Gunung Sinabung
empat ratus tahun lamanya
kau tidur dengan lena panjang
kini engkau bangun dengan marah
mengeluarkan debu panas setinggi langit
kami penghuni di sekelilingimu
masih sayang dan cinta padamu
kami engan melarikan diri atau pindah
walaupun kau marah untuk menganas
dan muntahlah apimu mengeluarkan lahar
bakarlah kampung kami disekelilingmu
jika kamu mahu kami dimusnahkan
selama ini kami tetap setia memujamu
berdiri tegak puncakmu menyapu awan
menjadikan kemegahan kami hingga kini
Oleh: Hantu Raya
Catatan berita terkini.
2hb, September, 2010.
50 ulasan:
CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
___________________________________
Budin memangku kepala Jiman di atas rebanya. Dia memicit-micit lagi tubuh jiman yang masih lemah itu dengan harapan perjalanan darah Jiman akan kembali pulih seperti sedia kala.
Jiman mula menggerak-gerakan jarinya. Kemudian pelahan-lahan membuka kelopak matanya. Kedua bola matanya tertumpu pada cahaya api yang masih bernyala di unggun api itu, kemudian beralih kepada cahaya lampu minyak yangtersangkut di dinding pondok buruk itu.
Jiman mulai beransur pulih. Dia mengalihkan pandangannya kepada Budin. Air matanya mulai keluar berlenangan di kedua belah kelopak matanya, kemudian mengaler jatuh ke dua belah pipinya yang cengkong itu.
Hujan di luar masih mencurah-curah jatuh ke bumi. Angin malam masih juga bertiup, tetapi kilat, peter dan guruh sudah mula beransur reda. Sesekali angin malam mencuri masuk melalui jendela yang terbuka tidak berdaun itu.Apilamplu minyak tanah meliuk-lintuk ke kiri dan ke kanan.
Beberapa titisan air hujan dari bumbung pondok buruk yang terlalu banyak tiris itu jatuh di atas lantai tempat Jiman terbaring.
“Jiman, Ke mana kau pergi seharian?” Tanya Budin bila dilihatnya Jiman mula membuka matanya. Jiman tidak menjawab, cuma matanya saja yang keliatan terkelip-kelip memandang cahaya lampu minyak.
Budin amat mengetahui sikap Jiman yang pendiam itu, lebih-lebih lagi bila dia di dalam kesusahan dan keresahan begini, dia akan terus membisu.
“Ke mana pergi kau Jiman? Sehingga jauh malam begini baru kau pulang?,” Tanya Budin lagi, tetapi Jiman tetap juga diam membisu..
Jiman bangun dari rebaan Budin. Perlahan-lahan dia bangun duduk dibantu oleh Budin, kemudian mengesotkan punggungnya ke penjuru dinding tempat tersangkut kain baju buruknya.
“Kau memang degil Jiman. Sudah kukatakan siang tadi, jika sakit, kau jangan keluar menagih rezeki hari ini,” Budin meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap Jiman yang terlalu degil tidak mahu mengambil berat tentang kasihatannya.
Jiman tidak mengendahkan perkataan Budin itu. Tangannya terkial-kial hendak mencapai kain baju buruknya yang tersangkut di dinding pondok buruk itu. Melihat keadaan itu Budin segera membantu. Sehelai kain pelekat buruk dan lusuh tidak jelas lagi bentuk coraknya dihulur kepada Jiman.
BERSAMBUNG.
2010/09/18
KUALA LUMPUR: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew diminta tidak membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan hati negara anggota ASEAN sejajar dengan ketokohannya sebagai negarawan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenyataan Lee dalam New York Times keluaran 1 September lalu yang mendakwa orang bukan Melayu dinafikan hak sebagai warga negara, memperlihatkan kelemahan Lee dalam menjaga keharmonian hubungan antara Singapura dengan negara jiran.
“Tidak timbul soal mengetepikan hak kaum lain di Malaysia. Peluang diberi sama rata berdasarkan kelayakan dan kemahiran. Di Malaysia, berapa ramai bukan Melayu menjawat jawatan tertinggi dalam pasukan keselamatan berbanding Singapura yang cuma ada seorang bangsa Melayu berpangkat jeneral,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Veteran Komando Malaysia, di sini semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Lee seharusnya lebih prihatin dan menghormati negara jiran berdasarkan semangat kesepakatan ASEAN. (sedutan BH)
sambungan .
KENAPA KELKATU ITU?
Hei kekatu kenapa berpusu-pusu…
Di bawah lampu itu?
Adakah punya keramaian?
Yang membangkitkan ghairahmu?
Pada sang gumbira terlampau banyak?
Berekor seangkatan denganmu.
Yang berlaga-laga mencari khayal.
Neon sangat nikmat
Apabila sudah tidak ada cahaya.
Kau mula berlabuh sepi.
Kontang-kanting mati…
Jiwa sunyi cucu cicitmu yang baru
Mendengar cerita tentang itu.
Bertanyakan pada dunia.
Memikirkan adakah ini hukum karma?
Yang pasti sampai nafas akhir,
Akan sendiri Sila tanya manusia,
Yang jiwanya meronta-ronta,
Untuk jawabkan keberadaan itu.
seperti manusia aku contohnya..
memang dihenyak persoalan hati,
tentang masa yang makin mengecut,
dan hidup yang makin celaru,
serta jiwa yang tiada penyatu.
Dari hujung dulu sampai sini.
Masih kaku Kerna kau kekatu…
Masih bertuah memiliki masa itu.
Roy Rashid
bagan datok
11.9.2010
TERMENUNG JAUH
Merenung ratusan hari belakang
Ada pertemuan tak khusyuk,
Ada keikhlasan yang dipaksa,
Dan ruang luas yang disempitkan
Padahal cukup berbagi kebajikan.
Aku melarakan kekesalan terbungkam
Aku ghaibkan hitam putih cahaya.
Hari ini hari baru untuk aku,
untuk dia, untuk sekalian saudara.
dia ditemani pipit-pipit bermain.
melambai pohon dihembus angin.
tiada pena mahupun helaian kertas
ada untuk dicoretkan puisi indah.
cuma telefon genggam jadi wadah.
dia kemudiannya menyusun bait kata
tentang apa terlintas di benak.
perasaanenak seketika tersenyum
melihat arjuna pipit berterbangan
mesra di sisi pepohon nyiur
berbuah jingga seakan kehairanan
melihat dia seorang layan perasaan.
sebetulnya si dia sedang menanti
sahabatnya yang belum tiba.
berdua buang masa tasik titiwangsa
Qatary
2.2.2010
Kuala Lumpur
Sajak oleh Roy Rashid bertajuk: KENAPA KALKATU ITU menghiasi ruang blog CR ini, keempatnya semua dari ahli baru nampaknya. Roy Rashid rasa bagai mahu menyamakan manusia ini dengan kalkatu yang suka memuja cahaya lampu jalanan hingga sanggup membahayakan diri sendiri. Adakah ini kehendak mereka? Tanyalah pada diri mereka sendiri, Apakah ini yang mereka cari satu kecelaruan minta, angap
Api itu indah, seingga berbondong sanggup mati kerana pemujaan api. Adakah diri Anda pun ingin begitu? Fikirlah sendiri jika tidak mahu berubah.dari dulu ingga kini.
Pengucapannya bagai ada satu kekesalan yang bermain di kepala penulis dengan sajaknya bertajuk: TERMENUNG JAUH oleh : Qatary KL. Lewat dahulu lagi agak
ketara Qatary melayani akan kehendak sesuatu kumpulan yang semuanya bagai tidak begitu bersungguh buat kerja, , tidak khusyuk, ikhlas, sempit dan membuang masa sahaja. Kini baru terasa sadar dari bualan mimpi, yang kosong cuma dicerna menjadi satu tarekkan untuk memerangkap keadaan manusia yang sukaberkhayal melayan akan perasaan . keduanya menanti diantara satu sama lain yang hingga kini tidak kunjung tiba. Cuma andaian sahaja. Tidak dapat menyatakan dengan tepat. QM maaf.
eh! hantu raya pun buat sajak jgk ker? hehehe
gunung sinabung ni kat mne??
sajak gunung sinabung plak hantu raya ni tulis? hehehe
kenapa en nuri siar sajak2 penjaga blog plak? en nuri dah kehabisan sajak ker?
menarik jgk sajak hantu raya ni...
wah! menarik2 sajak2 penjaga blog en nuri ni...
HANTU RAYA DAN GUEST DOOR NI MSTI ANAK DIDIK EN NURI SBB SAJAK MEREKA BERDUA SEAKAN-AKAN SAJAK EN NURI JUGA...
aku rasa en nuri buat bengkel penulisan sajak utk penjaga blog la...
hantu raya plak en nuri siar? hbis semua sajak penjaga blog dah disiarkan... hehehe
hebat2 penjaga blog en nuri sajak2 dorg pun best2....
le kuan yuew mcm nk cari gaduh je dgn malaysia ni..
msti ada yang hasut le kuan yew ni klu x mne ada dia berani..
kenapa le kuan yew buat mcm tu agaknya????
dulu indon skrg singapore plak nak cari pasal....
dulu indon org tu yang hasut skrg singapore agaknya sapalah yang hasut ni?
dorg ni x hbis nak bangkitkan isu perkauman kenapa???
le kuan yew ni kenapa nak masuk campur hal malaysia plak?
gila apa le kuan yew! kat malaysia ni byk org bkn mlyu pegang jawatan besar!
le kuan yu kata mcm tu boleh membankitkan isu perkauman ni....
hrp2 isu yg di katakan oleh le kuan yew x terjadi semula mcm 13mei hari tu...
lee kuan yew kenapa plak? mcm nk menjejaskan hubungan baik antara singapore dgn malaysia jer...
hrp2 apa yg di fitnah oleh le kuan yew dpt di tangani segera...
suara bebas?? sapa dia ni cpnh tgk pun sebelum ni...
suara bebas ni pun perkeja blog en nuri jgk ker?
kesian jiman harap2 dia elok balik la....
jiman ni bekas askar pencen ker?
semakin lama semakin menarik jgk tahana ni..
eh! cerpen jiman ni berdasarkan kisah benar ker?
jiman ni umor dalam berapa thn? 50an ke 60an?
kesian aku baca cerita jiman ni...
anak2 dia buang dia ke? sian jiman ni...
jiman ni pergi cari kayu api ke?
jiman ni keja apa? mcm keja seniman jalanan jer?
jiman ni cerita btol ke en nuri?
en nuri cerita btol ke jiman ni?
jiman pergi mana plak malam td?
jiman ni keja apa malam bru balik? merompak ker?
sian jiman ni dah la x larat keje plak malam2?
cerita jiman ni byk action je xde dialog sgt...
suspen jgk apa keje jiman ni?
sian jiman semua benda budin kena tolong dia buat
mcm kisah benar je cerita jiman ni?
jiman ni org mana? sabah sarawak ke?
harap2 jiman cepat sembuh...
Catat Ulasan