Khamis, 2 September 2010

JANGAN BIARKAN EMPAYA MELAYU BERAKHIR



Melayuku kini kian terharu dan buntu
diserang kecelaruan minda bermaharajalela
hindarkan supaya jangan ada peristiwa 1511
bagaimana terkuburnya  empaya melayu terakhir.

Kini awas empaya melayuku abad 2011
jangan biarkan  kisah silam berulang laku
bila mmelayuku menolak usaha bersatu padu
dikuateri mungkin lambaran tragedi hitam berlaku.

Belajarlah erti sejarah peristiwa yang lalu
jangan ada di antara kita suka berpecah belah
dikuatiri kita akan kembali diperentah dan dijajah
maka waspada ! wawasan 2020 akan turut musnah.

Oleh: Nurimanja,
waktu kembali ke desa lama
melihat penduduknya pecah tiga.
bertambah maju kuat agama, tapi x sepurna.


49 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 4 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
___________________________________

Bila dia teringatkan rakannya semua berjawatan dia terasa masa yang dilaluinya dahulu terbuang dengan percuma , kini dia gagal menempah masa yang baik untuk senang di hari kemudian.

Salina sudah menjadi guru, Anita kerani di pejabat pos, Shuhada penolong kerani bank, Sofian kerani sekolah menengah. Beritulah berita yang didengarnya daripada Dang Anun ahli persatuan Seri kandi di sekolahya dahulu.

Kini tidak guna difikir lagi, menyesal kemudian tiada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur, perkara yang berlaku telah berlalu, tidak akan boleh masa yang pergi akan berundur kebelakang kembali. Dia terpaksa mengharungi hidup ini.

“Keling! Keling! Keling!!!..” Tetiba bunyi locing basikal dari belakangnya. Dia tersentak dari lamunannya, ada seorang tua yang dipanggil Pak Ngah But yang sedang mengayuh basikal begitu pelahan di belakangnya.

“Hai Husna! Kenapa berjalan kaki?” Sapa Pak Ngah But sambil tersenyum.
“Oh! Pak Ngah, Ingatkan siapa tadi?”
“Darimana kau datang ini?” Tanya Pak Ngah, sambil memperlahankan basikalnya.
“Dari kelinik Bidan ,” jawab Husna rengkas.

Pak Ngah cuba mencuri pandang, pada bentuk tubuh perempuan muda itu, ternyalah tidak lama lagi anak lelaki kecil itu akan mendapat adik seorang lagi. Dan si kakak yang masih berjalan melawan panas itu akan merebuh kasih sayang di anatara dua adiknya itu.

“Ehh! Mana suami kau, Umar Haslam tak datang ambil ke?”
“Dia ke sungai, pagi tadi menjala udang galah, Lagi pun dah dua hari tak menoreh getah, hari ini baru cuaca panas sikit,” Jawan Husna bagai memberi penerangan pula.

“Maaflah ya! Pak Ngah nak beri topang pun, barang banyak di belakang basikal ini.”
“Tak mengapalah Pak Ngah, tak jauh pun, terima kasih sajak laa..”
“Pak Ngah pergi dulu ya Husnah,”
“Baik Pak Ngah!”

Dalam hati Pak Ngat But dia berkata, kasihan aku tengok anak-anak muda sekarang belum cukup matang sudah berkhawin. Ikut kata nafsu lesu, ikut kata darah muda kita yang binasa. Sedeh aku tengok, mana si kakak yang masih berjalan jatuh, si adik pula masih tercelapak di pinggang ibu. Malah di dalam perut nampak pula membusung lagi. Pak Ngah But menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hai! Umar Haslam buat anak saja kerja kau ini …..kasihan aku tenguk Husna,masih muda lagi, sudah dapat BA lepas itu MA pula. Main anak.

BERSAMBUNG

nurimanja berkata...

SIRI 23 SECARA BEBAS ; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : ABDULLH BIN UBAI DENGAN JUBAH NABI
__________________________________

Abdullah bin Ubai sewaktu hidupnya
berwasiat bila dia mati meminta mayatnya dibungkus dengan jubah nabi.

konon dapat peluang masuk syurga, asalkan ada berkat bekas nabi Muamad SAW .

Bila diketahui oleh sahabat Omar al khatab, lalu beliau mengkeritik nabi sambil berkata."Bagaimana sewaktu perang Uhud dulu? Abdulah pernah buat kacau dengan menarik 200 askar keluar dari perang Uhud, malah menentang pula tentera Islam?"

Jawab nabi Muhamad SAW."Tidak ada kena mengena jubah aku dengan iman sesaorang." sambil tersenyum.
Omar Al Khatab pun terdiam, ternyata sangkaannya meleset, sebab air liur nabi, peluh nabi, tidak menjamin iman sesaorang yang syirik dengan Islam.

Pengajaran;
Jangan sekadar mengaku beriman tetapi tingkah laku tidak pula mencerminkan ciri-ciri Islamic malah sbaliknya.

Ramai kita lihat pada luarnya berpakaian ala islamic tetapi gaya hidup banyak yang munafik dan syirik kepada Allah SWT.

Nurul Husna berkata...

ALAM SUNYI

Tiba-tiba aku disini
Bersama dan sebagaimana
Pohon-pohon dan ranting,
Serta rumput-rumput kering
Sepi dan mati di lembah sunyi
Angin pun tidak bertiup
Tiada bicara sampaikan berita
Selain tentang ketakutan
Akan terputusnya rindu
Dipertengahan jalan
Antara yang ditinggalkan
Dan meninggalkan
Mana satu binasa?
Mana lebih sengsara?


Nurul Husna
4pagi
1.9.2010

Qalam Mutiara berkata...

Sesekali menghayati puisi Sdri Husna bertajuk ALAM SUNYI seolah terasa semacam dalam perjalanan cerpen en nuri MENEMPAH MASA, barangkali penulis yang diberi watak utama dalm cerpen ini membaca dengan penuh penghayatan di hati.

Pengucapan agak menarik Dalam Sunyi. biasanya dalam sepi itu berbagai andaian dan kenangan lama sering datang menjelma. Kekadang kita terasa diri ini bagaikan sedang dibuang bersendirian di ruang sepi,orang lain meninggalkan kita, terasa juga sedih pilu dan lainnya. Lebih sedih dan terharu lagi bila fakir pula masa depan diantara kita hidup atau mati, senang atau susah. Fikirkanlah dan hadapilah masa yang ditempah? Amin.

Pak Awang berkata...

sajak mcm ade bunyi politik jer? hehe

Ezad Emir berkata...

wah! menarik jgk sajak ni...

Ibrahim Lee berkata...

kenapa tjuk mlyu berakhir plak?

Comel berkata...

sajak kentut xde ke?? hehe dulu kan tergantung....

Kamal berkata...

cerpen kemerdekaan xde dh ke?

Nakhoda Belantara berkata...

giler apa dia nk nk di kapan dgn jubah nabi plak?

Iman Ali berkata...

syiriklah! ade plak klu kapan jubah nabi masuk syurga...

gelora maya berkata...

huh! sampai mcm tu sekali dia taksub! syirik tu...

Ustaz Majusi berkata...

mne ade klu kapan jubah nabi masuk surga masuk surga ke x? itu berhantung dgn amal ibadat,...

Ustaz Nasarudin berkata...

menarik kisah nabi ni harap2 org skrg x buat mcm ni... ade plak nk di kapan dgn jubah nabi plak?

Malik Wariya berkata...

gila la abu tu xkn dpt msuk surga klu kapan jubah nabi....

Tinta Bayu berkata...

org dulu2 pun kdg2 x btol jgk.... mne ade msuk surga plak?

Hamba Allah berkata...

wah! klu dikapan jubah nabi msuk surga rasanya 1 dunia nk tempah! hahaha adoiyai.. syirik...

Nama Aku berkata...

xkn sampai kena minum air liur? peluh nabi pun msuk surga? kepercyaan syirik tu...

Jalil Janggut berkata...

semoga kitax tergolong dlm golongan mcm ni gila ape kalau dikapan jubah nabi jamin masuk surga? klu org jahat xkn nk msuk surga jgk>

Salina berkata...

huh! sy jd guru ke??/ wah! terharu plak sbb sy hnya suri rumah sepenuh msa jer...

Tengku Anita berkata...

harap2 lah jd kenyataan en nuri kata ni sy jd pengawai pejabat pos? hehehe

Shuhada berkata...

penolong kerani bank ke perkerjaan sy??? wow! hehe

Sofia Ofilia berkata...

eh! kebetulan plak? sy mmg kerani skola pun! tp bkn skola menengah skola rendah jer.. wah! en nuri mmg ahli falak la! tabik btol!

Dang Anum berkata...

sy keje ape? en nuri x kasi thu pun dlm cerpen ni????

Srikandi Juwita berkata...

nama sy jd nama persatuan je??? hehehhee

Pak Ngah But berkata...

eh! mcm btol plak cerita ni sbb selalunya pagi2 mmg sy selalu berbasikal nk bagi sihat semenjak pencen ni dok rumah saja letih jgk...

Nurul Husna berkata...

huh! umar haslam ke suami saya? mmg patut pun dh cerai sbb x sesuai! hahahaha

Saidatul Husna berkata...

eh! husna ni en nuri maksudkan nurul husna atau saya???

Saizul Maizav berkata...

rasanya pak ngah but ni kwin dgn husna la nnt... hahahahhaa

Umar Haslam berkata...

eh! sy baik orgnya rasanya xkn abaikan isteri... harap2 ahli citra rasa jgn ingat sy mcm cerpen ni.... hehhee

Kembara Budiman berkata...

sian husna klu bagi sy watak suami husna rasanya dia xkn terabai.... hehhee

Ali Conan berkata...

wah! kejam btol umar haslam! bagi kat aku je la husna ni... hahahhaa

Pak Awang berkata...

pak ngah but tu tegur ada makna ke? jual minyak ke?? hehhe

Taib berkata...

wah! masih bertenaga pak ngah but? hehe tapi mmg secara dasarnya pak ngah but ni setahu sy suka berbasikal waktu pagi...

Faisal Syafie berkata...

baby dalam perut husna tu ape nama plak??? kasi je nama saya... hahaha

Abul Hassan berkata...

ape la umar haslam ni! tahu buat anak je jaga x reti! hahahhahahhaa

Badrolshah berkata...

watak saya xde dh ke??? bila husna nk pegi jumpa bapak dia plak? hehe

Olie Pajutdy berkata...

watak anak husna x bercakap ke?? merengek ke nak mainan? hehe

Seri Suri berkata...

rasanya msti umar haslam ni akan cerai bini dia ni...

Julia berkata...

minta fasak je la husna ade suami pun terabai makan minum anak2...

Tetamu Malam berkata...

eh! xde hantu ke dalam cerpen ni?

Brader Joe berkata...

apelah nasib husna ni dh mcm xde suami jer..

Iman Ali berkata...

rasanya umar haslam ni main kayu tiga la....

Ali Omar berkata...

sian anak2 husna kcik2 xdpt ksih sayang ayah....

Nabil Quldi berkata...

pak ngah but ni sapa plak? tok husna ke?

Panglima Ketot berkata...

pak ngah but? dia orang kampung husna jgk ke?? msti duda ni... lps tu dia syok kat husna plak? haahhaa

Mozaire berkata...

cerita ni mcm kisah isteri yang terabai jer...

PENYAIR AGUNG berkata...

CUMA CERPEN NI SAYA TAK DAPAT TANGAKP AKHIR MCAM MANA? SBB TAJUK DIA MISTERI JUGAK BUKAN MCAM CERPEN YANG DULU BACA TAJUK DAH TAHU MACM MANA CERITA DIA...

Ustazah Janariah berkata...

ustazah xde ke dlm cerpen ni? ustaz dah ade...