Selasa, 28 September 2010

MELAYU PECAH TIGA PUAK




Kata Mantan Tun Dr. Mahathir;
"Bangsa melayu kini ada tiga puak"
sebenarnya YB. cerita telah lama
tetapi tiada siapa yang perduli
terasa bagai tiada apa-apa
ada parti diserang mabuk kuasa.

Kini  ada Yu sedang menunggu
jikalau  kapal pecah Yu  kenyang
kuasa melayu telah terbelah tiga
kini pun kita sudah mula terasa
perkara haram menjadi halal pula.

Pemimpin dulu melihat sedeh
bangsa melayu hilang pegangan
kemanakah  perginya semangat 46
 tohmah dan  fitnah jadi sandaran.

Biar patah arang bergalang tanah
soal penting hajat kesumat tercapai
 mahu watak si jebat dihidupkan kembali
anak peribumi membunuh bangsa sendiri
mengwujudkan agenda  memalukan negara
agar  sejarah silam berulang semula.
inilah kerja keji si bangsa kita .

Oleh: Nurimanja,
waktu kelang kelibut,
jam 5 ptg. tarikh: 26/09/2010.

50 ulasan:

nurumanja berkata...

KISAH KAUM RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.
____________________________________________________________________________________________________________________________

3. MELAYU MELANAU DI SERAWAK.

Siri pertama 1.
Siri ke 1.

Mereka ini tidak begitu ramai tetapi otak pintar, jadi tidak hairanlah di serawak mereka boleh diangkat jadi ketua menteri. Di kuala rajang tempat saya mengajar, ramai yang comel-comel, tetapi hantaran belanjanya agak tinggi, kasian. ada samapi lakai tak khawin. sengaja kau bubak melanau rajang. Melanai ini ada pelik
sadikit, bukan jauh mana , dari rajang, belawai, egan, mukah, beruit, takajung, nonok ulu, atau kapit,

cakap mereka sudah berlainan. itu buat saya pening. kecuali melayu serawak dan iban mereka kawasan
mana pun sama , tidak termasuk bidayuh. saya tidak tahu budaya mereka. Bidayuh ini mereka duduk di kawasan bukit. kebanyakan mereka putih kuning. macam melayu juga tapi bukan agama Islam, ramai juga yang terpikat.

Sambungan.

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 12 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
_______________________________________________________________________
SEWAKTU Jiman mencapai kain selimut guni buruknya itu. Dia saolah-olah terdengar ada suara datang dan memanggil namanya dari luar pintu.Jiman segera menekapkan telinganya di daun pintu dan pelahan-lahan membukanya.

Dari jauh Jiman ternampak seperti ibunya dalam kesamaran lampu jalan di pinggir pekan Kota baru itu, Ibunya berdiri di antara persimpangan jalan. Sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Jiman. Dengan tenaga yang masih lemah Jiman berusaha untuk melihat ibunya itu dengan lebih dekat lagi.

Jiman memperketatkan ikatan kain pelikat lusuh di pinggangnya itu. Dia segera mencapai tongkatnya yang terletak di sabalik pintu, lalu melangkah keluar terbongkok-bongkok mencari wajah ibunya itu.

Bila sampai di tengah persimpangan jalan itu , wajah ibunya hilang.. Jiman menjadi panik. Dia terus mencari di sekitar persimpangan itu, tetapi hampa. Dia memekek sekuat hatinya.

“Ibuuu!!” dengan penuh perasaan terharu.

“Ibuuuu!!! Di mana kau Ibuuu!! Aku rindu padamu. Aku ingin memohon ampun dan maaf ibu, Oh ibuuuu!!” keluh Jiman seorang diri.

Jiman memanggil ibunya beberapa kali, tetapi tetap hampa. Dia bagaikan orang gila lagaknya. Terkejar kemari sekejap pula ke sana di sekitar persimpangan jalan raya di pagi buta itu.

“Ibuu! Ibuuu!! Ibuuu!!!”

Badan Jiman mulai dibasahi peluh, Jiman terus mencari wajah ibunya itu. Kemudian Jiman terhenti lagi. Bila dia melihat ibunya sedang berdiri di tengah simpang jalan raya itu. Jiman pun terbongkok-bongkok menghamperinya.

Bila jiman cuba mendekatinya , Alangkah terkejutnya Jiman wajah ibunya telah bertukar menjadi, wajah isterinya yang curang itu. Jiman pun memekek sekuat hatinya, kerana geram dan marah.

“Bangsattt!!!”

Hati Jiman terbakar. Dia cuba mengangkat tongkatnya tinggi mengerawang lalu dilepaskannya satu pukulan kencang. Tetapi tongkatnya membidas dan terlepas jatuh dari tangannya. Bila dia cuba melihatnya ternyata pondok telefon yang menjadi sasarannya.

BERSAMBUNG.

Jiman berkata...

SI PERKASA NAJIB

Si Najib kecil melangkah sumbang,
Betapa aib Najib tetap melangkah,
Pedulikan anak-anak sempurna,
Membalut dunia dalam dirinya,
Najib hati waja tidak mengalah,
Sedari ancaman dunia,
namun tidak diendah,
Dia terus menjajah,
tetap menjelajah,
Najib terus berperang dengan dunia,
Demi mengecap impian sama rata,
Walau mereka tidak pernah bersatu,,
Dia tetap percaya pada yang satu,
Jalan, jatuh lari si Najib,
Tiada yang pernah peduli,
Sengsara, derita si Najib,
Kau bagai satria bangsa,


Jiman
Johor Bharu
10malam

Mei Ling berkata...

TOLONGLAH HUJAN

Menanti hujan tak turun-turun,
bila pandang atas tak nampak bulan
awannya tebal bila nak hujan
tangan diterpa mencari setitis air
hujan turun la hujan.!
tidak perlu tunggu katak panggil..
biar saja turun dengan ikhlasnya..
hujan turun la hujan..!!
aku sunyi seorang diri..
minta diteman selebat kau datang..
tubuhku lesu otakku tebu
ideaku kering lidahku kontang
memang hanyut bila sendiri
tak sedar-sedar diri
kau diatas aku dibawah
kau menonggak aku menyembah
Hujan turun la hujan!!!


Mei Ling
Sungkai
9malam

Tanpa Nama berkata...

Sajak Jiman dengan tajuk SiPerkasa najib pengucapan pada perjuangan seorang yang merendah diri, tapi punya semangat waja dalam usaha menjayakan wawasan bangsa, jangan
perduli apa orang lain kita, jikaterasa benar teruskan saja perjuangan. Insyaallah kerna nawaitu kerja kerana allah. Tidak perlu penilai manusia , jika benar usaha kerjanya kerana allah, untuk memajukan semua rakyat berbilang kaum dalam Negara demi masyarakat majemuk 1 malaysia. Kalau kita benar, tidak perlu kita takut dengan sesiapa, malaikan kepada allah swt .Amin . syabas! jiman usahasa lagi.

nurimanja berkata...

Sesekali baca sajak dari Mei Ling, sungai, perak. Bertajuk Tolonglah Hujan. Ada juga bagai sembolik . hujan mungkin bagai seorang hero yang datang menyelamat buatseorang puteri dalam keadaan kegelisahan dan kemarau panjang. Hanya hujan
yang dapat menyelamat kekeringan dan kesunyian. Oleh itu si penulis cukup amat berharap agar si hujan segeralah turun, sebagai ubat keramat yang dapat melegakan akan segala. Dalam Islam turunnya hujan itu adalah rahmat allah atau pun dengan kata lain rezeki yang turun daripada langit. Menyegarkan pokok tumbuh-tumbuhan. Untuk makanan
sekelian mahkluk di muka bumi ini. Amin. Syabas! Buat Mei ling. Usaha lagi.

Abang berkata...

benar apa yg tulis berkenan melanau ni! hehe

Halilintar berkata...

wah! mcm2 bangsa en nuri tulis..

Umar Haslam berkata...

eh! en nuri bidayuh x tulis ke? hehe

Muhamad Rabbi berkata...

mne en nuri thu pasal melanau? iban dan org asli ni???

Ustaz Sahzan berkata...

msti jiman kena langgar dengan kereta lps ni...

Supain Sipaun berkata...

sian jiman di hantui dosa2 silam...

Salleh Muhamadon berkata...

rasanya bkn ibu jiman rasanya tu jelmaan setan la...

Pak Ngah But berkata...

tu la jiman sesal pendapat x berguna...

Saizul Maizav berkata...

silap2 jiman mati apa akhir sekali?

Ungku Zubir berkata...

sian jiman jd gila akhirnya...

Kembara Budiman berkata...

patutlah tjuk dia tahana byk tahana dia buat kat keluarga dia...

Razak Abu berkata...

apa pnya malang nasib jiman ni...

Badrolshah berkata...

msti jiman mati akhir sekali selalunya org jd gila ni akhir sekali mati...

Jiman berkata...

rasanya ibu dia tu jelmaan hantu agaknya...

Harimau Berantai berkata...

sah! setan menjelma jd ibu jiman...

Seri Suri berkata...

rasanya jiman last sekali bunuh diri kot?

Hantu Katek berkata...

tu la buat tahana kat mak dia lagi skrg terimalah balasan!

Sudin Ramlee berkata...

eh! oh rupanya ni smua pasal melanau...

Haji Atang berkata...

eh! cerita pasal sarawak plak? teringat kampung halaman plak?

Stephen Yashoor berkata...

melanau dgn bidayuh? dorg agama apa ni?

Richard Sirosa berkata...

eh! bangsa dorg semua islam ke en nuri?

Jengking Perak berkata...

mcm2 agama en nuri ada cerita wah!

Pak Bostamam berkata...

en nuri ni mcm pemandu pelancong plak semua pasal agama melanau en nuri thu..

Zuraifah berkata...

byk jgk info mengenai melanau sy dh thu.. terima ksih!

Iman Ali berkata...

en nuri byk ilmu dan luas pengetahuan pasal melanau ni...

Mei Ling berkata...

eh! nnt cerita pasal bangsa lain plak en nuri? buddha ke? hehe

Hantu Gigi berkata...

mmg 1 malaysia btol blog ni semua bangsa en nuri cerita...

Madah Pujangga berkata...

kesian jiman jd gila sampai mcm tu sekali?

Ai Kutubudin berkata...

mana budin? kenapa dia biarkan jiman pergi tgh2 jalan?

Abul Hassan berkata...

sah! jiman kena langgar nanti!!

Getelek Malam berkata...

pandai hantu tu nak kenakan jiman dia ajak ke tgh jalan plak?

Julia berkata...

apalah nasib jiman nnt? hidup ke mati?

Nabil Quldi berkata...

tgh mlm dok tgh jalan plak? sah kena langgar jiman nnt...

Raja Muda berkata...

rasanya jiman mati katak nanti ni....

Mozaire berkata...

dr M kata mlyu pecah 3? bkn en nuri ke kata dulu???

Golok Buta berkata...

Dr M pun kata mlyu 3 puak? mcm kata2 en nuri plak?

Orang Lama berkata...

sian mlyu dah pecah 3 plak skrg ni...

Suara Rakyat berkata...

malu kat bangsa lain dorg pecah sikit je mlyu sampai 3!

Lagenda Pulau berkata...

smoga mlyu dapat bersatu semula....

Bulan Terang berkata...

sdih tgk mlyu kini x bersatu dah peceh belah skrg...

Atuk berkata...

doktor mathadir pun ada kata mlyu pecah 3? apa nak jd la skrg ni....

Ustazah Janariah berkata...

smoga mlyu xpecah 4 plak nnt?

Tok Mahat berkata...

mathadir pun dah sedar tentang pepecahan org mlyu harap mlyu ambik tindakan segera....

Datuk Borhan berkata...

smoga mlyu boleh bersatu kembali lps ni jgnlah berpecah belah lagi...