tidak mana mungkin boleh dapat keluarga yang sihat
wal afiat . engkau datang seribu kesedihan akan ditelan oleh kegemokkan. Malah tidak ada penyakit yang sudi datang, malah pembukaan selera yang berkali ganda.
Sajak Mozaire ini agak lucu dan melucukan , patutlah dalam cahtbox yang sering diungkapnya tanya soal makan . Elok saja kau jadi lokman atau adibah nor, orang sebegini juga yang comel, montel dan kalau khawin tak perlu pakai tilam. Sememangnya Ada pasaran komesal yang boleh mendatang pulangan modal yang baik juga. Baik jadi ayam gemok dari ayam kurus tak ada isi.ha ha ha . Gurau sorry!
eh! dia dah kwin rupanya jiman ni ingatkan x kwin langsung
jahat btol bini dia ni...
eh! dia dah menderhaka kat ibu dia dah jiman ni...
mcm cerita si tanggang plak jiman ni....
sian jiman dgn mak dia? jahat btol bini dia ni...
kenapa jiman x cerai je isteri dia tu...
jiman kena queeen kontrol plak?
patutlah jiman jatuh miskin sbb derhaka kt mak dia...
sian mak jiman! celaka punya jiman!
mana isteri dia skrg? bercerai hidup ke bercerai mati?
patutlah dia jd mcm ni sbb bini dia tinggalkan dia lps kikis duit dia...
sian jiman x ptut btol bini dia buat mcm tu...
huh! kurang ajar punya jiman! patutlah bila dah tua dia plak jd papa kedana!
patutlah jiman jd mcm ni sebab pembalasan ibu dia..
eh! sanggup dia buat mcm tu kat ibu dia! anak derhaka btol jiman ni!
alamak! ANJ ni tunggulah cerita jiman hbis dulu susah nk komen sbb ada 2 cerita best..
alamak! ANJ pun tulis cerita mana 1 nak baca ni?
cantik jgk atuke en nuri muda2 dulu? hehehe
cerita atuk en nuri?? cerita apa plak ni?
atuk en nuri bekas ratu cantik ke?
atuk en nuri kwin 3 ke! wah!!!
kaya gila atuk en nuri tu sampai 3 kali dia kwin...
cerita atuk en nuri ni cerita berkisar tentang apa plak??? sedih ke? seram?
eh! ada 2 cerita plak? mcm mana nk komen ni...
cerita jiman pun best cerita atuk en nuri pun best! wah! hari ni best2 belaka...
wah! mcm2 cerita dalam blog ni..... hehe
moyang en nuri tu ada mcm rozita che wan x muka dia? hehhe
msti nenek en nuri tu bekas pemenang ratu kebaya
asyik melaram je moyang en nuri tu yer...
3 kali kwin?? samu laki dia mati ke?
wah! hebat giler nenek en nuri tu? dia bekas ratu cantik kmpung ker?
nenek en nuri ada kacukan org putih ke?
nenek en nuri model je masa muda2 dulu?
kenapa nenek en nuri x jd pelakon je masa muda2 dulu
kurang ajar btol kwn2 en nuri tu! dia siap paggl kwn2 dia lagi plak!
punya kurang ajo btol kwn en nuri tu! dah bagi betis nak paha plak? klu sy angkat meja baling biar padan muka dorg...
hbis en nuri cukup ke nak bayar masa tu?
kwn en nuri tu mcm nak kenakan en nuri jer...
cis! gila apa! kalau aku la sah trus kata yg lain2 ni makan x halal!
gila apa kwn2 en nuri tu? agak2 la sampai ajak kawan2 ramai2 plak? sian isteri en nuri...
yg jd mangsa anakd an isterilah x makan ape2....
en nuri pun ada 20 ringgit dorg plak nak aniaya?
tu bukan kawan tu lawan! agak2 la sampai ajak kawan yg lain join sekali...
cis! kurang ajar btol dorg tu nak ambik kesempatan plak? hbis en nuri makan apa masa tu?
Catat Ulasan