Rabu, 29 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Bicara pendek saya mulakan dengan serangkap pantun: Dunia ini tanpa sempadan, Dihujung jari kita layari, Jika hidup tiada pedoman, Bagai belayar dilaut mati
50 ulasan:
CERPEN SIRI 13 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
_______________________________________________________________________
Jiman bertambah mrah, dia seperi orang gila mengejar bayangan itu, sambil memukul apa saja dihadapan dengan tongkatnya. Sambil memek melolong, memaki hamun dan menyumpah menyeranah dalam suasana kabus pagi yang sunyi sepi.
Kira jam lima setengah pagi keinderaan mulai bergerak di jalan raya di antara persimpangan jalan menuju ke pekan kota lama dan pekan kota baru. Sesekali menganggu pula keinderaan di situ.
Seorang tua yang yang sering menagih rezeki di jalan telah diserang sakit jiwa. Di pagi buta kelihatan dia terpekek terlolong memaki hamun seorang perempuan yang begitu indah namanya didengar. Kemudian dia menagis pula meminta ampun kepada ibunya yang yang telah lama pergi.
Orang ramai yang lalu lalang pagi itu sama ada berkeinderaan , bermotor, berbasikal dan berjalan kaki, sekadar cuma memerhati sahaja telatah Jiman, ada yang simpati, ada juga yang melucukan dan mengelikan hati, lalu mereka tersenyum dan ada juga yang ketawa.
Sememangnya Jiman kian parah diserang sakit jiwa. Kekadang dia memekek, marah, dan memaki hamun tidak tentu arah, kemudian dia mengejar, terbongkok-bongkok dan memukul apa saja benda yang berada di depannya.
Sewaktu Budin bangun dari tempat tidurnya pagi itu. Jiman di dapati tidak ada di tempat tidurnya. Roti kering di dapati berselerak , botol sejuk juga tergolek bagai baru lepas diteguknya. Kain guni selimut buruknya terlonggok di luar muka pintu.
Perasaan Budin mulai cemas dan bimbang. Budin menerkam ke pintu. Dia mencari tongkat Jiman. Tidak ada. Perasaan Budin kian bertambah cemas. Dadanya pula berdebar-debar jadinya. Budin meluru keluar pondok. Dia mencari jiman di sekeliling pondok. Tetapi ternya Jiman tidak ada..
Matahari pagi telah pun menampakkan wajah merahnya, beberung semuanya telah terbang mencari rezeki, kokokan ayan jantan kejauhan kedengaran di cuping telinga. Budin kian dipagut resah gelisah. Kerana Jiman tidak ditemuinya.
Budin masuk kembali pondok buruknya. Dia menukar pakaian dan meluru segera menyusuli lorong menuju ke jalan raya . kebisingan keinderaan mulai menguasai suasana pagi itu. Para perniaga dan pekerja keluar dengan tugas masing-masing kelihatan berpusu-pusu di jalanan. Budin melangkahkan kaki dengan perasaan cemas dicengkam kebimbangan.
BERSAMBUNG.
Siri ke 2.
Satu budaya Melanau yang saya suka. kanak-kanak mereka cukup menghormati orang tua, itulah berkat doa datuk nenek mereka, ramai yang menjadi cendewakan, pensyarah, doktor dan sebagainya.
Kalau ada kenduri tahalil atau
baca doa selamat. mereka tak nampak makan sama orang tua, kalau hari raya mereka pergi ke kubur kutip duit raya, bukan dirumah sebagai kita di sini (20thun dulu)
Tiga hari kita boleh lihat kubur berseh lincin lincau tempat mereka berpesta kutip duit raya. Apakah tidaknya setiap penziarah kubur yang datang akan membawa duit seling, bukan kertas. selepas baca doa, setiap keluarga yang ziarah kubur itu mereka akan tabur duit raya di kawasan perkuburan itu. Apa lagi pakat merebut sajalah , nasib sapa dapat dia punya. satu hari budak tidak nampak batang hidung semuanya ditanah perkuburan.
sambungan.
BICARA SANG LIDAH
dalam kelembutan lidah bicara
tajam sekali menikam ke sukma
melapah segenap pelusuk jiwa
membuka setiap ruang lubuk terpilu
lidah tidak bertulang
tajam bagaikan pedang
kurniaan agung dari tuhan
walau tubuh tiada kudrat
walau tangan tiada terangkat
walau kaki tiada terlangkah
kudrat masih tidak terperi
menghapuskan semua seteru
memotong musuh mendatang
tewas rebah semuanya
semua tunduk membisu
semua diam membatu
semua kerana lidah berbisa...
Jeffry
sabah
23.10.2010
CEKAL
torehan itu menguris hati
bila terkenang waktu semalam
ketika aku seusia anak kecil
menatap indah setiap sentuhan
menikmati setiap perjalanan
akulah yang melukis senyuman
seindah jalinan sang pelangi
mewarnai hidup ini
biar dalam payah
aku tetap merangkak ke seberang
mengisi setiap masa terluang
mendalami erti hidup berkawan..
aku tak pernah lelah
meronta ronta lawati alam
meninggalkan jejak seribu
di lopak air di bendang sawah
mencari sebutir permata yang hilang
hingga terpalit selut ke muka
membuatkan aku tersedar
kita asalnya daripada ini
dari tanah yang aku gengam
tapi dengan tanah itu
ada yang menjadi mulia
walau dari setitis air
taat itu yang utama
kerana antara kita tiada beza
dari tanah juga kita kembali
kerana tiada yang abadi
Dia yang hakiki....
Harnie
sarawak
1.9.2010
Sajak sdra Jeffry dari negeri bawah bayu sabah bertajuk Biaca Sang Lidah, menyingkap tentang ketajaman lidah apabila berkata, kekadang lebih tajam dari mata pedang. Itulah keagungan tugan walau lidah lembek dan lembut, tetapi kata-kata yangkeluar ada yang lembut ada yang keras, menyengat dan mungkin juga boleh membunuh semangat saseorang. Lidah juga kekadang boleh menjenakkan musuh atau seteru, kekadang dia juga mengwujudkan musuh dan seteru.
Oleh itu peliharalah lidah daripa berkata yang sia-sia, kerana tiada lidah tidak boleh berkata-kata, jika tiada lidah juga tidak sedap hendak merasai makanan, kerana dilidahlah allah jadikan segala citarasa kesedapan atau kepahitan dlln makanan untuk kita sessuaikan dengan warna kehidupan kita dalam seharian. Amin . sila usaha lagi. Syabas! Sdra Jeffry.
Sajak bagai tiga demensi oleh Harnie dari bumi kenyalang Sarawak bertajuk CEKAL.
Mengenang kembali waktu kecil berhempas pulas untuk menjadi sorang dewasa,pastinya melalui kecekalan hati. Kemudian
Di alam rumaja pula, hidup tidak mengenal erti lelah kerana memburu se biji permata bekalan dalam kehidupan.
Setelah di hujung perjalanan kini mulai rasa sedar bahawa hidup
kita ini dijadikan dari setitis air (zat makanan yang kita kumpul dalam badan) disalurkan di antara perantaraan dua isan. semua asalnya didajikan dari tanah dan ketanah juga kita akan kembali.
Sajak berbentuk rasa cinta kepada ketuhanan. Dan merenung akan kejadian tuhan dan mengisafi kebesaranNya. Iman menjadi kukuh dan kental atau cekal hati. Kerana kita datang dariNya dan akan kembali kepadaNya. Amin. Syabas! Usaha lagi sdra Harnie.
sungguh mendalam maknanya
sian jiman x ubah mcm org gila jer...
tu la padahnya berdosa dgn ibu sndiri...
sian jiman sesal pendapat x berguna lagi...
jiman dh jd gila plak skrg ni...
SEMOGA CERITA JIMAN BUAT PENGAJARAN UTK KITA SEMUA SUPAYA JGN DERHAKA KPD IBU....
org lalu lalang sorg pun xtolong dia ke?
dam catur msti nnt dia kena langgar dgn mat rempit yg nakal ni...
jd sampah masyarakat pun ada jiman ni...
kesian jiman jd mcm ni sbb desakan hidup...
smoga ada yg simpati nanti tentang nasib jiman ni,...
skrg brulah kami semua thu mcm mana org gila boleh jd mcm ni?
x sangka sampai mcm tu sekali balasan tuhan terhadap jiman...
budin merempat sbb apa plak en nuri??/ en nuri x cerita plak?
sian jiman klu jd mcm ni mmg xleh buat apa dah jiman ni,...
xde sapa simpati dgn nasib jiman ke?
jiman ni berhalusinasi dah nampaknya....
eh! jiman dah sampai dimensi ke 6 plak org x nmpk? dia nmpk?
jiman jd gila selamat dia xbunuh org lain plak?
jiman x di hantar ke wad gila ke?
teruk jiman kena balasan tuhan nampaknya...
rasanya nanti jiman mati sebab makan hati byk...
eh! di merayau2 tgh jalan dia x kaco plak org lalu lalang?
sian jiman sdih btol cerpen kali ni...
jgnlah akhir sekali jiman mati dlm keadaan yg hina...
mak jiman dh mati? bapak dia mana plak?
rasa bersalah plak selama ni aku dok hina org2 mcm ni rupanya dorg pun x minta di jadikan mcm ni...
wa! bgus btol org2 melanau ni....
nampaknya kena cari jodoh org melanau la nanti? hehe
wa! bgus btol org2 melanau ni....
kita kena contohi org melanau ni...
wah! byk jgk sejarah tentang org melanau en nuri thu?
eh! en nuri org melanau ke?
mcm mana byk pasal melanau en nuri thu isteri en nuri org sana ke?
hmm.. lps ni kena melawat sarawak plak nanti? hehe
org melanau baik2 jgk yer...
en nuri ni hebatlah !siap buat kajian lagi pasal melanau ni...
en nuri ni pensyarah ke? semua pasal melanau en nuri thu?
harap2 jiman kembali ke pangkal jalan semula....
eh! mcm mana jiman boleh terlepas kat tgh jalan plak? bahaya tu...
jiman ni kena langgar moto atau jtuh parit nanti ni...
jiman ni dh mcm org x siuman dh? harap2 budin cpat selamatkan dia...
pasal melanau plak? wah! mcm2 kisah en nuri ada....
en nuri ni semua cerita dia ada! hebat! tahniah!
Catat Ulasan