Dulu langit dan bumi bersatu
langit dipisahkan turun hujan
bumi dipisahkan keluar tumbuhan
Dulu keduanya adalah satu
kini dijarakkan atas dan bawah
walaupun dipisahkan keduanya sama.
Orang tidak menyebut langit
tanpa melupai asal bumi
kerana dahulu keduanya bersatu.
Oleh: Qalam Mutiara,
desa bernaung lembah sepi.
penhujung lorong jalan mati 2010.
35 ulasan:
ALAM MESTRI CERITA SIRI PERTAMA BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA.
___________________________________
WAK KARDI terus membanting tulang empat kerat di bawah sinar terik matahari pagi di musim kemarau. Keringatnya pun mengalir tidak berhenti, sesekali dia menyapu dengan kain tuala mukanya yang sudah lusuh itu. Wak Kardi menarik nafas panjang kemudian melepaskannya pelahan-lahan, angin pagi sesekali menerjah muka dan tubuhnya.
"Inilah perjuangan hidup. Akan aku bawa dongkul-dongkul kematu di dua belah tapak tanganku ini ke akhirat nanti, sebagai bukti aku hidup sebagai petani mencari nafkah menyara isteri." Begitu keluh hati Wak Kardi.
Bla suara azan berkumandang di menara masjid tanda masuknya waktu solat zohor, Wak Kardi segera berhenti kerja, lantas pergi mengerjakan solat di sebuah pondok kecil yang usang di kebunnya. Di situlah dia berehad, makan tengah hari atau tidur sebentar, sebelum memulakan kerja berkebunnya hngga ke petang.
Wak Kar sering berdoa minta kesejahteraan di dunia dan akhirat, agar dapat memelhara kerukunana rumah tangganya berkekalan bersama isteri mudanya yang masih dara perawan. sesakali wajah isterinya yang berambut ikal mayang itu terbayang di ruang matanya, Wak Kardi tersenyum, terasa memberi semangat membuat Wak Kardi bekerja lebih gigih lagi.
Lewat matahari petang cundung di ufuk barat. Wak Kardi terbongkok-bongkok pulang ke rumahnya. Di muka pintu Wak Kardi tenang melihat isterinya yang ayu itu menunggu dengan penuh kemesraan bersama senyuman yang menawan, segala keletehan dan penat lelah Wak Kardi terasa luruh ke bumi.
Orang-orang kampung tahu Wak Kardi mempunyai isteri yang muda jelita. Kegigihan Wak Kardi bekerja dengan tulang empat kerat itu,menumpahkan keringat untuk mengumpulkan wang, sememangnya Wak Kardi layak meminang seorang gadis cantek jelita dengan hantaran wang yang beribu ringgit.
Bila jauh malam, Wak Kardi sering meninggalkan isterinya didakap kesejukkan malam, pelahan-lahan Wak Kardi bangun mengerjakan solat tahajud dan sunat-sunat lain sehingga menjelang subuh cuma untuk menyerah diri kehaderat Ilahi. Kemudian menyediakan bekal untuk ke ladang lagi. Bila lewat petang dia akan pulang. Begitulah kehdupannya menjelang hari demi hari .
Isteri muda jelitanya telah hampir tiga bulan tidak pernah disentuh atau digaulnya, dia terlalu sayang pada keperawanan dan kegadisan yang terlalu amat muda itu untuk disentuhnya dia bercadang untuk membela dan menjaganya sebaik munkin. isterinya masihmentah,usia kebudak-budakan, perlu dididik supaya lebih matang, begitulah fikir Wak Kardi.
BERSAMBUNG.
Utara: Tanah kubur jadi tapak rumah
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my (Sebahagian sedutan akhbar BH)
"Janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membenarkan projek perumahan itu.
Dengarlah suara rakyat bawahan seperti kami. Kami juga mahu keadilan," katanya kepada Berita Harian.
Abdul Rashid berkata, pihaknya amat memerlukan tapak lebih besar bagi melaksanakan projek
pembesaran Tanah Perkuburan Jelutong kerana keperluan terhadapnya amat tinggi berikutan
pertambahan penduduk setiap tahun.
"Bukan hanya jenazah penduduk Jelutong dikebumikan di sini (Tanah Perkuburan Jelutong),
tetapi jenazah dari daerah Timur Laut juga dikebumikan di sini, menyebabkan keadaan agak sempit.
"Bayangkan kubur hanya dikorek sehingga paras lutut kerana kawasan perkuburan sudah penuh
dan mengelakkan kubur asal terjejas. Sampai tahap macam itu sekali masalah kami," katanya.
Abdul Rashid berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberikan memorandum dan surat rayuan
kepada pelbagai pihak supaya membantu tetapi semua usaha itu masih belum menemui hasil.
"Macam-macam memorandum sudah kami hantar, malah ada penduduk bertindak agresif dengan
bersemuka dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bagi menyatakan bantahan walaupun tidak dilayan.
"Kami kecewa dengan sikap pemimpin tempatan yang kini dilihat seolah-olah mengalah dalam menuntut tanah Lot 21 dan 22 untuk dijadikan tanah perkuburan. Mereka harus ingat bahawatanah itu cukup penting bagi menjaga kepentingan orang Melayu serta Islam di Jelutong," katanya
TERBANG
Hidup ibarat kopi.
Kita minum bersama
hilang rasa sepi.
tapi setelah itu kita sendiri.
terbang ke awan biru
gapai cita-cita kau terbang dahulu.
sayap aku tiada daya
aku dongak ke langit
aku lihat kalian
satu hari nanti
akan ku sertai kamu
di atas sana
di balik awan biru.
Delaila Rahman
cheras
7pagi
MANIS
Manis semua sukakan yang manis
manisnya gula jadi tarikan semut
manisnya sari madu
hidangan sang lebah
manisnya senyuman
hati berbunga riang
siapa sangka dalam manisnya gula
ada musibah bila terlebih
dalam manisnya madu
ada tersimpan racun bisa
dalam manisnya senyuman
ada rahsia tiada terduga
tapi hati perlukan kemanisan...
Tuna Tatiati
Keninggau
2pagi
Sajak berbentuk perbidalan atau perbandingan daripada Delaila Rahman bertajuk TERBANG . Sesuatu benda yang tuhan jadikan boleh kita buat perumpamaan atau perbandingan, kerana setiap satu ada bersamaannya. Hal keadaan ini biasanya cuma dirasai atau diwaris oleh orang yang berjiwaseni sahaja untuk berfikir, bagi saorang
biasa, tidak punya apa-apa untuk pening kepala bagi memekirkannya (Joseph lee) sorry salah seorang
mungkin kebetulan sahaja. Tetapi orang begini jiwanya ada kemapuan lain pula, cuma dia tidak dapat diterjemahkan dalam citrasa seni dari sudut hati kecilnya.
Pengucapan sajak TERBANG mungkin ingin mengapai segala cita-cita sebagaimana orang lain dapat dan boleh melaksanakannya, semangat yang baik. Mungkin hari ini anda seperti anak kecil yang baru bertateh atau jalan jatuh, esok atau lusa anda sudah pasti mungkin boleh berjalan dan berlari. Diketika itu barulah anda merasai berdiri sama tegak dan duduk sama rendah. Bagi mencapai segala cinta seorang itu perlulah melalui satu pengorbanan.Amin
Seorang lagi penyumbang sajak kreatifnya dalam blog ini berasal dari negeri di Bawah bayu, ramai menjadi penghijrah di ibu kota menacri rezeki di perantauan.
Sajak bertajuk; MANIS oleh Tuna Tatiati bagai bermadah bunyi iramanya, malah apa yang hendak di sampaikan semuanya telah diberi jawapan, cuma pembaca atau pun
khalayak perlu membuat andaian yang mungkin berbeza. Kerana sebagai manusia kita perlulah berfikir dan menilai terlebih dahulu sesuatu yang datang dengan manis dan baik atau lemah lembut, tidak semestinya mencerminkan seratus peratus baik dan boleh
dipercayai, kekadang ada berlaku sebaliknya yang mungkin boleh mengecewakan hati kita. Anda ada kemampuan usaha lagi. Syabas!!Usaha lagi.
puisi langit dan bumi mcm pnh baca jer..
en nuri asyik letak sajak lama je bila nk letak sajak2 bru plak?
sajak langit dan bumi mcm sama maksud dgn antara dua hati plak?
eh! sajak langit dan bumi pun sajak perumpamaan?
cerpen wak kardi dh pnh baca dah..
harap2 cerpen wak kardi kali ni skrip x hilang dah.. hehe
cerpen baru xde ke en nuri? wak kardi dh pnh baca...
wak kardi? cerpen jawa ke en nuri?
wak kardi kwin muda! wah! byk duit dia ni...
eh! wak kardi kwin bini muda? ni msti kes bini dia curang ni.. sbb slalu klu ade bini muda msti curang...
eh! cerpen wak kardi? yg dia bunuh bini dia tu ker?
wak kardi ni x sedar diri! dh tua tp nk kwin bini muda plak!
eh! wak kardi ni tua2 pun miang jgk nk kwin muda? hahahaa
klu bini muda ni x boleh percya sgt msti dia nk kwin dgn wak kardi sbb harta....
wak dgn bini muda? beza dorg umor brapa thn ni?
huh! tanah nak didirikan rumah ke en nuri? hbis mcm mana pengali kubur nk cari makan... nak kena beli paper la hari ni...
kubur dorg nk besarkan? eh! xde tampat lain ke yg kosong lagi?
tanah kubur dorg nk dirikan rumah! bahaya tu...
klu dorg nk dirikan umah kat atas tapak kubur? msti berhantu rumah tu... hehe
tanah kubur nak didirikan umah ke? xkn xde tempat lain dorg nk buat rumah?
kat balik pulau kan byk lagi tanah kosong? xkn semua nak sumbat kat jelutong kot?
bina je la umah kt tanah2 kat hutan2 jgn la sampai di tapak kubur pun nk bina rumah...
gila la dorg ni nk bina rumah kat tapak kubur ker!
xkn sampai mcm tu sekali dorg ni? teruk btol kubur tempat kubur la jgn la nk bina rumah plak! hish....
ape pnya bodo kontraktor rumah tu! atas tapak kubur pun nk dibina rumah! hbis nnt klu org mati nk kebumi kat mne?
eh! kat perak road kan ada lagi tanah perkuburan? nnt kebumilah kt situ jgn la semua nk sumbat kt jelutong...
kubur kat jelutong??? kt mana plak tu?? yg perak road tu ker?
tamaklah dorg ni kt tapak kubur pun nk bina rumah! mcm xde tempat lain jer...
smoga kerajaan pantau sikit xkn la dorg nk bina perumahan kt tapak kubur plak?
Catat Ulasan