Khamis, 30 September 2010

BUAT WAKIL YANG MUNGKIR




Dimana letaknya kata Insyaallah?
setelah bertahun dalam penantian
engkau hanya pandai bersumpah
sekadar pertemuan gigi, bibir,  lidah,
ketika kempenmu ragu dan gundah.

Tetapi bila kau kini, di kerusi lembut
semuanya janji dan sumpahmu  hanyut
kini pengundi lemas dalam menanti
mana janji yang dahulu kau taburkan?
satu haram tidak nampak ditunaikan.

Setelah kau dicalun diberi sokongan
kau asyik tengelam dalam kemewahan
kononnya ada mesyuarat setiap hari
daerah kami tidak pernah kau kunjungi
cuma tunggu sajalah lima tahun nanti .....

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak 8hb April 2004
ketika dua kali batal pergi mengundi.



50 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH KAUM RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.

siri ke 4.

Di hari raya mereka sangup buat kueh raya bertin-tin, untuk diberi pada orang iban yang datang dari rumah panjang ziarah rumah mereka. Biasa kuih kapipi dan tradisinal semuanya.

Pernah saya baru datang tak lama hari raya , ramai mereka datang berbaris di depan rumah saya, saya minta maaf saya bujang tak buat kuih raya, semuanya orang kampung yang beri saya, Nampaknya mereka ini faham semuanya beredar segera.

Satu lagi cara mereka menyambut raya, kek sebesar kuali atau periuk nasi merupakan hidangan utama. wajib ada setiap rumah, malah berwarna warni (kek lapis itu perkara biasa saja bagi mereka) ada lagi kueh yang agak
pelek dan berbagai cara , saya tak dapat sebut di sini, makannya sedap cukup berbeza. Mereka suka makan ikan salai atau panggang,

sambungan.

nurimanja berkata...

CERITA DARI PENGALAN PAK MALEK SEORANG PEMANDU BAS PENGANGKUTAN AWAM DARI IPOH KE GERIK .
______________________________________________________________________

Siri 1.

KISAH kira dua puluh tahun lalu. Pak Malek seorang persara polis bahagian mekanik. Tinggal di Taman Meru,Jelapang, Ipoh, Perak. Kerana PAK malek masanya banyak teruang . dia memohon jadi pemandu bas pengangkutan awam di Ipoh
perjalanannya dari Ipoh ke Gerik. Satu hari masa perjalanan pergi dan balik.

Memang ramai yang pernah menjadi pemandu bus pengangkutan awam ini, tetapi ramai yang angkat kaki
kerana tidak tahan dengan masa perjalanannya yang jauh dan cukup meletihkan. Kekadang Pak Malek seorang diri, dialah pemandu dan dialah juga tukang gunting tiket.

Kadangkala ada seorang perempuan andartu tukang gunting tiket atau kondaktur, dapat juga membantunya. Adalah seronok sadikit bekerja dan berpasangan dengan seorang perempuan andartu empat puluhan. Bolehlah juga bersembang ataupun
bergurau senda, tidaklah sunyi ada teman berbual bila semua penumpang habis turun,tidaklah sunyi.

Sambungan:

Bob Kuli berkata...

PELACUR

Gadis itu murah
Sedang dunia diserah
Tubuh sedap dimamah
Rakus manusia parah
Masa tidak guna sudah
Nilai kertas terus gagah
Baki buang ke tanah
Diumpan pangkal dadah
Kandas ke jeram barah
Gadis itu gagah
Uncang langsing bila ditegah
Bangun biarpun berdarah
Ungkai onar dari dilapah
Musuh tuhan jadi marah
Tubuh tiada untuk diratah
Penat bila berbalah
Habis tiba akhiri noktah
Sedar rejam takut dipapah


Bob Kuli
Sewaktu berkeja di kelab malam

PENYAIR AGUNG berkata...

ORANG GERMAN

Apabila semua telah bersetuju
Aku pun bersiap sedia
untuk ke destinasi kami
keesokan harinya kami semua
bersiap pagi untuk ke bagan serai
Berkunjung di rumahku
Dan rumah mertuaku
Tujuan untuk berhari raya
Menyambut bersama
Bila aku mahu balik ke rumah semula
Aku singgah di gerai makan
Disebelahnya cuma gerai motor
Aku mula memesan makanan
Tapi orang di sana pandang aku
Melihat aku dengan satu renungan.
renungan yang pernuh makna.
renungan itu seakan disengaja.
aku tak tahu apa sebab apa?
memang menjadi tanda tanya.
tiba-tiba mereka bersuara
berbicara dengan ayat-ayat
tak punya banyak tanda baca.
isteriku bingung apa dikatakan
katanya susah untuk aku dieja.
Aku tersenyum menyambut kata mereka
Berbual mesra seperti sahabat lama
Bila di dalam kereta
isteriku mula merungut
Katanya tak faham bahasa german.
Aku Cuma kata mereka sahabat lama
Masa di kampong dahulu


PENYAIR AGUNG
9pagi
masjid kedai dua

nurimanja berkata...

Sajak Pelacur oleh Bob Kuli kedua-kedua sajak kali ini ahli lamaterima kasih dekat jalal dan tuna, mereka yang penyalarasan blog. Bob kuli maseh bekerja di sana juga. Barang kali susah dapat kerja lain. Kalau ada kerja lain eloklah saja berpindah, bukan apa dikuatiri bersubahat pula. Sepupu saya dulu kerja pengawal di kilang arak. Kini dah berhenti takut subahat juga.Rezeki nak bagi makan anak bini. Kini jadi pengawal di
TNB. Kemudian dilantik menjadi bilal kampong surau pula. Alhamdullillah hidup pundah berubah.kahwin anak orang kaya pula.

Sajak ini saya harap QM ulas dia x datang pula . lagi pun malam ini jumaat. Kau pula cerita pasal sundal . Ini pun satu penyakit masyarakat, hiburan terlalu lebih pun akan mematikan hati, dan boleh mengelapkan iman. Bagaimana untuk mendapatkan cahaya ataupun nur keimanan. Jagalah batas-batas peradapan Islam. Bob mungkin banyak pengalaman dengan cerita dunia hiburan di luar batasan jadikan panduan. Amin.

nurimanja berkata...

PENYAIR AGUNG dengan sajak Orang German, Istilah ini diguna bagi orang kampung kepada satu etnik lain di daerah kerian. Geng kulaan, biasanya di bagan sedrai, kuala kurau, tanjung piandang, batu lima, parit buntar ramai orang german. Macam mana mereka berhijrah ke tanah melayu dulu, sampai hari saya tidak tahu. Dan tidak ada siapa pun yang mahu bercerita. Kebanyak orang german ini banyak Islam kuat beragama, berbeza dengan orang kampong memang tak kuat agama. Semasa kursus guru-guru pendidikan Islam kalau Ada 50 guru German mungkin dua tiga orang melayu kampung. Semasa saya jumpa Ustaz jemari, ustaz sirat, dan berapa lagi mereka bertutok bahasa jerman. Saya Cuma diam,Mereka ketawa sangka saya tak tahu. Sebenarnya kawan saya lebih ramai orang german dari orang kampong sendiri.hamper nak berbinian dengan orang german ini.Tak jadi x ada jodoh. Amin

Penglipur Lara berkata...

20thn pnya cerita ke? lama jgk...

Pak Ngah But berkata...

20thn cerita ni? en nuri ingat lagi... wah!

Budak Rap berkata...

cerita lama ke ingatkan cerita baru lagi...

Atuk berkata...

kuat juga memori en nuri cerita pun ingat lagi

Seri Suri berkata...

oh cerita dari ioph ker ni? menarik jgk..

Mat Noh berkata...

sorg2 memandu bas? berani jgk pak malek ni...

Pak Awang berkata...

dulu sy pun keja sebagai pemandu bas tp byk kali kena kaco berhabis duit nk berubat trus sy berhenti jd tok siak sj di masjid...

Tok Mahat berkata...

bahaya malam2 sorg2 msti ada yg teman nnt...

Haji Khali berkata...

berani btol pak malek ni dia ada pendamping ke?

Ustaz Sahzan berkata...

pak malek msti org yg kuat agama klu x mcm mana dia berani sorg malam2...

Petualang Tiga berkata...

brapa ratus gaji pak malek masa ni???

Kembara Budiman berkata...

kalau gaji sikit mmg x berbaloi keje malam2 bawak bas ni..

Badrolshah berkata...

sorg2 je ke?? bkn pamandung bas selalunya 2 org ker?

Man Pendek berkata...

sy dulu ada jgk cita2 nk jd pemandu bas tp hehehee kaki tak sampai plak?

Danial berkata...

eh! perempuan tu bini pak malek ke????

Tetamu Malam berkata...

x kena tangkap khalwat plak pak malek berdua2an dgn pmpuan tua tu? hahhaa

Pak Bostamam berkata...

xda pun yg seramnya en nuri dalam cerita pak malek ni?

Diana Sanubari berkata...

pak malek masa ni dh kwin ker blum?

Lelangit Biru berkata...

berani btol pak malek memandung di hutan gerik malam2...

Mr Casanova berkata...

eh! berani pmpuan tua tu dok dgn pak malek? pak malek x rogol plak dia? hehehehe

Saizul Maizav berkata...

eh! entah2 perempuan andartu dlm diam bini pak malek no 2 agaknya? hahaha

Julia berkata...

bini pak malek x jeles ke pak malek dgn pmpuan andartu???

Jalil Janggut berkata...

anak2 pak malek mne? x tolong sekali ker?

Muhamad Rabbi berkata...

pak malek ni cerita benar ke rekaan en nuri?

Saidatina Ayubi berkata...

berani btol pak malek ni klu org lain sah x berani pnya...

Salleh Muhamadon berkata...

tabik kat pak malek aku kalau siang berani la malam2 susah sikit...

Brader Joe berkata...

pak malek kenapa keje pemandu bas??/ x takut kena kaco hantu ker?

Abul Hassan berkata...

ni bini pak malek kalau thu pak malek ada pemandu andartu sah kena bunuh pak malek ni... hahha

Mozaire berkata...

eh! permulaan cerita xde plak hantu???

Jiman berkata...

eh! dari ipoh ke gerik? malam2?? berani btol pak malek ni..

Adi Cana berkata...

apa bnda kuih kapipi tu en nuri???

Angker 13 berkata...

wah! ramainya yg singgah kat umah en nuri??

Harimau Berantai berkata...

dorg paham jgk en nuri bujang jd terus balik bkn macam sy bujang dulu bdk2 tunggu selagi bg duit raya semua x mahu balik!

Tengku Anita berkata...

semua bagi kuih kat en nuri? wah! bestnya

Guest berkata...

pemurah btol org2 kat sana bagi mcam...

Madah Pujangga berkata...

wah! mmg suka bersedekah btol pnduduk kt sana berbeza dgn tmpt sy...

hantu Gigi berkata...

baik budi perkerti orh dkat sana rasa mcm nk pegi sana plak?

Hamba Allah berkata...

kat kawasan mana tu en nuri? cadang nk pindah kat sanalah? hehe

Puteri Bunian berkata...

dorg mmg suka bagi kuih kt org ke? wah! byk pahala tu..

Zuraifah berkata...

dorg ska makan salai dan panggang x kena darah tinggi ke? hehe

Geletek Malam berkata...

wah! mcm best je dok sana tp kenapa en nuri pindah penang

Jalil Janggut berkata...

baik2 btol org kat sana beza dgn kat tempat kita ni...

Nuri Ketitel berkata...

msti en nuri dok kat sana kan? sy bca ni pun rasa nk pegi sana jgk...

Ustaz Zamree berkata...

eh! wlpn pendalaman dorg bagi jgk kuih2 bgus btol...