Berniaga kena luhur
jangan berniaga niat menipu
dunia tidak akan tunduk kepada kamu
jika sekali orang kena tipu urusniagamu
dunia juga akan lari daripada kamu...
Harta perlu ditangani
jangan letak di hati harta kamu
jutawan Islam perlu keluar zakat
bekerja dengan tangan kamu sendiri
biar sadikit tetapi membawa berkat
Kata saidina Ali rdiallah
bekerja untuk hidup seribu tahun
beribadat untuk mati esok hari,
jika kamu seorang jutawan bertakwa
dunia tidak akan menarik segala hartamu.
Oleh: Viger
sekali tengelam sekali timbul.
mestri menguasai dirimu 2010 Sept.
36 ulasan:
SUNAT PUASA ENAM ATAU SUNAT SYAWAL 6 HARI SELEPAS RAYA AIDIL FITRI. (ESOK)
Saya difahamkan nilainya lebih afdal jika terus sahaia puasa sunat selepas sehari sabut satu syawal, banyak faedah dan fadilatnya . jarang sangat orang boleh buat, tapi ada juga sadikit sebanyak. Jika tarbiahnya berjaya sepanjang ramadan.
1. Dalam setahun ada 360 hari. puasa ramadan 30 hari itu nilainya sama sehari dengan 10 hari kita berpuasa jadi 30 hari sama dengan 300 hari puasa, maka ditambah dengan puasa enam hari lagi jadi 6x10=60 , jadi jumlahnya semua 360 hari nilainya sama seperti kita berpuasa sepanjang tahun. (lihat hadis nabi)
2. Kalau kita hidup 60 tahun mula puasa 6 berumur 20 katakan, beerti anda telah berpuasa selama 40 tahun nilainya. puasa saja dalam hidup anda, itu bonus yang tak nampak pahala atau nilainya. lagi pun ia bukan wajib senat sahaja siapa buat dapat pahala x buat x ada apa.
3. Mungkin bagi orang yang berpenyakit keronik tidak boleh makan berlemak dan berminyak
puasa 6 ini dapat mencegahnya kerana siang dia tidak makan, tengok saja makanan. kalau
tidak puasa pastinya dilahapnya semua. dan punca banyak makan datangnya segala penyakit.
sebab itu nabi makan bila lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
sambung
JADILAH JUTAWAN YANG SEBENAR DISISI ISLAM DAN DIREDHAI ALLAH SWT. (ESOK)
ingin menjadi jutawan sebenar dalam perniagaan, jauhkan diri daripa suka menipu. ataucuba memutar belitkan sesuatu pengeluaran barang jualan kita dan ketiadaan jaminan rasa keyakinan pada kepuasan bagi menekmati barang yang dibeli pakai oleh penguna.
Cerita seorang jutawan minyak wangi keturunan Arab menceritakan bagaimana raya keyakinan pelanggan kepada barang jualannya yang sentiasa terjamin pengeluarannya.
bertahan hingga kini. dan dia menjadi jutawan terkenal hingga kini.
Saudagar minya wangi ini mempunyai beberapa buah syarikat mengedar minya wangi tulen. Dia sering menyempan seratus tong minyak wangi ini sebelum dipasarkan kepada orang lain di seantero dunia.
Dia mempunya seorang hadam yang betul bentul selain daripada beratus kerja yang lain.Bila waktu malam hadam ini yang mengawal tong-tong yang tersusun di dalam stor pagar di belakang rumahnya.
Sewaktu hadam ini mengawal dan menyelia tong-tong minyak wangi itu, di dapati sebiji daripada seratus tong minyak wangi itu terbuka, lupa ditutup oleh pekerjanya. di dalamnya ada saekor bangkai tikus. Hadam pun mengadu kepada tuan saudagar jutawaan minyak wangi itu. lantas dia berkata lain kali tutup sajalah tong itu dengan baik.
Hadam betul bendul ini segera pergi menutupnya. Esok bila saudagar jutawan minyak wangi itu
ingin melihatnya, Hadam ini berkata saya tidak ingat lagi tong yang mana satu kerana tuan suruh
saya menutupnya. Saudagar jutawaan minyak wangi itu pun segera mengarahkan pekerjanya mencurah kesemua seratus tong minyak wanginya.
Hadam dan pekerjanya menjadi hairan. amat merugikan kata mereka malah cukup membazirkan. Saudagar itu pun tersenyum. Saya tidak akan rugi seratus tong yang saya jual tiada lagi kualitinya kerana bercampur dengan bangkai tikus. akan merosakkan perniagaan saya yang ramai orang telah menaruh keyakinannya.
Saya mahu barang yang baik dan berkualiti untuk dijual daripada cuba menipu pelanggan saya.jadilah jutawan yang sebenar dan diredhai Allah dengan mengeluarkan zakat untuk membersih harta jualan perniagaan kita.
Hadam dan pekerjanya pun tunduk dan mengikut arahan tuanya.
SEKIAN.
TOLONG SENYUM
aku tahu engkau kecewa
kerana aku berubah sikap
aku sedar engkau merana
seringkali bertemankan airmata
aku harap kau sabar di sana
berikan aku sedikit masa
aku disini sedang mencuba
untuk merawat luka di jiwa
usahlah engkau merasa curiga
aku disini seperti biasa
tak pernah berubah
apa yang aku kata
dari dulu kini mungkin selamanya
bukannya aku tak pernah merindu
seringkali aku teringatkan dirimu
tapi diri ini terpaksa menahan
kerana rindu tetap tak kesampaian
suatu hari nanti aku akan kembali
mengulang kembali saat yang pergi
seperti kita sama sama mimpi
seperti zaman yang kita lewat
Wan Azril
PutraJaya
2ptg
KEMBALI
Kembali menyinari hidup ini
Dengan senyuman yang lama terpadam
Kerana hilangnya hati dan perasaan
Di mamah oleh kezaliman
Dan air mata ini pernah berlinang
Bila ku imbas kembali kenangan
Hidup di masa silam
Penuh benci dan dendam
Kini aku lepaskan semua
Lupakan segala cerita
Takkan lagi kembali berduka
Hanya kerana peristiwa lama
Aku kumpulkan semua sisa-sisa
Untuk ku bina sebuah harapan
Menjadi azimat berharga
Teruskan kembali perjuangan hidup
Manaf Nordin
kuala pilah
2pagi
Sajak jiwa-jiwa bertajuk TOLONG SENYUM hasil karya daripada sdra Wan Azril dari Putra Jaya.
Pengucapan sajak atau penceritaannya untuk meminta si buah hati tolong senyum sadikit. Jangan selalu memuncungkan bibir. Sajak berbaur romentik untuk mengambarkan tentang perpisahan diantara dua kekasih yang mungkin berpisah atau berjauhan kerana tugas. Penulis memberi keyakinan kepadadirinya dan kekasih agar bersabar dan hatinya ini tidak akan berubah.Namun kini dia terpaksa menghadapi segala jerit perek tugas bersama kerinduan yang amat tenat, terasa semacam ingin membunuh rindunya. Namun jika keadaan kembali ceria si penulis akan berjanji, dia akan kembali untuk melihat seyuman yang diharapkan daripada si buah hatinya agar segera kembali ceria .Sepertimana zaman-zaman yang pernah dilewati dahulu. Amin.
Sajak ini agak menarik sebagai sebuah lukisan abstrak yang boleh diandaikan dari berbagai sudut padangan dan pentafsiran pembaca atau khalayak yang menekmati
penceritaannya. Sajak KEMBALI oleh Sdra Manaf Nordin kuala pilah.Nogori9. Pengucapannnya menyentuh hal keperibadian yang selama ini dicengkam rasa tidak senang hati atau kegelisahan dalam tugas, atau pekerjaan (yang lain percintaan, atau rumah tangga dan cita-cita) Kini mungkin keadaan kembali ceria dan menyenangkan
hati, bertugas pun kembali bersemangat , dan ingin lupakan segala derita, kini akan kembali bersama azimat untuk meneruskan perjuangan hakiki dalam hidup ini. Amin.
puasa 6? alamak! aku xpuasa plak? xpe2 syawal panjang lagi...
eh! klu puasa 6 jd setahun kita berpuasa ke?
wah! terima ksih berkongsi info tentang puasa 6 ni....
byk fadilat puasa 6 ni rupanya...
lain kali kena puasa 6 la nampaknya....
puasa 6 ni wajib ka sunat?
oh.. bru la aku thu rupanya bgus puasa 6 ni....
alamak! aku terlupa nk puasa 6? sempat lagi kan?
cerita pasal puasa 6 ni tetiba plak aku rasa nk puasa 6 jgk rasanya sempat lagi kan?
klu puasa 6 ni boleh kurangkan sikit berat badan ni... hehe
mmg rugi klu sapa x puasa 6 ni....
ape2pun puasa 6 baik utk kesihatan...
puasa 6 bagi lengkap utk 30 hari ke? oh...
cerita jutawan ni umpama kerana nila setitik hbis susu sebelangga...
eh! klu dia buang smua minyak wangi sama la jgk dgn membazir...
sian saudagar tu rugi semua dia buang....
xkn sampai buang semua sekali kerana bangkai tikus?
kenapa x check je satu2??? rugi je buang semua...
kenapa dia buang semua sekali?? check la 1 persatu..
mmg rugi banyak giler la dia buang semua sekali minyak wangi
smua salah khadam dia! bodo! rugi je minyak wangi tu...
kenapa di buang semua sekali?? ruginya....
dia buang semua sekali? mmg jutawan gila dia ni...
apa pnya bangang la saudagar tu xkn kerana sekor tikus pun di buang semua sekali? bkn semua botol yg kena...
klu aku jd saudagar tu suruh je khadam dia check 1 persatu jgn la buang semua x balik modal nnt...
kenapa sajak viger plak en nuri terbitkan?
SEMENJAK DUA MENJAK NI BANYAK PLAK SAJAK2 ORANG LAIN EN NURI TERBIT? MEREKA NI DARI KALANGAN KELUARGA EN NURI KER?
sajak pasal jutawan plak? menarik jgk...
menarik sajak ni utk peniga mcm aku ni... hehe
eh! viger pun buat sajak jgk ke? ingatkan dia keja tulis ucapan sukan jer...
Catat Ulasan